Instagram : @peejburhan

Ngeri sangat ni sampai gaduh besar

today kat timeline fb banyak orang share kisah ni.
kisah bergaduh besar dalam masjid sebab wang hantaran tak cukup.



aku ada baca sinopsis cerita pagi tadi.
tapi carik balik tak jumpa pulak.
kesnya macam ni.
si perempuan umur 21, lelaki umur 27.
dah bercinta 3 tahun.
lelaki tu kerja sebagai pengawal keselamatan. gaji rm1500 macam tu.
so awal tahun hari tu hantar rombongan merisik.
lelaki tu mintak hantaran rm7000.
tapi keluarga perempuan tak setuju. keluarga perempuan letak hantaran rm15,000

so lelaki tu kata dia bayar ansuran rm10,000 sebelum kahwin.
then balance rm5,000 masa nikah.
so jadi cerita sampai hari nikah tu, lelaki tu tak dapat nak bagi rm5000 tu.
sebab ye la kau dah takda duit. kau nak korek tang mana lagi?
so family perempuan takleh terima..dorang nak jugak rm5000 tu.
so family lelaki kata tak boleh takpa la, dorang balik.
kira tak jadi kawin la.
so jadi la pergaduhan besar kat masjid tu.
siap ada pic pengantin perempuan pun amuk tarik tudung family lelaki tu.

ayoooo why la sampai macam tu.
sedih pulak aku tengok.
tu la masalah ngan masyarakat sekarang.
ikut sangat orang. orang nak hantaran banyak..kau nak banyak.
orang majlis grand. kau nak grand. tolong la ukur baju di badan sendiri.

yang parents perempuan pun. kau boleh tak permudahkan urusan nak kawin tu.
jangan minta yang bukan-bukan.
kau nak letak tinggi? dah kenapa? best sangat ke anak kau?
kalau best pun? perlu ke letak hantaran tinggi.

bagi pendapat aku, tak perlu kot letak harga tak masuk akal.
lagi pun tu semua adat kot. tak wajib pun dalam islam.
macam aku dulu, mak bapak aku tau laki aku gaji tak besar, family dia pun bukan orang senang.
so mak aku tak mintak hantaran mahal. serious hantaran i biasa-biasa je.
mak aku kata dia nak permudahkan.
tak nak sebab nak kawin..meminjam sana sini ke apa.
pastu belah lelaki tak buat majlis, takpa..tak kisah.
ajak je ke majlis aku family n friends ke apa.

sama macam noy kawin.
mak aku kata biar sama hantaran ngan aku.
dia kata taknak kakak kecik hati ke apa.
eh macam tu yea? aku tak kisah pun.
tapi family arif kata takpa..dorang nak bagi hantaran sekian harga.
then ok la. suka hati.

sama macam hantaran dulang.
tak perlu ikut orang aku rasa.
orang ada 9-11 dulang kau pun nak.
padahal takda duit ni. so tak payah la.
kau buat ikut kemampuan kau. kau bagi je la 3-5 ke, 5-7 ke.
suka hati la.
takyah nak pikir sangat orang nak kutuk ke apa ke.
alaahh berapa lama sangat la orang bercakap..nanti lepas 1-2 minggu dia lupa dah kisah kau..dia sibuk ke gossip terkini artis2 pulak.


sebab tu aku suka cerita p.ramlee.
setiap cerita dia walaupun berlawak ke apa.
semua ada unsur selit nasihat dan sebagainya.
ni contoh terbaik.
betul..kawin ni bukan berdasarkan hantaran dan majlis semata.
banyak lagi la kau nak hadap.
so takyah poyo sangat.

macam ada setengah parents kemain nak hantaran mahal sebab anak sorang perempuan la apa.
macamkan anak kau menghasilkan emas setiap kali berak la dia punya letak harga tu.
lepas tu anak apa pun tak tau. pastu tetap nak kepit n simpan anak kau bawah ketiak kau.
kau dah kenapa? saiko?

aku paling suka ada sorang kenalan ni aku kenal.
dia quite senang familynya. n bapak dia pangkat tinggi.
n adik-beradik pun berjawatan tinggi.
adik beradik dia tak silap ada 3-4 orang perempuan.
aku terkejut masa sembang..hantaran dia rm1000 sahaja.
dia kata adik beradik dia pun semua sama..kakak-kakak dia.
sampai masa meminang family lelaki terkejut.
sebab ada nak bagi rm8,000, rm10,000, rm12,000 la..banyak la.
tapi bapak dia taknak..bapak dia kata nak rm1000 sahaja.
kalau ada niat nak bagi tu..maybe boleh bagi anak masing2 untuk mulakan kehidupan berkeluarga.
Ya Allah bagus sangat tu. niat dia nak mudahkan urusan perkahwinan anak-anak dia kot kan.
taknak sampai terbeban.
Respect.

