Instagram : @peejburhan

Thaipusam




sekarang ni aku selalu tertido awal malam.
pastu tengah malam macam ni susah nak lena.
tau pulak weekend. lagi la mengada mata ni dok layan tgk movie la..layan youtube ke apa.

anyway ni nak sembang pasal thaipusam.
untuk yang menyambut, selamat hari thaipusam.
first of all, if ever aku ada salah cakap ke apa mohon betulkan. sebab aku tau aku ada few readers indian :)

all this while aku memang tak tau la thaipusam tu apa.
ok aku tau la tu sambutan untuk orang india.
n selalunya buat kat batu caves.
dulu thaipusam selangor je cuti. now dah public holiday untuk seluruh malaysia.

so aku memang tak pernah tau macam mana di sambut.
tak tau macam mana keadaan area tu semua la.
maklumlah memuda mana amik tau sangat kan.
tapi selalu jugak nampak kawan-kawan aku mana yang boyfriend/suami or kawan-kawan orang putih...mesti salah satu wishlist dorang pergi batu caves tengok thaipusam.
pelik gak..macam..nak buat apa kat batu caves? dah la tangga tinggi..huhu.

sampai la aku kenal MrB.
dia memang di besarkan kat area batu caves.
pernah la 2-3 kali dulu zaman bercinta aku nak jumpa dia..lalu area tu. time tu macam sehari ke 2 hari selepas thaipusam.
nampak la banyak gerai2 bukak jauh gila kot daripada bebetul batu caves tu.
pelik gak apesal meniaga tengah jalan ni. then baru teringat ada thaipusam.
so thats it la.

then last year macam tu, aku nak pergi gerai kak shida.
stress gila stuck jam dekat sejam kot area tu aje.
apa niii? thaipusam dah habis kot.
rupanya kat batu caves tu dorang buat macam karnival ke apa.
so ramai lagi la area tu.

so this year memang dah awal-awal cakap kat MrB.
ok seminggu sebelum and seminggu selepas thaipusam jangan pergi kedai kak shida.
memang jam la.
tapi knowing laki aku yang ketagihan makan situ.
mesti dia nak pergi jugak ni. 

so minggu ni ada la 2-3 kali pergi. hahaha.
so lalu tu dah nampak la orang pasang2 khemah la apa.
aku tanya la laki aku..untuk apa ni? dorang meniaga eh?
laki aku kata takla..kadang kemah jual bunga2. ada yang tempat nak cukur bagi botak.
aku macam, eh dorang pun ada cukur2 ke? 
macam kita islam kan ada tahalul tu.
laki aku kata ada. ooooo baru tau.

then memang everytime pergi dengar la dorang practise main tabla tu bawah jambatan.
bunyi tabla tu kan sedap music dia.
terus tergeleng2 kepala aku. saje je time lalu tu bukak tingkap nak dengar. heheh.

terus rasa macam nak tengok je thaipusam.

me : yang..i teringin la nak tengok thaipusam tu. u bawak i boleh?

him : buat apa ja? tak payah laaa...ramai orang tu..mana boleh masuk.

me : tak masuk la..i nak duduk2 tepi tu je..tengok je kejap..pastu balik la.

him : jalan semua tutup la. orang lagi nak elak ke batu caves..u nak pergi pulak.

me : naik motor boleh tak?

him : naik motor boleh la..tapi tak payah la.

hishhh.eksyen tau. taknak layan bini.
then lepak kedai kak shida sembang la ngan adik beradik MrB.
dorang memang dah biasa.
daripada kecik kan.
n rumah kak shida tu memang laluan dorang bawak kavadi bagai.

abang zul : takyah pergi sana...kau datang rumah abang je..kat rumah abang pun dorang ada buat cucuk2 tu pasang tu.

me : omg really?

kak shida : a ah ramai sini. dorang memang akan lalu depan ni semua.

abang zul : ada...tapi kalau nak tengok sana..kau ajak kak ani..kak ani ngan anak2 abang zul rajin pergi sana tengok.

MrB : takyah la.

abang zul : tapi jam la kau nak datang sini.

me : naik motor pun tak boleh ke?

abang zul : naik motor boleh la..ikut jalan kucing.

dengan harapan sangat laki aku bawak..tapi eksyen dia taknak tau.
pastu masa aku nak balik tu, khamis lepas.
wah dah start ramai la area tu.
nampak la orang dok junjung susu atas kepala, "wel..wel. wel..wel"
wahhhh amazing view. terus teringat cerita p.ramlee masa dia dok teropong nampak orang wel wel.
then nampak ada banyak tandas awam yang plastik2 tu.
then ada ramai kat area sungai tu. wahhh.
then nampak siap kat tepi sungai tu ada berderet2 ada shower.

first time i nampak semua tu.
n baru tau..dorang cucuk2 semua tu dekat situ.
ingat dorang dah siap2 kat kuil masing2 n datang je.
n kononnya dia macam puja ke apa..so macam kena rasuk..bila dah macam kena rasuk baru boleh buat cucuk2 tu.

