Instagram : @peejburhan

busy weekend

hola holi..

weekend korang macam mana?
weekend iolls busy.
bukan busy apa pun. busy ngan membuat laundry.
nasib bila bangun ahad tu demam kebah.
pelik sehari je demam. demam urat kot senam lebih. hahaha. gelabah betul.

bangun je siap mandi apa semua.
then keluar pergi lunch.
then terus buat laundry.
pitam bertimbun baju.
nak basuh kat rumah confirm tak muat nak jemur semua sekali.
nak basuh rumah then keringkan kat laundry nanti lama lak nak siapkan 2 load.
so mari kita buat self service je la.

tu pun sebab MrB dah bagi hint kata spender dah takda. hahah.
tapi nipu aku check ada je. tumbuk kang.
sampai sana sekali laundry ni perli i la.


laundry today or naked tomorrow katanya.
so bawak sana n masuk 2 washing machine.
elok berjalan ada sorang perempuan philippines ni pun buat laundry pakai 2 machine.
then kita orang tunggu je sampai siap.
nak siap nampak satu tu ok.
satu lagi tu spin tapi apesal buih penuh gila ni. gila ke apa.

then baru perasan. aku rasa perempuan tu pergi masukkan sabun kat mesin kita orang. grrrr.
sebab lepas dia masuk tu. perasaan dia pergi sekali lagi n masukkan lagi sabun. tapi kat machine dia pulak.
whatttt? dia salah ke apa?
memula nak salahkan laki sendiri. sebab mesin tu dia yang buat.
tapi dah berkali buat takkan la laki aku sengal lak.
tak pasal kena basuh all over again sebab gila apa dah siap tapi bersabun bagai nak gila.
yang laki aku leh cakap, takleh ke kita keringkan je.
e eh sesuka hati je tau.

so lama la kat laundry tu.
dah la tengok drama pasangan bercinta tergedik-gedik kat situ.
berbulu je aku laki bini tengok.

then settle laundry ke rumah mama.
saje lepak sembang. tapi tak lama pastu boleh dorang semua tidur.
buhsan je kami laki bini.
layan tengok cerita je la kat tv.

tapi before maghrib dah gerak.
sebab banyak baju nak kena hadap lipat.

so balik tu. singgah beli satay jap.
balik makan sama-sama.
terus hadap baju lipat sambil layan movie.
punya banyak baju sampai sempat la layan 2 movie.

semalam aku layan cerita back track.
cerita agak slow. tapi best cerita dia.
ingat cerita psycho.
rupanya cerita hantu gak la.
terkejut2 aku di buatnya.
tapi ok la ceritanya, takda la tengok rasa tak puas hati ke apa.

then lepas tu aku layan cerita the dressmaker pulak.
pun best la cerita dia.
halfway sedih gila cerita dia.
tapi ending puas hati i loike.

tapi tak tau la kalau korang tengok rasa tak suka ke apa.
maybe taste lain-lain.
tapi aku suka je heavy drama ni.

semalam susah lak tidur.
lama terkebil-kebil aku tak tau nak buat apa.
pastu tengok laki tidur. sian lak tengok.
walaupun kadang kalau gaduh tu nyampah rasa nak tumbuk muka dia.

dia susah hati ni. sebab kak jah nak tinggalkan dia pergi kedah ni.
sian dia nak ikut i tak bagi.
sibukkk je. duduk je la rumah jagakan kucing2 tu. hihihi.
ye la plus pergi lama kan. takkan dia nak amik cuti lama2.
takyah la.





so orang utara yang free weekend ni jom la ramai-ramai turun Sg. Petani, Kedah.
kita orang akan bukak booth di Village Mall pada 26-28 Feb 2016.
wah excited ni. kali ni ke utara pulak.
walaupun badan penat ni.
tapi best je kalau pergi ni. sekali sekala berjalan tempat tak pernah pergi :D

so jumpa sana yea nanti.
excited la pulak.
tapi dalam pada tu sedih la gak.
berjauhan ngan suami. eceeehhh dia punya tahap poyo tu kan.
nak buat macam mana. laki aku ni kuat berkepit. mana aku pergi semua nak ikut.
kadang rimas gak, rasa macam, i need my alone time..i need time to go out with my girlfriends.
tapi tu la. tapi ni bila dapat alone time berjauhan. rasa debar2 lak. huhuhu.

eh ok la. nak buat kerja.
ta-ta

1 Comments:

strawberi said... [Reply to Comments]

bawak je la..sian mrB...xpela skali skala cuti pjg...kang demam plak dia kerinduan...nt ade jugak org tlg2 kt booth tu...kasik meriah sket..hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...