Instagram : @peejburhan

berhati-hati di jalan raya

sekarang ni banyak cerita tentang kemalangan kan.
ada yang cedera parah. ada yang sampai kehilangan nyawa.
memang betul, kalau dah ajal tu, takleh kita nak lawan takdir. dah tertulis macam tu.
tapi kadang orang takda sivik ni yang buat jadi sakit hati.

paling terbaru kes yang budak-budak naik basikal kena langgar tu.
tak silap today sorang meninggal.
sedih memikirkan.
tapi bila tengok clip berita awani semalam orang share dekat facebook.
jalan besar kot macam highway.
macam mana pukul 11.20 malam bebudak tu boleh naik basikal dan main skate board kat jalan besar macam tu?
budak-budak lingkungan umur 11-14 tahun je.

aku kadang drive malam-malam nampak bebudak sekumpulan naik basikal ramai-ramai.
kadang kat jalan besar ok. ada yang naik basikal sampai ke klcc macam tu. e eh gila ke?
n yes tengah malam macam tu.
memang takut aku setiap kali lalu sebelah bebudak macam tu.
sebab kita tak tau, mana tau dia terjatuh ke tepi ke apa.
tak pasal tergelek. Nauzubillah.
aku ni kadang burung terbang landing tengah jalan pun aku bawak aku nak brake ok.
sebab aku takut burung tu nanti tak alert ke apa. dia tak terbang.
kang dia bawah kereta baru nak terbang kang how la kan?

aku tak tau la zaman sekarang macam mana?
tapi aku kecik-kecik dulu takda keluar malam-malam macam tu.
if ada pun pergi mengaji. tu pun either kat rumah sebelah, orang lorong sebelah rumah tu je.
lepas mengaji terus semua balik rumah masing-masing.
zaman sekarang ni macam-macam la kan. bahaya bagi bebudak keluar malam.
kalau tak kes macam ni jadi.
kan banyak kes culik la, rogol bunuh semua tu. tak takut ke.
like i said, kalau dah tertulis macam tu nak buat macam mana kan?
tapi aku rasa better be safe than sorry.
mungkin memang dah tertulis ajal dia pergi sekian tarikh dan hari.
tapi maybe cara pergi tu kan. Wallahualam.

then pasal driving pulak.
aku benci orang yang bawak kereta main hp ni.
sebab bagi aku kau tak alert n focus pada driving kalau kau start pegang phone.
tak kisah la kau jam ke..kau kat traffic light ke. not good ok.
macam perempuan yang terlanggar budak-budak ni.
kalau dia fokus macam mana tak nampak bebudak tu kang tepi jalan tu.
sebab tak silap kereta dia macam menghimpit ke kiri.
takda pulak kata hilang kawalan ke apa.
adakah dia tengah pegang phone time tu? entah la.

aku dah banyak kali kena.
duduk belakang kereta melelong2 je bawak, pastu slow cam harem.
sekali bila overtake elok tengah mengadap phone atau tengah cakap telefon. grrrrr.
me not likeeeeeeeee!

aku memang kalau drive tak suka pegang phone.
jawab call pun tak selalunya.
kadang phone aku bunyi laki aku sibuk jawabkan pastu letak kat telinga aku.
pun aku tak suka. nanti i tak fokus.
tapi aku memang takda la into phone sangat.
kadang lepak, aku boleh je lepak berjam tak check phone.
sebab bagi aku, if lepak tu lepak la..biar ada quality time together.
nak layan phone, baik whatsapp je takyah nak lepak.
sebab aku tau perangai aku..nanti once aku dah mengadap phone.
memang akan lama nanti.

satu lagi baru ni tengok pic yang kereta yang double, triple park time nak tengok bola hancur kena bantai ngan treler.
memang tengok pic ngeri la. tapi aku tak kesian.
padan muka siapa suruh kau double triple park.
kat jalan besar macam highway ke apa kan.
sampai treler takleh lalu.
so tadi dapat tengok video ada orang rakam.
sambil tengok rasa macam..padan muka.
takda sivik kau double park begitu.

area rumah aku selalu gak kena sebab bebudak student sesuka hati park.
benci gak.
aku pernah kena..dorang sampai triple park.
aku lalu tetiba bertembung ngan bas ok.
gila kau takleh lalu. aku hon takda siapa datang yea.
kereta dah berderet 2 hala ni. cibaiiii la.
nasib ada abang gerai tu tolong guide aku kasi lepas gak.
memang rapat tahap semut je boleh lalu. kena lipar side mirror. gila la.
benci aku.
tu kadang pergi office..aku nampak dbkl/jpj/polis sama kereta-kereta ni aku lalu sambil cakap..padannnn mukaaaa!!
sekarang aku tengok kurang sikit la dorang buat.
triple park takda la. tapi double kadang2 ada.
n nasib jalan tu sekarang aku tengok bas dah tak lalu.
kalau tak memang ngeri la.

