Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : pengalaman sendiri dan family

Salam peej,
Sakan saya baca kisah2 seram dalam blog ni..jadi addicted plak dah bila setiap hari baca. So bila dah baca, mmg otak pon dok teringat pengalaman2 sendiri.
Dan, tetiba teringin nk share dgn viewer2 lain pengalaman saya n org2 yg pnh share cerita dia pada saya
Terpulang kat sis nk share smua sekali gus atau by episode.hamboi..mcm byk je kn?..kui3
*cerita2 dlm ni mungkin mcm ada penambahan atau kekurangan sbb byk kisah lama dan bagi menjaga nama baik smua pihak ☺
-nak menyedapkan penceritaan konon, kita mcm tgh berbual,saya guna bahasa ganti diri dgn aku je lah ye..hihi
  1. Hostel
    1. Nisya
Ni kisah pasal member dorm aku, aku namakan dia nisya je lah k. aku ingat2 lupa cerita dia ni sebab now pon aku dah going 30, masa ni tingkatan 5
Nisya ni org nye agak manis (ala2 sariyanti) kecil molek je orgnye. dia ni kegemaran dia menyanyi, suka sgt menyanyi xkire waktu. Dalam dorm kami ni ramai. biasalah dorm sekolah teknik, katil semua double decker. Si nisya ni duduk katil atas (bukan partner ngn aku). aku katil atas, so mmg akan nampak lah dia kat atas tu dari katil aku ni.
Disebabkan hobi dia menyanyi xkire waktu, ada 1 hari tu, masa tu ptg nak ke maghrib. Dorm aku ni belakangnya hutan (biasalah kan kalau dah belakang dia hutan). Kami masa tu tgh darah muda, mcm2 hal kami buat. Kebetulan dinding dorm aku belah bwh tingkap tu cuma papan plywood je, so bila dah masing2 tgh berjiwa kental ni pergi bukak papan tu konon nak buat laluan lepak2 kat koridor belakang time bosan2.
So, si nisya ni dgn hobi yg dia ada ni pegilah mcm biasa duduk menyanyi kat situ,l agu plak mcm ke arah nak memanggil benda alah tu. contoh lagu2 klasik or irama Malaysia..huh.. Dak2 dorm aku ramai dah tegur jangan nyanyi lagu2 camtu. degil!
Sampai ada satu hari tu, kecoh…si nisya ni buat hal. bukan kene rasuk or hysteria. tapi dia jadi mcm puteri2 zaman dulu2 tu. belakang dorm aku mmg hutan, tapi belakang hutan tu plak mcm ada bukit or gunung. ermmm..
Kalau kat sekolah, time rehat, kami berebut2 beli makanan takut xsempat loceng bunyi, tapi dia rilek je duduk mcm puteri tunggu dayang tu.. bila tanya dia xnak mkn ke, dia akan jawab sambil senyum2 manis (psyko) kata dia dah mkn buah2an byk.. dayang2 hantar.
Pastu kalau mlm2, dia akan naik katil dia, duduk separuh baring (mcm puteri duduk layan dayang menari tu).. dia akan nyanyi sambil main rambut dia lagu2 klasik pasal puteri lah, pasal gunung lah.. masa tu kami mmg dah perasan yg muka dia makin hari makin cantik.. seri lain mcm, mcm puteri2 dulu2 tu.
Kami setiap mlmlah tido berjemaah atas lantai sebab seram.. xdelah rasa takut, tapi seram..lain ke? Lain ooo..seram ni mcm kita rasa meremang je.. takut ni mcm kita mcm takut2 ternampak ke apa.. ni meremang je rasa. last2 panggil parents dia amek bawak balik kg. lama2 dia pindah duduk luar
    1. Gula2
Yg ni kisah kedua pulak, tadi kan aku ckp aku katil atas. (xsure masa ni nisya kene dulu atau after dia kene). Biasalah kan duduk hostel ni akan ada mcm2 kes hysteria bagai, so kami pakat ramai2 nk ubah kedudukan katil kami dari asing2 kepada apit2, kire mcm atas akan ada dua, bwh pon dua.
Partner katil atas ngan aku ni aku bagi nama dia mia. Mia ni jenis blur tau.. maksud aku dia jenis kalau kita cerita apa2 kat dia, dia jnis mcm mamai je nak feedback. Mcm biasa kat hostel kan wajib prep ni semua padahal wayang je lebih.. ramai yg membuta kat bilik prep tu. memandangkan kami pon dah jadi senior kan? so bermaharajalela lah dlm bilik prep tu. warden sah2 xamek port time prep ni janji semua xduduk dlm dorm time tu.
