Instagram : @peejburhan

Last Day Ellfie Promotion


LAST DAY!
LAST DAY!
LAST DAY!
.
ELLFIE YEAR END SALE!! 
.
Untuk mendapatkan VOUCHER RM25.00 anda perlu email kepada kami nama, email dan contact no.
.
Email ke ellfiebeauty@gmail.com dan pihak kami akan memberi "code voucher" kepada anda.Voucher hanya blh digunakan untuk Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum sahaja. Dengan menggunakan voucher ini anda hanya perlu membayar
.
Set Ellfie Essence RM95.00
Set Gold Serun RM105.00
.
Murahkan...cepat2 email kepada kami. ‪#‎ellfiebeauty‬ ‪#‎EllfieEssence‬‪#‎ellfiegoldserum‬ ‪#‎skincaremalaysia‬

Jumpa Team Ellfie di Johor Bahru hujung minggu ni.

[sticky post : scroll down for new entry]

Hello orang-orang Johor Bahru.

Kami Ellfie Team akan berada disana pada hujung minggu ni. 
Jom ramai2 kita ke Persada Convention Centre sempena Boxing Day, Vendeur Festival

Details event kat bawah ni.



Booth Ellfie Beauty. Booth No: 77

di Persada Convention Centre Johor Bahru 

sempena Vendeur Festival, Boxing Day

bermula pada 26 December - 27 December 2015

Duta Ellfie Beauty, Eira Syazira juga akan berada disana pada 

Tarikh   
26 December 2015 

Time
 2.00 petang - 4.00 petang 
      8.00 malam - 10.00 malam

Dan 

Tarikh
27 December 2015

Time
 2.00 petang - 4.00 petang 
      8.00 malam - 10.00 malam



Korang juga boleh gunakan voucher di atas dengan syarat korang kena repost di Intagram dan tunjukan kepada kami di exhibition nanti.

Dengan menggunakan voucher ini hanya perlu membayar

*SET ELLFIE ESSENCE HANYA RM95.00 SAHAJA*

*SET GOLD SERUM HANYA RM105.00 SAHAJA*


Orang Johor, orang Singapore, jom ramai-ramai ke Persada ConventionCenter hujung minggu ni meriahkan booth Ellfie Beauty.

Rugi wooo tak datang.
Meh sini kak jah kongsikan sedikit kemeriahan di booth Ellfie Beauty untuk last event.









Expose Mistik : MIL baca Yassin

Assalammualikum kak peej. ini saya guna email ofis hehehe.

cerita bermula macam nie, masa awal-awal kawin menumpang sekejap rumah family in law. masa tu yg duduk rumah tu cuma MIL, adik ipar lelaki, suami dan saya. 

MIL suka mengaji setiap kali lepas solat atau sebelum solat. 
kalau subuh-subuh tu memang selalu dia mandi awal dan terus kan aktiviti mengaji tu. 
MIL suka solat kat ruang tamu. 
kiranya kalau dari dalam bilik boleh nampak la lampu ruang tamu buka dan dengar suara MIL. 
pintu bilik tak tutup rapat sbb rosak. 
dan masa yg sama jugak, toilet bilik ada ruang udara belah atas. 
setiap kali subuh memang akan dengar suara org mengaji dari masjid bila masuk toilet tapi suara org masjid akan dengar bila kita dalam toilet je.

sepanjang duduk situ, saya kena bangun awal sbb suami kena hantar saya pergi tempat kerja dulu. 
suami masuk pukul 8, saya pukul 9 tapi sbb takde kenderaan lain jadi saya kena ikut masa suami la. 

suatu pagi tu, saya macam biasa la bangun2 terus siap utk mandi. 
masa tu dah dengar suara MIL baca yasin (suara perempuan) so saya buat biasa je. 
langsung tak pandang pintu utk cahaya lampu mcm kebiasaan saya buat. 
masuk toilet, berus gigi semua sambil dengar pulak suara mengaji dari masjid (suara lelaki). keluar toilet kejut suami pulak. 
siap2 semua then keluar bilik. 
masa nie ruang tamu gelap. 
tak rasa pelik lagi sbb pikir MIL dah tidur balik. 
terus suami tanya "by dah kejut umi subuh tak?". 
saya jawab "bangun tadi umi dah ngaji dah." 
kitaorg terus keluar pergi kerja.

sampai tempat kerja, sementara tunggu ofis buka duduk lepak kat kedai mamak sambil online. 
tetiba dapat pm fb dari MIL.

Umi: kenapa tak kejut umi bangun subuh?
Saya: eh, bukan umi dah baca yasin ke tadi? (dah start pelik)
Umi: takdela, umi baru je bangun nie.
Saya: tadi kita bangun tidur dah dengar umi baca yasin. sebab tu tak kejut umi.
Umi: takde pun. suara org masjid tak?
Saya: suara org masjid suara lelaki umi. kita dengar suara perempuan sebijik suara umi.
Umi: dia menyamar la tu.

terus seram saya. 
menurut cerita MIL, mungkin benda tu ikut adik ipar balik. 
sebab adik ipar selalu balik lewat. 
selalu jugak sebelum nie dengar suara adik ipar batuk la, buka pintu la. 
tetiba baru dengar bunyi kereta adik ipar sampai depan rumah. 
tapi masa tu memang tak pikir apapun. 
MIL pun selalu dengar suara suami panggil2 dia. 
sebab suami je yg selalu bila balik rumah suka panggil2 MIL. 

ok itu je cerita nya. 
sampai sekarang kalau pergi rumah MIL tetiba dengar suara org panggil2 nama saya takkan sahut sampai saya nampak siapa yg panggil.

