Instagram : @peejburhan

tiba-tiba sangat ni

hari ni takda apa sangat.
as usual tengah bulan relax sikit la kerjanya.
lunch tadi makan sushi yummmm.
hahha takleh terima elly, belum apa-apa aku dah plan nak makan apa lunch.

zaman aku budak dulu lagi la.
tengah makan ni, boleh aku plan esok nak makan apa pulak.
stress je mama n papa, sebab otak aku dok menyusun je nak makan apa next.
ngeri sangat perangai.

balik tadi lepak minum jap kat mamak sebelum bergerak balik rumah.
then nak balik tu aku pergi kat kereta.
bukak2 pintu takleh.
kereta aku jenis yang kunci takyah keluar daripada bag ni.
kau pegang handle pintu kereta nanti dia akan unlock.
tapi tadi jenuh buat takleh.
what the hell.

aku keluarkan kunci. still takleh gak.
selalu kadang memang tak detact sebab access card office dalam handbag gak.
kadang aku perasan kalau in between kereta n kunci kereta tu ada access card tu dia takleh bukak.
tak tau la kalau perasaan aku je ke apa.
then aku keluarkan remote tu. unlock pun still takleh. eh what the hell.
kunci baru kot.
baru je pakai kunci yang ni sebab yang satu lagi punya battery dah low hujung tahun lepas.
e eh. kenapa takleh bukak ni?

aku keluarkan kunci. nak la bukak manually.
tapi seram lak, buatnya kang pakai kunci tetiba alarm bunyi n takleh tutup kang.
selama pakai kereta tak pernah pakai kunci manually bukak pintu.
simpan balik kunci n try lagi. still takleh.
then aku pandang la kereta.
e eh. asal lain macam ni?
sejak bila kereta aku ada spoiler kat belakang ni.
sekali tengok rupanya bukan kereta aku la...
hahahhaha kereta aku selang 2 buah ngan kereta ni.
O.M.G. hahahha
nasib owner tu tak nampak ke apa.
aku bagi tau kat laki aku n radie time tu ada situ.
radie kong ajo dok jerit, "pencuriiii...pencuriiii.."
nasib takda orang ramai sangat area tu.
maluuuuuu.. *sambil lari2 tangan terhoyong hayang kat atas.*

[ok atas ni di type pada khamis lepas 11/2 ye. today 20/2 baru aku ada masa free sikit so mari sambung]

tolonglah ngeri sangat tahap takda masa aku sekarang.
nway balik daripada kerja tu.
tau-tau aku tertidur je petang tu.
tau-tau noy call tanya aku kat mana?
aku kata la kat rumah. dia kata suami dia nak pergi gym, so dia nak lepak rumah aku.
aku cakap la boleh je.
tetiba dia cakap, "ke kau nak pergi gym?"
tetiba aku jawab, ok jumpa kat gym la.

oh em geeeee.
noy kata dia terkejut bila aku cakap nak pergi gym.
jangan cakap dia. aku sendiri pun terkejut.
aku syak masa aku cakap jumpa kat gym tu. aku sebenarnya mamai lagi la. hahhaha
sebab tolonglah arif tu dah ajak aku pergi gym sekian lama ok. aku adaaaaa je alasan.
mostly sebab malas la kan.
aku pun tak pasti kenapa tetiba aku nak pergi. heheh.

so apa lagi.
terus siap.
terus korek laci n cari seluar sukan n carik kasut sukan yang aku pergi 2 tahun lepas tapi pakainya tak sampai 2 bulan pun. muahahahah.
terkejut badan kak jah selama beberapa tahun menternak lemak.
tetiba bersukan ok.
tapi start slow la.
aku ni berpenyakit, taknak aku hardcore ke apa. ikut pace n keselesaan aku. :)



tetiba laki aku pun nak join gak.
dia kau tau la. mana nak lepaskan bini dia.
asyik nak berkepittttttt je.
tapi elok gak dia ada.
sebab kak jah rambang2 n terbuntang2 mata tengok anak-anak ikan sado di sana sini.
saje je bagi rate jantung iolls bertambah laju tau dorang ni.
tau la workout tu panas n peluh2.
tapi jangan la tetiba bukak2 baju pulak kat situ.
i asyik nak tersengih ok.
terus cecepat tekup muka ngan tuala coverline lap peluh. hahahah

aku takda la push diri ke apa. n aku pun tak suka orang push aku
aku pun takda target apa2.aku takda target aku harus kurus dalam masa sekian2.
sebab in the first place aku sukan ni sebab aku nak keluar peluh n turunkan sikit je badan aku.
itu pun sebab dah naik sangat badan ni, terasa mengah je berjalan tu. ngeri ok.
n doktor asyik la bebel suruh i sukan lite2 janji keluar peluh katanya.
lepas ni ada appointment doktor dorang tanya i bersenam ke tak? boleh i Z snaps depan muka dia cakap..."yeahhh..like totalllyyy..." wooow tetiba terspeaking. hahaha.

ok la tempat dekat ngan rumah. so malas tu kurang la.
aku kalau jauh-jauh ni. percentage untuk malas tu lagi tinggi.
tapi tau la gym, tak ramai perempuan.
semua lelaki. so if noy takda. aku pun sama tumpang sekaki tak pergi la.
segan aih.
walaupun aku yakin anak2 ikan tu tak teringin pun usha kak jah. hahah.
satu lagi ada geng ni best sikit la buat routine kan.

aku takda buat apa sangat pun.
setakat naik basikal n lari je sikit2.
eh takda la lari pun. macam brisk walk je.
walaupun arif tu gila suka2 nak suruh aku laju2 la apa.
aku taknak. aku turunkan balik speed.
dia naikkan balik, aku turunkan balik. hahaha.
taknak la. aku tau la tahap aku.
kalau jantung aku dah laju tahap terkeluar daripada badan..baik aku slow2 balik.
kang ada tak pasal mati keras situ.
kita sendiri je tau tahap jauh mana kita boleh pergi kan.
i dont wanna push my self.
n like i said. aku takda target nak kurus dalam masa sekian2 ke apa.
eh suka hati aku laaaaaa. gituh konsepnya.