Ok, sambung cerita pasal katil tu tadi. Si mia ni kan aku ckp dia jenis blur2. masa prep mlm tu, dia mcm biasa tido atas lantai prep (karpet, mmg lena lah).. kami pon yg mana dah habis prep nak naik atas lah tido sbb esok sekolah.. bangun lambat kang xpasal2 kene berbaris dlm longkang. Si mia ni bangun2 dari tido sbb dia baru perasan yg dia tinggal sorg kat dlm bilik prep tu terus naik bilik.. masa tu xtaulah dah pukul brapa.. kebetulan time tu dia period. So ada sikitlah kesan tembus atas cadar dia.. aku plak ntah apa angin mlm tu xtido atas katil aku, aku tido ngan member aku yg lain sbb takut..kah3.
Si mia ni kata, dia nmpk encik gula2 (po***g) atas katil aku tapi membelakangi dia.. tapi dia kan jenis blur.. so dia mcm takut2 gitu jelah.. then sbb terlalu ngntok kot, dia tido gak katil atas tu bila dah yakin encik gula2 tu dah xde. tgh syok2 dia tido tu, dia mcm terbangun dan sambil guling2 sbb sorg2 atas katil besar.. dia ckp dlm hati besnye katil besar..pastu dia dgr ada suara marah dia sbb baring atas katil aku..omaigoddd!!  y katil aku???
    1. Bunian
Yg ni pulak kisah selepas si nisya tu start buat hal. Masa dia buat hal tu, kebetulan ada sorg budak dorm aku ni, aishah (bukan nama sebenar). Bapak si aishah ni pandai ubat2 org termasuk ilmu2 dunia kedua ni. So dia panggil bapak dia dtg hostel masa minggu ibu bapa melawat hostel. Dia pon cerita pada bapak dia kes si nisya ni nk mintak bapak dia tgk2kan dorm kami sekali. Si aishah ni pon ada mewarisi sikit2 kelebihan bapak dia tu,dialah yg wakilkan bapak dia untuk “scan” dorm dan diri kami kot2 ada yg tersangkut atau terlekat. bapak si aishah ni ckplah yg belakang dorm kami tu ada istana bunian (wallahualam).. dia kata dulu pernah anak ketua warden kami mcm terkena sampuk jadi mcm burung. Pagi2 akan jumpa anak ketua warden ni tido atas tapak parking kereta pelawat. huishh
Pastu bapak si aishah ni masa jumpa kami, dia mcm ada sesuatu nak cakap pada aku (aku rasalah sbb tgk reaksi muka bapak dia masa jumpa aku tu). pastu si aishah ni lah yg tolong scan kami sorg demi sorg sampai giliran aku. Si aishah ni scan cara dia akan suruh kita duduk depan dia dan dia akan berdiri belakang kita. so dia akan usap dari kaki ke kepala sambil baca2 doa lah… masa turn aku nak kene scan tu, dia buatlah usap dari kaki naik ke badan mcm dia buat kat org lain, tapi bila aku, sampai je kat bahagian badan aku, dia akan tolak aku, dia akan usap badan dia dan buat mcm org buang sesuatu yg lekat kat badan. pastu dia buat lagi scan aku, dia tolak lagi aku dan usap bdn dia sendiri… dia kata dia surrender..aishhh..
Aku mcm buat xtau sbb bagi aku, aku xde kene mengena kot dlm hal tu. aku mmg selalu pon mcmtu.. buat2 xnak amek tau sbb nk buat apa amek tahu kan? nanti kita sendiri yg takut. Rupa2nya dia bgtau bapak dia kes dia xbley scan aku. Pastu bapak dia suruh dia tanya aku, aku ada x mimpi apa2 yg pelik..yup..aku mmg ada mimpi sesuatu yg susah aku nk describe. Cuma yg aku ingat dlm mimpi aku tu, ada buaian yg penuh bunga2 (mcm buai dlm cerita zaman2 dulu gntung bwh pokok)..tapi dlm mimpi aku ni x ingatlah gantung bawah apa cuma semuanya dlm dorm aku tu juga. Aku duduk atas buai tu.. tiba2 dtg seorg lelaki mmg hensem yg amat ajak aku ikut dia. aku plak time tu dah ada BF.. konon setia. aku xmau ikut dia.. pastu aku terjaga. Member aku tu cerita kat bapak dia apa yg aku mimpikan tu.. bapak dia kata syukur aku tolak xmau ikut.. tulah anak raja yg tinggal kat istana bunian belakang dorm aku.. adoi.. y me again????
Nanti aku cerita plak pasal family aku yg ada kene mengena dgn kes ni.