-Chan K.P-

sembang tengah pagi

lama tak update blog.
sorry busy sangat.
bulan dec memang bulan busy untuk peniaga.
daripada zaman aku business sendiri dulu.
sebab orang masyuk kot. so orders akan menggila.
dengan YES sale lagi kan. so paham2 la.
pulak bulan ni 2 booth Ellfie join..so memang melampau busy.

tadi balik kerja terus tertido keletihan.
lama jugak tidur sampai kul 10pm baru terjaga balik.
keluar makan then singgah jumpa mama.
rindu. sebab berapa hari tak jumpa busy kat booth.
ni takleh tidur. cisss.
saje bukak blog.
tengok ada few draft entries. pic dah masuk
updatenya tidak.
ngeri sangat tahap makan bulan punya cerita..tetap tak update.
nak mengaku diri blogger pun malu lah. hahaha.

tapi since takleh tidur ni.
n pic dah ada.
meh sini sembang tengah pagi.
kita cerita berdasar gambar n daya ingatan aku yang tak sama sangat macam memuda dulu.
bak kata elly, kalau tak ingat tu..nasib korang la kalau aku mereka-reka cerita ye. hahahah.


ni pic pergi check up kat klinik.
sekarang gigih aku kul 6 lebih dah keluar rumah.
masih jam, tapi tak teruk la..aku sampai awal.
matiklah klinik belum bukak aku dah beratur..
haha siap lumba lari ngan orang tua..janji aku beratur dulu..buruk perangai betul. ;p



situasi biasa.
balik kerja..helmet tak bukak tetap capai penyapu dulu.
dia boleh buat kerja lama ok menyapu ni tapi helmet tak bukak. pelik2 je.
paling hebat boleh mengemas rumah, sapu n bersih laman 2 jam tapi bag elok sandang...sampai kena tegur..,"bukak la bag tu..takda sapa nak curi." baru la dia bukak bag.
e eh ada yea orang macam ni?

paling tak tahan..nanti dia kemas apa semua..
aku keluar bilik masuk bilik macam biasa..dia muka monyok je.
aku buat tak tau la..
sekali dia bersuara, "tak cakap woooww pun."
ye!!!!! lepas dia kemas..aku kena cakap "wooowww..bersih n wangi nya..so mecel (special)"
baru lah dia happy.

him : moling tu terkejut ke tengok bersih sangat?

me : haaaa...

him : terkejut macam mana?

kena la buat lakonan terkejut bahu sampai terjungkit. hahah sabar je la.
marriage ni ada ups n downs kan.
ada time menyampahhh gila..ada time rasa sayanggg sangat.
tapi nak tau apa sebenarnya perasaan kita..kita tatap la muka dia time dia tidur.
time tu hati kita akan tau, apa sebenarnya perasaan kita kat suami/isteri kita.
tak tau la korang..aku kalau tengok rasa sayu n sedih je.
tak sangka daripada sesama muda..dah tua dah dia..haha dia je tua..aku tak berapa tua lagi ...kan?
kalau korang tatap..tapi rasa macam nak tekup muka dia pakai bantal sampai takleh napas..tu sendiri mau ingat la. kah kah kah.

ok cerita lain.
oh tengok pic ni baru teringat balik.
masa cuti deepavali..haaa amik kauu..maknanya dah sebulan lebih cerita ni..ngeri betul tahap lembab aku ni update blog.

aku pergi klcc ngan MrB.
lama tak berjalan kita orang ni. busy kerja kan.
so since esoknya tu cuti..jom la jalan.
plus aku nak shopping barang make up sikit.
so lets.

lepas settle urusan kerja..terus ke KLCC.
sampai sana terus dinner.
nak ke dome.
sekali tengok dome dah takda situ..tempat biasa tu.
Ya Allah nampak nau dah lama tak gi KLCC sampai bila masa pindah pun tak sedar.

so ada kedai baru kat situ.. nampak lawa n cosy je.
yang laki aku kata jom try kedai baru.
aku pun kata ok la..apa salahnya.

silapnyaaa..kot ye pun gi la tengok dulu nama kedai.
apa menu dia bla bla bla
ni tak..terus duduk..terus suruh orang lap meja.
terus mintak menu

sementara tunggu..tengok keliling ramai order macam plate bertingkat penuh kuih.
lantak la.
nampak ada macam menu kecik kat tepi pasal makanan tu.
nampak kuih2 melayu n cina macam tu..harga RM75++
aku dah macam..WHAT?? kuih pun dah harga macam tu?
kalau RM75 punya kuih..aku dah boleh buat kenduri ok kalau order.

then menu pun sampai.
aku dah macam..apaaaa?? mata terbeliak..
menu paling murah dalam tu RM50.
dah la menu dia tak paham.
semua masakan malaysia, asian la..melayu, cina..india bagai.
tapi kau tau tak menu fancy cam hape..tajuk takda..terus ingredients. tak paham laaaa!!!!

patut buat la macam

Nasi Lemak    RM30
Rice cooked in coconut gravy serve with chili paste...anchovies..blaa blaa..booiled eggss bla blaaa..

so aku paham la.
ni tak ye..dia terus je cerita situ.

