Instagram : @peejburhan

Ellfie Night Out

pitamss..dah masuk tahun 2016. cerita tahun 2015 aku berderet tak update.
gila weyh tahap busynya.
busy tahap nak mencari waktu senggang nak melayan blog pun takda.
tapi tak cerita sayang pulak.
pic dah ada.
hadap la korang cerita tahap basi terlampau.
tajuk pun dah ada entry ni. so update je la.
ikutkan aku ingat nak amik sikit2 pic sana sini n jadikan entry penutup 2015 konon.
sekali belek eh macam lawa pulak semua pics. haha.
so rasakan la yea.
sila layan.

ni kisah keluar bersama team ellfie.
tak silap sempena birthday filla. belated la.
penat join exhibition kat matrade.
jom la lepak n makan sedap2. dah lama tak keluar.
sedih sangat ni.

tapi tau la tahap busy bagai nak gila.
terlari sana sini.
end up nak keluar tu. aku tak sempat pun balik rumah tukar baju ke apa.
time tu kat rumah mama.
laki aku lak keluar teman adik dia service kereta la apa.
merasa aku pakai baju mama je. hahaha.
tanya mama ada tak baju lawa2?
mama kata ada. bila nak tengok hampir pitam..semua sama ada lawa style datin.
or tak kena ngan jiwa aku..sesuatu sangat tetiba aku nak pakai skirt bagai. tebiat.
so takyah..kita amik yang paling simple n boleh terima akal.
tetap kena kutuk ngan elly n filla. dush dush dush...




kita orang ke majestic hotel je. layan buffet.
tapi dah tua ni buffet2 ni rugi bebenar la.
aku rasanya ulang makan 2 kali je kot malam tu.
entah kenapa.
penat pun ye. tak lalu pun ye. dasyat perangai dah tua.
zaman muda tu ulang sampai 11 malam pun aku boleh.
kalau buffet ada 99 makanan. mungkin 70 daripadanya aku akan rasa n makan. ngehhhh.
sekarang tidak lagi.




lepas makan n lepak tu.
kita orang pergi kareoke kat red box low yatt pulak.
layan nyanyi sampai pagi.
pun dah lama tak aktiviti kareoke beramai2. seronok.
tapi seperti biasa kita orang la seronok..filla langsung tak keluar bunyi. hahha.
takpa filla..tahun ni sila masuk kelas vokal ye.



later that night noy, arif..n cousin arif, lina join.
tolonglah lina tu suara tahap sedap kau rasa kau dah tanak menyanyi.
ngeri sangat tahap sedap n tinggi suara dia tu.
memang lepas tu kita orang semua tak nyanyi dah la sebab segan. hahha.
rasa nak pilih lagu banyak2 n suruh dia je nyanyi.

pastu mula la masing2 berangan..kalau la suara kita orang macam tu.
memang dah jadi penyanyi terkenal la kita..bukan di malaysia..tapi di hollywood ye. hahha
tak agak2 tahap impian tu.
tapi hakikatnya..suara aku hanya sesuai kareoke jamban je la.
bertabahlah.

ok sekian update pendek.
i cuba settlekan entry 2015 yang tertangguh within 1 week ni ye.
kalau tak busy la.
aku rasa macam akan busy sebab selasa ni akan lauch new product pulak FAME COSMETICS.
pergi follow ig Fame : @fame_cosmetics
ramai dah tu follow. bikin seram ni. benda belum keluar dah ramai follow. meletop2. hu hu hu.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...