  1. Rumah taman
Mak abah aku baru beli rumah dekat satu taman dalam kampong. dulu kawasan tu hutan tebal. Kontraktor teroka buatlah taman kami tu. kirenya family aku ni antara yg terawallah pindah masuk taman tu. so start dari pindah sampailah sekarang mmg mcm2 story yg aku dengar.
    1. Adik menangis
Adik aku Nana (bukan nama sebenar) ni jenis penangis dari dia lahir..org2 tua kata sawan nangis..kih3.. kalau dia nangis mesti makan jam untuk berenti dan last2 akan kena sawan..adoi.. sampailah umur nana ni 3-4 tahun kot sawan nangis ni.. kdg2 kami buat xtau je kalau dia nangis dan akan risau bila sawan dia mari.
Satu hari tu, nana ni nangis dari maghrib sampai lah ke lewat mlm, kami xheran pon sbb dah selalukan, tapi kali ni dia nangis even duduk dlm buai yg abah gantung bawah tangga rumah (rumah dua tingkat).. mata si nana ni dok focus ke tangga sambil melalak non-stop.. kami naik give up bila xmau berenti2.. panggil aki (ayah mak-dah meninggal sekarang). Arwah aki kami ni jenis pandai jugak2 lah ilmu2 dunia kedua ni. Mlm tu dia datang umah sbb kami semua xlarat dah dengar dia nangis. Abah pulak pi cari bomoh kampong takut2 ada benda mengusik. Nak tunggu bomoh tu sampai, xsampai2..so aki ni baca2 lah ayat2 quran.. kami xdengar sangat, nampak mulut dia je kumat-kamit.. dgr sikit2 je.. pastu secara tiba2 ada seekor pelesit elok je park kat tangga betul2 atas buai adik aku nana ni.. pastu si pelesit ni terbang ke setiap lutut org2 yg ada dlm umah tu waktu kejadian.l ast sekali dia pi lutut aki aku, aki pon tangkap, baca2 then patahkan tengkuk binatang tu.. guess what? Ada sehelai rambut. erkk..cik ponti punya.. adik aku dan2 tu senyap.. barulah bomoh tu sampai.. dia mcm tekan2 ibu cari kaki adik aku tu, pastu mcm masukkan sesuatu dlm botol. laju je dia tutup dan mintak izin nak p buang kat laut..
Alhamdulillah..sekarang dah ok, xde nangis2 dah. dan yg kelakar, si nana ni jadi mcm org xde perasaan, nangis pon susah, ketawa pon susah..j adi mcm muka 1 emosi je..haha
    1. Tangga
Yg ni pula kisah tangga umah aku, kan aku ada cerita kat 2. 1 tu pasal adik aku nana nangis je. Yg ni kisah adik aku sorg lagi, iman (bukan nama sebenar). Ada 1 hari tu dia bergambar betul2 kat tangga yg cik pon a.k.a pelesit tu park. Masa tu kamera Kodak lagi tau..bila ada masa & duit lebih baru pi cuci..lepas cuci tu lah baru perasan, belakang adik aku…jelas! Nak kata mcm nenek bongkok pon ye, nak kata cik pon ye jugak.. mmg meremang tgk.. gambar  tu pon ntah mana hilang sbb masing2 xsanggup nak tgk.
Member aku aishah, ingat x yg pandai tgk2kan tu.. dia pernah tanya aku, umah aku dua tingkat kan? (padahal dia xpernah pon dtg rumah aku dan aku xpenah cerita apa2 dekat dia pasal rumah  & family aku). Dia ckp secara sepontan yg benda tu tumpang duduk situ (bawah tangga).