Ribs cooked with ..bla bla leaves..cooked with ...bla bla paste..dendeng..bla bla.
dendeng tu je aku paham

then again beef bla bla..tah apa dia mencarut..tetiba nampak perkataan rendang.
so tu dua la aku order...sebab tu je aku paham..
yang lain mampus aku tak paham.
ok aku paham la..tapi sebab takda tajuk makanan..aku tak dapat bayangkan masakan apa kau nak bagi aku makan ni?
so aku taknak la order.
tu satu hal..satu lagi..gila kau lauk lain tu harga tak mengalah..ada yang rm75, RM64..eh melampau2. la.
harap maklum 2 lauk yang aku order tu rm50 each..so dua tu rm100 la.
lauk sahaja ye.
nasi semangkuk rm8.
air amik mineral je la.
mineral haruslah yang san palegrino ke apa tu.
jangan mimpi nak yang biasa2.

aku dah macam..awat mahal nau?
ada pernah aku baca..kenapa orang merungut kalau lauk melayu mahal.
kalau makanan western, italian mahal takda lak complain.
aku tak complain kalau sedap di tekak aku.
aku makan nasi padang pun kadang 2 orang makan rm150-rm170..tapi sedap n kena tekak.
plus kau tau apa yang kau nak makan tu.

tapi tapi tapi..kedai ni macam tak berbaloi lak rasa.
satu aku rasa idok le sedap..biasa aje. n harga macam melampau.
tapi maybe target customers dia adalah foreigners yang nak makan masakan malaysia. kot.


rendang daging dia.
tengok pun tau ni bukan rendang daging original kan?
resepi google mana dia ikut tah.
kalau makan kedai kakak ipar aku banyak n confirm sedap baru rm10 kot. hahah.


ni dengeng dia.
dapat la 4 ketul ribs.
lembut la. tapi aku makan hald je.
sebab dia adalah dendeng manis.
laki aku suka la..aku kalau manis takleh masuk tekak.


ok la portion dia.
sesuai makan 2 orang.
but then again..tak sedap..me not loike.




rasa sekali boleh la?
nak pergi lagi? idok la teman.
baik makan dome.
dengan RM150++ tu aku dapat makan spaghetti, chicken pie, lasagna, burger, apple crush 2, banana smoothies 3 kot.


dengan pantas bagi tau elly n filla jangan pergi kedai ni.
mahal tak berbaloi..hahha.

then dah rasa ditusuk hati ni ngan dinner tak best n harga mencekik.
mari la ke sephora happykan diri. hihi.


top up barang mana yang kurang.
tapi agak bengong foundation stila tu dah memang dapat brush..
aku pergi beli lagi brush foundation sephora..tu membaziaq namanya.

esoknya terus testing 1, 2, 3...
hasil? kak jah loike...

:: kening ulat bulu takleh di tolong..time tu boleh lak lupa pakai eye brow pencil tu..rasakan ::

katanya entry sembang pagi.
so cerita campur aduk n random gila..
kita share je pic mana boleh.


:: assam laksa sweet bowl kat wangsa walk mall..tolong sedap i sukaaa..tolonggg tengah malam lapar rasa nak assam laksa tetiba..::



:: sirloin steak di suzy's corner..pun sedap gilaaa..makan ni, mata terus tinggal mata putih je. hahah::



suami aku memang obsessi artis..asal nampak mesti nak amik pic. tolonglah dia ni.
tapi paling best..dia share pic ni kat group kita orang..
semua orang kenal..tapi filla tak kenal..hahahha.
dia kata tak glamour..so tak kenal.
suka kau la fillla...gone case sangat.


:: testing matte lip cream kita orang yang akan keluar soon. lawa kan? Code : NUDE ::



lagi gambar random.
gambar terkena pancaran matahari.

eh ok la.
tu je sembang pagi.
dah pagi kot..buat2 la tidur.
esok kerojeeee.
ta-ta.



Ellfie Beauty Y.E.S....jelajah booth akhir tahun.

[STICKY POST : scroll down for new entry]

Hello Peeps,

Good News untuk customer Ellfie Beauty tersayang.
SALE hujung tahun sudah bermula.
Harga runtuh sehingga hujung tahun ini sahaja!!!
So jangan miss out sale gila-gila ni...n make sure dapatkan jugak ELLFIE ESSENCE & ELLFIE GOLD SERUM tahun 2015 ni.
Nanti tahun 2016 dah takda lagi ye.
Sebab YEAR END SALE ni selama 2 minggu sahaja!!


Cara dia senang je.
Korang cuma perlu email

Nama:
Alamat :
No Tel :

kepada kami di ellfiebeauty@gmail.com.
kemudian kami akan beri anda voucher code.
Senang kan?

So dengan voucher code tu boleh order seperti biasa.
Bagi je masa order Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum.
dengan Voucher Code tu...korang dapat beli produk Ellfie dengan harga runtuh.

ELLFIE ESSENCE - RM95 (NP: RM120)
ELLFIE GOLD SERUM - RM105 (NP: RM130)

Promosi bermula 15 Dec 2015 sehingga 31 Dec 2015 sahaja.
Promosi hanya untuk Set Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum. (tiada promosi untuk loose items dan limited edition set)

. . .

. . .

. . . 

. . .

Jappp...belum habis lagi...
ada lagi sempena Y.E.S. 2015 ni.



