Instagram : @peejburhan

happy life Alhamdulillah.

I don't have high expectation in life.
i live a simple life.
macam aku pernah cakap sebelum ni. i don't like to put high hopes or any expectation.
aku suka ikut flow.
sebab aku ni seorang yang mudah kecewa. so aku taknak if tak tercapai yang aku nak tu aku kecewa.
so that if dapat apa-apa je dalam life, aku rasa besar hati, bersyukur sangat ke hadrat ilahi.

yes i'm easy to please like that.
sebab tu aku terima apa Allah bagi aku dengan lapang hati.
biarlah orang nak kata suami aku tak handsome ke, tak kaya ke.
tapi bagi aku Allah dah bagi aku seorang yang terbaik untuk aku ni.
aku yang serba kekurangan ni.
dia cukup manis untuk mata aku memandang, dia cukup baik melayan perangai aku, dia cukup rajin tak diterima akal.
takpa dia tak senang pun, maybe Allah salurkan rezeki tu ke aku, untuk kita kongsi sama-sama.

macam tu jugak dari segi lain.
maybe Allah tak bagi aku kurus cantik meletop.
kang cantik meletop, i jadi artis n kawin orang kaya lak..sian my pitom manish tu tau. hahaha.
walaupun aku baru umur 30+ tapi ada penyakit. tapi takpa la..try la kawal mana boleh.
tetap bersyukur sebab Allah masih lagi bagi aku bernafas kat bumi ni.
so untuk kesedaran lite-lite..i cuba la start senam. don't take life for granted katanyer...yo lah.
i try la kawal sikitt makan. sikittt je ye yang kawal.
lebih banyak kepada tak kawal tu.

so konsepnya kak jah sentap 8 kali kalau tiap kali kak jah makan, orang nak kaitkan ngan senam kak jah.
eh sukaaaaaa hati i la!
i bukan masuk pertandingan body mantop semalaysia hujung tahun ni pun yang nak kelam kabut nau dah kenapa?
selagi Allah bagi rasa nikmat untuk makan tu, biarlah i nak makan.
cuma dengan kadar yang sepatutnya la. bukan la melahap ke apa.
sebab aku pernah tengok macam mana orang sakit Allah tarik nikmat takleh makan, so selagi boleh makan tu, tak salah makan.
percayalah badan i je gemuk. tapi i takda la makan pelahap sampai pizza 4, burger 2, nasi tambah 3 pinggan pun. makan sama macam orang lain. cuma timing n maybe sebab malas senam.
so takyah susah hati sangat ok kalau i makan. i tetap makan sama macam dedulu.
cuma like i said, beza sekarang..aku cuba untuk adakan aktiviti bersenam dalam diari hidup.
itu sahaja. harap maklum ye.

macam semalam.
tetiba tak jadi pergi gym. hua hua hua.
sebab my instructor exam la. la la la.

siang tu nampak mama upload pic dia masak.
huiyooo mencengkam jiwa.
aku lama tak makan mama masak. sama ada aku takda masa ke sana.
or time mama masak aku yang tak ke sana.
or aku ke sana, tp hari tu mama tak masak.
so memang dah lama la tak makan.

so tak jadi gym. facetime mama..saje sembang.
sekali tanya la mama..ada lagi tak lauk?
mama kata ada. tapi kawan noy nak makan.
kebawah bibir kak jah kesedihan.
sekali mama cakap, "nak makan ke nak? ikan ada nanti mama tambah ikan. meh la datang."
terun ke telingan senyuman kak jah.
apa lagi. terus i pantas ajak suami ke sana n pecut.
haha terkejut mama kemain pantas kami sampai. dia kata nasi dia tengah masak.
ok takpa..kita tunggu. hahah.



tak ke kau tak keruan tengok mak kau upload pic macam ni?
pitam bangun pitam bangun di buatnya tak keruan tau.
mata otw, kemain eksyen muka MrB tanya mama masak apa..aku cakap ikan masak lemak cili api.
muka tak teruja pun. eleh eksyen.
sekali dia yang tambah 3 pinggan ok. tumbuk kang.
i makan nasi sikit..tapi ikan 2 ketul gak la.
satu ngan nasi..satu ratah.
tolonglah sedap sangat sekali ngan sambal belacan n daun kaduk tu. gulppp.
laki aku layan kuah masak lemak tu sampai hampir kering di buatnya.
super love uolls
seee...happy tummy..happy kak jah. hu hu.
bersyukur Allah masih pinjamkan mama kat kami, bagi lagi kami peluang untuk makan hasil masakan air tangan ibu.
masih lagi bagi peluang untuk kami makan sama-sama satu family kecil ni. Alhamdulillah.

