Instagram : @peejburhan

Kisah Hati

kak jah kalau tajuk tak poyo tak sah kan.
kemain kau kisah hati bagai hahaha. takda la kisah hati sangat.
saje je tajuk kasi gempak. padahal nak sembang2 dari hati je puin.

tak tau nak cakap sibuk tu macam mana. tapi memang sibuk
selalu by malam dah letih dah nak kemana-mana.
online pun kejap-kejap je tau-tau tertido.
nak update blog apatah lagi. memang takda masa.
konon siang time kerja boleh la update konon kan?
tak sempat ye. by the time settle kerja mesti dah pukul 4 - 4.30pm..
time tu memang tak kuasa la kau nak hadap blog ke apa.

ni konon nak buat la promo untuk ephyra ke apa.
pun aku tak terbuat ok.
sebab aku takut takleh handle. sebab busy sangat.
kerja sedia ada pun banyak.
kang buat promo ada terkangkang nanti aku nak uruskan.
takpa relax2 je. tapi if korang whatsapp aku..memang aku bagi harga best pun.
cuma tak up je iklan ke apa. kang aku up iklan promo menderu masuk kang. :D
Insyallah dah relax sikit baru la kak jah beria.

lately ni tah apesal mood takda je. rasa emosi je.
mungkin jugak syndrome bulan mengambang kot.
mudah nau la rasa emo, sebak bagai. me not like ok.
today 29 Jan, Jumaat.
5 months ago, 28 Aug Jumaat papa pergi.
rindulah kat papa.
Alhamdulillah business aku ok sangat sekarang.
rindu nak share ngan dia.
dapat bayangkan papa mesti happy.
still rasa macam tak sangka je papa dah takda.
sedih lagi tengok mama. nampak sangat mama tu kesepian je papa takda.
tengok pulak dah susut banyak badan mama.
aku nak selalu ngan mama pun dah takleh sebab dah kerja kan now.
kalau larat malam pergi la rumah mama.
kalau kepenatan terlebih, tak pergi mana kami laki bini.

mama dah abis iddah.
so dah boleh keluar. pun aku tak sempat lagi bawak kemana.
hari tu dia ada tidur rumah aku, dia plan nak tidur lama sikit.
tapi ada appointment doktor..so tidur sehari je.
plus aku kan kerja now, so sian lak dia sorang je kat rumah nanti.
dulu aku bekerja dari rumah. so ok la kan.
mak mertua aku pun dah meninggal kan.
dulu dorang berdua la duduk rumah aku berkawan.
pepagi dah dengar dorang sembang kat dapur.
tau-tau kak jah bangun je makanan semua siap..wowww. heaven sangat ni. hahaha.
hantu sangat perangai.

hari tu ada la pergi rumah arif.
fam dia buat bbq ajak semua besan2.
so fam aku pun pergi la.
sedih sangat rasa.
last time pergi ada papa.
macam2 papa makan. siap lepak sembang lama.
seminggu lepas tu papa jatuh sakit.
kali ni pergi papa takda.
tinggal la kami je.
semua join except ayol, sebab dia kerja hari tu sampai 2 am. sian tak dapat join.
makan sampai takleh bangun. hahah.








eh nampak macam kita orang je pulak ada kat situ.
padahal ramai gila tu.
maybe time aku amik pic ramai dah gerak kot.
kita orang je tak reti2 nak gerak. huhu.

ni weekend ni mama cakap nak tidur rumah aku. yeay.
ok la cuti panjang kan. so ok la mama tidur rumah aku.
mama teringin nak pergi gerai kakak ipar aku. nanti aku bawakkan.
dia tak pernah sampai. selalu aku bungkuskan.
pernah nak pergi ada sekali tu, nasib tergerak nak call dulu tanya bukak ke tak.
sekali tak bukak. tu tak pergi.
lain takda apa kot. mama semangat nak bercucuk tanam je kat rumah aku. haha semangat.

eh serious aku ada kittens to give away.
tabby kittens.
umur now dalam 2-3 months kot.
takda masa lak nak amik pic.


ni time dorang kecik.
tiada charge.
amik dan beri la sepenuh kasih sayang sahaja.
aku tak mampu nak bagi kasih sayang secukupnya sebab i is pening laki aku ni nak jadikan rumah aku zoo ke apa.
semua potty train sebab memang dalam cage je ni.
so siapa nak sila roger aku ok. :D

eh ok la..lama nau aku buat entry ni dpd pukul 10 tadi. asyik terstop2 sebab busy.
sampai hilang ingatan dah apa yang nak cerita pasal soal hati tah. hampeh sangat.
so lain kali je sambung yea.

ta-ta ti-ti tu-tu.
happy long weekend peeps

11 Comments:

mariannemasli said... [Reply to Comments]

Kak Peej...kalau nak 2 ekor boleh?...nak bagi pet utk both my sons.

Lina said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum peej.

Kitten tu kalau nak, boleh amik seekor saje?

Mila Hilas said... [Reply to Comments]

comelnye kucen2 tuh

kikilala said... [Reply to Comments]

the kittens are so cute!!!!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Nak anak kucing please...tqvm
Farrah
farrahjayden@gmail.com

Anonymous said... [Reply to Comments]

Long weekend next week la peej.

peej said... [Reply to Comments]

@mariannemasli yes boleh sayang ku

peej said... [Reply to Comments]

@Lina yes boleh

peej said... [Reply to Comments]

@Mila Hilas omell... tapi kucing kita dah banyak sangat. :D

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous whatsapp me at 0122758575

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous wilayah isnin cuti uolls. so long weekend jugak la.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...