Jemput datang beramai-ramai ke Booth Ellfie Beauty

Booth No : 3218, Hall 3
Venue : PWTC
Time : 8am - 12am

sempena Mood Republik Kl Y.E.S. Fest 2015 dari 18 - 20 Dec 2015.

Penampilan Istimewa buat pertama kali Duta Ellfie Beauty, Eira Syazira.
So siapa nak jumpa Duta kami dengan secara dekat..boleh lah datang ke booth kami.

Date : 19 & 20 Dec 2015
Time : 11am-1pm
           8pm - 10 pm

Korang juga boleh gunakan voucher di atas.
Dengan syarat korang hanya perlu repost di Instagram anda, dan tunjukkan je nanti masa kat booth nanti.

Jangan lupa siapa yang nak beli dengan harga runtuh ni secara online..
just email ellfiebeauty@gmail.com untuk dapatkan voucher code.

n jumpa di PWTC di weekend.
kak jah debar-debar ni nak kena jumpa orang....segan hoiii.
wahhh debar2 macam kan dia yang duta. hahahha. ;p

ok ta-ta.
banyak sangat kerja ni.
hujung tahun yang busy.
minggu ni ada 2 booth..esok2 i cerita pasal satu lagi booth.
minggu depan pun ada...orang JB tunguuu....




Expose Mistik : Hotel di Langkawi


1. Perempuan di Dalam Toilet

Salam Kak Peej,

Saya dari Penang. 
Saya ni dari kecik Tuhan anugerah kan keupayaan dapat tengok alam ghaib. 
Dari kecik masa umur 3 4 tahun sampai lah besar. 
Tapi bila besar, saya banyak pergi berubat untuk tutup hijab saya ni. 
Sebab saya dah penat Nampak makhluk selain manusia dan binatang. 
Takut ooo sebab mana tempat pun tak boleh pergi. 
Contohnya macam camping dalam hutan, hiking bukit-bukit kecil, rumah kampung dan sebagainya. 
Semuanya memang tak boleh la sebab merata – rata Nampak hantu hantu bagai ni. 
Saya ada banyak pengalaman Nampak benda – benda ni dan InsyaAllah akan share dengan kak peej. 

Sekarang ni saya cerita dulu pengalaman saya semasa form 5 di langkawi.
Saya belajar dekat langkawi selama 2 tahun dan masa ni tahun untuk peperiksaan SPM dah nak tiba. 
Time tu saya belajar banyak sangat and needed to unwind. 
Otak  memang dah tepu sesangat. 
So my parents flew from Penang to Langkawi untuk temankan saya release tension. 
Diorang ambil saya dari sekolah, book dan terus check in ke satu hotel dekat dengan Pekan Kuah. 

Time tu saya memang happy sangat sebab dapat jumpa parents dan adik. 
Tak mengadap buku for 24 hours hehe. 
Dah parents saya sampai tu, kami check in dan nak bersiap siap untuk dinner. 
Saya masuk la toilet nak mandi. 
Kan dalam hotel, selalunya depan sinki tu ada cermin yang besar panjang dan bertentangan dengan cermin panjang tu adalah bathtub kan. 
So saya biasalah cuci muka dan gosok gigi. 
Setiap kali saya tunduk nak ambik air untuk cuci muka tu, saya perasan ada seorang perempuan rambut panjang berdiri belakang saya. 
Saya tengok menghadap cermin tu memang terang benderang la Nampak mukanya.
Time tu terus rasa numb sangat badan. 
Tak boleh nak bergerak pun. 
Saya try baca ayat kursi kuat kuat tapi perempuan tu datang makin dekat dan dekat dengan saya. 
Nak jerit panggil mak pun tak terkeluar suara. 
Perempuan tu datang bisik dekat saya. “Tengok tu”  sambil tunjuk bathtub. 
Saya Nampak la dari cermin tu dia duk tunjuk ke arah bathtub. 
Time ni air mata ja keluar sebab takut sesangat. 
Mungkin dia nak bagitau saya yang dia kena bunuh ke kat situ. Waaaa cuak sangat. 
Rambut dia panjang sampai ke lutut.


Abah datang ketuk pintu toilet dan tanya dah siap ke belum. 
Baru la saya macam tersentak dan boleh bergerak. 
Keluar je bilik tu, terus saya cerita kat mak abah apa yang saya Nampak. 
Demam terus saya kak peej. 
Dari nak rileks rileks terus jadi demam panas. 
Mak saya perasan ada kesan cakaran dekat belakang saya. 
Banyak pulak tu dan merah sangat. 
Mak saya call hotel tu nak book bilik lain. Tak nak dah tido dalam tu. 
Maunya tengah malam bangun nak membuang air kecik ke, terserempak lak dengan perempuan tu, memang tak laaa kan. 
Nasib baik ada. Terus pindah ke tingkat lain.

-Murni-

Shopping Langsir Murah di Sarah Hughes, Globe.

