Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : nenek kebayan

Salam Peej,

It just happened. Last Night 22/2/2016.
Benda ni start dari kisah my mom yang selalu sakit and since arwah abah i meninggal, condition my mom drop sampai orang kata semangat dia hilang. My mom ni selalu laaa kena santau since dia muda. I pulak anak perempuan bongsu, so everytime my mom pergi berubat dia akan heret i sekali. Recently, my brother recommend satu tempat ni (ustaz and his wife). Abang i suruh i berubat sekali. I cakap i x sakit, kenapa nak berubat (sebenarnya i belom kahwin, adik bradik yg lain semua dh kahwin) so motip abang i tu ofcoz laa pasal jodoh. huhuhu... So i just cakap taknak. Biar my mom je lah. hehehehe...

I bukan xnak, i cakap dengan kakak i. I dah penat ikut my mom berubat, silap haribulan i pon boleh ubatkan orang..hahaha
So lepas berubat orang tu cakap my mom ada saka. Oh my..... So dia cakap dia boleh keluarkan tapi saka ni akan cari waris yang lain. Katanya saka ni pasal perjanjian orang dulu-dulu. entah, x berapa nak paham. Buat-buat x paham sudah. huhu

So, after 2 kali my mom berubat. I dengan kakak i start laa risau. Eh kang saka ni cari salah sorang dari kitorang pulak. Nak dijadikan cerita, i dengan kakak pon setuju nak pergi berubat (kitorang cakap nak pergi scan, kot2 orang tu nampak saka kat kitorang ke) hehe

Kakak i ada mengadu dengan i, sejak seminggu lepas my mom berubat. Dia cakap dia start mengantuk time maghrib. Pastu dia cepat letih. Then, masa Ustaz tu azan, wife dia (kak N) boleh nampak. Habis je azan, dia cakap kakak i ada saka. And..............................Kak N nampak nenek kebayan dekat i... Ya ALLAH...!! Padahal i tgh tunggu turn nak "scan". Cepatnya Kak N nampak.. huhuhu. Bila kakak i dah settled, i pon duduk atas sejadah. Kak N cakap, Nenek Kebayan ni memang duk bergayut kt pinggang i. Kak N tanya pinggang sakit tak? Like seriously, almost every night kot sakit pinggang. Suruh my mom pijak. Dia punya sakit tu macam lenguh. Nak tercabut tulang rasanya. Tu yang Kak N cakap memang laaa nenek ni berpaut kt pinggang. Kak N tanya, malam ada mimpi ke, I cakap xde pulak. Ada rasa orang peluk tak time tido? sebab malam-malam nenek tu pelok i. OMG...rasa nak melompat dengar. Arghhhh...stressed + seram kejap!

Kak N cakap lagi, biasa "Kawan Lelaki" mesti kawan sekejap then terus senyap kan? I agreed lah..Sebab semua macam tu. I xde gaduh xde isu tetibe smua jauhkan diri and gone. Kak N tu cakap, sebab sekali dorang tengok i, memang muka i. Lama-lama dorang tengok i muka nenek kebayan. Sebab tu dorang takut dan terkunci mulut nak bagitahu. ALLAHURABBI..Terus i imagine dorang mesti cepat2 nak hantar i balik lepas dating sebab takut tengok muka i...kah kah kah.. eh, tergelak pulak. Nasib x kena tinggal tepi highway. hahahaha

I pon recall, about 6 years ago. Kawan i pernah ajak i mandi bunga dekat rumah aunty dia. Area Kuala Kubu Baru. Katanya mandi bunga ni untuk bagi aura kat kita. Tapi masa mandi bunga tu makcik dia "menurun" jadi nenek kebayan. Masa menurun tu, siap bergurindam ala-ala nenek kebayan yang selalu jaga puteri-puteri tu. And nenek tu yang mandikan i, siap kena marah lagi sebab pakai seluar. Hehehehe..Kalau boleh biar pakai kain batik, katanya..Nasib kau lah nenek. Bila ingat yang tu terus i cakap dengan Kak N.

Kak N bagitahu, kalau nak berubat pon kena tengok jugak. Kalau mencurigakan dan tak guna ayat-ayat suci AL Quran,lebih baik elakkan. Kak N cakap mungkin aunty kawan i tu dah terlalu ramai yang berdamping, so dia macamn nak transfer nenek tu kat i. Cisss betol... Sebab nenek tu cakap kat kak N, dia disuruh jaga saya and dalam masa yang sama dia nak berdamping dengan saya. Sampai dia xbagi mana-mana orang lelaki dekat dengan saya. huhuhuhu...

Sekarang ni, Kak N dah amik nenek kebayan tu. Dia suruh saya berdoa dan berserah pada ALLAH SWT jgk. Tapi next week kena ulang lagi berubat tu. So sekarang masih dalam rawatan. Mudah-mudahan hilang laaa nenek kebayan tu daripada saya. Dan semoga saya sembuh dan dpt jodoh yang baik. Amin, mohon peej and readers aminkan ye.

P/s: Susah jugak orang nak percaya benda-benda ni, tapi makhluk istimewa ni memang wujud. Saya rasa Kak N tu insan terpilih sebab ALLAH bukak hijab pandangan dia. Tapi scary jugakkan sebab boleh nampak..hehehe.. ok lah peej, nt ada masa saya share pengalaman my mom pulak. 




 
Regards,
Juliana Abdul Rahman

2 Comments:

ease elias said... [Reply to Comments]

utk sis juliana..boleh x nak dptkan contact kak n tu..hehe..xda apa2 simptom tapi nak pi scan jugak..sbb mana tau dr atuk nenek..moyang dulu2..ada apa2 ke..

ainnurnisa zul said... [Reply to Comments]

E

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...