Instagram : @peejburhan

Get well soon Oyyen

Aku pun tak sure aku dah cerita ke tak.
Yang Penyu dah beranak dalam sebulan lebih lepas.
dapat 3 anak. tapi sekor after few days mati.
so tinggal la 2 ekor je.

Risau jugak mula-mula reti ke nyunyu ni jaga anak dia.
dia pun macam tak berapa nak normal sangat kan.
tapi so far ok la.


Nyunyu si kucing kurang upaya.
ngan tangan kontot dia, slow kemain reflex dia. n lidah asyik la tersentil je.
anak dia semua tangan macam dia jugak.
semua bengkok n terkuak. macam dia jugak masa dia kecik dulu.
comel je tengok.



comel je jalan terkedek2 je terkuak-kuak macam tu. heheh.
nama pun dah bagi.
oren tu mama bagi nama Oyyen.
yang sekor lagi Arif bagi nama, Monty.
apa-apa aje. aku ikut je. aku pun dah tak tau nak bagi nama apa.
so apa-apa pun boleh lah.

So far semua ok.
sampai la dalam 2 hari la nampak oyyen tak aktif sangat.
tapi tu la aku ni nak membawa ke vet takda masa.
until semalam balik kerja nampak dia terbaring je terkulai.
berderau gak la, gegarkan cage tengok dia gerak. fuhhh.
ingat dia mati ke apa.

nak bawak gi vet nak tunggu esok je, vet aku biasa pergi malam tak bukak.
so biarkan dulu.
then aku keluar dinner.
balik aku terkejut tengok dia terkulai kat bekas air.
kira badan dia sebelah dalam bekas air, sebelak kat luar. kepala terlentuk tersangkut kat bibir bekas air tu.
haaaaaah? dah mati ke apa ni?
check tengok hidup. aku dah sedih.
terus bagi dia air apa semua. kenapa dia ni? lemah sangat.

call noy n arif, aku ni bela pandai tapi nak take care sangat beria-ria tak reti.
cepat panik pun ye.
so google tengok ada vet bukak 24 hours.
so call dorang kata bukak. tapi jilaka consultation fees pun dah mahal gila.
tapi takpa la pergi je. kang tunggu besok tak survive oyyen ni kang.

so pergi la sana. sampai around 12ish am.
selepas pukul 12 harga consultation berganda mahal.

then bila bawak tu.
check la. hate rate dia irregular..kejap cepat, kejap laju.
n sangat lemah, tak cukup nutrition katanya.
then bawah leher luka. pelik gak.
dia kata kena gigit ke? aku tak sure? mana la nak monitor 24/7
aku kata posible tak sebab kepala dia tersangkut tergantung kat bekas air tu earlier?
dia kata boleh jadi gak. tapi ni macam bekas gigit. hmphhh.

then amik darah dia n check gula dia.
dia kata terlalu low.
biasa kucing normal kena bacaan 5, paling low ialah 1.
ni low sangat sampai machine tu takleh baca. so sad la.
nyunyu la niiiii. mesti tak bagi susu ke apa.

then doktor kata keluar balik. nanti front desk akan advice pasal payment n apa nak buat.
kalau setuju baru dorang akan proceed with treatment.
so tunggu la.

then panggil. dorang kata kena tahan 5 hari. akan duduk ICU (amboi kau). n bla bla tah apa-apa la.
total campur consultation tu RM900. hampir terkincit kak jah.
harga tak masuk ubat nanti apa semua. or any other treatment.
adalah keji kalau tetiba aku cakap, takpa la saya bawak balik je la. biarlah nak jadi apa pun.
takpa la, Insyallah duit kita cari kan..moga Allah murahkan rezeki dan mudahkan semuanya untuk aku.
so aku agree. kita cuba yang terbaik untuk Oyyen. selebihnya tawakal dan serah pada Allah SWT.
so isi borang apa bagai, buat payment semua.

berpeluh aku dengar banyak pulak mamat front dest ni cakap.
semua benda nak terangkan. eh dah laaa..
tak nampak ke aku berpeluh ni.
berpeluh bukan sebab harga, sebab hasil rasa nak terkincit tengok bil tadi, memang terus bebetul aku carik toilet.
sakit perut tetiba datang. apakah gilaaa...buruk perangai berak je kerja kau kak jah.