Baru ada masa sikit ni nak update.
dalam busy tahap ngeri ni, kita curi masa update yea.
kalau tak curi masa, jawabnya berkubur je pic-pic aku ni nanti.
so lets update.

bulan October hari tu...(haa kau betapa tahap tak blogger tegar..bulan Oct punya cerita baru nak update..kah kah), filla beria ajak aku teman dia pergi Globe nak buat langsir.
aku memang malas la kan. satu malas ke area sana.
satu lagi rasa macam tak perlu je buat langsir.
tetiba nak buat langsir bulan 10 dah kenapa kan?
tapi filla ajak jugak teman, dia kata dia drive.
sebab time tu Moon ada buat Sale khas untuk reader dia.
so harga memang gila-gila murah la langsir ni.
plus filla beria suruh aku buat langsir.
sebab dia pun tau kot tahap ngeri langsir rumah aku. hahaha.

aaahhh malas...
tapi dalam malas pergi la jugak.
kalau dah kata ngan filla pergi.
memang awal-awal dah sampai sana.
so terus jumpa moon nak dapatkan badge.
ada badge tu baru dapat harga meletop murah.


sambil dok teman filla.
aku pun merayau la sana sini tengok langsir.
tetiba hati berdebar-debar.
huihhhh lawa boleh tahan langsir sini.
aku ingat biasa-biasa aje.
dah la lawa, harga moon bagi pulak tak masuk akal sangat.
takleh jadi ni.



ni lawa ..i loike.. kain tebal.
sesuai untuk jadikan kain kusyen.
langsir tak berapa sesuai kot sebab dia berat. ada runtuh railing aku yang uzur tu. haha.

:: very the prettyyy weyh ::





banyak sangat yang lawa.
n aku rasa macam banyak je aku snap pic.
rupanya tak banyak..maybe yang banyak2 aku snap tu..tolong snap untuk camera filla. hahaha.
so korang nak tengok lebih banyak pic n cerita lagi details pergi tengok blog dia. ada dia update hari tu.

serious murah.
tak percaya?
tengok ni.


harga asal RM59.90/meter.
member price RM47.90.

harga pembaca blog Moon??? yang pelekat kiri warna kuning tu..
iyeeee..RM25 je semeter. tak suka kau?
harus la sukaaaa.

tu yang tak pasal kak jah terbabit menempah langsir baru jugak.
tempat satu je takpa jugak.
tak pasal sampai 2 pasang aku tempah dah kenapa?
amboi..amboi..amboi...


langsirnya dah siap lama.
tapi tau la tahap busy kak jah kan.
nak mengambik n mengadap jalan TAR tu takda la berapa rajin.
hahha harus tunggu filla balik dari cuti Europe lets go sama-sama :)
dia drive. hua hua hua.

amik pun dah seminggu dua rasanya.
tersepuk je dalam plastik.
sibuk satu. by the time balik rumah dah lewat n penat.
idak la aku rajin nak berlangsir sakan.
ikut hati nak tunggu raya pasang.
tapi tak menahan aku tengok rumah aku, macam rumah kontrak laki aku kerjakan.
kelmarin aku rajinkan diri pasang gak langsir baru. hew hew.


salah satu sebab kenapa bertangguh nak pasang langsir..sebab kena iron.
pantang mak aku gantung langsir tak gosok..so dah terbiasa.
tapi kau tau la langsir tu besar mana. berjanggut jugak la gosok 4 keping langsir.
ni pun nasib tempah kat Sarah Hughes ni siap dah dia bagi besi n pasang.
so tinggal gosok n gantung aje.
kalau korang tak berapa rajin gosok..sila la gantung terus. very the senang.


ok ni rupa before.
langsir beli siap je ni.
ni pun sebab berbulan bilik depan/tetamu ni tak berlangsir n togel.
bengang je mama..sebab tak semenggah katanya.
so beli la gantung utk kepuasan mama. hahhaha. dasar sangat perangai.
since bilik tu selalu orang tumpang tidur or solat.
mari la elok kan sikit rupa dia.

so hasilnya....
taraaaaa......




wow so scweeeetttt.....
saja je tukar selera.
aku memang takkan la beli berbunga bagai ni.
sebab jiwa tak berapa nak bunga.
usually aku prefer plain or abstract punya design.
tapi sebab suka n terbekenan pulak ngan english cotton ni.
mari try.
tu pun memula rasa nak warna macam natural gitu.
sebab aku seram sikit main color ni. tak reti pun ye.
tapi dorang kata cuba kelainan sikit.
haaa betul punya kelainan aku bagi. heheh.




ok settle hal bilik.
sambung gosok langsir ruang tamu.
kan tadi aku kata rumah aku rupa rumah kontrak laki aku kerjakan.
yess..i tak tipu ok.
tengok la rupa langsir depan aku.
taraaa...

hahaha takleh blah hazab pun nak taraaaaa bagai...



pitam tak..
mana la aku tak stresss.
mostly langsir aku jenis eyelet.
tapi kucing aku serupa tarzan..suka panjat sana sini.
railing untuk eyelet tu roboh.
betulkan pun roboh lagi.
sebab dinding area holder tu dah reput..memang tak dapat di tolong.
so lupakan je la nak feeling berlangsir eyelet.
yang tinggal railing besi biasa tu je.
yang tu tahan pulak walaupun rumah ni dah nak dekat 40 tahun.
railing yang sama ok.

so yang ada untuk pakai hanyalah day curtain je.
day curtain pun, belacan lawa lagi la daripada langsir.
itulah hasil menumpang rumah dengan kucing..

haaa kain kotak2 tu la paling aku sakit mata tengok.
laki aku suka pelik2.
dia gantung supaya tebal..luar takleh nampak dalam la.
dia kata nanti u bogel2 ke apa orang tak nampak.
whatttt? motip aku tetiba nak bogel kat ruang tamu? gila ke?
dah la gantung selimut..siap ada pakej paper clip kat langsir tu. urut dada je aku.