then bila kat traffic light.
selalu jugak tengok video cctv kereta kena langgar.
selalu sebab lampu dah merah tapi arah tu kereta tu pecut taknak stop.
then lampu dah hijau, kereta ni terus gerak.
memang kena la. Ya Allah seram.

sebab tu aku selalu kalau lampu hijau mesti aku tengok kereta arah sana tu nampak ciri-ciri brake baru aku jalan.
tapi ada sekali tu..aku tengok takda kereta.
aku tunggu kejap. baru jalan.
sekali brake emergency ok. terjatuh barang2 la.
sebab ada kereta laju gila tahap kau bawak 100kmj ke apa daripada arah sana.
kau bayangkan tak dah berapa lama merah tapi dia pecut? sebab aku pandang memang takda kereta. so maknaya dia jauh lagi tu. then aku tunggu few second baru aku jalan.
eeiii terkejut aku. kalau aku jalan tu memang kena hentam kuat aku tercampak or kereta berpusing kot.
Cipet punya orang. tak kisah la kau nak cepat or tak kisah pasal diri kau. pikir pemandu lain boleh tak?
lepas kena tu memang aku lagi seram nak terus tekan minyak if lampu hijau.
mesti aku tengok bebetul.
sampai ada sekali tu kena hon ngan kereta belakang.
jenis yang hijau je terus nak suruh kau gerak.
sabar laaaaaaaaaaaa!!! kau nak mati kau gi la mati. i berhati-hati ok!

Sebab tu la aku ni ada sejenis perangai terlebih berhati-hati.
dulu lagi ngeri bawak kemain slow stress je orang.
sekarang ada la peningkatan..tapi still hati-hati.
aku tak suka orang yang bawak kat emergency lane...walaupun aku stress jalan jam ke apa..tetap aku tabah.
reason aku tak percaya laki aku drive jugak. hahaha. sebab dia bawak menakutkan la.
kadang aku penat, aku suruh dia drive. dengan harapan aku rehat la sikit.
takda ye. lagi darah tinggi n stress aku tak tenteram cara dia bawak kereta.
pastu nanti dia bising la,

Him : Ja, i bawak kereta boss i lagi besar-besar la..bentley, cayanne, vellfire, ferrari la ja..ok je.

me : ye memang ok. tapi dia kalau apa-apa jadi. dia ada 15 kereta lain lagi yang. tapi kalau jadi apa-apa kat kereta kita ni..ni la satu je ada.

betul la kan?
kang kembali nostalgia kak jah dan suami naik motor kang.
pastu boleh lak motor dia tayar pecah tengah jalan.
pastu kak jah berjalan kaki tepi jalan sampai bengkel sambil menyumpah2.
malu taknak bukak helmet. biarlah orang ingat robocop jalan.
kenangan tu.

so berhati-hati di jalan raya.
laki aku pun dah pandai sekarang. if aku laju je, "bawak telow-telow (slow) de, takyah mocuit (pecut)"
"ye dahhhh (ye lah)".

sama ngan korang.
hati-hati di jalan raya.
patuhi undang-undang.
ingat orang tersayang.
n kalau hp tu bunyi ke apa ke. takyah la sibuk ke apa. all that can wait.
tak berbaloi pun kau time tu nak check whatsapp ke, check fb ke. sampai destinasi nanti check la.
bayangkan kau sibuk nak whatsapp/fb sekali kau kemalangan n mati..tak ke trauma orang yang last terima message kau tu.
banyak kan video luar negara share pasal ni. memang menusuk ke jiwa.
rajin pergi tengok dan fikirkan la sendiri.


