Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : si tinggi

Salam Peeja,

Dulu aku pernah anta expose mistik tapi ni terpanggil nak anta lagi lepas baca expose mistik pasal kena tindih tu. 
Ok aku ada pengalaman ditindih oleh 'benda'. 

Ok cerita ni dah lama jugak la. 
2 tahun lepas macam tu. 
Kira itu adalah kali terakhir aku 'kena tindih' ni. 
Aku dah alami benda ni dari zaman sekolah. 
Actually biar aku terangkan dari mulalah senang paham.

'Benda' yg ganggu aku tu dulu ganggu mak aku tapi lepas aku dah besar, dia usik aku plak. 
Benda yang mengganggu ni orang hantar kat mak aku sebab mak aku tolak pinangan dia. 
Dia tanam barang dkt laman rumah nenek aku masa tu. 
Mak aku dah cuba berubat tp masa tu tempat dia tanam tu nenek aku dah simen buat tangga batu. Memang takkan sanggup nak pecahkan balik semata-matakan? 
So, bomoh tu kata cara lain adalah biar dia mereput. 
Sebab lama-lama benda yg ditanam tu akan mereput so gangguan tu akan hilang.

Tapi tulah haram kot hilang.. 
Ganggu bukan main kuat lagi adalah. 
Aku pernah tengok mak aku meronta-ronta sebab kena cekik dgn 'benda' tu. 
Mata kasar nampak mcm mak aku kesawanan sambil pegang leher dia. 
Aku start nampak and rasakan kewujudan 'benda' ni dah naik sekolah menengah. 
Muka2 aku ingat gangguan biasa2 je sampai aku cerita dgn mak aku. 
Benda yg kacau kami tu bersuara seperti lelaki, berbulu lebat, tinggi. 
Sumpah tak tipu ok.

Ok berbalik cerita 2 tahun lepas tu, masa tu aku baring dalam bilik kat rumah mak angkat aku (benda ni kalau nk datang tak kira kau kat mana masa tu) 
Aku tutup lampu pasang kipas laju2 sebab panas. 
Yang lain masa tu kat luar. 
Sambil lelap2 tu boleh la dengar suara diorang berborak. 
Sampai lah dalam mamai2 tido tu aku nampak bayang2 org depan pintu bilik tengah berdiri dan selak langsir pintu tu (aku ni rabun tu yang nmpk kabur2 je) 
Aku dengar suara mcm akak angkat aku. 
Dia cakap "Shiera ni lena tido ha" so aku macam abaikan la kan? 
Dah kata akak angkat aku. 
Tapi yang peliknya org yg berdiri tu tinggi. 
Cecah la alang pintu tu tp sebab mamai ku abaikan.

Tiba-tiba rase badan tak boleh gerak da. Keras kejung gitu. 
Rasa helpless sgt masa tu. Nak jerit tak boleh, bukak mata pun tak boleh. 
Masa tulah aku dengar suara lelaki berbisik kat telinga aku sambil menindih aku. 
Aku ingat lagi apa dia cakap. Dia cakap sambil gelak "Ha dah tak boleh lari lagi. Ingat kau tu aku punya"

Kau boleh bayang tak perasaan aku masa tu. 
Gila aku boleh rasa nafas dia ok dan badan dia yang berbulu tu. 
Aku boleh bayang dia tengah tersengeh sambil gelak-gelak. 
Masa tu nak mintak tolong pun tak boleh. 
Aku doa jugak orang2 kat luar tu masuk tp takde sape pun. 

Almost 5 minit macam tu. 
Macam2 aku baca then barulah rasa badan ringan and aku boleh bukak mata. 
Lama aku menung dalam bilik pikir balik betul ke tak ape yang aku rasa td tu. 
Sampai akak angkat aku masuk bilik (kali ni org yg betul) dia tanya aku kenapa. 
Aku cerita la kat dia. Meremang bulu roma.

So aku call mak aku pasal ni, dia jumpa satu orang pandai bab2 makhluk2 halus ni. 
Dia suruh aku mandi bunga then dia akan buat upacara. 
Masa tu aku pun tak pasti nak kategori syirik ke tak. 
Masa dia buang benda tu mak and abah aku ikut. 
Mak aku cakap memang seram gila masa pi buang tu. 
Dia letak dalam botol and buang kat sungai (Tu sebab org tak bg bukak botol yg kite jumpa kat sungai or laut) 
Masa tu mak aku ckp ujan lebat gila and diorang boleh nampak 'benda' tu berdiri kt tebing sg pandang diorang.

Alhamdulillah lepas kejadian tu semua aku dah tak kena apa2 gangguan lagi sampai sekarang. 
Kalau tak dulu asyik la. 

Okla nk cerita tu je. ada lagi kisah seram lain masa duk asrama dulu tapi nanti2 lah yek. Assalam.

Shiera 

1 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ni memang masalah org asia.
Ingat lagi mass arwah mak aku pergi berubat.. ada org melayu ..kena bomohkn atas arahan org sepejabat.. kaum i. Bomoh orang kits..amik order bukan oŕang kita..térkejut..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...