dah la daripada luar pun if malam nampak ok tetiba kat satu part tu berkotak2 corak..
tolong buruk..
tapi pasrah sebab takda langsir ganti kan.

sekarang tidak lagi.
dah dua malam balik rumah..hati kak jah berbunga-bunga.
sebab berwajah baru je rasa.

again aku tukar color tema.
selama ni langsir mesti aku beli ke arah2 brown.
sebab tema rumah color macam tu kan.

so this time i tukar...
taraaa...



tukar color mint green n cream. amboiii.
buat masa ni masih rasa janggal la.
tunggu la nak raya nanti, ada rejeki lebih..mana tau kak jah berdeko-deko casa impian ke apa kan? hahha.

kena tukar cushion cover..tukar carpet, tukar cat rumah ke..amboii tahap imaginasi tu kan.
kalau terlajak kaya..tukar sekali sofa..woww.
kalau la..kena pikir lapan puluh kali la.
selagi ada kucing2 spesis tarzan kat rumah ni..kang hati aku di tikam bila tengok dorang cakar sofa..baik la lupakan dulu niat tu.

hopefully hasilnya nanti menjadi.
sementara tu biarlah baring ngadap langsir baru je dulu.


cantik...
sayangnya..ada yang lepas seminggu aku bawak turun balik ni sebab sayang.
hahahhaa. kang tak sempat raya langsir ni jadi belacan tak pasal.
takpa..mana tau ada sale lagi Moon buat.
boleh i terjah untuk raya nanti kan. keh keh.

eh gaji dah keluar kan?
kalau korang pun nak langsir cun-cun n harga best.
pergi la ke Sarah Hughes now.
tak silap ada sale harga runtuh jugak sampai 2 Jan 2016.
pergi tengok blog Moon..dia ada up entry hari tu. CLICK HERE.
pergi jangan tak pergi..nanti menyesal di kemudian hari.



Expose Mistik : Masa Sekolah dulu-dulu...

Hi Peej...
assalamualaikum..saya peminat awak ni..hehehe..
saja nak share pengalaman expose mistik dgn awak dan reader2 awak..
saya ade  jugak cerita2 seram lain (byk pengalaman sendiri).. if nak santai2 boleh baca kat blog saya..
sori pjg sikit..malas nak re-type story pendek..just copy and paste je..hehe..

____________________________________________________

Masa Tadika

Masa tu umur 6 tahun..nama pon tadika kan..hehe..aku dgn kawan aku Fatimah selalu pi sekolah sama-sama.. rehat pun sama-sama.. sama-samaaa.. mengejar mimpiii.. sama-samaaa..(tetibe nyanyi pulak..)ok..
continue balik..kejadian tu jadi masa time rehat..
tadika aku tu dulu belakangnya hutan sikit..
belakang hutan tu pulak laut..
nampak macam ada unsur kekampungan sikit tadika aku tu..dulu2 mana ada pembangunan sangat..tak macam sekarang..
aku rasa tadika aku tu pun dah takde agaknya sekarang..

jadi masa time rehat tu cikgu bagi main kat luar dengan syarat tak boleh lepas sampai ke laut..
sebab hutan tu ada denai sikit nak ke laut.. 
sambil2 tu assistant cikgu monitor kitorang sekali, tapi kejap2 je keluar masuk jenguk..

budak2 lelaki dah lepas dah kat dalam hutan.. yg aku dgn Fatimah konon jerit2 kejar dorang tak bagi lepas sampai ke laut..
masa tengah berlari tu tiba2 Fatimah stop kejap.. aku tanya kenapa.. dia tunjuk something dekat semak tepi denai tu.. 
lebih kurang macam ni la perbualan aku dgn Fatimah.. (seingat aku la time tu..)

Me : Kenapa Timah?
Fatimah : Cuba tgk tu. .(sambil tunjuk ke 1 arah..)
Me: Eh, barang kemas la..

yang bestnya barang2 tu sekelompok ada rantai emas, cincin emas.. tapi yang musykilnye barang2 tu ada terselit kertas kuning tulisan cina.. dakwat merah.. 
teringat aku cerita hantu cina lompat2 yg dahi kena tepek kertas mcm tu.. 
haa..camtu la kertasnye.. 
ada la 3-4 helai macam tu..

Fatimah; Uihh..cantik la.. (sambil belek2..lepas tu nak test pakai pulak..)
Me: Timah.. jgn pakai la.. tu bukan kita punya.. orang punya.. tak baik ambik barang org..(itu yg mak aku ajar selalu)
Fatimah: alaa.. pakai kejap je.. nanti kita letak balik..

Fatimah siap pakai rantai.. pakai cincin.. yang syoknye cincin yang dia pakai muat2 pulak tu.. 
aku dah cuak takut cikgu nampak.. jom laa..jom laa.. aku ajak si Timah..
last2 Timah pun akur..hehe.. 
rantai dia dah bukak dan letak kat tempat asal balik dengan kertas2 tu..
tapi cincin tak boleh bukak.. memang tak boleh bukak langsung tarik macam mana pun..
last2 masuk kelas pakai dengan cincin2 tu sekali..
pandai dia nyorok kan tangan takut cikgu nampak..

