Instagram : @peejburhan

life oh life

aku rasa mata aku ni macam dah bertambah power.
maybe bukan power tapi silau tu.
tapi tu la sehari ke sehari nak buat spec baru. tapi takda masa la.

2 hari kembali belajar.
jauh pulak tu.
ok bagi some people tak jauh kot. kalau korang jenis suka travel.
macam aku yang malas bergerak ni aku rasa jauh la. hahaha.
sejam gak la perjalanan.
tu pun Alhamdulillah la takda jam ke apa.
elok je smooth.
kalau campur jam mau pitam ok.

stress aku bawak kereta area cheras-kajang tu.
especially balik malam kan.
situ kan penuh construction orang nak buat lrt tu.
tolonglah dah la lampu takda.
pastu jalan kejap besar, kejap kecik.
kang kejap like ke sini..kejap bersambung ke sana.
nanti line putih lama dorang cat hitam tu. dah la aku silau2 tengok.
tak tau aku nak ikut mana.
dah la mata aku malam dah silau lebih. grrrrr.

baca ayat-ayat suci je la mohon di selamatkan perjalanan.
sumpah seram aku tau.
maybe jugak jalan tak biasa. so aku tak dapat agak kan.
semua bergantung waze. tu terkejut2 je tengah pecut...eh lorong sebelah tutup..
tetiba kereta tepi dah menghimpit kita.
aaa takut tau.

balik class semalam walaupun badan penat.
rasa nak rehat. tapi susah hati 2 hari tak jumpa mama.
dah la dia tak sihat kan.
so ajak gak MrB gi sana.
lepas keluar makan terus ke sana.
Alhamdulillah mama sihat sikit dah.
thanks kawan-kawan semua doakan.

2 hari mama tak sihat sangat. tak bangun semua n macam-macam la.
nasib noy dah tak kerja now. so dia la tolong jaga n tengok-tengokkan.
aturan Allah memang terbaik.
semalam pergi tu mama dah ok dah boleh duduk tengok tv, sembang semua.

mama kata Arif belikan teh belalai gajah ke apa.
mama minum sekali terus ok.
terus gigih suruh aku pun minum.
aku dah macam. tak payah laaa.
dah beria noy lak sokong mama.
kalahkan sales person teh tu pulak dia paksa aku.
dia kata mama teruk 2-3 hari lepas. bayangkan sekali minum terus mama ok, siap boleh ke dapur masak.
semangat siap masukkan 1 sachet dalam handbag aku paksa minum.
amik je la.

tapi as usual aku memang tak kuasa la.
omg...tadi siap suruh noy facetime aku.
tanya dah minum ke belum. hahahahhaa. omg semangat.
ok la. ni aku tengah buat. sat lagi minum.
mari minum n tengok kehikmatan teh tu. mih mih mih.

baca kat kotak katanya bagus utk pesakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kanser bagai.
we see how.
jangan sebab teh hikmat sangat tau-tau kak jah berdiri atas meja kat opis ni jadi instructur zumba dah la kan.
itu seram.

so anyway? semua macam mana? ok?
aku? ok la. letih sikit tu biasa la.
business baru nak naik kan. kena la korban sana sini.
untuk dapatkan yang terbaik.

ingat lagi few years back.
yang aku cerita mama risau aku ni takda ciri-ciri nak jadi carrier woman. haha
sebab mama memang seorang yang workaholic.
aku memang tak la.
tapi kan..tak sangka sekarang dah kerja. aku macam ke arah tu je.
aku enjoy je pergi office.
kadang kerja on weekend.
macam this past couple if weeks kan aku asyik takda kat office.
tolonglah rindu nak pergi office pleaseee.
omg ada ke orang macam ni? hahaha
walaupun kita orang belum besar mana. baru berapa kerat. environment office best kot.
tak strict sangat, fun, n takda la main level ke apa.
semua sama-sama. staff pun so far ok la. takda masalah sangat.
tak tau la nanti if dah ramai n memacam ragam ke apa kan. heheh.
n maybe jugak aku semangat n happy lebih sebab company sendiri kan.
so kau punya kegigihan lebih la kan. ;p

aku rindu ramai orang la.
bila busy ni tau la. tetiba kau takda masa semua. rasa sebak tu datang.
nanti rindu nak speng masa ngan family.
rindu nak jumpa kawan-kawan yang mostly dah busy ngan life masing-masing.
rindu yang paling sakit ialah bila rindu kat orang yang dah takda.
rindu sangat kat papa. rindu nak cerita semua yang terkini kat papa. rindu nak tengok dia senyum simpul bila aku bagi duit. tu terpaling rindu. paling manis senyum tu.
rindu jugak kat arwah makkk. rindu jugak gelak n senyum mak bila aku bagi duit. bila laki aku sakat dia. rindu mak peluk aku ketat-ketat.
rindu mak cakap bye tak berkesudahan bila aku nak balik.
rindu mak sentiasa akan sokong aku instead of sokong anak dia bila aku n ben gaduh.
rindu semua la. kejap je Allah pinjamkan mereka.
dapatlah tumpang kasih sayang sekejap.
2 insan yang terbaik aku pernah jumpa. such a nice person both mak n papa.
even aku tak boleh jadi macam tu. tak pernah marah, tak pernah bercakap pasal orang. orang buat la apa kat dorang. dorang akan sentiasa maafkan n takda balas or komen apa pun.
hope aku boleh jadi sekuat dorang berdua.
Insyallah.

life is too short kan.
sbb tu la ada quote live life to the fullest.
make it worth the while gituh.
dasyat kak jah dpd workaholic ke ustajah now speaking kemain lak. hahaha.
tapi ye la. life is too short untuk kau negetif all the time.
be positif n happy je selalu kan.
kalau kau rasa situasi tu bagi kau negative vibes, stay away je la kan?

sekian entry caca marba untuk hari ni.
se caca marba jiwa kak jah ketika ini.
love u peeps.

xoxo




2 Comments:

suka canteq said... [Reply to Comments]

syahdu je baca post ni
tp part berdiri atas meja buat zumba mmg buat aku gelak sebab tiba2 aku ter imagine hahahahahah
take care peej :-)

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

takot la ADA steroid dlm air mcm tu. SBB tu mama bertenaga smcn

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...