tadi rezeki lagi.
today birthday elly.
wooow perempuan tu cukup teruja dengan birthday. tak menahan aku n filla.
elly memang suka all this details in life.
memula masa tak kenal dia.
aku baca blog dia takleh terima. perempuan ni dah kenapa suka buat lawak gelak sendiri.
pastu puji diri..pastu kuat berangan.
pastu nama blog elly in wonderland. e eh gelebah ingat kau alice in wonderland?
bila kenal baru rasa entry dia semua masuk akal. sebab dia memang agak gila2.
dia memang sorang yang lawak.
yang boleh bagi aku ngan filla gelak sampai terduduk2 atas lantai berguling n menangis.
ni tak tipu ok. ni betul. bukan perumpamaan.
aku ni seorang yang pemalu kalau nak terkentut.
tapi kalau elly buat lawak kadang aku boleh tergelak sampai terkentut..NOOOOOO!

aku n filla ni jenis simple.
tapi elly jenis pengaruh kuat.
dia mesti akan nasihat no cannot like this..cannot like that.
kena macam ni..kena macam tu..
aku n filla akan bantah..then rasa macam...a ah betul gak tu..
ok la..kita orang akan try ubah menjadi lebih details macam dia.

sakan perempuan tu birthday siap amik cuti nak spend ngan suami.
tak menahan aku.
aku ngan filla dah,, e elehhh dia ni....
sebab kita orang tak macam tu kan. hahahha
aku memang sejak kes hari jadi aku laki aku bagi hadiah keris dalam frame.
aku terus rasa, tak perlu la nak di perbesarkan pasal hari jadi ni. i pasrah oling.

tetiba tadi dapat arahan daripada win dalam group whatsapp suruh semua datang lunch sesama sempena birthday wife kesayangan dia. wooow. kemain.
so jumpa sesama la lunch tadi.


lunch dim dum tadi.
risau gak laki i tak makan ke apa.
dia kan tekak melayu.
tapi tadi nampak dia suka je kemain cakap wooow amazing. hahah.
bagus. slow slow dia dah ikut tekak memacam kita orang ni.


wonderland tak wonderland la kan perempuan ni.
kemain dia amik pic birthday dalam restaurant ngan sunglass.
rasa nak tumbuk kan?


us 3 pic bersama masa Ellfie 1 year celebration earlier this month.
aku tak berkesempatan nak update properly lagi.
ni words can describe betapa aku sayang kat akak2 aku ni.
walaupun persahabatan kami baru menjangkau usia 3 tahun je.
terlalu awal untuk panggil sahabat. tapi dorang antara sahabat terbaik jugak la.
sebab tempat luah perasaan, tempat untuk dapatkan nasihat, tempat berangan, tempat mengutuk memasing, tempat ingatkan diri memasing, tempat menangis sesama, tempat bergaduh.
tipu la kalau dalam usia 3 tahun ni berkawan ni, now setahun business sesama ni takda gaduh.
ada je gaduh. bertekak gak la few hours. memasing ada pendapat n kepala memasing.
tapi nanti memasing akan mengalah n terima pendapat memasing.
orang yang sokong n mendoakan persahabatan dan kejayaan kita ramai, tapi ada jugak orang yang sentiasa menunggu untuk kita bergaduh berpecah dan segalanya.
tapi kami sentiasa berdoa moga Allah sentiasa pelihara dan berkati persahabatan kami.
Aamiin.

kau ingat aku tak sedih ke.
tanpa dorang berdua ni, dan tanpa izin Allah, maybe aku takda kat tempat aku sekarang.
masa ucapan kat majlis ellfie 1 year tu, tak sangka i sebak.
sebab aku ingatkan kembali setahun yang lepas kat mana aku.
aku kat rumah, buat business online kecil-kecilan untuk hidup laki bini n bantu family mana mampu.
aku dengan bangun tengahari, pakai baju tidur buat kerja.
tapi sekarang, Alhamdulillah aku dah ada Ellfie dan Fame hasil perkongsian dengan Filla n Elly, dengan Izin Allah S.W.T.
siapalah aku ni. dorang consider jadikan aku business partner sedangkan aku takda apa-apa.
setakat pengalaman aku biasa jual online n buat postage.
tolonglah berlambak ye orang luar tu boleh buat.
sampai ada orang pernah pertikaikan kenapa dorang pilih aku sebagai business partner.
pernah orang cakap, "untunglah Peej kan korang amik dia"
terpulanglah nak cakap apa. cuma satu..anggaplah semua ni Allah yang gerakkan mereka untuk amik aku sebagai business partner.

