Instagram : @peejburhan

Musim panas bak hang.

Hows your weekend people?
aku as seperti yang di jangka memang kat rumah mama je la pun. hueh hueh hueh.
tolong la lawa-lawa konon nak la kemana-mana kan.
akhirnya tak ok. sebab malas so lepak je seharian kat sana.


dah la rumah mama tu meriah je ngan makanan.
sama ada mama masak, or aku everytime pergi memang akan make sure bawak something to eat, kadang orang lain pun bawak makanan gak. hoiii heaven.

lepas makan n sembang, tau-tau nanti tertidur je.
sebab musim panas bukak aircond.
pastu rumah lak suka benar bergelap.
memang semua tertidur.
laki aku la bengang kata bukak la lampu.
aku buat dekk je, pastu dia kata.."i bukan apa, rumah ni satu macam la..asal datang mata ngantuk asyik nak tertidur je."
hahhaha. memang pun. daripada zaman aku remaja.
kalau kawan-kawan datang dia kata rumah berpuaka sebab nanti tidur taknak bangun. hahaha

sekarang panas melampau kan.
aku selalu jarang la deal ngan panas ni.
sebab balik rumah a/c 24/7. office pun sama.
so tak merasa sangat la panas tu.

tapi orang dok la kata panasss-panasss. mana yang keluar tengahari keluar amik anak ke apa kan.
ngan laki aku naik motor pun dok kata panas.
aku lunch je la keluar. rasa la panas. tapi kejap je kang. kadang tapau je.
tapi petang nak balik tu rasa gak la kereta panas macam duduk dalam oven.
tolong bukak a/c pun udara panas yang keluar. pengsan.

kalau makan luar pun hazab gak.
tau la laki aku ni hantu nasi.
so mesti nak nasi campur. nasi campur memang gerai la mostly kan.
gila kau berpeluh sakan aku kalau makan. stresss.
rasa nak cepat-cepat makan pastu masuk dalam kereta.

aircond pun kalau buka full last n dah paling rendah pun kadang tak terasa kan.
kawan aku boy ni memang kerja servis aircond semua.
dia kata bulan ni memang full la, hari-hari dia servis aircond.
wahhh masyuk tu. hahah.

even mama tadi pun boy pergi servis aircond.


tak silap esok kat rumah arif pulak.
rumah aku pun kena gak tu kadang tak terasa dah aircond ni.

siapa yang kat area KL nak servis aircond boleh contact boy ni.
kerja kemas dan teliti and harga pun berbaloi-baloi.
dah try suruh dia buat mesti takkan panggil orang lain dah la.
dah few jugak readers aku panggil boy buat sebab dulu pernah aku bagi tau dah dulu.

tapi tu la kadang lepak n sembang ngan boy. bermacam ragam jugak customer ni kan.
kadang dah mentang-mentang melayu buat, mintak harga yang bukan-bukan.
kau cuba la research n bandingkan harga.
kalau normal harga total semua rm300+ kau nak mintak sampai rm200. elok di tumbuk kan je.
pikir la sikit kerja orang tu buat macam mana, tenaga orang, kepakaran orang tu.

selama 20 tahun lebih tengok orang servis aricond tak pernah aku tengok ada orang servis sampai bukak semua ok. selalu cincai je.
boy kalau buat, if dia tengok perlu dia akan tanggalkan aircond kau ye servis n basuh semua.
so bila kau bayar pun memang kau akan puas hati la.
pendapat aku, sebelum kau nak sesuatu urusan tu di buat.
why not tanya harga dulu. contoh kau cakap nak buat a, b, c..then tanya harga.
nak puas hati lagi, tanya kat 2-3 orang. so boleh banding situ.



so sesiapa yang terasa rumah dia punya aircond pun dah tiba masa nak servis.
sila la contact boy ye.

Boy
019-245 4360

tapi kalau korang area KL la. jangan la duduk kedah tetiba contact pulak. hahah

oh lagi satu.
tak silap aku last dec ramai gila contact aku mintak nombor contractor arjun.
aku pulak time tu lama tak dapat contact si arjun tu.
so nombor yang aku ada memang dah tak valid.
sampai la jan hari tu arjun contact aku balik.
dia kata dia balik kampung, mak dia meninggal. so lama dia kat sana uruskan family semua.
ni dah balik. nombor dia pun dah kena potong sebab lama sangat dia kata.
so dah ada nombor baru.
so sesiapa yang nak repair rumah ke renovate ke boleh whatsapp aku 012-2758575 nanti aku bagi contact num arjun.
tu sorang lagi yang harga berbaloi-baloi.
elly pun dah suka pakai arjun untuk repair-repair rumah dia ke apa.
sebab harga best n kerja pun elok elly kata.

ok la..i nak sambung buat kerja.
yeayyy. esok office meriah kembali.
takda la kak jah bermata kuyu je sangap. gituhhh.




5 Comments:

sunny land said... [Reply to Comments]

wahh sunglasses kak jah..
tapi mmg panas sgt, rumah yg xpkai aircond mcm sy ni..lepas mandi pun panas, dah peluh balik, mlm pun panas, bangun tidur basah baju, cadar lembap dgn peluh, even bila hujan, patut rasa sejuk kan, tapi tidakk..tetap panas dlm rumah..betapa tinggi temperature kat luar..haritu pernah takde elektrik, alahai sabar jela tahan panas..
terfikir kesian budak2 sekolah..
buruh binaan tu lagila..
Ya Allah tolongla, sampai bila panas ni..
ayah saya ada pesan, dlm mengeluh2 panas ni, hadiahkan al fatihah untuk cuaca panas ni..
mcm pelikkan..tp yela cuaca panas pun makhluk Allah jgk..
at least xsejuk kat luar, bg sejuk sikit hati

Azean Azman said... [Reply to Comments]

cantik spek mata peej tu..

Anonymous said... [Reply to Comments]

wow!7 ekon.berapa purata bill elektrik umah mama peej setiap bulan ek?

aNNe DyaNa said... [Reply to Comments]

Peej lawo mekap... Pipi tu buh shading ke?? Buat tutorial plis. Hihi sorry lari tajuk skit. Ok nk contact boy jugak coz aircond dh xrase sojuk...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Betul tu kdg2 org kita suka sgt minta kurang harga x masuk akal. Agak2 la kan org tu meniaga kot. Bukan buat charity.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...