Instagram : @peejburhan

sembang jumaat

wah sangap tahap tertinggi ni hari ni.
ngantuk je rasa. ada tarik bean bag tidur ni.
tapi ngeri sangat perangai tidur tetiba lak kan. not good.

dok la buat kerja itu ini.
sambil menaip makin kuyu lak mata aku ni.
elly takdok. dorang pergi china ni.
dorang beria ajak aku.
tapi as usual, sian oling i kena tinggal nanti.
so takyah la.
plus china..takyah la. aku tau tahap hazab berjalan nanti.
sebelum aku merosakkan trip ngan keadaan aku yang terlebih muatan ni.
baiklah aku takyah pergi.
biarlah urusan china ke apa dorang uruskan.
i boleh jaga opis. :D

tapi elly takdak buhsan lak i.
kalau tak selalu ada je adegan pelik2 dari dia tu penghibur hati.
tak pun kak pilla memaksa kita orang layan dia kat whatsapp or call.
ni online pun jarang ni.
sebab line kat sana takleh guna ig or facebook.
whatsapp je boleh. tu pun ada time2.
aku lak bukan selalu mengadap phone je.
bila dorang muncul aku tak check phone.
bila aku online..dorang lak dah takda.

hari ni dok busy preparekan barang fame n ellfie je stokis n agent nak restock.
ada la acc sikit kena buat. tapi di kala ngantuk ni, rasa nak muntah jugak tengok nombor2 ni.
dah tak tau nak buat apa ni.
layan movie syok gak kan. hahaha.

so sementara sangap. mari la update blog ngan sembang jumaat.
kadang aku layan facebook.
friendlist aku ramai.
mostly readers la. aku tak berapa kenal pun.
but some aku kenal. aku pun tak sedar kita ada kawan kat fb.
then bila tengok familiar faces aku jadi seronok.

some of then adalah customer aku sejak 5 tahun lepas kan.
so aku ternampak nanti aku macam, eh macam kenal la dia ni.
pastu aku teruja.
sebab kenal daripada zaman dorang bujang.
datang beli barang dengan bf la, dengan tunang la.
pastu nanti tau-tau nampak dah kawin la.
now ada yang ada anak.
ada yang last aku tau dia nak kawin.
terkejut nampak kat fb, omg..dah ada anak sorang dah dia ni.

ada pulak yang ingat lagi dulu datang dari jauh nak amik produk kat rumah aku.
datang ngan bf naik motor je.
nanti nampak la daripada muka tak ok, jadi cantik jelita.
tetiba bf dia pun pakai sampai jelita jugak. hahaha.
then ada anak sorang.
now jadi stokis berjaya untuk satu produk tu.
happy tengok kan.

dalam happy ada jugak yang tak happy.
dulu jumpa datang husband and wife amik barang.
then nampak kat fb update dah jadi lain pulak.
yang bersama, dah bercerai.
yang bertudung tetiba dah bukak pulak.

tapi jadi pemerhati je la.
tak komen apa-apa. kang macam penyibuk terulung pulak perangai kau kan.
so kita biarkan je la.
kita sendiri tak tau nasib hidup kita 2 tahun, 5 tahun ke 10 tahun akan datang kan.
so takyah nak jaga tepi kain orang sangat.

kang sibuk dok jaga hal orang n kutuk sana sini.
tapi diri sendiri, keluarga sendiri tak terjaga kan.
so kita jaga hal kita je la kan.
pikir macam mana nak majukan diri supaya dapat happykan family.

eh ok la.
i dah mengantuk again.
baru lepas lunch memang macam ni gayanya.
senang-senang nanti update lagi.
selamat hujung minggu semua. :)



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...