Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Nak Aiskrim

Assalamualaikum peej...

Sambungan dari ops mistik 'nak aiskrim..'


Kami pun sepakat berpindah ke rumah sewa baru.
Rumah sewa ni end lot, kami semua duduk 7 orang termasuk 2 orang baru.

One weekend ni, semua nak balik, diaorang dah siap packing barang.
Excited sangat.. mencik!
Si Dayana siap pesan "Jaga GJa tu elok-elok, jangan bagi dia keluar time senja, dia period tu!"

So tinggallah i dengan GJa jek kat rumah tu.
I semangat setiakawan membara. 
Rumah i dekat but then kenangkan GJa, nak angkut balik, malas.. hehe..
Lagipun kesian dia, kampong dia jauh.

Petang tu kami lapar, malas masak. 
Beli tapau makanan je kat kedai depan.
Balik tu singgah kedai runcit beli jajan.

Makan-makan pastu lepak luar, masa tu dah pukul 630pm camtu.
GJa bawak basikal pusing-pusing area taman.
I is tak reti bawak basikal... ='(

Lama nau kat luar masa tu jerit kat dia, GJa da balik cepat dah senja ni.
GJa degil. Ngade jek.
Last i masuk rumah sorang.

Maghrib tu, settle solat sume kami terdampar depan televisyen.
Tengok Doraemon dengan Crayon Shin Chan.
Terkekeh-kekeh kitaorang gelak.

Pastu i baca komik, GJa duduk pelok Teddy Bear besau dia.
Kami still depan televisyen.

Tiba-tiba GJa cakap dengan I
"Ima, kau ada panggil nama aku ke tadi?"
I jawab
"Bila masa aku panggil kau?, mana ada"
......

Then GJa lari masuk bilik.
Dalam hati I, apahal lah pulak budak ni.
I biarkan dulu, malas amik port.

Lama lepas tu, i check dia dalam bilik.
I panggil nama dia 
"GJa... oooo... GJa..."
Gja tak menyahut.

Ah... sudah....
Kena lagi ke dia ni...
Adoila... dah la aku ni sorang !!!!!

Muka GJa da berubah.. Garang air muka dia.
Mata melilau..

Menggigil I waktu tu.
Aduh... Sapalah aku nak contact memalam ni.
Teringat classmate lelaki.
Rasa diaorang ada tak balik kot.

Cepat-cepat I call.
Tak lama tu 3 orang classmate lelaki ni datang.
Memasing semua takut nak masuk rumah.
Takot papehal...

Yang sorang call ustaz.
Baik ada, tapi amik masa ustaz nak datang tu.

Sementara tu yang sorang lagi pegi panggil budak-budak student lelaki & perempuan lain..
Sebab da cuba tarik GJa, khudrat dia memang kuat sangat.

GJa dah start meracau, mengilai.
Sayu suara dia.
Kami cuba baca Yasin, ayat Kursi.
Masa tu dalam bilik lagi.

Ustaz datang.
6 orang budak lelaki kot yang cuba bawak keluar GJa ke hall masa tu,

Ustaz mula berdialog dengan "Benda" yang rasuk GJa tu.
"Benda" tu degil, taknak keluar.
Bertarung ustaz tu selama beberapa minit.
Ustaz arahkan kami teruskan bacaan Yasin.

Ustaz sentap kaki GJa.
Ustaz ambil lada hitam picitkan kat ibu jari GJa.
Ustaz hempok belakang GJa.

Tak lama tu, GJa lemah, terbaring.
Kesian dia lemah badan dia.
Ada kesan lebam pada badan GJa.

Malam tu I minta tolong pada budak perempuan rumah lain, temankan kami sampai pagi.
Tak berani babe... 
Ilmu tak penuh di dada
kalau jadi balik, naya I..

Keesokkannya...
GJa okey, tapi still lemah.
GJa cerita kat I memang ada benda yang panggil dia.
Lepas tu dia terus tak sedar.

"Benda" tu tersuka dengan GJa
Kulit GJa flawless, takde parut apa pon.
Macam baby.
Sebab tu 'Dia" rasuk GJa kot..

Wallahuallam...








0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...