Instagram : @peejburhan

bestnya weekend

rasa macam lama pulak tak bersiaran kan.
cea poyo..bukan macam baru je ke sembang hari tu?
takpa ni sebelum balik ada masa sikit lets sembang.

actually saja nak release kan tension sikit.
sebab kita orang dah start fb ads untuk fame.
aku bila start fb ads mula la stress.
selagi tak dapat target CPC yang aku nak aku stress.
tapi takpa..korang mesti tak paham..sama je macam elly n filla. hahah.
janji kak jah paham.
so selagi tak capai apa aku nak aku stress.
macam2 aku adjust. bila dah ok baru kak jah boleh tersenyum.
next buat untuk ellfie pulak..ellfie susah sikit sebab produk skincare.
nak lepaskan bagi ads approve pun susah. banyak nau guideline.
akan bertambah stress nanti.

so sebelum stress kembali. mari sembang.
last week meeting n tengok color baru untuk Fame Matte lip cream.
aku suka 2 color tu...hahah matiklah puji produk sendiri. ;p


tapi betul kan? cantik ke idokkk?
sannntikkkk khennnss?
tersenyum2 kak jah selfie.



then meeting sekali untuk next produk under Fame Cosmetics.
wah tak sabar.
semoga produk kedua pun meletop-letop macam Lip Cream kita. Aamiiinnnn.


kan aku cakap lip cream ada color baru kan?
ada 2 color.
pilihan hati i mesti la color atas tadi.
satu lagi colour ke arah purple sikit.


kalau korang perasan walaupun sekarang Fame ada 5 colour.
aku memang akan pakai nude atau desire je.
aku tak pakai 3 color pink lagi tu..candy, party n fuschia.
sebab aku rasa kulit aku ke arah mendung di petang hari gituh.
so macam pelik je rasa.
maybe jugak aku tak biasa. hahaha.

tapi hari tu try color baru yang purple tu..memula rasa pelik.
tapi bila tengok balik e ehhh macam lawa jeee.. hahahha. nak jugak puji diri tu.


so maybe lepas ni kak jah boleh try balik color2 pink yang ada sekarang.
maybe hari tu perasaan je kot.
agaknya pakai ok je kot.
sebab bila tengok customer pakai n selfie lawaaa je.
tak caya pergi tengok ig fame. https://www.instagram.com/fame_cosmetics/
lawa kannn??

ok dah-dah cerita pasal tu.
nak cerita pasal weekend i ni.
hari sabtu lepas adalah terpaling best.
sebab tah malas apa melanda diri.
aku memang tak kemana langsung siang tu.
suami aku ajak pergi rumah mama pun aku tak sanggup.
sebab penat n panas sangat cuaca kan.
and dah lama sangat weekend aku yang melepek kat rumah tak berlaku ye.
everyday n every weekend ada je ke sana sini.
penatnyaaa..takda proper rehat.

so sabtu lepas siang tu order KFC.
then layan tengok kabhi kushi kabhi gham je.
sambil layan dua beranak ni.


haha sama kan? dedua sama je.
tangan kontot n memanjang lidah tersentil je.
then malam tu baru ke gerai kak shidah.
itu pun sebab filla nak ke sana jugak.
so lets la jumpa.



menu malam tu adalah lauk sambal tumis udang petai dan begedil. :)
lama jugak tak kesana almost 2 weeks kot.
so bila ke sana, laki aku lak jumpa adik beradik.
so memang lama la.
around 11 jugak kot baru gerak.

ingat nak balik la.
sekali laki aku ajak sambung lepak ngan kawan-kawan dia.
ok je la. lama jugak tak lepak.
so ke barakat. oh em gee lama tak lepak. dah bertukar pun signboard semua. kah kah.
so lepak la malam tu.


gerak balik pukul 2 pagi jugak la.
then noy n arif datang rumah aku main ngan kucing.
laki aku n arif tidur lepas tu.
aku n noy sambung lepak sampai subuh kah kah.
lama sangat tak dapat lepak berdua tanpa laki masing-masing.
so seronok sembang sakan sampai lupa tengok jam.

