Instagram : @peejburhan

walau demam, tapi tetap berselero.




Alhamdulillah rezeki.
dapat jugak makan siakap stim limau tadi :D
janji sedap, hadap satu lauk je pun ok je.
Mr B pulak lauk dia, udang tepung, telur bungkus and daging kicap.

lepas makan terus balik.
sebab aku memang tak sedap badan la.
rupanya sebab aku demam.
patut la rasa semacam daripada siang tadi.

aku ni kalau demam mesti merengek lebih.
bukan aku je. in fact family aku semua macam tu.
so tadi dalam kereta on the way nak balik aku dok merengek macam nangis tu.
tak sedar agaknya kuat kot.
bukak mata pandang Mr B, dia tengah pandang aku tercengang.

me : ite tu mengada yea?

him : tak la. oling tu ponje tangot (manja sangat)

me : i kecik2 dulu kalau demam mesti i akan merengek kuat-kuat. tau-tau nanti papa masuk bilik. dia dukung bawak tidur bilik dia. kat comforter hujung katil. pastu ada baldi kat tepi if nak muntah. pastu mama sapu badan dengan kain basah tu. letak kat dahi ni.

him : manja la tu?

me : haaaaa...kalau dapat tidur bilik papa n mama mesti suka. tapi dapat tidur kalau sakit je.

balik tadi terus makan ubat.
tepek koyok kat memana yang sengal tu.
then pakai cool fever kat kepala.

then mula la resah gelisah merengek sana sini.
tau-tau nangis je.
sebab rindunya kat papa. :(
macam tak percaya la dia dah takda.
so sad.

family aku semua kalau tak sihat macam tu.
bukan time kecik je yea. sampai memasing dah tua ni pun kalau sakit mesti manja kemain semua.
semua kaki merengek n meracau sana sini.
pastu kalau demam je, mesti nanti mama buatkan bubur nasi.
fuhhh demam2 pun terasa kesedapan tu.
bubur nasi letak kentang, carrrot n ayam je pun. pastu makan ngan kicap. pergghhh...
cissss aku ni patut la takkan kurus.
time demam pun cerita pasal makanan penuh perasaan. hahaha.

ok la. doakan i sihat yea.
sebab minggu depan nak travel ni.
tak best la travel badan tak sihat ni.

ok mari tidur.
moga badan kebah by the time bangun esok.


2 Comments:

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

syafakillah peej..moga siht kembali..

miss eimanhikmah said... [Reply to Comments]

gws kak peej!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...