balik ke 5 tahun yang lepas.
lagi la aku takda buat apa pun.
aku sibuk jaga parents aku yang sakit. aku tak kerja.
aku just kerja jaga uruskan rumah, masak semua untuk family.
harap duit blogging je masuk tiap bulan untuk beli apa-apa keperluan.
lain-lain entertainment semua noy belanja. kadang lepak jonet belanja.
apa je tak kena kutuk, jobless la..unemployed la.
apa yang orang susah hati tah. macamkan mintak duit dia je.
tetiba hari tu sembang ngan mama dia sebak cakap, "mama ingat lagi orang kutuk pija unemployed la, jobless la. Ketentuan Allah kita tak tau kan nak, sekarang pija dah ada company sendiri..dah boleh employ pekerja lagi. Alhamdulillah."

*     *     *     *     *
e eh as usual aku ni nowadays update blog mesti half way je sempat. pastu akan busy n terpaksa abaikan. so now ada masa sikit lets sambung.... ;p

*     *     *     *     *

i sayang semua kawan-kawan i.
macam sekarang most of the time memang selalu dengan elly n filla la.
24/7 menceceh je mulut masing2 dalam whatsapp. kalau jumpa pun sama.
ada je la nak sembang.

nanti duduk2. rindu kat kawan-kawan lain.
mula la sebak je rasa.
kawan bbgs pun lama gila tak lepak sesama.
tapi sentiasa rajin bergossip dekat whatsapp.
pun tengah plan nak lepak.
tapi tau la sekarang ni kemain payah nak lepak.
ada je memasing hal itu ini.

satu lagi yang lama tak sembang ialah geng mrsm.
kadang duduk tu sebak je rasa.
rasa rinduuuunya sangat kat semua orang.
dulu selalu je lepak.
now semua busy.
ice n huda dah ada 2 anak kecik. sorang toddler, sorang baby. leceh kot nak lepak lewat.
jonet buat study sebab nak jadi specialist now.
aku ngan hal aku. busy gak selalu on weekend. tak kerja, ada event la, booth...
walaupun memasing busy tapi sekali sekala jumpa tu memacam je cerita keluar. seronok.

hari tu tetiba berbunyi lak whatsapp group tu.
kemain kata nak celebrate birthday aku.
elehhh tak yah nak mengada sangat la weyh.
dah tua-tua ni xyah nak over sangat la. tu aku la.
sebab aku memang tak kuasa dah. hahaha. i segan ok. hahaha.
tapi nak lepak tu i suka je. lama sangat ni tak lepak reramai ni.
so bermulalah memasing dok tanya bila free..bila nak jumpa.
tetiba lain lak jadi.


hahahha. ice tengah sembang ngan huda bersayang2.
tetiba jonet ingat i panggil dia sayang.
tetiba aku lak saja je nak panggil ice sayang.
huda sentaps. hahahhaa.
sebab konon aku kan ada kenangan ngan ice so takleh.
bodoh sangat tau.
tapi lawak la bila ingat balik.
asal keluar lagu aku cinta padamu siti nurhaliza tu mesti kena bahan je.


tapi serious weyhhhh....kalau la zaman aku membesar dulu ada internet ni.
aku yakin video aku pun viral.
mesti aku ada buat banyak benda bodoh.
nasib la zaman aku dulu hanya zaman tulis surat n rakam kaset je tuju lagu n ucapan.
hua hua hua.
tu pun if ingat balik rasa nak tikam diri sendiri.
terima kasih Tuhan kerana menyelamatkan aku dari segala kengerian itu.

rindu sangat la kat semua orang.
so glad Allah temukan aku ngan orang-orang yang baik.
kawan-kawan yang baik dan memahami.
tak perlu nak bodek, nak perhatian 24/7, bukan kaki sentap, bukan kaki tikam belakang ke apa.
semua jenis memahami. kau tak sembang or jumpa setahun pun...relax je. memasing paham memasing busy n ada life memasing semua.
semoga Allah terus pelihara kesemua persahabatan kami.

happy jugak Allah bagi family yang bahagia, yang function normally.
happy sangat Allah kurniakan aku ipar duai yang sporting n happening. aku sayang dorang macam aku sayang family aku sendiri.
happy Allah limpahkan rezekinya kepada aku, so that aku boleh tolong family-family aku takat mana mampu.
So far aku happy. soal anak so far aku takda rasa apa sangat la.
walaupun usia perkahwinan kita orang hampir 4 tahun dah.
aku rasa happy je, Insyallah nanti kami usahakan sesuatu. Kalau memang ketentuan Allah aku dan suami takda zuriat sendiri..maybe we will consider adopting ke.
cuma buat masa ni i belum nak pikir.
takpa go with the flow.
aku yakin, Allah perancang yang terbaik. kan kan kan.

