Instagram : @peejburhan

American Crime Story : The People v. O.J Simpson

Aku kan penggemar tv series.
pastu tiap minggu stress je nak tunggu minggu satu lagi.
sebab tak sabar nak tunggu next episode.
if episode baru keluar best la dapat layan.
kalau tak menunggu la kau.

so aku memang sentiasa cari cerita baru nak layan.
kalau dapat marathon lagi best.
tapi dah 2-3 tv series aku download untuk marathon..belum cukup menangkap sangat la sampai aku rasa nak abiskan tengok.
so tengok halfway je nanti.
so aku masih mencari cerita apa nak layan.
sebab kadang bengang some tv series aku dah follow sampai 3 season. tetiba next season tu dah takda sebab got cancelled. grrrrrr.

so as usual aku memang subscribe The Ellen Show dekat youtube. suka tengok.
nak tengok tv malas. lama dah i tak layan tengok tv.
hidup aku memang mengadap laptop je layan segala show, tv series or movie.
so ada la antara topik kat ellen show tu pasal series baru american crime story ni.
dia macam setiap season akan keluar satu crime. nanti next season crime lain pulak. macam tu la.
so untuk season pertama ni, featured pasal crime O.J Simpson ni.


ok aku memang takda la tau sangat pasal kes ni.
bila tengok cerita ni crime ni jadi tahun 1994. memang aku tak tau la.
aku baru darjah 5 time tu.
time tu aku sibuk main galah panjang, main getah, main basikal je lebih.

tapi aku biasa dengar pasal O.J Simpson ni. but tak tau apa crime dia.
aku cuma tau, bapak si Kardashian. Robert pernah jadi lawyer dalam kes ni.
gituh la. hahha matiklah tau sebab kardshian je.

So start few weeks back. terus aku download tv series ni.
time tu dah ada 5 episode kot.
gigih kak jah Marathon.
then tiap minggu menunggu je episode baru keluar.


Sila la download kalau korang suka cerita lawyer2 ni. best.
n best sebab ni kes betul. memang dari file dan rekod jenayah ni.

Crime ni berkisar O.J Simpson ni dulu bekas ahli sukan NFL (American Football) tu.
Then dia glamour sebab selalu masuk iklan, n jadi pelakon jugak la.
So kes bermula bila ex-wife dia, Nicole dijumpai mati di bunuh dengan sorang lagi waiter restaurant kat kawasan rumah perempuan tu.
Dan banyak bukti di jumpai, so suspek pembunuh ialah O.J Simpson ni.

OK SPOILER ALERT. KALAU RASA NAK LAYAN SENDIRI TV SERIES NI.
STOP BACA. JANGAN BACA BAWAH NI.

Banyak la bukti yang menunjukkan terang-terang O.J ni yang commit the crime.
Cara nak bela O.J ni, defend lawyer twist kes ni jadikan pasal kaum.
kononnya polis yang jumpa bukti tu perkauman n tak suka orang black.
Time kes ni berlansung memang almost satu dunia..ok melampau sangat. maybe america n europe contries la kot semua sanggup stop semua benda n ikuti perbicaraan ni kat tv n paper semua.

Dalam ni kau boleh tengok la macam mana defence lawyer sanggup buat apa je untuk potraykan O.J tu sebenarnya bagus orangnya.
macam tu la.

tapi kak jah yang tak penyabar ni.
mana boleh mengharapkan tv series semata.
terus google pasal kes ni n baca.
nak tau apa jadi. adakah dia di dapati bersalah ke tak.

sangat stress bila tau, dia terlepasssss ye dari tuduhannnnnn. helppp...
dimanakah keadilan ini.
antara sebabnya mostly juri dalam kes tu adalah black. so dia sokong la black.
Walaupun hakikatnya..kehidupan sebenar..O.J tu tak suka pun orang black..even dia suka tak mengaku dia tu black. gitu la.
harap maklum ex wife dia yang kena bunuh tu adalah white.

