Instagram : @peejburhan

Rezeki meniaga. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Aku suka meniaga ni, walaupun kadang-kadang meniaga ni ada up & down.
kadang-kadang sampai menangis aku sebab terlalu penat dan letih.
Suami aku kata kalau tau tak sihat tak perlu la meniaga.
Eh mana boleh, meniaga mana boleh sesuka hati nak ke taknak.
Bukan macam kerja biasa, kau MC ke..kau cuti ke..tetap hujung bulan gaji sama je masuk.
Meniaga ni kalau kau malas or memang sendu la pendapatan kau hujung bulan tu.
So memang kau redah je la kuatkan semangat sendiri.
Tapi bila aku bercuti.Aku memang bebetul nak bercuti. Tak nak layan orders ke apa.
Ada kawan aku yang bercuti pun kerja tetap jalan, ada orang jalankan perniagaan dia.
Memang bagus la. But i cannot. I mudah stress. hahahha. so biarlah aku bertenang n bercuti rehat menikmati percutian aku. gituh konsepnya.

Dulu masa aku tak kerja mama risau je.
Mama kata dia nak aku ada kerja, ada duit sendiri.
Kita ni perempuan memacam benda kita nak, so atleast kerja boleh la nak beli or dapatkan apa kita nak tu...takyah susahkan suami.
Kalau suami kau kaya-raya lainlah. Ni kalau suami kita pun biasa-biasa..tak ke kita bebankan dia kan?
Alhamdulillah, Allah bukak rezeki aku kat meniaga. So bolehlah suami isteri survive ngan hasil meniaga. Ada rezeki lebih sikit, aku bantu pulak family. macam tu.

Aku rasa zaman sekarang ni takleh la harap suami je kerja..kecuali macam aku kata suami kau kaya-raya tahap langit ketujuh la.
Sebab tau la cost of living sekarang sangat la tinggi.
Aku yang suami isteri berkerja ni pun terasa la jugak. Ni pulak kalau sorang je kerja kan.
Tapi faham jugak some isteri tak boleh bekerja sebab nak uruskan rumah dan anak-anak.
sebab tu la aku rasa..meniaga ni membantu.
Esp sekarang ni meniaga semua online je. Kau hanya perlu hp and social networks je. Insyallah boleh.
Dulu zaman aku post barang. nampak la mak-mak ni post barang bawak anak kecik-kecik.
tersenyum je tengok. Aku yang takda anak ni nak merungut apa..kerja aku senang kot bergerak sendiri je.
Tengok mak-mak ngan anak kecik angkut pergi post office semua tu. lagi leceh kot.
so orang boleh buat..takkan kau tak boleh kan.
Nak senang taknak keluar rumah, boleh je kau suruh courier service amik parcel kat rumah kau.
Semua dah mudah sekarang ni.

Tak susah pun meniaga ni.
Macam aku dulu, aku start dengan aku try produk tu dulu.
Bila dah try senang kau nak cerita nanti kat orang pasal produk tu. Ni kalau kau tak try, macam mana nak jual kan?
Kalau dapat kumpul testimoni sendiri lagi bagus, tapi kalau takda..selalunya korang boleh dapat Testimoni daripada HQ banyak. So boleh guna je dari situ.

Dulu aku meniaga macam-macam benda.
Tapi as usual kau nak yakinkan orang ni susah sikit tak semua orang berani cuba benda baru.
Now dah jual lip cream ni..atau selalu orang panggil lipstick la..terasa macam aduh senangnya.
sebab apa senang? sebab kau takyah susah payah nak testimoni..sebab aku rasa 95% perempuan mesti akan pakai lipstick.
Kadang orang tu tak suka make up..tapi lipstick dia mesti pakai.
hahaha lain pulak ngan aku. dah make up beria..memanjang lupa pakai lipstick. hahahah.
bengang je elly n filla tengok. Apa boleh buat ahkak ni cepat hilang ingatan.

Alhamdulillah macam korang tau, Start 2016 kan kita orang dah keluarkan lip cream pulak.
me is love. walaupun aku memanjang lupa je pakai lipstick.
tapi tetaplah dalam handbag aku berderet aku bawak. apa motip tah bawak banyak-banyak..padahal nanti balik-balik pakai warna yang sama je. ;p
Biarlah nanti senang orang tanya terus i tunjuk je i pakai apa.
Sebab aku perasan satu la daripada dulu, kalau aku selfie kadang tu mesti ada je tanya aku pakai lipstick apa n code apa. so in a way aku rasa lipstick ni senang nak jual.
Sebab suka sebab tu kita orang pun keluarkan n kita make sure harga sangat berpatutan supaya semua orang mampu beli. :)

Sambutan sangat menggalakkan. Sampai kita orang tak larat nak handle bila hari-hari mesti beratus parcel kena post.
So decide lepas ni HQ tak perlu jual. Kita cuma cari stokis dan agent je.
Bila negeri tu dah ada stokis..semua agent negeri bawah tu kita orang akan serahkan ke stokis.
So HQ hanya perlu handle stokis sahaja and bantu dari segi Marketing.

