Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : nak aiskrim

Assalamualaikum peej.. selama ni silent reader tapi entah kenapa rasa macam nak bercerita pulak.

This is actually masa time kat polytech dulu dalam tahun 2006. 
Weekend, semua tak balik. 
Masa dalam kol 11pm - midnight macam tu. 
'Benda' ni jadi masa kitaorang semua duduk kat rumah sewa. 
Ada satu malam tu.. ingat lagi masa tu i dan housemate dah set up nak tengok cerita 'Death Bell' kat laptop dah siap padamkan lampu kat hall semua. 
Memang duduk dalam gelap lah masa tu. 
Cerita baru nak start tiba-tiba ada bunyi menjerit, kuat and nyaring. 
Rupanya housemate i GJa yang menjerit. 
Dia kat dalam bilik masa tu tengah dok sms boyfriend sambil charge phone. 
Kitaorang pon panik lah, dia lari laju terus ke hall. 
Kitaorang tanya GJa kenapa ni ok tak? 
Then dia jawab ok! Nak aiskrim..(sambil buat muka senyum and mata cam melirik tajam)
Reaction masa tu macam eh buat suspen jek minah ni ingat ape lah. 
Then pujuk dia.. oklah jomlah kita pegi 7E. 
FYI, GJa ni memang jenis suka benda-benda sweet cam kanak-kanak Ribena so macam tak heran lah dia nak that kind of things. 
Bukak lampu hall tapi yang peliknya tiba-tiba lampu bilik and dapur kita orang semua tak menyala. 
Lampu kat hall tu jek menyala. Pelik sungguh. 
Dah try naikkan kat switch board tu pon tak boleh menyala lagi. 
Pelik bin Ajaib. 
Kami pon masuk bilik masing-masing siap-siap semua dalam keadaan bergelap. 
Dia duduk jek kat hall tu. 
Housemate i yang sorang lagi ni 'Dayana' tiba-tiba bisik kat kitaorang, eh... korang tak rasa pelik ke, takkan GJa menjerit tengah malam just pasal nak aiskrim. 
Macam bukan dia je... (jeng.. jeng.. jeng...)
Kami semua ke hall, GJa masih kat situ duduk jek. 
Kami tanya asal tak siap lagi GJa? GJa memang jenis budak alim, keluar rumah mesti pakai tudung. Dia dengan pyjama dia lagi.. pelik..
Dia tak nak katanya panas tudung tu. 
Then tiba-tiba dia pandang sinis kat muka kami sorang-sorang. 
Pandang atas siling, tunjuk-tunjuk cakap 'mak.. mak..' . 
Kami dah tak sedap hati. 
Sorang member i ni amik Yasin then try baca and letak kat poket pyjamas dia. 
Dia cakap panas... taknak... jangan....
GJa terus lari keluar rumah. 
Dia duduk jek kat luar rumah tu, nak balik.. nak balik.. katanya. 
Nasib baik ada kakak kat sebelah rumah sewa kami ni terdengar kami kecoh-kecoh kat luar. Dia suruh kami tarik GJa masuk rumah dia. 
In the meantime panggil ustaz and sorang budak student lelaki yang pandai bab-bab ni.
Kami semua baca yasin sambil pegang dia. 'Benda' tu marah, jeling tajam kat kami semua.. panas.. panas.. katanya. 
Budak lelaki tu layan GJa bercakap dalam masa tunggu ustaz sampai.

Boy     : Asal mana, kenapa masuk badan dia?

Benda  : Nak kawan dengan kakak, tadi masa kat laut kakak duduk atas batu, kat laut panggil kakak. Ikut kakak balik.

Boy     : Tunjuk - tunjuk mak tu ada mak ke kat atas tu?

Benda  : Mak pon ikut balik, tu mak.. (sambil jari telunjuk dia menari-nari tunjuk siling)

Boy      : Adik nak apa dengan kakak ni?

Benda  : Suka kakak. Kakak baik, cantik, suka makan gula, coklat.

Boy      : Nak aiskrim ?

Benda   : *Angguk

Boy      : ABC nak.. air batu campur..

Benda   : Tadi dah makan dah masa makan kat kedai tadi... Kawan-kawan pun ramai makan sekali atas meja. Ada kawan besar hitam. Kawan nak ikut balik. Tak bagi. 
Uish... Meremang bulu roma
**
Memang betul petang tu kami semua satu rumah pergi mandi kat laut. Hehehe.. pantai ni kira terkenal lah, takyah sebut kang takot pulak korang nak gi. 
GJa masa tu memang tak mandi, sebab period. 
So.. duduk la dia sorang-sorang atas batu.
Malam tu pulak, kami direct pergi try makan kat satu warung ni.. 
Memang tak pernah try sebab warung tu macam jauh sikit dari tempat kami. 
Classmate kami memang sibuk promote suruh makan situ, sedap katanya. 
Memang GJa ada order ABC masa tu. 
Makanan dia semua sedap. 
Rasa macam nak order lagi dan lagi.. 
Iskh.. tak sangka pulak ada 'BENDA-BENDA' yang teman kami makan malam tu. 
Rasanya kedai tu memang pakai pelaris. Nauzubillah...

__________________________________________________________


Ustaz tu datang, lepas baca-baca dan tarik pakai lada hitam semua, 'Benda' tu pun keluar. Lama jugak bertarung, degil taknak keluar. 
Ustaz tu suruh siram air Yasin buat pendinding rumah kami. 
Kami ni pulak terlupa, sepatutnya ustaz tu pesan suruh baca yasin dulu dan hilangkan semua benda tak elok dalam rumah. 
Kami tak buat terus siram. Acaner benda tu nak keluar? 
Hiduplah kami dalam keadaan yang tak best selama beberapa bulan. 
Owner rumah pulak jauh, hiduplah kami dalam kegelapan, lama jugak lah. 
Ada banyak lagi kisah mistik sepanjang tu. 
Dipendekkan cerita, semua pakat-pakat pergi berubat sendiri balik tu. 
Next sem tu kami pindah rumah, tak tahan.
To be continued.. rumah sewa baru tu pon ada masalah..
Faham ke tak ye cerita i ni? So sorry kalau tak faham... tak pandai susun ayat..

tq peej..

-H-

3 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Oii giler seram tang tunjuk mak..mak tu. Hampeh bawa mak sekali le plak..

safrin mazlan said... [Reply to Comments]

politeknik PD lah ni. dekat ngn laut. hahahah

mrs kayrul said... [Reply to Comments]

Baru nak feeling citer2 seram panjang...alamak dah abis plak..nak lagi citer seram...hihiihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...