Instagram : @peejburhan

cerita weekend

hello everyone.
macam mana weekend? aku jadul pack :D
nasib esok cuti lagi.
hari tu aku cakap happy long weekend kat last entry.
ada komen kata long weekend tu minggu depan.
la la la...esok 1 feb..wilayah cuti uolls.
so straight 3 days cuti. bagi aku dah long weekend lah tu. :D

start jumaat lepas kerja terus aku dah ada appointment.
wooow kelas sangat bunyi appointment tu kan.
macam appointment ngan client bunyi.
takdanya appointment facial aje. hahah.

percaya tak 32 tahun hidup tak pernah facial.
sebab aku adalah seram. sebab muka aku sensetif tak tentu hala.
ingat lagi zaman mrsm ada kawan konon nak facial la apa.
dah la facial letak serbuk teh kat muka.
abis kau lepas tu berjerawat muka aku.
rupanya orang guna teh kosong.
dia guna uncang teh yang dah siap bergula bagai. eeeiii seram.
lepas tu aku memang takut la.

tapi semua la dok kata kena la apa.
ok-ok...tapi tak tau nak gi mana.
sampai la last december masa jalan kat jj au2 ada promo facial rm47 je..
buy 1 free 1 lagi. wooow menarik ni. lets beli.
tapi nyampah gila laki aku ni kan suka berkepitttt je nak ikut.
tetiba dia tanya lelaki boleh tak? orang tu kata boleh..terus dia nak jugak.
grrrr. sibuk tau. takleh bagi aku keseorangan n ketenangan. ada je nak ikut.

so 1st time hari tu dah try la december.
wah best jugak facial ni kan?
walaupun masa extraction yea nama benda tu? ala yang dia cucuk2 korek2 muka kau tu.
sakit rasa nak terajang budak tu. tapi tahan je.
dah la masa buat tu sakit dia terus rasa, "padan muka laki aku..nak sangat ikut kan. rasakan. hahah"
ye la selalu benda2 macam ni lelaki takleh tahan sikit kan.
memang pun. time keluar dia kata "sakitttt nya..tapi nampak cerah sikit kan kulit i?"
e eh dia ni. perasan. nak pitam aku dengar.

so next appointment tu aku buat last friday la.
pergi la berdua.
wah kali ni kurang sakit..tapi rasa lagi bersih.
tapi hari tu period..period kali ni tah apa kena muka naik banyak gila jerawat.
siap pakej keluar seketul kat jawline macam tu. kat leher pun. stresss.

so masa buat tu..masa dia buat tu..ooiii sakit.
sempat la aku bersuara kata sakit..selalu aku jenis tahan.

me : uishhh sakittt..

girl : memang sakit. u angkat tangan.

me : hah angkat tangan?

girl : ye u angkat tangan.

aku dah macam..nak kena angkat tangan ke?
kenapa dia nak bersihkan ketiak ke apa ni?
ke kalau angkat tangan akan kurang sakit tu?
aku hampir nak angkat tangan.

 me : hah angkat tangan apa?

girl : ye la sudah merah ni pun sebab tu sakit. sebab u sudah angkat tangan.

lohhhh dia nak cakap sebab aku kacau jerawat tu..kutil ke apa.
sebab tu sakit..
cakap la aku dah usik ke apa.
ni dok angkat tangan..angkat tangan. kau dah kenapa?
nasib aku tak angkat tangan bebetul. kang pitam dia terpaksa ngadap ketiak i. hahah

settle je facial terus gerak ke kedai mamak area rumah mama.
makan situ. aku makan maggi sup nyammm.
then terus ke rumah mama.
tak lama. suruh mama siap.
sebab dia kata nak tidur rumah aku.
jommm.

seronok dia kemain packing bermacam.
so balik rumah aku.
sembang sampai kul 12ish gitu then tidur.

esoknya bangun tapi tak pergi breakfast ke apa.
mama makan roti. hahah rasakan rumah i memang kering kontang.
ada elly cakap tak beli barang dapur ke.
aku rasa keji la pulak. selama ni boleh lak makan luar.
takkan mak aku dtg tetiba kau nak masak bagai.
biar lah dia rehat. lapar kita keluar ye?

so tengahari tu keluar.
aku bawak makan minang saiyo kat taman melawati.
lama dia tak keluar makan semua. seronok.