ok la uolls.
i nak buat kerja la.
muntah sangat ni hadap entry ni masuk 2 hari dah.
asyik tertangguh.
sambung pagi tadi..stop..sambung tengahari..ni nak petang baru habis.
ngeri kan tahap tak tegar kak jah ni.

ok pipol..
bersiaran lagi next week.
esok i dah takda dah pergi ke sungai petani.
nanti kita jumpa sana yea.
wooow best i nak makan laksa utara tiap hari. hua hua hua.



14 Comments:

saudah said... [Reply to Comments]

En. Win dalam gambar last tu, pasrah pegang belon. Hehe.

sueMY said... [Reply to Comments]

Entry kali ni mmg lain mcm la peej..all in one..klakar sedih kagum sumer ada...i x ingt since bla i follow u punya blog..tp mmg dh lama..time someone tu ckp u jobless unemployed.mmg i ingt rentetan kes tu...u kna saman la apalah...n now see what...Allah maha besar..syukur dgn apa yg Allah bg jika u ikhlas dlm semuanya..

Part keris besday pun i ingt..hahaha....start dr tu i ckp dlm ati Ben ni mmg lain dr yg lain...hahaha...pun harus syukur kan even pelik tp rajin n hormat parent/mertua...betuah insan bernama peej ni sebenarnya..

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

dear peej, i baca ur blog since 2008. tak lama lagi dah 10 tahun kenal online. walaupun tak penah jumpa kan peej tapi rasa dekat jek sbb kita baca hari2.
dari zaman peej single jobless sampai la ni. im so proud of you!
org kata anak yg jaga parents hidupnya berkat. i guess Allah dah balas kebaikan u. Dia tak bagi one whole sum tapi sedikit2 like u ditemukan dgn kawan2 yg sgt baik sampai lah ada company sendiri.
stay humble peeja. i doakan bisnes u maju selalu :)
take care! *hugs*

Anonymous said... [Reply to Comments]

Saya dah baca blog awak sejak 2009 lg,and i'm happy to see where you are now.rezeki awak murah sbb awak org yg baik,baik dgn parents. 😊

Nonie said... [Reply to Comments]

aku pun sayang ko peeja
walaupun di alam maya..
cewahhhh cewahhh

Irfa said... [Reply to Comments]

Sempoi.. Bca smbil lap air mata
Moga persahabatan korang ber3 kekal selamanya

tamiya said... [Reply to Comments]

Appreciatelah kak peej cerita cerita ni. At least ada benda boleh jadikan contoh, utk lebih positif dlm hidup ni..yg mana kurang dlm hidup ni, mekasihh..
moga kak peej and orang sekeliling terus dirahmati Allah

Norina 3598 said... [Reply to Comments]

terharuu bacaaaa.semoga bahagia selaluuu

-silent reader

Norina 3598 said... [Reply to Comments]

terharu bacaaaa..semoga maju jaya kak peej!

-am a silent reader since years ago

bett said... [Reply to Comments]

aku sayang ko peej sama macam aku sayang auntie..walaupon kita tak pernah jumpa..nampak keberkatan pada ko hasil dari menjaga parents ko...Moga Allah sentiasa memberi yang terbaik pada ko n family..doakan aku jugak..kem salam auntie..

Alia said... [Reply to Comments]

Kau suka bagi aku terliur pagi pagi buta ni. Mana aku nak carik masak lemak kat sini oiiiiii. Nak masak tak reti :(( sampai hati kau buat perut aku berkeroncong dengan jayanya :(

sharon m.q. said... [Reply to Comments]

i am your silent reader since years ago.. rasa macam dekat sangat dengan kak peej.. bila baca your post ni..rasa sebak gila..lucu pun ada.. selamat maju jaya, kak peej! Love u!!

mashelas said... [Reply to Comments]

peej, love you, kak elly and kak pilla walaupon dlm alam maya. usaha, persahabatan dan kesempoian kalian menjadi inspirasi ku..:)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aku baca blog ni dah bertahun jugak.. tapi sebak pulak baca entry ni peej. Walaupun aku tak penah jumpa kau peej, tp aku yakin sgt hati kau bersih & ikhlas sebab tu Allah permudahkan jalan hidup kau.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...