Instagram : @peejburhan

check ups

aku cuti ni.
cuti je lebih. tapi tak kemana.
hanya bermalasan, mengemas apa patut, menonton tv series baru, tido lewat, golek golek.
gila tak biasa weyh. dah rutin hampir setahun kerja.
bila tak kerja aku tak tau nak buat apa.
rasa macam banyak nau masa terluang.
asyik tertidur je aku. gila tak produktif.


semalam tak buat apa selain melipat baju yang bertingkat-tingkat tu.
pastu tidur je kerja aku.
kita ganti tidur2 yang kurang selama ini.
today ingat nak kemas almari la.
almari aku banyakkkkk gila baju.
aku rasa 70% aku tak guna pun.
so nak asing n maybe derma mana2.
apa motip simpan tah. buat semak n penuh almari aje.


n maybe tomorrow kita kemas dapur yea.
dah bersawang kot dapur aku.
so nak kemas. n nak rajinkan diri kembali untuk mula memasak kembali.
dasyat tahap malas tak masak berapa lama ni.
semoga berjaya kak jah.
kalau dah start masak, merasa la kerja aku up pic masakan je persis kak pilla.
entah ada skill masak lagi ke tak?
lama sangat tinggalkan bidang masak memasak ni.

anyway, tadi ada appointment kat klinik.
kerana dah terkono berkali-kali.
so sekarang memang aku akan make sure keluar awal.
masih gelap lagi aku dah keluar rumah. wooow.
tadi keluar 6.50 am macam tu.
suka aku berdesup laju bawak kereta..tapi as usual ada la tempat2 yang jam jugak.
tapi takpa..tetap sampai awal. n Alhamdulillah di permudahkan..terus dapat parking spot.
elok naik lift orang tengah nak beratur...
wooow hebat ni kak jah orang ke lima beratur..terus rasa nak buat tangan macam orang bina badan tu n cium2 lengan kiri kanan.
walaupun lengan aku bukan ke atas ada muscle tapi gelebeh ke bawah. hahahaha.
ok tak kelakar. diammm jahhhh.

sampai sana amik no giliran n tunggu no panggil.
panggil dia suruh pergi bilik saringan.
aku dah macam. eh saringan apa lak ni?
macam nak saringan berlumba lari acara olimpik lak.
selalu pergi bilik check darah tinggi je.
ingat dorang salah. rupanya tak.

rupanya dorang nak bukak buku untuk aku.
dia kata memang aku nak stay check sini ke?
ye lah..nak pergi mana lak? aku memang dah berbulan sini.
dia kata once bukak buku aku takleh tukar tempat. ok.
so nurse tu isi la itu ini.

dia cakap nak buat pap smear sekali tak?
aku dah macam..aaaa????? ok lah.
hahahha seram..
dah berabad kak pilla memekak kat telinga aku suruh buat.
aku buat dek je.
sebab i is cannot imagine ok tetiba orang nak check2 bawah tu. maluuuuuu la.
tak kisah la untuk kesihatan pun. tapi segannnn. cisss.
tapi alang2 dia kata nak check tu..ok kan je la.
nak mengharapkan aku buat sendiri. aku tau diri aku..aku takkan pergi nanti.

dia cakap once bukak buku ni..memang kena buat pap smear, check payudara, jantung, mata n kencing.
ok nurseee.
nasib dia kata dia akan buat semua..bagus..takda la bertukar orang..kalau tak boleh pitam aku.
memula kena kencing.
then dia suruh la longgarkan bra n bawah bukak semua.
woooow seram.
bertabahlah kak jah.

memula check tetek..
last aku check adalah berapa tahun sudah dengan jonet.
tu pun takda la detail.
ni detail ok.
pastu dia buat tu aku dah nak tergelak.
sebab macam sakit pun ada.

muka aku macam nak sengih.
aku pun tak sure sebab tahan sakit ke apa.
tapi macam jilake ok orang memicit2 tetek kau..kau nak sengih dah kenapa.

me : eh sakit jugak ye.

nurse : a ah geli sikit la.

me : oh geli yea? hahha *e eh gelak lak kau*

nurse : cara check awak tekan ikut putaran jam..dari luar then ke dalam dalam sampai dekat puting..dekat puting tu awak picit.