:: see. hebat sangat kasut dua tahun lepas tapi rupa macam baru beli minggu lepas. nampak nau tak bersenam. hahaha ::

aku tau ramai teruja aku senam ni.
macam-macam la kata-kata nasihat.
kadang aku upload pic makan mula la keluar ayat itu ini.
kena lari lebih la nak bakar lemak la apa.
ehhhh siapa ada heran? kata aku pun dah bela lemak2 ni lama.
siapa kata bila masuk lemak baru aku stress lalu secepat mungkin nak get rid of it.
like i said, if ada turun berat badan. bagus la.
tapi if kata la macam takda perubahan ke apa, cukup la aku rasa ok sebab setiap minggu ada jugak la aku senam n keluar peluh.
selama ni tak yea.



ni peneman setia. gigih dia lak lelebih.
pastu poyo sikit2 tengok lengan sendiri. hahhaa
pastu nanti dia kutuk2 budak2 sana suka bukak baju tunjuk body masa sembang ngan ayol

me : dah memang budak tu panas or body dia lawa pun. biar la dia.
cuba u? tah2 u pun kalau body lawa poyo nak bukak-bukak baju time work out.

him : haipppp...kalau badan i lawa takdanya i nak bukak-bukak baju kat situ. i terus tak pakai baju daripada rumah.

hahahha tak suka.
kalau macam tu memang time tu jugak aku sepak.
kau dah kenapa?

lately ni badan tak best la.
sakit2 sebab bersukan tu biasa la.
tapi tah kenapa perut tak berapa best. rasa angin je.
semua benda makan rasa angin.
tak pun kadang rasa mual n nak muntah aje.
pelik i kenapa.
tak sure why kata aku skip makan ke apa takda pulak.
cuma kadang la pergi gym tu buatkan tak dinner.
sebab balik terus penat balik tido.

memang busy la sekarang.
siang kerja. n i kalau kerja i bebetul kerja ok.
ingat aku rajin nak online ke apa.
dulu lain la. dulu memang duduk rumah je uolls.
memang boleh sentiasa mengadap internet je.

balik kerja rehat kejap.
kadang terus pergi kedai kak shidah sebab laki aku nak layan ketagihan dia.
then malam pergi gym pulak.
kadang lepas gym balik. kadang pergi lepak minum or makan dulu.
by the time sampai dah 11pm macam tu.
balik mandi. sebab badan letih memang awal la tidur.
then esok pepagi bangun balik pergi kerja.

sometime weekend pun kerja.
weekend depan ni kita orang ada exhibiton pulak kat kedah.
so akan ke kedah selama 5 hari.
pitam tak tahap busy i?

ni now dah jarang ke rumah mama sebab penat kan or malam gym.
kalau ada hari tak pergi baru la aku ke sana.
ni i tak makan lagi ni.
kelaparan la pulak. tapi takleh pikir nak makan apa la.
hmmmm...dapat siakap stim best gak kan?
masam2 tu hirup.
aku ni tengah rasa tak sedap mual n nak muntah sebab angin ni kot.
takleh pikir la nak makan apa.

ok la.
senang kita berjumpa lagi di blog bersawang tahap rumah tinggal ni yea. :D

8 Comments:

Sall Isman said... [Reply to Comments]

pregnant kot...

Sall Isman said... [Reply to Comments]

pregnant kot...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Mual? Muntah? Mkn masam2?? Hehe..

QASEEH HATIKU QASEEH said... [Reply to Comments]

peej...u rasa muntah2 myb toksik byk dlm drh...better u bt blood test cpt...

bett said... [Reply to Comments]

aku suka la ko nih kak jah....hahaha...penulisan ko buat aku sonok membaca..ko ni sejenis orang yang jujur bercerita pasal kehidupan ko.Tak kontrol ayu punya...aku doakan ko berjaya berbisnes eh...berjaya ada baby dan hidup bahagia dgn mr B ko dunia akhirat...eh..ko doakan aku jugak la yer...

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Kalau awal2 workout mmg mcm tu. Lagi2 kalau badan byk angin mcm kita ni. Perut rasa sebu je. Tu ok lagi, mcm iolss siap terkentut2 masa workout hahaha..mujurla gym tu bising ngn lagu ngan besi dentam dentum.

Vicky Virginia said... [Reply to Comments]

Kan kakpeej Sgt jujur dlm bercerita tanpa Cuba utk menyedapkan jalan cerita..iaitu telus Dr hati..sbb itula reader dn terasa dekat dgn kakpeej kerana sememangnya cerita2 seharian dan kisah kehidupan kakpeej Sgt menghiburkan boleh ketawa terkekek kekek terutama klu part MrB tu hehehe n sometimes touching dgn kisah family n kwn2 kakpeej.
Keep it up kakpeej!!MMuaahh!!������

Anonymous said... [Reply to Comments]

congrats kak peej, u take one step ahead..janji badan ada peluh2

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...