pastu bantai tidur sampai pukul 2 petang. mih mih mih.
tapi noy n arif dasyat tak bangun2.
dorang ada kunci rumah aku.
so tinggalkan dorang.
aku n MrB keluar makan. lapar baq ang.

tetiba datang angin rajin. kak jah melaram. jarang-jarang berlaku tu


wooow. meletoppp. hahhaa.
lawa kan warna lip cream baru Fame ni?
tak sabar ni..ramai suka warna ni.
so keluar nanti jangan lupa rebut-rebut beli ye. :D

sunglass pulak adalah dari https://www.instagram.com/quaymalaysia/
lawo weyhhh. dah la tak mahal sangat.
kau whatsapp je kata nak jumpa. nanti dia bawak stock.
tapi aku sound awal-awal ye...korang akan menggila.
sebab semua lawaaaaa...tetiba daripada nak seketul je..tetiba aku beli 3 weyh.
eeeii seram. tu pun macam nak terbeli 4-5..tapi sedar diri..so bertabahlah. heheh.

oh hari tu ada komen kat blog kot.
tanya aku contour/shading ke pipi aku tu. suruh buat video.
oiii jangan bagi i seram suruh buat video bagai. takda la terel pun.
actually aku tak buat shading ke apa. tu blusher je tu.
aku pakai dua blusher. yang pekat mcm maroon aku buat bagi straight belah bawah tu.
belah atas aku pakai blusher warna lembut.
so maybe nampak macam shading. padahal tak puin.
sekian penjelasan.

ok meh sambung cerita.
so i memang penggila makanan india.
harus selang seminggu atau 2 minggu harus pekena nasi daun pisang.
nak ke bangsar idok la rajin. plus kelaparan dah.
so pergi Thurkah kat melawati je. nyum nyum.
sampai je noy n arif sampai.


balik makan tu konon nak beli barang rumah.
banyak dah putus.
tapi tah apa la malas n penat tak tentu hala.
tak kuasa pulak rasa.
so just beli kuih-kuih..n air kelapa bagai. kita ke rumah mama.
rindu..lama tak lepak ngan mama.
aku pun sekarang dah tak tiap hari berulang.
selalu tiap malam balik kerja ke sana.
tapi penat weyh. walaupun tak jauh kan.
sebab if lepak nanti nak dekat kul 11 baru gerak ke apa.
sampai rumah dah kul berapa kan.
letih jugak.
tapi if tak pergi nanti i rindu mama i macam mana?
pastu nanti emo n rasa sediihhh je rasa sebab lama tak jumpa.


sempat singgah beli rojak buah ada makcik ni meniaga.
sedappp woooo...
tolonglah suka sangat makan ni.
seram ngan diri sendiri. kah kah.

eh ok la.
baru kejap dah nak pukul 5pm dah.
cepat nau masa berlalu ni.
nanti free i update lagi yea.

bye bye pipols.

6 Comments:

mashelas said... [Reply to Comments]

bye bye peej. lebiu. :)

mashelas said... [Reply to Comments]

serius cantek kaler lipstik fame tu. nanti sy pon nk try lah. :)

bex said... [Reply to Comments]

kucing awak tue comey sgttt laa...tak tahan

Anonymous said... [Reply to Comments]

tolongggg...rojak tu beli dekat mana peej?

AYLANi said... [Reply to Comments]

pasal fb ads tu, k.peej pernah attend seminar sifufbads? kalau x pernah mmg suggest sgt2 k.peej pergi, best n insyaAllah sgt2 membantu buat ads. neelofa, dexandra, mamadil, n byk lg case study sales juta2 bwh dia. 23-24 apr ni dia ada buat 2days seminar kat kl, rugi sgt owner produk mcm k.peej n team x pergi. berbaloi2 ^_^ ^_^ ^_^

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Colour yg u pkai bila kuar peej?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...