semua dah ada dlm kelas lepas cikgu panggil..
sebab cikgu nak bagi makan tengah hari pulak..
kitorang pun duduk la tunggu makanan hidang..
aku duduk sebelah Fatimah.. dia dah start diam.. aku tanya apa-apa pun sebijik ayat pun dia tak jawab..
bila mkanan dah sampai, makanan pun dia tak usik.. dia tunduk je.. aku time tu relax je menyantap..
masa cikgu lalu, 
cikgu tanya Fatimah kenapa tak makan..aku yg jd tukang jawab.."dia tak nak makan,cikgu"..
cikgu pun duduk la tepi dia..

elok je cikgu tanya lagi..tetibe..pangggggg!! 
dia tepis cikgu sambil meracau2.. garau kot suara Fatimah time tu..
abis makanan kat meja dia berterabur..
aku tak ingat ekspresi muka cikgu time tu..
tapi aku agak2 mungkin dia blur2 dan tertanya2.. "pasai pa budak ni.."..sbb tetiba kan..kawan2 yg lain semua pun blur2 kot..ada yang dah start takut2..

cikgu dah mula start gelabah rasanye..
yg aku ingat cikgu dengan assistant dia dh peluk2 Fatimah sebab Fatimah mengelupur..
kuat gila.. terdengar2 cikgu cakap.. Ya Allah,kuatnye dia..
masa tu assistant cikgu dah suruh kami semua duduk jauh2 dari Fatimah..
dia pun suruh baca sapa2 yg hafal Surah Al-Fatihah dgn ayat Kursi..
serius time tu aku tak tau ape itu sampuk ke rasuk ke histeria ke..
cikgu suruh ketepi, aku ke tepi.. cikgu suruh baca aku baca..

aku rasa cikgu2 aku tu dah tak boleh kawal Fatimah kot..
cikgu suruh Shaher dgn budak lelaki 2-3 orang pi panggil bapak Shaher..(kawan tadika aku jugak..rumah dia betol2 berjiran dengan tadika aku ni..)..so dekat la..
aku pun tak ingat sape yg dtg sebabnye assistant cikgu dah tempatkan kami2 semua kat satu ruang pastu pintu tutup..
yg dengar suara Fatimah jerit2.. pastu senyap.. 
keluar2 je Fatimah dah takde.. dia dah balik agaknye.. pikir aku masa tu..

pastu baru la cikgu approach aku..
tanya buat apa masa rehat tadi..
aku pun cerita laaaa.. cikgu geleng2 kepala.. tapi tak cakap apa..
sejak hari tu cikgu tak bagi kitorang main kat luar lagi dah..
mungkin cikgu takut jadi lagi kot..
lepas kejadian tu Fatimah tak datang sekolah..
aku tak ingat berapa hari.. ke berapa minggu.. macam lama jgk la..
cume bila dia dah dtg sekolah dia dah jd macm pasif sikit..
aku sampai sekarang tertanya2 ape yg berlaku kat Fatimah lepas dia start pakai barang kemas tu..hmmm..


Masa Sekolah Rendah

Masa ni aku sekolah petang..
bile time balik tu memang dh petang sangat la lebih kurang pukul 6 ptg macam tu..
tapi aku takde masa kejadian..
tau2 kawan2 aku panggil ajak pergi Koperasi..aku pun ikut je la..
sekali tengok rupenye ada sorang budak perempuan dah kena ikat kaki tangan dengan cikgu sambil meracau2..
ada sorang cikgu tu siap pegang rotan.. bila cikgu rotan je dia mula mengelupur dengan menjerit..
masa tu aku dah paham sikit dah..
so ada la rasa takut sikit.. agaknya kalo zaman sekarang mesti cikgu tu dah kena penjara sebab rotan murid..hahahaha..

lepas tu ada cikgu suruh kitorang beredar..tak bagi tengok..kitorang pun pergi la..
tp esoknye ada la cerita yg aku dengar pasal budak perempuan semalam..
rupanye dia dgn kawan dia pi tandas berdua.. 
sampai je sana tetibe budak perempuan ni berubah karakter..
dia pi benam kepala kawan dia tu dalam kolah..
dulu tandas sekolah takde paip.. pakai air kolah je.. nak cuci kena amik air siap2 pakai gayung.. old school sungguh kan sekolah aku..
budak2 sekarang tak merasa la semua tu..
ok2..sambung balik..

nasib masa dia benamkan kepala kawan dia tu ada budak2 lain masuk tandas..
kalo tak, tak tau la apa jadi kat kawan dia tu..
ada budak report kat cikgu..
nasib la dorang bertindak pantas..
agaknye tu yang cikgu ikat budak perempuan tu sebab tak boleh control dah..
tapi memang pun.. tandas tu macam ada "something" sikit..
ada la dengar cerita macam2 cuma tak pasti kebenarannya tu betul ke tak..


Masa Sekolah Menengah

a) Time ni aku form 3..
masa kejadian ni pulak waktu awal pagi..berbaris depan kelas sebelum kelas start..dalam pukul 7 lebih macam tu..
kalau tak silap aku la masa tu (aku pun ingat2 lupa..) aku baru nak keluar kelas berbaris..
tetibe Yati panggil aku..rupanye suruh tolong dia papah Balqis..
masa tu Balqis dah longlai..siap nangis2 lagi..
aku pon tertanya2 pasal apa Balqis jadi macam ni kat Yati..dia pun tak tau..yang lain pun macam blur2 tapi dorang tengok je la..sebab kena berbaris kan..
Yati ni pengawas sekolah.. so, dia decide suh bawak and papah Balqis pi bilik sakit..