jadi untuk pembaca-pembaca semua, nanti anak nak kawin tu.
harap semua pun berpikir dulu sebelum letak harga ke apa.
tak perlu ikut orang, ikut trend, permudahkan semua.
some rasa, duit tu la nanti aku nak buat majlis kawin...kalau takda, macam mana nak buat majlis.
salah ye konsep tu..tujuan kita buat makan-makan adalah untuk hebahkan kepada orang yang kita dah kawin supaya takda timbul fitnah.
ikut kemampuan. kalau kau mampu untuk bagi 10 orang je makan untuk teman rapat dan family. 
then cukup tu je. kalau kau mampu bagi 100 orang. then buat majlis kecik doa selamat.
tak perlu ikut orang buat majlis gempak2 ke apa.
tu ada pepatah kata, ukur baju di badan sendiri.

untuk yang belum kawin.
tau...kita tengok orang n tengok artis la, tv la apa.
rasa nak majlis grand jugak. nakkk jugak itu ini.
tak perlu, bersederhana je.
macam aku dulu, aku buat apa mampu je.
tapi Alhamdulillah rezeki aku, ramai pulak orang sponsor itu ini.
ikut aku, memang aku buat majlis nikah je ye.

macam noy, ikut dia..impian tinggi melangit.
tapi tengokkan kesihatan parents aku time tu.
so dia kata takpa la..buat majlis nikah je. taknak susahkan parents aku.
then satu lagi majlis belah suami dia.
macam aku, majlis belah suami takda.

biasa la kita perempuan, berangan nak majlis banyak..tukar2 baju la apa.
takyah la weyhhh. buat penat je. takda la seronok mana pun. hahah.
lepas kawin nanti duduk sendiri lagi banyak benda penting nak ada.
beli barang rumah dan sebagainya kan?
ada yang rezeki mengandung cepat..dah kena pikir pasal baby pulak kan.

tapi serious aku memang tak setuju betul la hantaran yang mahal melampau ni.
unless lelaki tu pun kaya tahap langit ke tujuh dan berbesar hati nak bagi.
then tu suka dia la.
tapi kalau kau tau bakal menantu kau dan family orang biasa-biasa....n kau pun asal biasa-biasa..takyah la nak mahal-mahal ikut trend or ikut orang lain.
bersederhanalah.

wooow. mood ustajah sangat hari ni.
tak bukan apa. sedih sangat la tengok kisah tadi tu.
tak pasal-pasal benda yang patut elok, jadi tragedi.
aku paham family perempuan amuk..sebab ye la malu kot tak jadi kawin.
agaknya jemputan majlis dan semua dah ready kot.
tapi salahhhh siapa??
bak kata cerita p.ramleeee...."makkk bapakkk kau yang salah..." hi hi hi.



11 Comments:

ieda iedana said... [Reply to Comments]

Hi K.Peej,

Setuju dengan pendapat k.peej. tapi bukan senang nak betulkan stigma orang. ramai dah mix adat dengan rukun nikah. yang adat kita lebih2kan... kesian dekat bakal pengantin, kerja susah2 ikat perut sebab taknak orang mengata.

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

1000 peej..allahuuuu..semoga pakcik makcik and keluarga tu allah permudahkan semua urusanhttp://peejburhan.blogspot.com/logout?d=https://www.blogger.com/logout-redirect.g?blogID%3D1665756018048133389%26postID%3D7916910448703819071

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

kita ingat lagi ur majlis simple je tapi meriah. janji semua family and close friends datang. and ur baju meletops! hehe
mine was my parents tak letak harga ikut pihak lelaki and my hubs nak grand kawen kat dewan so dia la yg kena setel semua. ikut kemampuan kita mampu kawen kat umah je janji kawen haaa gitu.
and then lepas kawen tu pindah kl plak yarabi duit macam air je nak kena bayar sewa+depo and beli barang umah fuhhh

kawen ni iut kemampuan and jgn hutang masa nak kawen tu. sekian hehehehe

linda said... [Reply to Comments]

Betul ikut kemampuan laa nak bagi hantaran tu..sian belah laki kalu hantaran mahal2 huhu

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Aku rasa wedding ko dah habis grand dah Peej. Haha.

Dayah said... [Reply to Comments]

Sedihkan tgk news mcm ni.... Islam tu mudah... mudahkan lah hal2 perkahwinan ni....

Suzielawate Mohd Nawi said... [Reply to Comments]

betul2..sepatutnya dipermudahkan

Hayati M Y said... [Reply to Comments]

Satu ja punca, kita tak berpegang pada agama islam sepenuhnya. jadi la lagu ni.. cuba ikut apa yg Allah perintahkan, insha Allah everything is alright kan. "There are no sad endings for those who trust allah!' hai kak jemput ke blog saya.. hee

http://kedinkyst.blogspot.my

Anonymous said... [Reply to Comments]

super stuju dgn peej...kenapa nak sshkan benda yg baik, lpas kawen byk lg tggjwab lain, ingtan utk sume bakal pengtin, bakal mak pak mentua, x pyh nak grand sgt hjng2 hutang smp mati

Aini said... [Reply to Comments]

ok anak beraka menghasilkan emas itu kelarkar ye... haha

Aisyah said... [Reply to Comments]

Well said Peej...200% agreed ! i wish my ipar family read this too...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...