situasi aku masih sengih..hoiii kau kenapa nak sengih?
tolongggg aku takleh tahan...kenapa kelakar sangat ni.
kau kenapa ni picit2? aku dulu check takda pun!!!!
tapi muka nurse tu maintain serious.

nurse : kalau picit ada keluar darah atau nanah..tu tak bagus..maknanya ada masalah.

oh ok. memang kena picit untuk tau la.
aku ingat nurse tu saje nak mengenakan aku. hahahha
saikosis sangat pemikiran aku ni. hahahaha

then dia buat ecg untuk check jantung pulak.
kejap je takda la lama.

then buat pap smear.
lagi seram.
taknak pikir..
nasib imaginasi aku tinggi.
so aku anggap je la yang buat tu suami aku sendiri. hahahha.
so takda la aku rasa segan ke apa.
lantak kau la nurse. kau yang menempah maut saje nak pap smear kak jah.

syukur Alhamdulillah yang check up payudara n jantung tu ok takda masalah.
syukur jugak kerana nurse tak pitam semasa buat pap smear tu. kah kah kah.

settle buat 4 benda tu.
terus check mata pulak.
bacaan dengan cermin mata...
mata kanan aku boleh baca semua hurup kecuali paling bawah chart level 11.
mata kiri pulak aku mampu baca sampai tingkat 9 je. yang 10 n 11 takleh baca even pakai spec.
then check ngan machine lak.
kena bukak spec..ada lampu kelip2 kena tengok lampu tu n dia snap pic.
sama dedua mata.
result mata n pap smear 3 bulan baru dapat.
kalau anything tak kena..dorang akan call.
if tak call then nanti datang just mintak je result.

settle bab tu jumpa la doktor pulak.
aku suka nurse yang attend aku tadi..n jugak doktor tu.
dedua nice n sangat membantu dengan info2.
tapi tu la klinik kesihatan ni kau takkan dapat nurse n doktor yang sama kan.
sentiasa bertukar..what to do.
doktor sebelum ni lansung tak beri apa2 info.
dapat result darah pun takda revise ngan aku ke apa.
kalau nurse tak cakap tadi aku pun tak tau.
aku cakap la, mana aku tau..doktor tak cakap apa..lansung dia tak cakap apa2 pasal result darah aku hari tu.
nurse kata aku kena tanya..so baru doktor cakap.
oh gitu ke..tapi asal doktor aku jumpa tadi ok je memacam dia celoteh.

so nurse sempat la cakap.
dia kata buah pinggang aku ok.
kolestrol aku tinggi sikit tapi takda la over limit ke apa.
uric asid pun maam tinggi sikit..so dia suruh kurangkan makan seafood ke apa.
kecewa kak jah takleh makan hokaido lepas ni. krikk krikk krikkk.
pastu dia suruh aku senam.
masa dia suruh senam kembang kuncup hidung aku menahan gelak.
aku dah senam memang tak pernah terjadi. terjadi mungkin 2 bulan. pastu harammmm.
stress nurse tu sampai tepuk aku sebab ada je aku jawab.

nurse : senam ni untuk tinggikan metabolisma badan..nak tau macam mana? bila senam nanti nadi jadi laju.

me : senammm? baru jalan sikit dah laju nadi saya..ok la tu kan?

hahah hampeh kau.
tapi kena senam la.
doktor pun suruh.
n aku rasa pun kena. tapi tu la..
macam kak jah sering katakan..baru kak jah tengok video zumba kat fb orang share..kak jah dah mengah.
kak jah belum zumba bersama ye..baru perhati sambil berangan. abis acaner?

btw, tadi timbang berat lalu hampir pitam sebab berat gila woihh.
over all daripada berat biasa aku..aku naik 9kg.
syabas kak jah.
orang azam tahun baru turun 9kg. aku naik 9kg.
patut la sekarang ni mudah mengah. macam jilaka.
pastu nanti sesak je dada tu. seram aku. ingat sakit jantung ke apa.

tapi tadi doktor kata jantung aku ok.
maybe la sebab berat badan aku..so aku cepat mengah.
then kaki aku bengkak selalu..macam water retention tu.
dia kata selalu kaki bengkak ni punca utama buah pinggang, hati, jantung.
so far 3-3 tu ok. tapi if nak check lagi boleh la aku x ray nak check jantung tu.
tapi salah satu sebab jugak adalah ubat. memang takleh buat apa la.
some ubat memang effect dia macam tu.