Pastu xcukup dengan dia muncul dlm gambar, lepas mcm2 kes berlaku kat umah aku tu (kesinambungan dari rumah lama), mak aku decided suruh semua tido bawah depan tv, kalau dah tido umah bawah, depan tv,s ah2 lah mengadap tangga tu. 1 mlm tu kemuncak bila mak aku tgh enak tido ni tiba2 mcm mimpi ada dua ekor cik pon bertenggek kat tangga tu dgn muka yg cukup garang dan mcm tgh marah pandang tepat kat mak aku. Mak aku berpeluh2 terus terbangun. Masa dia terbangun tu lah dengan kuat dia dengar bunyi mcm gas meletup kat dapur dan adik aku nana ni menangis jerit2 kata ada hantu masak kat dapur. Mak aku terus lah kejut adik aku nana ni. pujuk2 dan semuanye tertido balek.
Penah juga ada 1 mlm tu. aku tido bilik atas macam biasa. Pastu dengar mcm org turun tangga sbb tangga aku kayu. Aku siap kira lagi..10 anak tangga dia turun then terus senyap..huuu
    1. Budak hijau
Yang ni kisah adik aku sorg lagi. Aku ada 4 org adik bawah aku (ramai kan?) haha. Yg ni aku letak nama dia shasha. Shasha ni jenis paling berani dlm family kami sbb dia paling lain perangai. Duduk hostel kat sabah nun. Masa tu cuti sem, so lama lah dia duduk rumah. Ada 1 mlm tu, around 1-3am kot.. semua tgh tido lah. Bilik kami katil double decker yg atas single, bwh queen. shasha ni kan berani sikit, so kami suruh dia tido atas, aku dgn dua lagi adik aku tido sekali katil bawah sbb takut. Pastu si shasha ni mcm dgr ada org naik katil bwh dan main2. Bunyi mcm tgh main sesuatulah. Shasha pon tgk kebawah katil dia, dia nmpk jelas budak lelaki mcm adik aku si iman sbb gelapkan, nampak bntuk tubuh budak je lah, dia tegur kata xtido lagi ke kacau kakak2 nk tido, benda alah tu pon mcm terkejut terus melompat terjun katil dan lari turun bawah . dari katil atas akan nampak direct ke separuh tangga (korg bayangkan sendirilah ye).. masa tu si shasha ni mcm xfikir apa2, yang dia fikir budak lelaki yg bukan adik aku iman..mungkin pencuri!. Dia kejar.. sampai bwh, tgk pintu utama kami terbuka sikit. padahal sah2 lah wajib akan kunci kan. masa tu baru dia mcm baru perasan yg dia tgk tadi tu figure agak pelik!. Budak tu telinganye pjg ke atas, tgn pjg dari lutut dan masa budak tu turun tangga, kaki dia xbengkok!
Si shasha ni terus lah berlari naik atas dan sambung tido hokkay. Agak berani kan? subuh tu pulak mak bangun awal dari kami semua. Mcm biasa mak akan turun untuk cuci muka gosok gigi. Tengah syok2 mak gosok gigi, dia mcm dgr bunyi org lelaki berdehem kuat kat ruang tamu umah.. ruang tamu kami ada 2 bahagian. bahagian tangga dan 1 lagi letak sofa dan akuarium (abah mmg penggemar haiwan). Bila mak senyap nak make sure bunyi apa, dia dgr mcm ada org main kocak2 air akuarium tu.. mak teruskan gosok gigi lagi.. dengar org berdehem kuat lagi, mak berenti gosok gigi, dgr lagi org main kocak2 air akuarium.. mak pon nak p tgk sapa yg main2 air tu.. bila dah hampir je dgn akuarium (akuarium kami belakang dinding, dari dapur xkan nampak)..bunyi berdehem tu bunyi dgn kuat mcm merengus.. mak pon mcm lipas kudung berlari masuk bilik kami. aku masa tu mcm nak tercabut gak jantung bila mak terus lompat atas kami smua.. mau xsakit.. kih3.. adik aku shasha tanya kenapa, mak katalah dia dgr org mendengus kat bwh. (opsss…lupa nk bgtau, abah kami kerja mlm, pukul 7am baru balek).. shasha yg berani ni turun bawah.. p amek air yassin yg dia dah buat siap2..r enjis kat akuarium tu.. masa dia renjis tu.. punyalah kuat mcm org menjerit kat luar rumah.. pastu mcm bunyi kain org kibar2 kuat2 kat luar dan diselangi bunyi ketawa mengilai…. cabutttt..