dengan harapan lagi try tanya kotttt la laki aku nak bawak pusing tengok ke apa.
dia tak layan la.
dia kata ramai orang la..sesak la..buat apa sibuk2.
nak tengok sangat youtube berlambak.
punya la aku cakap experience la. suasana tu la.
30+ tahun hidup n duduk KL tak pernah tengok kan. 
hahah beria sangat aku ni.

memandangkan memang dia takkan bawak.
so marilah layan youtube.
huahhhh..baru first time tengok n faham.
memang la..dia macam sorang menari2..tetiba macam berjangkit ngan orang2 lain.
n suka lak tengok kavadi tu banyak bebenor bulu merak. yang lawa2 lak tu.

few jugak la youtube aku tengok.
then sambil tu laki aku cerita la.
time dia dulu kavadi lagi besar2 sangat. sekarang punya biasa lak dia tengok.
tah ye tah tidak..maybe time dia tengok dia kecik kot..memang la dia rasa benda tu besar. 
then tetiba laki aku kata try tengok kat india punya..lagi hebat2.
ok..india punya aku tengok half aku tutup.
sebab dekat negara india aku rasa macam lagi extreme je..i cannot..i is seram.

tu takpa..tu takpa..
lepas tengok video aku google la pic.
serious aku tak tau gua batu caves tu besar.
ingat narrow je.




ok ramai sangat.
no wonder laki aku malas nak layan aku pergi.
aku ni pun beria je lebih. kang sampai mesti komplen kaki sakit la..panas la apa.
so sebelum laki i bengang..baik dia takyah layan aku. heheh.

takpa la..
janji dah layan kat youtube n faham sikit2 jadi la.


ada antara korang yang pernah tengok n pergi tengok perayaan thaipusam ni?
aku google kat malaysia ni selain batu caves ada 2-3 tempat lain buat jugak macam kat penang, kedah n mana tah satu lagi.

ok thats all.
i kena tidur..hari ni kerja overtime dekat ellfie..kang marah kak pilla n kak elly if kak jah lembabss sampai opis. ;p

8 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Satu lagi kat Johor, Pija. Duluuuuuu.. time Thaipusam ni tak cuti. Sek akk dekat dgn kuil yg mngadakan perayaan ni. So mmg setiap kali balik sek waktu puncak diorg bawa kavadi ni. Kitorg ni dah mcm berarak sekali dgn dorg. Semua jalan berpimpin takut tercucuk kavadi.. hehehe

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Aku pnah tgk..mak mentua aku hindu..so follow g sana...xde la masuk dlm area batu cave..tp dekat gerai2 yg dorang botak2 pala..mak mentua aku slalu kot menurun...mula2 takut gak...skrg dah biasa...hehe...diorg nak buat tu sume kna bersih...kena vegetarian for certain period and yg married xleh bersama laki..xsilap sebulan kot...hari ni aku nak gerak teman mak mentua ke ipoh...nak tgk sambutan kat temple besar kat sana...layansss

Shahrizat said... [Reply to Comments]

sebab tinggal kat taman sri selayang tu, kecik ke beso saya skodeng dari tingkat atas rumah je bila thaipusam. hahahaha semalam meriah betul diorang siap pasang bunga api tu...dah macam raya cina pun ado..hahaha

Malinda said... [Reply to Comments]

melaka tak cuti dik...:'(

ease elias said... [Reply to Comments]

info tambahan untuk peej and reader..haritu i pi delhi..time thaipusam..then tnya dorang..dorang x celebrate thaipusam ke? pastu dorang pun x tau thaipusam tu ape..pastu baru teringat..majoriti kat negara india kan org hindi yg kita tgk kat filem tu..hanya dia bahagian bawah peta india ramai orang tamil mcm di chennai tu sume..then dorang celebrate thaipusam sbb bagi menghormati dewa murugan..kat india tu yg lebih meriah adalah pesta ponggal yg org menari2 tu..haha..me pun teringin nak tgk dekat org pakai kavadi..

Chooyaya! said... [Reply to Comments]

Ngan aku tejebak tgk video ni. Ada yg ngigau malam ni kang.

Nadz said... [Reply to Comments]

Saya pun sama, teringin sangat nak naik tangga batu caves tu and try rock climbing dekat situ, tp belum kesampaian lagi. Ada satu tahun tu, sy dgn housemate pg batu cave on thaipusam, saje nak tgok. Ramai gila orang tetiba ada 2 ketul pmpuan pakai tudung gigih nak selfie. Then ada this one uncle mgkin bkn org KL, offerkan anak dia tlg amikkan gambar ktorang.hehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kita sejak kecik sampai dah besa ni tgk thaipusam tu kak peej. Jiran india kita tetiap tahun cucuk kavadi tu. Sbb ada kuil kecik kat area rumah ni so mmg meriah kat sini bunyi gendang2 semua hihi. So mmg tak pernah miss tgk. Mlm esoknya plak tgk kete lembu plak hehe. Gigih tunggu smpi tgh mlm. Hahahahaha. Tahun dpn nak #bpthaipusam ke Batu Caves la plak mesti lg best. Hihi.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...