Instagram : @peejburhan

semoga di beri kekuatan

walaupun some people annoyed bila kita kata kita penat.
tapi itulah hakikatnya pun.
badan penat tapi push jugak diri.

seminggu ni fullnya rasa aktiviti.
orang lebih muatan dan berpenyakit ni paham-paham la.
kalau push berlebihan memang boleh tahan rasa nak mengigil demam urat.
siapa follow ig aku tau kot apa aktiviti aku.
reason aku pun menyepi tak sempat update blog.

as usual aku n noy selalu mengamalkan percutian last minute tak plan.
tetiba 2 weeks back arif call tanya nak tak pergi perhentian.
on weekdays.
aku macam, huh biar benar bebudak ni?
ikut dulu memang aku on je.
now dah bekerja kena la mintak kebenaran dulu nak cuti kan.
takkan nak sesuka hati.
elly kata pergilah..aku pun tak kemana kan.
terus i melompat sambil menepuk2 kaki. hahhaa.

so last week bercuti la kami 3 hari 2 malam.
tu je cuti yang arif ada.
tak puas je rasa. tapi jadi la untuk melepaskan rindu kat perhentian.
more details pasal perhentian in other entry.




memang panas meletop sana.
tapi tau la pantai kan. angin kuat.
so ok aje. :D

then balik khamis.
sampai rumah around 2am.
esoknya jumaat kerja seperti biasa.

then sabtu dan ahad kita orang bukak booth di MAEPS, serdang.
walaupun kerja aku bukan ada apa pun. ahaha.
tapi penat jugak woih dok pulun 2 hari berkampung kat sana.
campur stress muka bercapuk sunburn jumpa orang lagi. hahaha.
aku hanya mampu pasrah je la.




haha beraneka warna kulit i kan.
siap berpeta-peta. lantok la.

dah la ramai sangat orang kat sana.
tak sangka ramai pengunjung n boleh tahan ramai sangat yang serbu booth.

 :: see mak ayam duduk kaunter je. pastu tak abis2 ngan calculator. menyirap je elly n filla tengok ::





details pasal event di lain entry.
wooow. janji manis sangat kak jah konon nak buat banyak entry kan.
padahal tak pernah ada pun entry event masuk dalam blog aku ni. mih mih mih.

settle event n lori gerak semua around 11pm.
then sambung makan area seri kembangan with team.
sampai rumah ada around 1ish am jugak la.


lepas tu mandi apa semua. around 2ish am terus tertidur tak sedarkan diri.
terjaga around 10 am.
tengok whatsapp family mama kat emergency.
abang aku bawak. dia tak sihat.

so aku mandi n siap.
terus ke hospital.



kena drip 2 botol then boleh balik.
aku masuk office around 1pm macam tu.
terus mengadap kerja lama tertangguh.
dah la stock Fame baru sampai.
lepas pekerja siapkan, kita orang sort kan untuk stokis restock.
ramai pulak restock tu.
stock Fame ni macam goreng pisang panas.
order 5k habis within 3 days. order 10k habis within 5-7 days.
ni baru dapat stock last friday...monday tu dah half jalan.
kira kat HQ tak sempat nak kembang hidung stock bersusun bertingkek-tingkek..dah susut balik.
dah kena kembang hidung sebab rak hampir licin. heheh.

then semalam aku tak pergi tengok mama kat rumah.
harapkan adik beradik tengok-tengokkan.
sebab aku ada 2 days class kat kajang.
kena keluar pagi n balik malam.
aku dah la penat cuti, event tak abis.
badan lak makin tua kan. tak larat nak henyak ke hulur ke hilir.


so cakap aku hanya boleh visit Inysallah esok. tu pun if balik awal n larat.
macam pagi tadi keluar pukul 8.30am.
sampai rumah tadi kul 8.30pm. keluar makan.
kul 9.30pm jugak la baru sampai ni.
ni rehat jap update blog.
sat lagi nak mandi. pastu confirm tido like starfish kena sembelih (berdengkur).

badan sakit-sakit ni.
mintak Mr B cucuk2 sikit bg lega.
tapi dia macam get carried away je ni.
siap pakai balm bagai kepak sana sini kaki aku dah macam urut kat thai massage pulak ni.
dah la tenaga dia kuat. sakittt laaa..helppp.


tapi sedap jugak.
ada tertidur tak mandi ni kang.  ;p

mohon semua doakan kesihatan mama yea.
hope mama sihat.
semoga kak jah juga di beri kekuatan untuk menimba ilmu lagi esok hari.
dan terus bekerja sehingga hujung minggu ni.
badan tak kuat ni, tapi nasib mentally paksa kuat. 
you can do it kak jah.



7 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

semoga mama hajjah cepat sihat.. utk Peej & team.. caiyukkk!

A.I said... [Reply to Comments]

kuatkan lg semangat ko. tp jgn sampai ko memaksa nau badan ko tu. takut jatuh sakit lak nnt. aku doakan semoga auntie & ko diberi kesihatan yg baik..

Rosliza Ab. Razak said... [Reply to Comments]

harap ur mom cepat sembuh..

NOORYANI .ALI said... [Reply to Comments]

moga Peej gan Auntie..diberi kesihatan yg terbaik..dirahmati dilindunggi..

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

insyaAllah, semoga mama peej kembali sihat

huda.ghaz said... [Reply to Comments]

keep on fighting kak jah!!May Allah ease everything :)

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

semoga terus berjaya kak. Smoga mama akak, auntie nani sihat2 selalu termasuk akak skli.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...