Instagram : @peejburhan

ehek ehek ehek

gelak takut-takut tu konsep tajuk entry.
tolonglah lama sangat tak bersiaran.
sampai dah kena sound atas bawah kiri kanan.
tak larat kak jah nak menepis.

Tuhan je tau betapa kak jah takda masa.
dah tua, berpenyakit lak tu. so tak larat je rasa.
kalau dulu penat fizikal sebab buat kerja semua sendiri.
now penat lain pulak. penat otak. penat otak lagi penat sebenarnya kan.
hahahah tu je la aku kan. manjang penat je alasan. bagi tumbukan padu kang baru tau.

sampai aku lupa apa entry aku update last?
entry apa aku janjikan nak update eh? hahaha tolong lupa.
tapi kat opis ni satu hapa pic takda.
semua kat laptop kt rumah la.
tapi tu la bila dah balik rumah kau nak rest. kosser lak ngan mengadap blog kan.
n seriously? zaman blog macam dah berlalu je weyh?
siapa je yang update blog n baca blog kan?
not that kau mengharapkan apa-apa. but kadang rasa macam dah tak releven je.
esp bila banyaknya social network lain yang lagi mudah.
ada Instagram, Fb n now snap chat.
knah ahh meannnnn???? (know what i mean)

omg please.
tadi aku update atas ni pagi ye.
nampak tak kak jah kata busy.
ni almost 4pm baru dapat sambung balik.
maybe musim gaji.
bertingkek-tingkek pulak ordernya.
ngan agent restock bagai.
yang COD semua kena siapkan pagi tadi.
lunch pun tak keluar. kita orang order je makan.
then siapkan untuk yang nak post pulak.
juta..juta..juta...wahhh verangans..takpa..kita Aamiinnnn kan je yea. :D

hari tu kan aku cakap aku pergi class belajar lagi pasal Fb Ads.
bab-bab ni memang dorang serah kat aku.
sebab dorang tak berapa nak paham segala details tu.
kak jah sebabkan sejak remaja memang minat segala benda tu.
minat segala gajet n menkaji berlebihan...so tugas tu aku serahkan.
cuma nak buat tu. akan sama-sama la pilih gambar n buat copy writing.
tapi nampak beza kau berguru ngan lain-lain orang ni.
n so far aku suka last class aku pergi ni.
banyak benda tak tau, aku jadi tau.

so far puas hati sangat ngan ads Fame. nampak impak tu di sangat tinggi.
tak putus orang pm pastu whatsapp.
Alhamdulillah walaupun iklan tu untuk sales actually..
tapi dapat ramai gila agents n ada yang nak jadi stokis.
sebab so far ada 4 negeri lagi kita orang takda stokis.

cuma Ellfie susah sikit. sebab produk skincare ni memang susah sikit iklan nak lepas.
banyak sangat guideline dia. banyak yang tak boleh.
so kena sentiasa try n error sampai berjaya.

bila dah start ads ni memang ahkak mudah stress. nak membaca segala data tu.
buat kira-kira itu ini. nak makesure iklan tu berjaya atau tak.
stress hoiii. takpa slow-slow kan. nanti dah paham jadi senang la kan.
kita orang plan nak tambah pekerja untuk Fame. handle segala pm n whatsapp ni.
next month start ada 4 pekerja partime sebulan. siapkan segala benda untuk preparation nak menghadap hari raya ni kan.
Alhamdulillah slow-slow kita expand. Syukur.
Insyallah soon nak amik lot kedua untuk office.
Dah takleh nak sumbat semua dalam satu tempat.
Nak taknak kena jugak besarkan.
Semoga semua dipermudahkanNya. Insyallah.

Tolonglah aku semua segi pun sebak la.
Type atas ni terus sebak la. Macam tak sangka macam-macam jadi dalam setahun ni.
Bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.
Tapi dalam pada tu sedih mengenangkan papa takda untuk aku kongsi kegembiraan ni.
Mak pun dah takda. Ya Allah rindunya 2 orang ni.
Selalu aku nak tidur tu aku dok pikir, macam mana la kalau dorang ada lagi kan.
Selalu bayangkan macam mana agaknya happy dorang kalau aku cerita pasal business n hulur mana aku mampu kat dorang.
Rindunya tengok Papa n Mak tadah tangan doakan business aku.
Sekarang mama je ada. kesihatan mama pun tak berapa ok lately.
yang membuatkan aku lagi sebak n sedih je.
aku pun takda la larat mana, tapi if aku ok n tak penat sangat.
memang aku make sure aku akan ke rumah mama.
Tak tau la if laki aku pun bosan agaknya..tak kemana kita orang ni.
ulang pergi rumah mama n lepak sana je.
tak kira la weekdays or weekend.
Hanya mama tempat aku dapat berbakti yang tak seberapa tu.