on the way ke bilik sakit tu Balqis dah merapu dan menangis.. cakap bahasa apa pun aku tak pasti..
kadang dengar macam siam pon ada.. masa tu bulu roma aku dah start meremang..tapi ok lagi..
sampai bilik sakit kitorang baringkan Balqis...
fuuuhhh..lagi kuat dia merapu..memang macam orang siam tengah bertafakur..
yang si Yatinye pulak nak pi cari cikgu..
elok pulak dia tinggalkan aku berdua dgn Balqis.. siap tutup pintu lg..
aku dah menggigil.. aku jerit suh Yati cepat datang..cuak kot..dah la mata Balqis bulat..
sekali dia pandang aku buntang lak tu matanye..
aku baca ayat suci pape pon berterabur..

tak lama tu cikgu sampai..
cikgu datang tengok pun dah cuak2 pastu dia pesan kat aku dgn Yati suh tgk kan Balqis kejap sbb dia nak call ayah Balqis dgn panggil ustaz..
ustaz sampai dan tak lama pastu pun ayah Balqis sampai..
tenang je ayah Balqis.. masa tu aku macam sebak jugak la tengok..
ayah Balqis peluk Balqis erat betul sambil usap2 muka anak dia tu dgn air yg dia bawak..mungkin air yg dah didoakan kot..
sambil2 tu ayah dia tutup2 mulut Balqis..tak nak bagi dia merapu agaknye..tapi Balqis still merapu sambil nangis2..

masa tu jugak ustaz dgn ayah dia baca doa pastu sapu2 muka Balqis dgn air yg ayah dia bawak..
nampak tenang sikit Balqisnye..terus ayah dia bawak balik..
start tu Balqis tak datang sekolah dah..
sampai nak PMR pun Balqis tak ambik..
rupa2nye Balqis dah lama sakit..ada benda nak tumpang badan Balqis..
sebabnyeee.. sebab nama dia Putri Balqis..
ayah Balqis nak bawak Balqis pindah dan buat rawatan sekali kat dia..
dah la dia anak tunggal..hmm..

sebelum dia pindah, aku dgn kawan2 yg lain ada melawat dia.. kesian tgk dia..
lepas dia pindah tu kitorg dah lost contact..
dgn kawan2 yg lain aku tak pasti still keep in touch ke tak..
aku doakan mudah-mudahan sahabat aku tu diberikan kesihatan dan kehidupan yang baik..aminnn..


b) Time ni pulak masa form 4..
ada sorang budak baru pindah masuk kelas aku..Masyitah namanya..
so ada la sesi suai kenal aku dengan dia sebab meja dia dekat dgn aku..
dia budak MRSM..terpaksa keluar dari MRSM sebab dia sakit..sakit sampai tergigit lidah..and aku rasa masa tu mungkin dia ada sakit sawan..
dia cakap, tu kemuncak dia sakit sampai cikgu sekolah dia advice suruh masuk sekolah yg dekat dgn family..
sbb kalau dia dok kt asrama takut jadi lain if sakit dia dtg lg..

Satu hari tu Yati nak pi bilik guru..
aku dgn Masyitah ikut sekali..
masa tu nak dekat time tengah hari dah..
on the way ke sana tu tetibe si Masyitah lari.. aku tengok je.. ingat dia saje lari nak sampai cepat.. rupanye lari dalam satu bulatan..
dok lari je la macam tu sambil merapu..
aku gabra la sikit time tu..pasal ape minah ni kan..
yang si Yati terus pi kat dia.. peluk dia kuat2.. Masyitah still lagi nak berlari..
pastu Yati ajak aku tarik si Masyitah bawak pi bilik guru..dah dekat dah pun..
terus Yati duduk kan si Masyitah kat kerusi cikgu yang kosong..

Masa tu Masyitah terus lemah.. nampak penat betul dia..
aku memang respek betul kat Yati..dia relaks je berdepan situasi macam tu..agaknye sebab background family dia kot (biarlah rahsia)..
dan dia pulak anak sulung.. jadi bile ada situasi2 mencabar, dia relaks je hadap.. tabik spring kat ko Yati..haaiippp..!

Lepas tu..Masyitah back to normal balik..
aku tanya la dia kenapa.. dia pon tak tau.. dia cakap dia tak boleh sunyi2 atau pun sorang2.. nanti kang tetibe dia mcm ada dengar suara cakap2.. cakap apa pun dia tak tau..
apa yang aku perasan setiap kali pukul12 tghri..Masyitah mesti "start jadi"..
ikut la nak jadi ape.. jerit tiba2 ke.. berlari2 ke.. jatuh meja ke..
tapi bila dia dah sedar, dia jadi penat.. kesian dia aku tengok..

masa kitorang tengah ambik SPM.. kan semua silent mode..
tetibe dia jerit pastu jatuh.. dgn meja2 sekali..
kitorang nak tolong tak boleh sbb tgh jawab paper..
pengawas la yg terpaksa tolong.. kesian dia..
ada lagi satu time tu jgk tgh nak jawab paper.. pengawas baru pass borang OMR..
elok dia dapat, terus dia conteng borang OMR tu dengan pen..
dia pon tak tau kenapa dia buat  macam tu..

sekarang aku tak tau dia kat mana.. dan aku pun tetap harap yang Masyitah sentiasa sihat dan semakin pulih..
aku tak tau nak describe yg dia ni memang sakit sawan ke atau ada something..
Allah je la yang tahu..kita sebagai sahabat, doakan supaya mereka2 ni diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu..Aminnn...