Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : PLKN

Assalamualaikum Kak Peej. 

Dah lama jadi silent reader blog akak hehe. Hari ni nak cerita kisah seram yang berlaku pada saya dekat PLKN. Sekarang saya dah 24 tahun. Masa masuk PLKN dalam umur 19 macam tu lepas SPM.

Saya berasal dari Pahang, so kem PLKN yang saya dapat dalam area Pahang jugak la. Dekat Kuantan. Nama kem dirahsiakan, tapi dia dalam kampung sikit dan ada laut tak jauh dari kem. Masa PLKN, handphone kita jurulatih simpan dari isnin-jumaat. Hanya dapat jumaat malam hingga ahad malam je. So, mestilah nak manfaatkan masa penggunaan phone tu sebaiknya. Sampai sanggup stay up tengah malam la nak bergayut. So nak di jadikan cerita, masa berlaku ni sabtu malam. Saya punya dorm ni memanjang and toilet dekat luar. Dalam satu dorm tu ada 30 orang single bed facing each other. Malam tu saya bergayut dengan kakak saya. Tak ingat pukul berapa sebab cakap telefon kan lama. Tapi yang pasti lebih dari pukul 12 a.m. Masa saya start bergayut tu, kawan yang lain pun still on the phone jugak, ada yang texting, ada yang bergayut. Antara bed tu ada almari kira tak nampak la orang sebelah masa tengah baring. Rupanya masa tu semua dah tidur tinggal saya sorang je bergayut. So masa tengah bergayut sembang sakan dengan kakak saya, tiba tiba saya dengar suara perempuan bagi salam.

“Assalamualaikum…..” slow dan mendayu je suara dia. Yang pasti suara perempuan. *Ya Allah still meremang masa taip ni sebab teringat* Saya dengar tapi saya buat lek je sebab maybe salah dengar ke kan. Sekali lagi “ Assalamualaikummmm…… “ Ah sudah! Ni bukan cobaan. Saya dah start fikir benda tu. Dan dan masa tu juga teringat orang pernah cakap, kalau suara tu dengar macam dekat benda tu jauh. Tapi kalau suara tu jauh, benda tu… dekat!

Saya dah tak tentu arah. Dah la tengah sakan bergayut ni. Saya cuba jarakkan telefon dari telinga pastikan untuk kesekian kalinya dan masih terdengar salam tu. Saya takut sangat sampai tak sempat nak bagitahu apa2 dekat kakak. Saya just cakap “ K lah Along, esok la kita sembang Farah dah mengantuk bye” dan terus letak phone. Saya terus selubung sambil baca ayat Kursi dan ayat 3 Qul. Baca berulang2 sampai la bunyi tu hilang dalam 10 minit macam tu.

Esoknya mujur lah saya tak demam ke apa, Alhamdulillah. Saya tak cerita dekat kawan sebab tak nak diorang takut ke apa ke.

Oh, kisah kedua kawan saya yang sama dorm dengan saya  cerita. Masa tu tengah malam, dia nak pergi bilik air dekat luar bilik. Masa tu dia tengah mamai, main keluar je bilik terlupa nak tutup pintu bilik semula. Masa dalam toilet takde apa apa berlaku pun, bila masuk bilik semula rasa macam sejuk semacam je bilik tu dia cakap. Dia malas nak fikir, dia pun tutup pintu dan baring atas katil. Katil dia dekat dengan pintu bilik. Dan depan pintu bilik tu macam ada space sikit la untuk letak kasut macam tu. Masa dia baru nak lelap dia dengar bunyi bising macam bunyi budak main. Mula mula dia malas nak layan, cuba usaha nak lelap mata tapi bising tu kuat sangat dia cakap. Pastu bunyi macam dekat dengan dia. Masa tu dia dah baring membelakangkan pintu. Dia dah tension, dia pun toleh. Cuba teka dia nampak apa… jeng jeng jeng… Dia nampak ‘budak kecik’ telanjang tengah main kacang yang berterabur atas lantai. ‘Budak’ tu tak pandang dia pun, tengah ralit mengutip kacang bersepah atas lantai. Dia terus tutup muka guna selimut, baca2 sampai tertidur.

Tu jelah kisah saya kak, takde lah seram macam org lain pun. Tapi saya still ingat la sebab berlaku dekat saya kan. Thanks kak sudi baca. ;)

2 Comments:

Lis Malisa said... [Reply to Comments]

Mak aiii serammm ����

Anonymous said... [Reply to Comments]

Toyol ???eeeeiii ngeri..
anyway yg beri salam tu takkan hantu kot?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...