Instagram : @peejburhan

sepi sekuntum mawar merah




wow tajuk tak menahan kan. heheh.
tajuk sempena blog ni yang sepi krikk krikk krikkk.
terasa lama sangat tinggalkan blog sampai tak tau nak cerita apa.
nak cerita pasal kisah 2015 yang pic berlambak tu rasa macam dah basi sangat.
nak start cerita baru tapi tak tau nak cerita apa.
dasyat sangat ni.

permulaan 2016 yang baik.
macam some of u guys know.
tahun ni aku, filla n elly keluarkan produk baru lagi.
keluarkan lip cream pulak.
kali ni tak keluar under Ellfie. keluarkan jenama baru Fame Cosmetics.
meletop2 je jualan.
sebagai pemegang tugas khas type consignment note.
memang seminggu macam sotong tangan aku menaip 100++ sehari.
gila start type kul 10 pagi.
kul 4 petang baru siap type semua nama n alamat.
rehat la kejap makan dalam sejam.
2 color dah sold out. tinggal 3 color lagi je. pun soon licin tu. Alhamdulillah.
takpa..soon nanti new batch sampai.
thanks uolls support venture baru kita orang. :D

minggu depan i amik cuti. :D
tapi kau boleh? nak cuti tapi hati tak tenang?
sebab tau hari2 busy. macam tak sedap hati nak cuti. hahah.
yes, i'm crazy like that.
tapi ni nak cuti uruskan beberapa hal penting.
ok cuti sebab cuti la. tapi alang2 cuti mari la buat benda tertunggak.
kau mampu kawin dekat 4 tahun, tapi aku tak pernah register kat jabatan agama islam. huhu.
apa surat kadi bagi tu. aku still pegang surat tu.
so mari la kita buat ye moling.
kang senang kalau nak beranak ada surat nikah.
not that aku mengandung pun..just incase. hahhahaa

lagi apa eh nak buat?
ok maybe boleh spring clean rumah.
matiklah bosan gila percutian aku.
takpa la. janji i leh tido macam starfish bangun lambat.
pastu layan movie sampai pagi ke. wooow lama tak buat aktiviti tu semua.
ni kata aku la.
silap2 nanti aku cuti 1-2 hari buat urusan. then aku masuk kerja balik. keh keh.

bagus weyh kerja ni.
jimat bil elektrik kak jah.
hari tu bil elektrik sampai rumah rm40+ je. wooow amazing ni.
ye la abis ada rumah mesti dah lewat malam. then pagi dah keluar kan.
40+ tu pun sebab guna malam time tidur je.
n siang bukak la kipas 1-2 utk kekucings2.

eh ok la. nak sambung buat kerja.
banyak order nak buat ni.
aku type entry ni tadi pukul 10ish am.
tetiba ada pulak appointment itu ini.
then gi makan.
ni balik makan baru sambung.

see kak jah kata kak jah busy korang tak caya.
very the wanita bekerjaya sekarang ni. hahaha puiiii.
bye-bye bebeh.
i nak siapkan kerja2 yang ada.
tata titi tutu

7 Comments:

Hayati Ghazali said... [Reply to Comments]

peej...u cite menda menda lama ke...pasal kucing ke...pasal shopping ke..tetap kitaorang suka nak baca tau :-)

intan said... [Reply to Comments]

cantiknye mawar merah tuuu...

zulkapli bin a.samad said... [Reply to Comments]

betul peej..cite la appepun...bosan ah buka blog u tak update...pasal kucing ke pasal makan ke

zulkapli bin a.samad said... [Reply to Comments]

betul peej..cite la appepun...bosan ah buka blog u tak update...pasal kucing ke pasal makan ke

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haa kalau dah bekerjaya mmg busy, cabaran nek mengupdate blog tu sangat tinggi hihi. apapun wish you all the best dalam business. semoga bertambah success.

Anonymous said... [Reply to Comments]

aah kak peej, cerita je apa2. reader enjoy baca..saya la ni takut dah baca expose mistik tu..dah kurang bahan bacaan . .hehe

fathen yaya said... [Reply to Comments]

peej..dah lama tak buat post blast from the past..suka la baca cerita2 lama..dah la kelakar..pliss...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...