oooooo ok.
tapi serious..i suka makan.
i tak suka exercise.
ada tak cara lain nak turunkan berat badan? pangggggg...elok kena lempang soalan macam ni kan? keh keh.
n no..tolong jangan suggest pil ke apa.
puas aku makan dah dedulu. memang kurus..tapi stop je amik kauuu berganda.

tengok la..i cuba ubah mana mampu.
maybe kurangkan nasi. riggghhhhttttt.
elok balik klinik tadi i bungkus nasi lauk keli salai dan pucuk ubi masak lemak cili api. wooooow. hahahhaha

currently manis2 mmg dah cut dah. out of 10 orders rasanya sekali je order manis.
lain semua plain water je.
tapi tu la nasi tu bila nak cut tah.
katanya makan boleh tapi segenggam.
i takut bukan segenggam nasi, tapi segenggam penumbuk je mampu di lakukan kerana kelaparan. hihi.

eh ok la. celoteh panjang nau.
i nak layan tv series ni.
ta-ta pipol with nipols




20 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

aku baca ni, tetek aku yg rasa geli. kihkih...
aku tak penah pun cek. ntah boleh buat ke idak ntah, bukannye ada isi pun. haha

Haris Zuhaina said... [Reply to Comments]

Peej,cuba GC Tea,sedap n baik utk kesihatan...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej, setiap pagi amalkan minum green tea panas dgn sehiris lemon & 2cm (lebih kurang) halia (parut/tumbuk ikut kerajinan. hiris pun boleh). bagus untuk detox & menurunkan berat badan. I mmg amalkan & sangat berkesan. ;)

Didie Kamila said... [Reply to Comments]

Hi peej..
Kalau malas senam bole try sauna steam..
Duduk je kene rebus dalam tu dalam 10-15 minit..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej. Senaman bukan utk kurus je. Ini utk kesihatan. Kalau u tak sihat sapa nak jaga mak u. Jaga makan n bersenam ya sayang..

nurul ayuni shafie said... [Reply to Comments]

@Anonymous
abah saya pun amalkan ni. from 90kg++ skrg dah 75kg. dia mmg amalkan sehari satu jug. kalo nak tambah rasa lg dia cakap leh tambah pudina. sedappp.

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

baca entry ni teringat entry u dulu yang kene uli-uli masa kat krabi hahaha sangat lawak okeh

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej awak buat check up dekat mane?? :)

nuui said... [Reply to Comments]

Hai Peej.

Badan boleh kecil *kurus tak pasti* :) dengan menjaga makan. :). Macam Boss saya, 4 bulan, skip nasi. Sarapan pagi scramble egg (5 @ 6 biji) dengan butter. Butter tu penganti lemak. Dan akan kenyang sampai tengahari. Lunch meal pula dia makan ayam goreng dada/pecal/sayuran2. Green tea (4 uncang/day). 4 bulan dah 20++ turun. :) Selamat mencuba. Chop. ada 1 lagi, tengahari ada juga makan satey. :)

peej said... [Reply to Comments]

@A.I hahaha memang geli pun.

peej said... [Reply to Comments]

@Haris Zuhaina kita memang dah lama tak minum tea sebab angin la. hahah sedeh sangat hidup

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous huish macam seram j adunan tu.

peej said... [Reply to Comments]

@Didie Kamila takda masa pulak nak bersauna bagai.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous baiklah.

peej said... [Reply to Comments]

@Fazleyatul Aini bukan krabi. tapi kat bali. heheh..kenangan pahit tu

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous KK

peej said... [Reply to Comments]

@nuui wah menarik. so sarapan tu takleh makan roti la? telur sesaje? gulp.

teh tu menarik. dulu suka. tapi since badan angin je bila minum teh terus tak minum dah.

thanks for the tips. maybe boleh cuba. :D

nuui said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
Naira said... [Reply to Comments]

Hi Peej. Sauna blh kurangkan berat bdn. Beli portable sauna blh buat kat rumah hari2. Berkesan heheheh

Haris Zuhaina said... [Reply to Comments]

Peej, pun alergik tea cos angin. Tp gctea niada mint,so mmg akn 'tembak' buang angin..
Senang,murah n sedap

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...