then dia ajak pergi cari almari.
dia stress sebab bilik tetamu depan tu ada katil, rail baju, ironing board je. mih mih mih.
dia kata meh mama belanja almari. wooow so kaya this makcik. hahahha.
orang memberi i menerima je. nyiru hamba tadahkan. ;p
dia kata rimas dia tengok macam stor. 
ye la sebab bilik tu tak guna..so semua himpunan comforter, bantal semua i stack kat situ.
mak aku mana boleh. sakit mata dia.

so operasi mencari almari.
pergi area setapak semua mahal kedaung kedekut nak bali discount walau rm30 hengget. puiiii.
pastu konon nak buat tektik ok la...saya cari kedai lain..dengan harapan dia bagi la discount rm30 tu.
tak bagi ok! amboi kedekut kau.
fineee i keluar terus.
pastu sibuk nak bagi business card kata if datang cari dia.
i tak suka..keluar tu i buang je business card tu. hahhhahha
woowww gangster abis la tu. tu je pun aku mampu buat. heheheh.

so takleh jadi. since setapak tu jalan besar. so mesti eksyen harga nak mahal.
takmo pergi kedai area tu.
so aku bawak ke jalan gombak.
wooow memang murah banyak daripada kedai setapak.
maybe sebab kedai tu direct deal ngan owner.
n kedai pun pakai kipas je..menitik la peluh sambil deal tu.
beza kedai sebelum ni aircond bagai la..kedai besar n proper.
ahhh pedulik la..kedai tu spend masa tak sampai 1/2 hour. duit lg penting.
so biar murah berbaloi.

beli pukul 2ish pm, pukul 5pm macam tu dah hantar. bagus ni.
suka la mak hajjah sorang tu.
kemain siap up kat fb kegembiraan dia lepak rumah kitew katanya.


since mama hadiahkan almari. semua adalah taste dia.
"mama tak suka moden. mama suka almari oldskool nak."
ok ma..i tak kisah pun. suka u la..bukan i yang nak tidur bilik tu. ;)

alang2 lori angkut barang tu. aku suruh sekali buang bermacam benda. bagi upah la.
nasib bebudak tu nak.
aku humban meja makan n kerusi semua. n segala benda benda buruk2 kotak2 tah apa2.
meja makan n kerusi hancur di kerjakan kucing. sakit mata tengok.
nak beli baru pun pikir 85 kali. kang robek hati ku kang.
so buat masa ni biar togel je ruang tu.
rajin kang kami laki bini angkut meja belakang ke depan ni.
tapi rasanya at the moment tak perlu. :)

puas berkemas apa patut petang tu.
malam tu ke kedai kak shida.
mama dah lama cakap nak pergi.
tak pernah dia sampai.
so semalam bawak la lepas isyak. suka dia.
tapi jam la nak datang tu.
sebab ada pesta apa tah lagi kat area batu caves tu.
siap ada satu group still bawak kavadi bagai.
so jalan dorang park kiri kanan jadi sempit. jenuh jugak la menempuh sesak tu.


lama jugak kat sana sembang bagai.
gerak tu still jam area batu caves tu.
so amik jalan jauh la terpaksa.
ikut la jalan kuching, ke sentul bagai.
sekali nak ke area rumah aku jammm teruk.
rupanya ramai nak ke danau kota uptown tu. ngeri jam dia.
macam kan nak raya la dia punya jam tu.
sebab warga kota cuti panjang n musim gaji, bonus bagai. so orang jalan n shopping kot.

then lepas tu balik rumah. noy n arif datang rumah.
sambung layan sembang sampai 2.30 pagi.
tu pun aku kepenatan so aku kata aku masuk tidur dulu.
yang noy, "elehhh nak halau kitew lettew."
haha tak halau. nak lepak, lepak la. nak tidur pun boleh.
tapi i dah penat..now dah biasa tidur awal kan. so taklek tahan dah mata.
elok aku masuk dorang gerak balik.

pagi ni pulak dah plan nak breakfast sesama.
sebab mama kata nak makan idli kat thurkah. lama tak makan katanya.
so set nak sarapan kul 8.30am konon sesama.
padahal 8.30 am baru memasing bangun. :D
tu pun nasib noy sampai dulu. aku suruh simpankan idli.
suruh simpan 5. tapi tinggal 3 je. boleh lah.
idli memang if nak kena datang awal. datang lambat licin.