Pakcik aku pon ada cerita yg dia pernah nampak cik gula2 bergolek turun bukit depan umah aku dan ada jiran aku penah rakam, tapi xsurelah dpt tgk balek ke x video tu.
    1. Malam raya
Ni pula kisah mlm raya. Adik aku bella menangis kata duit yg dia dapat dari makcik aku hilang (rm5 je pon). Tapi budak dan zaman tu rm5 mcm2 boleh beli. So abah bingit dgn si bella ni menangis je nak duit rm5 tu, dia suruh aku pi cari balek kot2 tercicir atas jalan. Adoi. Masa tu baru pkol 7 lebih yg nak ke pkol 8 mlm dah, so lampu jln smua dah bukak lah. Aku pon pakai basikal kayuh sambil mata pandang bawah takut2 mmg duit dia tercicir atas jalan.. pastu ntah mcm mana mata ni nak pandang atas pulak.. adoi… gatal pulak biji mata ni kan.. tgk2 atas tu, aku mcm nmpk sesuatu atas pkok. Aku pon fokuskan apa kah tu? focus punya focus.. zoom punya zoom…yes…cik pon… duduk kat puncak pokok besar sambil melambai2 aku hokay.. aku pon laju2 lah nk kayuh balik umah.. berat!..betul.. basikal aku jadi sgt2 berat. Aku gagahkan diri kayuh.. akhirnye sampai umah. Mcm terbang aku rasa diri ni melompat masuk umah. Basikal pon aku campak je. abah tgk aku, xtanya apa2 dah..terus suruh mandi. Huh…
    1. Basuh pinggan
Ok, masa ni umah taman aku tu abah nk renovate bahagian dapur, so abah panggil tukang utk buat.. tukang pulak ikut time dialah bila nk buat. So sah2 lah lambat dah sikit2 (tukang melayu, ikut jadual kerja dialah). Tukang tu mula2 dia pecah dinding dapur dan tutup dengan jaring2 je. Aku pulak jenis suka sgt basuh pinggan waktu maghrib. Aku basuh macam biasalah pinggan2 yg byk tu sbb semua xnak basuh sendiri..coii.. tgh syok2 basuh tu, otak aku mcm terfikir, uish..ni dapat ‘dia’ melintas ni mmg naya… aku pon teruskan je lah basuh pinggan sorg2 kat dapur. Tiba2 aku mcm ternampak sesuatu terbang rendah. aku terus tgk dan benda alah tu pon mcm nampak aku terus park kat pagar belakang umah jiran aku. Muka xberapa nampak.. hitam je, rambut pjg, mata merah, baju putih2 kusam bwh jurai2.. kuku pjg cengkam pagar..mmg clear.. tapi masa tu serius xtakut.. kami eye 2 eye sampailah jiran sebelah aku batuk. aku mcm terkejut. pandang jiran aku. Aku pandang semula kat pagar tu..guess what?? Benda tu jadi plastic sampah warna merah…xkan aku xdpt bezakan plastic merah dan kain putih kan? Jiran aku yang batuk tu pon aku rasa mcm dia nmpk sesuatu dan bg isyarat batuk tu pada aku (wallahualam)
    1. Nenek bongkok
Adik aku bella (bella ni mcm ada 6 sense sbb kerap sgt nmpk mereka2 tu dan pernah benda alah tu mai dlm figure manusia nak kawan ngan dia tapi tu pon selepas adik aku bella ni marah kata xsanggup nak tgk muka dia bila dia muncul dlm muka asal dia, nasib bella ni tolak xmau kawan sbb takut). ni selalu cakap kat mak & abah aku yg dia kerap nampak nenek tua bongkok lalu depan umah kami. bukan betul2 depan lah. Seberang jln sbb umah kami ni mengadap jalan utama. Bella ni selalu nampak time ptg atau maghrib. Dia bagitau abah, tapi abah kata mmg ada nenek kot duduk taman tu. sampailah ada 1 mlm tu. abah sendiri nampak nenek tu menghala ke rumah kami. Waktu tu dah lewat mlm. Laju abah tutup pintu. Start pada tu baru abah percaya dgn ckp bella.