8 Comments:

Echa Amat said... [Reply to Comments]

kak peej..pestime ni komen.heeeee....pasal trafic light merah ke hijau tu memang mendatangkan memori sangat kak peej...saya kena kt putrajaya..baru je keluar rumah time tu..belah kami dah hijau then husband slow la gerak..tetiba datang kete FORD 4x4 hentam belah saya,penumpang...Mujur la baby saya kt belakang ngn mertua..tapi still dia terkena serpihan kaca..Saya lak memang abis pintu kemek kena hentam badan sakit2.N saya pregnant 5bulan lagi time tu.Kejadian 2 bulan lepas...Yang lg bengang sakit hati kete tu xde rodtex,Insuran mati..Hawau betul satu ape x dapat claim.Mintak duit untuk bil klinik pon pakcik hawau tu x bagi..Sampai skg kami contact dia x respon...Saya harap n doa dia dpt balasan setimpalnye la dah la langgar pmpuan peknen,baby lagi ade..tapi lepas tangan centu je.Mintak maaf pn xde..memang haram jadah betul..Huuuuu geram!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej.. Aku baru xcident... Lampu tgh ijou aku nak masuk simpang.. Boleh plak moto tu hentam sisi dpn kete aku.. Padahal dia lampu merah.. Stoplah.. Dah nampak kete aku nakbmasuk simpang.. Pastu leh dia angkat moto trus pecut.. Maybe sbb yg bawak kete pompuan kot..@ tau salah dia sbb x benti lampu merah.. Yg masalah nye aku kene repair sendri... Plat ni dia pon xsempat nak tgk.. Kat lampu ijau pon kite kene hati2..

aLin arLene said... [Reply to Comments]

baca part pakai helmet tu kelakar sebab boleh relate..moto husb jenis lama..beli pun dr abang dia..enjin semua elok cuma meter minyak x naik so selalu xsedar minyak dah kering..bape kali husb kayuh moto (duduk atas moto, kayuh ngan kaki) sambil kita jalan tepi pakai helmet..agak malulaa..ada skali tu kat jalan genting kelang lepas bulatan jalan gombak tuh tgh nk turun bukit minyak kering, husb suruh naik jer biar graviti bawa turun bukit sampai depan simpang nak ke duke baru jalan..dia kayuhla sampai bhp depan tuh..tapi heran, kita jalan, dia kayuh tapi dia lagi laju acaner? hahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Moga pemandu2 yg kurang ajar ni dpt balasan setimpal.

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya pun jadi takut nk blajar drive.. dah mmg penakut satu, takut accident. lagi satu akak saya penah accident 2x, satu kereta terpusing2, satu lagi kereta total loss remuk habis bhgn depan, yg bawa kpd sakit tulang belakang hingga sekrg. Abg pun penah accident motor, tgn pernah patah, dgn lagi satu dia accident kecil lampu dpan pecah terlanggar belakang kereta orang...

sy pun benci org main hp bila drive.
please la kat jalan raya, tolong serius banyak...ini libatkan nyawaa.
pesanan khidmat masyarakat.

ruBen said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum. Ini first time dhia komen kat page akk. Part paling xtahan psl robocop tue. Hihi. Memang kena bertabah laa sebab panas, malu pon ye jugak. Hihi. Terpaksa tahan ketawa. Kang bos ingat anak buah dia kena sawan ke ape, badan terhenjut-henjut dekat meja. Hihihi. But yes, orang sekarang memang xde sivik. Bawak keta, motor laju kemain. Ade tue main langgar je lampu isyarat. Like, hello...... Orang dekat seberang jalan pon nak jalan jugak, nak pegi keje jugak, nak amek anak kt pengasuh. Sume orang nak cepat. But sabar laa. Memang lampu dah merah, berhenti laa. So that orang lain pon boleh balik ke destinasi diorang jugak. Hadoiii. Nanti bila dah langgar orang, orang tue mati, nak cakap 'Sorry' pon rase haru je, x bermakna pon sorry tue. Tssk. Emo pulak kite ni haa....

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Paling geram klu tgh main handphone. Kerete dah trhoyong hayang dah. rasa nak hon bertalu2

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tu la peej, zaman skrg ni xsama dgn dlu. bdk2 mmglah suka jalan2 naik basikal. mmg skrg ni nmpk mlm2 byk aktiviti berbasikal (walaupun ada terbaca utk kesihatan x elok keluar mlm2. nk berbasikal, nk bermarathon, siang aje la. tapi may be sebab sejuk kan). ahaha

and betul psl kereta yang drivernya main hp tu. sakit hati kot menenong nenong je rasa nak hon kuat2 tapi kusabarkan jua :P

kat putrajaya selalu jd weh kejadian traffic light simpang 4 tu. nak2 pagi org terkejar atau ptg waktu balik. belah yang dh merah tu, walaupun dah merah lama masih degil nk jalan jugak. kita yg kt hijau ni pulak kena bagi laluan, takut kena langgar. eh ehh samsengnya kau. biasa kalau jumpa kereta2 macam ni memang sy honkan aje bila diorang smpai kat tengah2 simpang tu. dah la buat muka selamba macam xbersalah langsung. grr.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...