Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : hanan ke?

Assalammualaikum peej.

Nak share pengalaman mistik yang baru je berlaku malam ahad aritu. 

Dalam pukul 9 malam aku bawak baby (umur 4 bulan) masuk bilik. Niat nak tidurkan baby. Husband and anak sulung (Hanan) tengok tv kat hall. 

Disebabkan husband nak tengok rancangan seiras seirama, jadi dia angkut la tv lama kitorg bawak masuk bilik untuk aku tengok cerita korea. Sambil tidurkan anak boleh lah tengok tv sama. Hanan pulak kerja asyik keluar masuk bilik sebab nak mengacau baby. Dalam pada tu aku ikut terlelap sama. Lampu masih terang benderang. 

Lebih kurang pukul 11.30 macam tu (sempat tengok jam) aku terjaga sebab Hanan masuk bilik baring sebelah adik dia sambil susu botol. Disebabkan dia memekak je sampai adik dia bangun, jadi aku panggil husband bawak dia keluar dulu.

Lepas diorang keluar aku baring mengiring nak tidurkan baby semula. Tiba-tiba aku rasa macam Hanan baring menghimpit bawah kaki aku. Dalam hati 'eh bila pulak budak ni masuk. Tak dengar pon suara dia'.  Selalu mulut dia riuh tanya mummy dah tidur ke? Baby dah tidur ke?

Tapi 'dia' tak bersuara. Cuma makin lama makin kuat menghimpit aku. Menonggeng-nonggeng kat betis aku. Macam yang Hanan selalu buat. Aku boleh rasa badan 'dia' memang menyerupai Hanan.

Aku cuba nak bangun tapi tak boleh. Sebenarnya aku nak suruh 'Hanan' keluar jangan bising-bising dalam bilik. Adik nak tidur. Tapi aku tak boleh nak bersuara. Pelik, badan aku pon tak boleh gerak. Nak menoleh pon tak boleh. Eh dah kenapa niii??!!  Tapi aku boleh nampak jam kat dinding tu pukul berapa, pandang pintu bilik, and dengar suara husband kat luar. Seolah-olah aku bukan bermimpi. Macam alam nyata. Mula-mula aku memang nak biar je, tapi bila dengar suara Hanan tengah bergurau dengan husband kat luar baru lah aku sedar yang tengah menghimpit aku tu bukan anak aku. 

Allahuakbar! 

Aku cuba panggil husband tapi suara tak keluar. Dalam hati aku cuma sebut Allah. Allah. Allah. Berkali-kali. Aku cuma boleh pandang je pintu tu, harap-harap husband or real Hanan masuk bilik. Tapi aku cuma boleh dengar diorang berdua tengah gelak-gelak sakan bergurau kat luar. Sampai lah aku dapat kekuatan untuk baca ayat kursi. Habis je baca ayat kursi tiba-tiba 'dia' terus hilang. Aku terus tersedar, terus terduduk. Aku tengok jam pukul 11.45. Betul macam yang aku nampak dalam mimpi tu. Termenung aku sekejap. Sebab rasa pelik sangat. Aku ni mimpi ke apa sebenarnya? Macam separa sedar.  

Aku toleh baby, eh budak kecik ni tak tidur sebenarnya. Aku terus keluar bilik. Husband tanya kenapa dengan aku. Keluar bilik mengejut dengan muka pucat. Aku tak jawab soalan husband. Sebab aku nampak Hanan elok je tengah baring depan tv. Lepas tu aku terus masuk bilik balik dukung baby bawak keluar. Husband tanya aku nak tidur kat hall ke? Aku diam je. Sebab macam masih nak hadam apa yang dah jadi tadi. Bayangkan la benda tu datang mengacau time lampu terang benderang kot. Malam tu kami berempat tidur kat hall. Huhu. Sampai sekarang aku tak cerita apa yang berlaku. Tapi husband macam boleh agak ada something yang jadi malam tu. Pada aku, salah aku jugak. Sebab malam tu memang aku lupa baca Al fatihah, 3 Kul, ayat kursi and doa tidur yang selalu aku amalkan. Ngeee.. ðŸ˜‚

Ingat sebelum tidur baca ayat kursi! Hiii.

Sekian. 

- ayu -

3 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Just saying...
This is what we call Sleep Paralysis... Can google about it for further info ;)

Umm Aishah said... [Reply to Comments]

Seram nye. Ada lampu pun kena kacau. S

Nura

Fm m said... [Reply to Comments]

bukan hantu pun tu....tp sleep paralysis, boleh google

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...