:: yang mati terbunuh ::

So aku rasa basically pasal tu.
n kau boleh nampak masa keputusan mahkamah tu keluar.
kau boleh nampak negara terbahagi dua ada yang meloncat n party sebab happy dia terlepas..mostly yang suka tu black la.
n yang whites ni semua nampak muka marah, kecewa semua la.
macam tu.

tak puas hati n obsess.
dah berapa hari ni kak jah dok layan youtube tengok kes ni.
banyak rancangan buat dokumentari pasal kes ni.
infect sekarang pun aku masih layan.
dokumentari ni lebih details la. so aku suka tengok.

sangat tak puas hati. sebab banyak bukti yang masa still berkahwin pun O.J ni adalah Abusive Husband.
banyak bukti dia pukul bini dia sampai teruk.
N 911 call pun ada banyak rakaman yang lepas cerai banyak kali Nicole ni call suruh 911 datang selamatkan dia, sebab O.J ni serang rumah dia..pastu si Nicole ni kata he's going to kill me.
banyak kali ok. tapi still takda tindakan. arghhhh.
tu la macam orang kata, polis ni pun. tak kisah la memana..sampai orang tu mati baru puas hati kot.
tapi ni dah mati pun, tetap di dapati tak bersalah. Macam mana tu?

dia terlepas kes ni.
tapi keluarga goldman, mamat sorang lagi yang kena bunuh tu tak puas hati.
dorang dakwa dia kat court lain pulak.
kalau sebelum ni pakai juri, n O.J ni tak di soal dalam court.
Kali ni takda juri, n soal jawab semua di rakam n dalam bilik, between few lawyers macam tu la. lupa lak aku. Aku tengok kat youtube rancangan dokumentari

bila dia sendiri di soal jawab baru la jawapan dia tak konsisten.
n lebih banyak bukti keluar n lebih terperinci kena.
so untuk kali ni, dia di dapati bersalah membunuh Ron tu.
dan dia di denda bayar berapa puluh ke ratus juta kepada keluarga Goldman ni.

Aku pun confuse ngan system kat America tu.
walaupun dia bersalah..dia kena bayar je ye. dia tak kena penjara pun.
Whatttt????!!!

But God is Great.
Tahun 2000an rasanya..
dia di bicarakan lagi. kali ni sebab rompakan kat Las Vegas.
kat CCTV jelas muka dia merompak piala ke apa.
so yang tu di dapati bersalah n now tengah meringkuk dalam penjara.

Tapi kesian la tengok. Note : aku mudah sebak sekarang.
kesian membayangkan nasib nicole n ron tu.
tak pasal muda2 mati kena bunuh ngan kejam.
pastu boleh lak mahkamah mendapati O.J tu tak bersalah.
macam mana la tidur malam lawyer yang defend dia, hakim tu, juri-juri tu rasa kan.
kalau aku mesti rasa tak aman n rasa bersalah je.

serious kalau suka cerita macam ni, boleh consider download tv series ni.
kalau tak kuasa layan tv series. layan la kau youtube pasal kes ni.
akan rasa memacam, rasa geram menengok muka O.J yang macam bagus-bagus tu, rasa geram tengok lawyers pembela tu semua..n judge tu pun macam berat sebelah je. rasa nak tumbuk.


:: Nicole & O.J time still together ::


4 Comments:

Nana Sharia a said... [Reply to Comments]

kan bapak sik kardashians yg defend diorang kan.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

mcm best je baca spoiler ko ni. ada gak dgr psl OJ tapi xtau psl kes apa. nk download & tgk mmg xsempat skrg ni. tu kdg movies ke apa tgk pun skip skip lps tu baca wiki utk memahami. eh macam dh berminggu tak tgk movie download! waa sibuknyaaa T_T

Noorfarahim Azemi said... [Reply to Comments]

lepas aku baca entry ni, terus google OJ simpson. Patutlah tak tau jugak, baru umo 4 tahun masa ni

idzwa kamaruddin said... [Reply to Comments]

ya..masa kes berjalan keluarga kardashian kan berpecah dua..separuh duduk belah nicole separuh duduk belakang OJ. sebab dia orang family freinds..mase tu bnyk adegan masam muka jugak la dalam keluarga kardashian.

Mak dia org ka nkwn nicola bapak diaorg plak kawan n peguam oj.

lama gak kes ni berjalan paling sakit hati mase keputusan dikeluarkan yang dia tak bersalah..pffft..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...