Semalam anniversary aku yang ke 4 Tahun dengan Mr B.
4 tahun yang tak semestinya manis sentiasa.
4 tahun yang kadang banyak gak gaduh macam nak bergegar rumah...pastu baik balik macam takda apa berlaku.
4 tahun yang ada masa aku benci betul la kat dia, dia pun boleh tahan menyampah kat aku.
4 tahun yang dia tu asyik nak berkepittt je ngan aku ke hulu ke hilir..bila aku nak keluar lepak ngan kawan-kawan dia tanya soalan, "abis ite tu?". "tak bawak ite tu ke?"
oh emm geeeee...tolonggg rimasssss.
tapi tu la yang layan aku tiap malam urut aku bila aku sakit badan.
yang layan aku letak tuala basah kat kepala bila aku demam.
yang layan memalam tekak aku nak makan itu ini, dia keluar belikan.
yang sanggup cium bini dia walaupun masam boleh tahan.
semoga kami berkekalan la ke akhir hayat.
hanya mampu berdoa dan berusaha, Allah tentukan segalanya.




n everytime bila datang tarikh-tarikh besar ni.
tau la. aku memang akan sedih lebih.
macam aku cakap birthday aku dulu. kan aku nangis n sedih 2-3 hari.
sebab rindu kat papa tu membuak-buak.

papa ni very good with numbers.
dia boleh hafal ye segala nombor tel, tarikh penting semua.
kalau dalam phone dia ada 80 no tel. dia maybe hafal 60 nombor dalam tu yea.
tarikh birthday apa semua dia takkan lupa.
n dia memang akan wish yea.

sebab tu aku sedih.
sebab memang antara last few messages yang dia bagi adalah wishes.


reason aku taknak tukar phone n biarkan phone ni.
ada last whatsapp dpd papa.
see. told u dia suka wish. :(

n sad memikirkan aku tak reply last 3 message dia tu.
maybe aku lupa.
sebab time tu memang busy uruskan nak bukak office.
n menjawab customers ke apa.
aku jenis kadang bukak n nak reply. tapi lupa reply..or rasa nak reply later.
pastu terus lupa je.
uwaaaaaaaaaaaa....tapi tengok convo atas tu rajin jugak aku reply ngan dia.
tapi comel kan. hari buruh pun papa wish jugak.
see told u he is good with dates.

last whatsapp papa bagi 1st May 2015.
papa jatuh sakit tu 7th May 2015.
n last aku dengar dia cakap ngan aku 7th May tu.
lepas tu takda dah :(
dapat tengok mata je. 3 1/2 months after that papa left us.
semalam jugak genap 8 month papa pergi.
rindunya...semoga rohnya tnang di sana.

when all u do in life is to make everyone around me happy.
aku jenis malas pikir diri sendiri sangat.
kerja la terkangkang ke, tergolek ke..sebab nak happykan family je.
kita ni letak last-last pun takpa.
macam orang ada bermacam impian setinggi gunung.
tanya kat aku? terus tak tau nak cakap apa. sebab serious takda.
kehendak dan nafsu tu memang la berlambak.
tapi bila pikir balik guna otak, rasa tak perlu itu ini.
cukuplah kalau dapat bahagiakan orang sekeliling kan.

e eh ngeri sangat entry aku lately ni.
semua soal hati je kan.
tapi memang kak jah lately berjiwa sebak la uolls.
apa leh buat.
tapi jiwa je sebak, bibir tetap merah uolls. hahahaha


eh ok lah. i nak rehat kejap ni.
kang nak balik. n seronokkkknya cuti panjang. keh keh.
walaupun cuti n terasa nak malas2 je kat rumah.
tanpa di sedari i ada hal yang perlu attend setiap hari bermula malam ini..membawak ke isnin.
oh help me God.

love u peeps (yang agaknya tinggal berapa kerat je ni)
n happy holiday loffff.


12 Comments:

mOnamie said... [Reply to Comments]

Erm.. Sedih Peej, semoga semua yang baik2 untuk Peej dan family tersayang ��

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Ada ada saya ada. Hari-hari bukak blog ni 5x kot kot ada update.

LynNda Ali said... [Reply to Comments]

I still read your blog since 2004. Please dont stop.

Unknown said... [Reply to Comments]

Hari bukak blog u peej.rindu nk baca .Selalu tgu Peej update tau..

this is me now and then~ said... [Reply to Comments]

X puas la peej!! Cite banyak lg����

CikFa said... [Reply to Comments]

Nak yg cerita trip perhentian tu.. yg ade air mango tu.. bila nak cita peej..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

happy anniversary, peej & ben! janganlah sedih2, mcm tu la hidup. ada ups and downs. didoakan semoga bisnes bertambah sukses. ^^

Irfa said... [Reply to Comments]

Ttiba teringat ayah kt kmpung, jrg kol ayah sbb xde modal nk borak

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Al-fatihah untuk papa mu Peeja. Peeja oii aku la antara pembaca yg masih setia dok tunggu update ko hahahaha..

usna said... [Reply to Comments]

blog lain kak peej, tak sama ngn ig fb snapchat haha... sbb dia ada soul..
ini semua poyo...haha
tp iya kak peej, blog will never be irrelevant... because ..ada peminat dia <3
alfatihah utk arwah ayah kak peej

M.H said... [Reply to Comments]

kak peej, rasanya dah lama kita tak melawat blog kak peej, dedulu rajin jadi silent reader baca kisah kak peej and family masa zaman study 6 years ago, ermm baru tahu papa kak peej dah takde.. i is.. mcm tak sangka pulak, Al-Fatihah untuk arwah papa kak peej..

mrs zach said... [Reply to Comments]

lamaaaa sgt tak jenguk blog peeja. Alhamdulillah good business peeja..seswaii. pastu nak cakap peeja makin cantik. and alfatihah untuk ayah peeja. shocked pulak baca yg entri atas tu...bila peeja kata rindu. rupanya ayah peeja dah takde. take care peeja. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...