sebelum balik nampak la dorang dah letak oyyen dalam macam incubator tu. bagi oxigen.
kelas kau oyyen masuk hospital swasta.
kak jah pun takat masuk GH, bil 6 hari baru rm48 je hoiii.

then balik tu singgah kedai arab kat kg baru.
si arif n noy nak makan la apa.
aku tak makan. sakit gusi la dah 2 hari ni.
sakit gila berdenyut je.
nak makan pun tak enjoy sangat.

then balik rumah. dorang tidur rumah aku.
pastu arif kata dia perhati je perangai penyu.
dia memang tak susukan anak dia.
dia akan lari tingkat atas.
pastu dalam kepala sibuk nak keluar dari cage, banyak akal try nak keluar.
patut la anak sampai jadi begitu.

kena tukar sangkar kecik tak bertingkat la.
kalau tak main mengelat dia ni la.
pastu memang dia jilat anak dia. pastu kan selalu ibu kucing sambil jilat nanti dia gigit2 sikit.
aku rasa penyu ni tak reti kot. dia kan macam retard sikit.
so dia gigit tu macam beria.
sebab anak dia si monty tu pun ada luka macam kudis kering tu.
aku rasa baru2 ni.
sebab main minggu lepas takda lak bebudak tu apa-apa.

ni karang nak beli makanan kucing yang lembut tu.
nak bagi anak sekor lagi tu makan.
kang elok sihat kang nasib si monty sama macam oyyen lak kang.

hopefully ok la oyyen tu.


7 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

Kesiannya oyyen. Tapi kemain kau ya, masuk private. Aku beranak 4 org anak kat govt hospital je haha.

Aisyah said... [Reply to Comments]

thanks peej for this post..bile peej letak gambor bebudak 3 ni duluu dlm instagram..'now nyunyu is a mom'..tekejut nau akak..eh boleh ke dia...?..mcm2 akak pikir..hee..akak pun ada anak oku..ability depa mmg terhad..

Liyana Sadzali said... [Reply to Comments]

Kak peej. Nie first time nyunyu dpt anak ke? Sbb dulu kucing kita first time dpt anak semua mati sbb tak pandai jaga. Nie kali keempat baru reti nak jaga dan semua hidup 😉

Aidah said... [Reply to Comments]

Macam sama je kes dgn anak kucing kat kampung akak. Maknya tu orang buang dan dia tengah bunting masa tu. Bila dah beranak,maknya pun tak reti jaga anak, bila anak dia nak menyusu je dia tergeliat2. pastu lepas sekor2 mati, last2 tinggal sekor gemuk kemain. Yang ni mati jugak sebab ada kesan gigit kat leher dia. Akak suspek mak dia tu gigit masa dia jilat anak dia atau masa dia gonggong bawak pindah anak dia. Doktor try treat jugak. Last2 dapat kat mak dia, dia jilat2 luka anak dia tu, konon nak bagi elok agaknya tapi terputus peej!! Menangis akak berhari2, sedih sangat.

Anonymous said... [Reply to Comments]

emergency case oyyen nii, masuk kul 12 lebih, check darah check gula, mcm manusia sangatt.
respek sgtt orang2 yg jaga kucing syg kucing bak menatang minyak yg penuh
mesti kucing2 doakan tuan2 dia balik kan
Get well soon oyyen

Huda MS said... [Reply to Comments]

kesiannya...peej try la bg kat ur kitten tf advance. rasanya yg paling dekat dgn u is wan nor haniza (nizza nizza)..dia duduk kat sri rampai...u boleh tgk details dia kt fb... basically tf advance ni utk tingkat kan imun system.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, try pergi vet kat Jalan Gombak. Nama dia Muezza Veterinary. Dia charge reasonable. Tak la melampau mcm kat vet animal hospital tu. My cat kena masuk icu sbb Ada bacterial infection dalam darah, duduk dua minggu lebih, dia charge 1k je

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...