Instagram : @peejburhan

lovey dovey

eh ngantuk tolong.
ikut hati nak tarik bean bag tidur ni.
tapi kurang sopan nanti staff lain tengok.

internet nowadays dah la macam apa je.
nasib blog ni boleh pulak bukak. hahah.
aku ingat nak buat sql today. tah kenapa dpd pagi tadi dok la nak masuk system tak boleh2.
lantak la.
so mari la update blog.

tah la lately ni apa tak kena tah.
tapi rindu sangat kat papa.
dah selang sehari asyik la menangis aku ni.
tapi aku jenis kalau emo ke apa pun suka sorang-sorang.
so bila MrB dah tidur baru la aku layan perasaan ke apa.
rindu sangat la.
n now hati asyik debar-debar je.
risau je bila kesihatan mama tak berapa ok.
kalau boleh nak spend most of the time ngan dia.
tapi tau la kadang balik kerja penat, letih jugak berulang alik.
balik kerja ke sana. nanti lewat baru gerak.
by the time sampai rumah sendiri nanti dekat 12am macam tu.
tak mampu den. letih takda rehat.
so bila larat baru pergi.
bila la kak jah nak kaya boleh beli rumah besar.
akan bawak mama semua duduk sekali ngan i.
tapi tau la harga rumah kat KL sekarang. boleh bikin sakit jantung kan.

layan perasaan apa semua.
pastu takleh tidur.
rasa nak layan movie.
lama jugak tak layan movie.
tapi mood lately ni nak tengok cerita romance.
aku ni tak minat love story ke apa.
sebab ingat lagi dulu zaman putus cinta layan pulak love story.
rasa nak tikam2 screen monitor tu.
rasa macam semua cerita ni penipu. mana ada happy ending macam tu.
hahaha matiklah emosi sangat.
so since then aku jarang la nak layan sangat cerita sweet2 ni.

tapi lately ni asyik emo n layan perasaan.
rasa macam best je kalau layan movie cinta-cinta ni.
tapi tak tau nak tengok cerita apa.
gigih kak jah google romance movie 2015 tak silap.
keluarlah list.
pastu perangai aku sebelum tengok movie. aku akan bukak trailer dulu kat youtube.
tengok best baru proceed layan movie tu.

so semalam nampak la dalam list cerita brooklyn ni.


dah lama cerita ni ada kat yify.
tapi tak teringin nak tengok.
maybe sebab baca sinopsis macam tak menarik je.
plus pelakon i tak kenal..me not like.
pelakon terkenal baru nak meningkat naik sebenarnya kan. tapi tah kenapa tak tergerak nak tengok.
so semalam macam google nampak tu.
rasa nak tengok trailer dia.
eh macam best je.


nampak pulak dia kata cerita ni adaptasi novel. wah i likeee..
sebab selalu adaptasi novel ni mesti best.
harap maklum cerita omputeh ye...kalau drama melayu ikut novel i dont like.
banyak tak masuk akal n menggelabah je lebih. i dont like.
aku selalu dulu sebelum kawin rajin tengok movie ngan mama.
kadang marathon lepas satu cerita, satu lagi cerita. bersambung-sambung.
pastu kalau based on true story or dpd novel. lagi suka sebab mostly mesti best punya lah.

so semalam tengok la cerita ni.
tolongggggg aku suka sangatttt.
bila sweet tu sweet sangat rasa tersipu-sipu kak jah.
nasib laki dah tidur. kalau tak ada kena siku ngan dia kang.
kang kalau sedih tak pasal ngan aku sekali nangis.

pastu dah abis cerita dia. rasa macam nak repeat tengok nanti.
rasa macam ahhhh bestnya perasaan memula bercinta.
hahaha woooow. tapi apakan daya. aku n Mr B dah 12 tahun kenal..takyah nak feeling baru bercinta sangat la. kadang sampai tahap menyampah tengok muka memasing pun ada. hahahha.
pastu aku kalau cerita best macam ni mula la tak tentu arah.
rasa nak kena beli dvd ni suruh mama tengok gak.
ke nak download je? tapi aku tak reti download movie with subtitle.

tak tau korang akan suka ke tak cerita macam ni.
sebab aku n mama memang suka cerita lama-lama macam ni.
bukan cerita lama la. maksudnya cerita baru tapi dorang buat macam konon cerita lama.
cerita perang zaman dulu pun kita orang suka. pastu nanti sesama takut membayangkan kalau la hidup zaman tu. hahaha. imaginasi jauh betul.

tapi cerita dia i like.
maybe la kena ngan jiwa i yang sedang menikam-nikam emosi.
sambil sedih rasa hati ketat tu..bila lega sikit..meh sambung ketatkan hati ngan cerita menusuk jiwa.
terus rasa nanti free lagi. nak carik lagi apa cerita love story yang best nak layan la.
korang ada any suggestion apa movie love story yang best-best lagi tak?
free-free nanti i nak layan la.
nak tunggu tv series aku yang seminggu sekali je muncul ni letih gak.
so mari la layan movie pulak. :D


11 Comments:

Nurain Mahli said... [Reply to Comments]

peej tgk guna website ape? yify.tv ke?

umi mardiah said... [Reply to Comments]

tgk cinta 100kg kak

Anonymous said... [Reply to Comments]

thanks peej!! nak download la cerita ni.
-zatil-

shuweet said... [Reply to Comments]

Peej, tengok la cerita Miss you already...pasal friendship...drew barrymore berlakon

Azean Azman said... [Reply to Comments]

macam best movie ni ya peej,.. nak try tengok jugalah nanti hehe..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Boleh download subtitle separately. Just google title movie. Lepas download and extract file. Pastu rename file movie tu ikut file subtitle tu.

amy said... [Reply to Comments]

age of adaline����

miss eimanhikmah said... [Reply to Comments]

movie terbaru kt fox movie title the longest ride pun besttttt...adaptasi dari novel gak..dah 2 kali tengok...hehehe

finaz said... [Reply to Comments]

haah.. citer ni best.. walaupun pelakon tak familiar.. suka tgk baju2 yg dorg pakai dlm film ni..

atas ur recommendation i tgk the dressmaker jugak.. bestttt !! nanti share la lagi movies2 yang u tgk.. so far sume yg u rekemen mmg kena dgn selera i.. hehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Love rosie-eng/the teacher diary-thai/little things called love-thai.please watch kak.best gile.tgk trailer pun da rasa best..lol

Anonymous said... [Reply to Comments]

Love rosie

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...