lepas sarapan aku bawak mama tengok sofa pulak.
mama dah cakap lama dah dia nak repair actually sofa dia.
dah lama pun sofa tu. rasanya dekat 10 tahun.
dulu time papa ada, fav spot dia tidur situ.
so leather tu ada part koyak sebab dah haus kot.

tiap kali datang rumah dia, dia tanya bila nak bawak kedai la apa.
aku ni dah la busy je lately. tak kira la weekend ke apa.
so memang penat n takda masa nak layan mama.
bab-bab rumah mama memang suka ajak aku. sebab aku rajin melayan.

mama sayang sofa tu sebab size dia comel je.
mama tak suka bulky. so ingat nak upholstery la,
semalam pergi la tanya, sekali tanya kedai untuk tu akan kena mahal nak gila.
huish macam baik beli baru jewww.

so since ni cuti panjang. n i pun badan tak kepenatan sangat.
mama pun kat rumah i. meh i layan.
so tadi bawak mama pergi macy.
aku tak suka macy ni. sebab semua barang lawaaaa..tapi mahal nak gila i is stress.
stress sebab suka, tapi i tak mampu. hahaha boleh macam tu?
pernah pergi sekali dulu.
tau tempat tapi tak ingat jalan. takpa kita waze je.

so tadi lepas sarapan terus pergi.
amik kau tahap semangat tu, sampai2 kedai pun tak bukak lagi. wooow hebat tu. hahahah
mengalahkan kak pilla semangat tu.
aku n elly suka ejek filla.
sebab filla n mak dia suka pergi kedai awal. kira bukak je kedai dorang orang pertama la masuk. hahha semangat ni.
sekali tadi aku kena, lagi over..kedai belum bukak dah sampai n tunggu situ. ngeri sangat ni.

dok layan mama..pastu kemain dia berangan untuk rumah aku.
amboiii dia ingat anak dia kaya nau. hahah.
siap, "kalau pija nak beli meja makan bawak mama tau..mama kata ok baru boleh beli." amboiii dasyat mengalahkan rizalman lak dia.
so lepas round sana sini n berpikir lama..akhirnya dia membuat keputusan n beli.
dia kata bukan senang anak nak bawak. so anak bawak ni beli la terus. heheh.
tapi sempat la dia sedih kat situ, teringat papa.
ye la selalu dorang berdua kan. sekarang dah sorang je.
aku pun kalau ada apa2 kegembiraan mesti teringat papa. papa if ada ni mesti dia tumpang suka.
papa jenis tak bercakap sangat atau luahkan perasaan. tapi boleh tau dia bangga n kembang2 hidung happy. hihi. aawwww i miss u daddy.

balik je tadi terus aku ajak lunch.
walaupun time tu baru pukul 12.45.
tak kisah la. terus makan n balik rehat. panas2 ni..kang balik nak keluar balik. tak kosser.
so settle makan kita balik.

dok lepak kejap sembang.
ni dedua mama n laki aku terbongkang tidur.
penat lettew kena hayak ke sana sini aku bawak. heheh.

ni malam kang tak tau lagi nak bawak makan mana pulak.
nanti kak jah pikirkan.
ok la..i nak layan perasaan jap.
cea ayat nak berlapis je.
padahal silap2 aku pun sat lagi terbongkang macam starfish.

ok pipolsss.
thats all for today.
ada masa n free time kak jah update lagi yea.
adios.





5 Comments:

MiaAngie said... [Reply to Comments]

hi peej...lama x jalan2 sini :)
Have a nice day

Anonymous said... [Reply to Comments]

Wah bestnya ada masa berkualiti bersama mama.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej.. mana gbr nyunyu.. plisss

Anonymous said... [Reply to Comments]

betulla facial facial ni takut nak try, dulu terbuat facial masa zmn belaja habis muka jadi betambah teruk, dari kulit tak sensitip terus jadi kulit sensitip. sesal seumur hidupp

selamat berehat peej, and selamat beralmari sofa baru buat mama peej hahaha

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

zaman sebelum kahwin dulu ada la 2-3 kali buat facial. sakit gle kot! lepas tu mcm malas nk pergi. rela muka ada whiteheads and bersihkan sendiri drp kesakitan kena tenyeh hahaha.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...