Happy bila tengok ada stokis yang restock 2-3 kali sebulan.
Pastu agent bagi feedback yang dalam 5 hari stock dia licin n dia pun restock jugak.
Meniaga ni kena rajin, lagi rajin lagi bagus. Kalau kita tunggu je customer datang kat kita..(eh macam perangai aku tu..haha) so slow la.
Macam aku meniaga dulu..memang perasan. kalau aku tak update apa-apa pasal apa aku jual..memang slow la business aku..Kalau aku update je bagi remind kat orang..menderu order masuk.
Memang kadang orang menyampah kita update meniaga je..takpa la..biarkan..in the end..kita sendiri yang mencari duit untuk family kita kan. So teruskan usaha. heheh.

Buat masa ni kita orang baru keluarkan 5 color je.
Insyallah soon more to come.


Baru-baru ni ada buat photoshoot baru untuk marketing lagi.
Kita orang pun baru dalam bidang ni. Masih belajar. Masih mencari dan memberi apa yang terbaik.
Kalau last photoshoot tak berapa reti nak suruh model buat apa.
Tapi kali ni lebih cerdik la, dah tau nak suruh pose macam mana ke apa. amboi amboi amboi. heheh.









Sambutan memang best.
Now banyak make-up artis pun dah tau adanya Matte Lip Cream dari Fame Cosmetics ni.
Happy tengok dorang promote and pakaikan kat customer dorang.
Pastu macam aku cakap, lipstick ni selalu perempuan akan suka..so now nampak banyak sangat orang share selfie dorang pakai Lip Cream Fame.
Suka aku bila tengok #famemattelipcream #famecosmetics #famecosmeticsMY
nanti kita orang akan repost balik. cantimnyiiii semua tu.


So far kita dah ada agent di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapore.
Stokis masih ada kekosongan di Negeri

  1. Negeri Sembilan
  2. Penang
  3. Kedah
  4. Sarawak
  5. Sabah
So sesiapa berminat nak jadi stokis boleh ye, masih di buka di negeri-negeri di atas.
Agent pun masih di perlukan di Seluruh Malaysia.
Insyallah HQ akan bantu dari segi marketing. Korang boleh sentiasa guna pic yang ada HQ sediakan.
Kami akan mula masuk majalah, gunakan artis, blogger, instagramer untuk teruskan marketing untuk Fame Cosmetics untuk membantu agent dan stokis tingkatkan jualan.
Segala pembelian, customer akan terus beli dari agent pilihan diorang.




Kalau ada yang berminat menjadi Stokis atau agent Fame Cosmetics
boleh email kepada.

famecosmetics.my@gmail.com

hantarkan

Nama :
No Tel :
Kawasan Jualan :

kami akan emailkan anda syarat menjadi stokis atau agen.

ok tu je.
aku ni takleh la..tak tau kenapa sekarang ni macam ni.
hormon tak menentu betul.
type pasal fame pun sebak walaupun entry tak sedih pun.
sebak memikirkan eh betul ke Fame ni produk aku sendiri? hahaha saikosis kak jah.
ok la..kak jah nak layan blues dalam hati ni.

Kak jah doakan kita sama-sama berjaya dalam bidang yang kita ceburi. tak kisah la apa pun yea. Aamiin.

4 Comments:

kisah earty said... [Reply to Comments]

alhamdulillah.. kan ke 9/10 rezeki tu daripada perniagaan.. moga terus sukses :)

intannazirajalil said... [Reply to Comments]

Assalamualikum..
Saya dah email untuk jadi agen Fame Cosmetic :)

CuTeNyer@Ku!!!~~ said... [Reply to Comments]

peej : saya dah email..uhuks hope ade rezeki saya...dah lama follow peej, elly n filla....amin....in sha allah doakan saya berjaya mcm awak jugak

Sakina Kushairi said... [Reply to Comments]

kak peej, sy dh try fame..mmg best gile.. selama ni pakai lipstick brand mahal2 tapi bibir cepat kering, terus mengelupas.. tapi fame ok je..tak kering langsung,, tak mengelupas langsung..5 bintang :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...