Mak pulak sejak kebelakangan tu asyik mengadu sakit bahu, raya tahun tu kami beraya kampong abah. Adik tiri abah kononnye pandai tengok2kan ni. Kami masa tu xde cerita apa2 pon cuma mak lah asyik cakap bahu dia sakit je. Mcm berat sgt, adik abah tu pon ckp yg ada nenek duduk atas tu..omaiiiiii!!!
Pastu pakcik pon tanya sorg2 adik beradik kami secara bergilir2. Tiba turn aku, aku masa tu mmg malas nak amek port sbb xsuka sgt (takut pon ye).. dia tanya aku pnh x mimpi lelaki kacak..erk… of kos lah sbb kan aku ada cerita episode hostel yg aku mmg ada mimpi anak raja bunian tu. pakcik aku kata putera tu mmg bekenan kat aku sbbnye aku ni dari keturunan radin..coii.. mmg mak aku pernah ckp kami dari keturunan tu, tapi mak aku yg ke7.. so aku sah2 ke8.. dah hbs dah keturanan tu kalau ada pe2 sumpah ke apa ke kan. Dan pakcik aku ada ckp..dalam setiap keturunan radin ni akan ada sorg je terpilih dan keburukannye, akan ada yg xsuka kita walau kita xde buat pe2 salah pon.. ermm.. patutlah.. tapi xmo percaya.. xbaik.. tu semua bley mendatangkan syirik tau.
  1. Arwah atok
Ni kisah arwah atok (mak kepada mak aku) dan umah lama kami. Arwah atok aku ni dulunya boleh dikatakan org kaya dalam kampong kami lah. Org dulu2 ni selalu kita dgr ada memakai (waallahualam). Nak dijadikan cerita, atok aku ada tanah, dia buat rumah atas tanah tu dan bagi org menyewa, ntah mcm mana penyewa tu xmahu serahkan balek rumah tu bila atok aku suruh dia keluar. So zaman dulu mcm korg tgk drama2 kan.. pemaksaan berlakulah suruh penyewa keluar. so akhirnya dorg keluar. Jadi arwah tok aku suruhlah abah aku pi amek papan2 umah tu utk di pasang pada dinding warung mak aku (mak masa tu jual goreng pisang). Semenjak papan tu di pasang pada dinding warong mak, hampir setiap mlm akan dgr org bertukang. Serius dgr. Last2 abah cabut dan pulang balek papan tu. so senyap xde dah bunyi apa2 kat warong tu.
Arwah tok aku ni pengidap kencing manis tegar. Kaki dia sebelah hampir dipotong tapi xsempat sebab beliau meninggal awal (al-fatihah). Tapak kaki dia mcm kosong sbb kencing manis, kalau time makcik aku nak cuci kaki dia yg luka tu, congkel sampai ke dlm, tapi arwah tok xde rasa apa2 pon menunjukkan mmg daging dan deria sakit tu dah mati utk kaki tu. masa arwah tok sakit tenat, kebetulan cuti sekolah, so ramai sedara mara dtg berkumpul tido umah tok. kami yg masih budak2 ni happylah sbb ramai je org kat umah tu (masa ni kami belom pindah rumah taman tu lagi). So masa arwah tok tgh sakit tu lah mcm2 berlaku. Ada sekali tu, arwah tok panggil mak kata dia lapar nak mkn mi. mak pon kata tunggu sat dia nak suruh pakcik pi kedai beli brg. Mak baru je pesan barang2 basah, tiba2 arwah tok buat lidah mcm tgh menikmati makanan sambil cakap,”erm..sedapnye mi ni”.. erk.. aku kat situ ngan kezen2 semua kaku.. bila masa dia makan? Pastu panggil ramai org kampong datang bacakan yassin, masa semua org tgh baca yasin tu, atok aku mcm ada kuasa lain mcm, dia hentak2 kaki dia yg luka tu sekuat hati.. kami yg tgk ni nampak sakitnya..adoi.. pastu masa tgh2 baca tu, ada 1 pakcik ni mcm tangkap sesuatu kat kepala arwah tok.
