Instagram : @peejburhan

cita-citaku menjadi orang kaya...heyyy

wooow tajuk tak menahan kan.
haha saje je. aku nak buat tajuk cita-cita. tapi macam karangan budak darjah 3 la pulak.
so mari jadikan tajuk lagu je sebagai tajuk entry.

hows ur weekend peeps?
me? aku kat office ni. sebab ada orang account datang today.
ikutkan boleh je dia datang office je, tapi aku kan pengesian. so teman la kan.

ingat tak zaman kita kecik-kecik dulu bila ada kena isi borang tu tulis apa cita-cita kita.
masa kecik-kecik dalam darjah 1-3 mesti cita-cita biasa-biasa aje.
ada nak jadi cikgu la, bomba, polis, askar...
paling tak boleh blah rasanya aku pernah nampak kawan aku bapak dia kerja carik fail.
so aku tulis cita-cita aku nak cari fail. hahahha.
then bila kau dah darjah 4-6 baru macam hebat sikit.
time tu dah pandai tulis cita-cita nak jadi doktor, akauntan, arkitek, jurutera...bagai.
time tu aku ingat aku dah start tulis cita-cita nak jadi arkitek.
woooow sangat kak jah ni.
tak berjaya nampaknya. hahaha.

time tu kita tau yang kalau kerja macam tu kira hebat sangat la tu.
mesti kena belajar pandai baru boleh jadi.
memang pun la kan.
macam aku takda kawan rapat yang memang engineer or architect sebenarnya.
so aku tak tau sangat macam mana kerja dorang.
tapi jonet doktor kan. so memang tau macam mana kerja dia.
tengok pun rasa penat dia..tak dapat bayang if memang doktor.
jonet tu kau letak la mana boleh terlena ok.
duduk pun boleh tidur. kadang dia kata pernah kalau on call ke apa tu.
paginya tu tengah clark patient sambil berdiri dia boleh terlena. Oh emm geee seram.
kagum aku.
pastu bertambah kagum sambung lagi belajar nak jadi pakar pulak.

macam tu jugak orang lain yang belajar sehingga langit ke tujuh. woow. hebat la korang.
aku baru suruh belajar system sekejap pun aku dah macam menikam2 otak tahap stress. hahah.
otak aku dah liat dah ni. bukan macam budak-budak yang otak bagai sponge katanya. ;p



macam selalu bab akaun yang akan filing n all.
yang simple-simple aku masukkan dalam system sql tu.
pastu nanti akauntan datang aku just brief je. or anything dia akan tanya aku.
bila dia tanya aku, mula la menggelabah kan. hahaha.
pastu nanti rasa-rasa buntu mula la aku, "u jangan la tanya i..i pun tak paham kadang-kadang.hahah"
ngeri sangat ni.
aku rasa akauntan office kita orang ni pun tahap nak hantuk kepala kat dinding tengok kerja kita orang.
hahhh kenapa kita orang?
ye la..bila aku tanya elly, elly akan jawab.."i tak kisah peej..buat je..biar nanti dia yang pening pikir nanti.".
ye memang pening nanti. pastu dia pening dia bagi balik kat aku statement semua suruh aku check.
tolonggggg. aku baru check tak sampai berapa page. aku dah rasa nak muntah.
terus aku letak tepi selama 3 minggu taknak pandang dah benda tu.

sebab tu ahkak kagum ngan uolls ni.
doktor i kagum..akauntan pun lagi la i kagum.
or any pekerjaan yang melibatkan nombor ke apa. i dont like maths help.
tapi kalau bab pegang calculator kira duit i suka.
bak kata filla n elly, "peej dan calculator berpisah tiada." hahahha

macam mana eh kerjanya asyik kena buat account ni? hebat korang ni.
aku yang sekali sekala dan hanya di tanya-tanya ni je pun dah stress.
pastu kalau setakat boleh buat sikit-sikit masuk system pun i dah rasa bangga kembang-kembang hidung tau.
tak dapat bayangkan kalau tahap hebat accountant ada ACCA ke apa tu. kah kah kah.
matiklah berangan sampai bila takkan dapat ye.

nway, kejap lagi balik tak tau nak buat apa.
nak keluar adalah buhsan gak sebab tak abis2 mengadap muka memasing je.
nak duduk rumah i suka je sebab boleh tidur like starfish. tapi nanti laki aku berbulu je tengok nanti.
pastu tak lain tak bukan kita orang memang akan ke rumah mama je la jawabnya nanti.

semalam buat laundry 2 bakul.
dah la penuh lak laundry tu. dryer tinggal 1 je.
semua masuk 1 dryer. buat sejam pun tak kering baju kah kah.
kesudahannya balik iolls kena sidai balik semua baju tu.
sebab still certain area lembab.

eh menaip ni tetiba rasa ngantuk pulak.
ok what now?
nak tido ke nak layan movie kat yify?



2 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh kalau hari2 buat accounting tu, lama2 mesti akan jadi pakar ok. pejam mata sebelah pun boleh buat.. haha :D

cita2 sy zaman sekolah dulu, masa awal2 tu tipikal la nak jadi cikgu. lepas tu tukar nak jadi penulis sebab suka menulis. lepas tu nak jadi art designer pulakk sebab suka melukis jugak.. haha. last2 skrg kerja lain dah tak de kaitan pun dgn cita2 tu ekeke. tp before kerja yg sekarang ni, pernah la kejap jadi web designer 6mths kat company (swasta) sebelum dpt offer gomen. kira ada sipi2 la cita2 zaman sekolah dulu :PPP

mojaro said... [Reply to Comments]

alahai peej...akak yang ada acca ni pun pening tahap gaban :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...