Makin hari makin teruk, sampailah aki terpaksa panggil ustaz mari rumah tolong tgk2kan arwah tok.. ustaz tu 1st sekali dia mintak izin nak pi umah kami kat belakang umah tok. Awat umah kami plak? Masa ustaz tu nak langkah masuk rumah kami, melompat dia keluar. dia cuma kata rumah kami sgt2 panas. Ada org letak kat dlm umah kami! Omaigod! So ustaz pon buatlah pagar bagai dan try buang benda tu.. nak tau kat mana bnda tu park? Kat dlm bilik tido aku dan atas kepala aku…coii
    1. Port parking
Meh aku cite pasal umah aku plak.. maaf lah ye cerita mcm kelam kelibut sket sbb tulis apa yg terlintas ni sebelum lupa. Ok, umah kami ni belakang umah arwah tok, abah buat umah tu sementara nk tunggu rumah taman kami tu siap. Masa duduk umah ni aku dah rasa mcm2 benda pelik.
masa ni aku kecik lagi lah. Adik aku pon baru 2 org bawah aku, shasha dan bella (bukan nama sebenar). Masa ni bella baby lagi, shasha jarak 4 tahun dari aku dan 4 tahun tua dari bella. So sah2 smua kecik2 lagi. Abah belikan basikal roda 3 yg dulu2 punya (tayar plastic keras yg kalau lalu atas tikar getah akan bunyi kuat). Malam mcm biasa aku tido ngan shasha n abg aku. Abg aku pon kecik time tu.. sunat pon belom..hahaha. umah kami tu banyak nyamuk, so abah pasang kelambu dlm bilik, kelambu tu kalau siang hari, kita akan gulung dia sangkut kat penjuru atas katil. Kelambu tu atas kepala aku. Setiap mlm, waktu nak mula mamai2 tido tu, aku akan rasa mcm ada sesuatu turun dari dinding, pijak bantal kepala aku (berasa bantal tenggelam bila mcm kita tekan) tu hampir setiap mlm. Mula2 rasa takut, tapi lama2 mcm dah xheran..ada 1 mlm tu, mcm biasa benda alah tu turun pijak bantal aku, pastu dia akan berdiri lama tepi aku sebab aku tido belah paling tepi. Bukak mata sikit mmg nampaklah mcm byg2 sesusuk tubuh berdiri tepi kita. Pastu lantai pulak pakai tikar yg keras tu mean kalau pijak kuat2 akan dgr org melangkah (harap u olls fahamlah ye & dpt bayangkan). So dpt dgr jelas benda alah tu jln keluar bilik aku. Bila dia keluar je bilik aku, dia terus masuk bilik mak aku kat sebelah bilik aku tu. dan adik aku bella akan menangis sambil cakap hantu besar. Mak aku pon kebetulan tertoleh kat pintu bilik. ya..’dia’ mmg tgh berdiri tgk dekat pintu bilik.
Pastu ada 1 mlm pulak, mcm biasalah ‘dia’ akan turun, berdiri tepi aku dan berjalan keluar. Dan mlm tu ‘dia’ buat hal, main basikal roda tiga adik aku tu. kayuh pelahan kedepan dah tolak kebelakang terus langgar dinding bilik aku (dinding bilik pakai plywood je). bergegar dinding tau.. byk kali pulak tu ‘dia’ main basikal ke depan ke belakang sampai aku tertidur dengan dendangan bunyi tayar basikal & dinding bergegar.
Akhirnya ustaz yg mai umah aku tulah ckp port dia adalah dlm bilik aku,a tas kepala aku tido. Coiii…me again!!! ada org hantar utk arwah tok, tapi letak kat situ. Patut ustaz tu melompat keluar bila masuk2 je umah aku tu.
Tapi kes ni x berakhir disitu je, rupa2nya dia ikut kami pindah sekali. dan port parking baru dia bwah tangga umah taman kami tu….




Sekian. Harap u olls dapat menyelami cerita yg aku cerita ni. Sorry sis peej kalau cerita aku sangat2 panjang sbb melimpah2 plak memori ni keluar dan maaf juga kalau cerita ni mcm x scary sgt. tapi bagi aku yg mengalami sendiri mmg scary plus trauma.hihi

-mummy2herokacak-

15 Comments:

Unknown said... [Reply to Comments]

seramm woii.....tapi dia ni boleh tahan jugk berani nya....

intan said... [Reply to Comments]

gile x scary??? sangat sangat sangat scary ok.. kipidap

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

banyak2 cite sblm ni,,ni yg terpaling seram sekali...

Shahrizat said... [Reply to Comments]

ni baca tengahari hari jumaat ni...seram wehhh.
dah lah seram , banyak pulak ceritanya.
walaupun seram disebabkan banyak cerita, tak boleh berhenti membaca wehh...
dah macam study nota pulak rasanya, nota seram. hahahaha
Best sungguh hari ini. walau seram , muka ada senyummm.

aLin arLene said... [Reply to Comments]

puas baca...bersambung2...cukup seram dah ni bagi orang penakut macam kita...especially part kayuh basikal berat, sebbaik tak toleh belakang eh...

Anonymous said... [Reply to Comments]

bila saya baca cite ni saya jadi takut nak scroll bawah..buatnya ada letak gambar hantu ke ape..mau menjerit..huhu..tapi mmg seram! kipidap

Anonymous said... [Reply to Comments]

Terima kasih pd adik ni yg berkongsi cerita. Baru puas baca cete panjang2 mcm ni akk faham apa yg adik cerita.. skrg ni masih ada gangguan2 lagi tak?

Anonymous said... [Reply to Comments]

Tako baca... Scroll cecepat nnt esok siang baru sambung

Anonymous said... [Reply to Comments]

ehhh giler seram.. dari hari jumaat baca, baru petang isnin habis baca.. sbb baca dari pc office je.. bos aku plak takde, pintu bilik dia terbukak je lampu tak pasang.. dah tak pepasal aku terbayang ada sesusuk tubuh berdiri ngah ngadap aku.. seram seyh..

cik pon melambai.. ehhh tolongla i kenot k.. rse nak nagis je ni..

Anonymous said... [Reply to Comments]

tgh2 dok khusyuk baca ni telefon dok bunyi dr nombor yag mmg tak aktif n tak da dlm senarai... adoih siap bunyi macam kertas kena renyuk plk

Anonymous said... [Reply to Comments]

seronok baca panjang critenye..syiok...

aNNe DyaNa said... [Reply to Comments]

Hamboii kebal betul penulis ni ye. Huhu tp best expose mistik kali ni panjang hehehe puas hati baca

NURUL ALI'IM -ZAINAL ABIDIN said... [Reply to Comments]

giler ta takut..ni expose mistik paling seram kot..kuat betul la tuknag cerita ngan family dia ni..klu kna kat aku pengd=san trus

Anonymous said... [Reply to Comments]

giler seram weh tapi serius aku enjoy baca walaupun cuak la jugak hahaha...

Anonymous said... [Reply to Comments]

gila seram... tp bez.. hee :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...