Instagram : @peejburhan

demam lagi

tolong. demam lagi.
tak silap macam baru hari tu demam kan?
ni demam lagi.
tak sure demam sebab apa.
sebab kena hujan ke?
sebab badan penat tak cukup rehat ke.
or menyangkit batuk ngan filla hari tu.

semalam dah rasa tak sihat.
tapi takda sapa percaya iolls tau.
Mr B pun tak percaya bila i cakap i tak sihat.
tau-tau balik kerja aku tukar baju, lalu tertidur.
dia check aku..dia kata dah panas melampau badan aku.
so di paksa pergi klinik semalam.
aku memang pemalas sikit gi klinik.
sebab ubat ada je kot kat rumah.
makan je la kan.
tapi dah dia paksa. i ikut je la.

macam2 jenis ubat la dapat.
pastu singgah makan. lapar.
tapi rupanya tak lalu. dapat makan berapa cucuk je satay.
dasyat ni, sangat jarang aku makan tak lalu. hahaha.

then balik rumah. makan ubat semua. tau-tau tertidur lagi.
terjaga tah kul berapa sebab MrB kejut suruh makan ubat lagi.
bangun je tidur terus muntah.
hamagadddd...ni teruk sangat ni.
tahap muntah sempat capai tong sampah je, muntah dalam tu.
pastu cecepat i pergi bersihkan n buang.
yang laki aku sempat sibuk ejek, "wooow bau kuah kacang."
eeeiiii tak suka.

makan ubat then pakai stokin apa semua, pakai cool fever. selimut tidur balik.
asyik la terjaga semalam sebab muntah2.
hari ni pun tak sihat.
tapi terpaksa jugak pergi kerja sebab tau la musim gaji ni.
order berlambak.
laki aku tak bagi gi kerja.
mana boleh, kalau aku meniaga sendiri dulu takpa..aku leh je cakap kat customer aku tak sihat.
esok aku post.
ni sebab dah kerja n ada company cannot la like that kan.
hari tu tak sihat tak pergi kerja takpa...sebab elly ada.
ni elly takda..dia ada kursus 3 hari. so gagahkan diri pergi kerja.
kul 1ish pm baru bergerak pergi kerja.

singgah beli makanan dulu.
pun makan berapa suap je. tak lalu.
pastu now buat kerja.
pun tak fokus..sebab aku beli stock ephyra, inteemor semua.
relax je aku bank in harga jual. hahaha nampak nau otak xleh berpikir.

semoga cepat sembuh n sihat seperti sediakala.
tak best betul la demam ni. rasa kebas n pening je.

aku kalau demam mesti emo lebih.
mesti akan rindu lebih kat papa.
teringat time kecik-kecik dulu. if demam je mesti tanpa sedar time tidur aku nangis.
nanti papa akan datang kat bilik n picit la apa semua.
kadang dukung n bawak tidur bilik dorang.
heyy time i kecik ok, harus boleh dukung..kalau macam sekarang ni memang takda sapa nak dukung la.
i miss my daddy.
nasib dapat suami pun rajin layan aku merenggek if sakit.

ok la bye.
mengantuk pulak rasa.
nak baring jap.


Expose Mistik : Rumah Saya Berhantu

Assalamualaikum Pija, 

I'm your silent blog reader, dah lama dah baca blog u. 
Cuma kali ni tergerak hati nak share cerita expose mistik i hehe

Rumah yg I duduk ni sebenarnya memang sejak pindah I selalu bau kapur barus kat sinki dapur tu. 
Tapi I tak amik pot sgt. 
Sebab konsep I, selagi dia tak cuit2 badan I atau menampakkan diri dia, I tak kisah sgt. Walaupun dlm hati gabra jugak bila bau tu tapi apakan daya, pinggan mangkuk tetap kena cuci kan, kang biar melambak dlm sinki tu kang mampus kena fire dgn laki I mihmih

Anyway, I sangkakan setakat bau tu jela. 
Selalu gak ngadu dgn hubby tapi biasa la org lelaki kdg tak percaya sgt benda2 ni semua, dia kata I imagine yg bukan2, itu la ini la...until one day benda ni berlaku kat dia sendiri (spt yg dia ceritakan pada I).

Masa tu ada dua kwn dia dtg dari Melaka, dapat kerja kat KL. 
So diorang tumpang tido rumah I sebab ada interview besok pagi. 
Lepas dinner mlm tu diorang bertiga kuar ngeteh, so dlm kul 11 camtu I dgn anak2 masuk tido kat bilik I, sebab bilik budak2 tu I bagi kwn2 my hubby tu tido. 
I namakan kwn2 dia A dan B.

Dlm kul 1 pagi camtu diorang balik, si B dah masuk tido dulu kat bilik anak2 I, my hubby dgn A duduk living room tgk tv borak2. 
Pastu my hubby nampak tombol pintu bilik anak2 berpusing2. 
Pintu tu memang jem sikit, so my hubby jerit la, "B jgn kunci pintu! Kang susah nak bukak!".
Pastu tombol tu diam tak pusing dah.

Selang 10 minit camtu tombol tu pusing2 lagi. 
My hubby jerit lagi pastu tombol tu tak pusing dah. 
Tak puas hati, my hubby gi jenguk bilik tu. 
Elok je si B tido berdengkur atas katil. 
Dan2 bulu tengkuk my hubby tegak. 
Tapi dia sambung tgk tv balik dgn A.

Elok je dia duduk, tombol tu pusing2 lagi. 
My hubby pandang A, A pandang my hubby. 
My hubby letak jari kat mulut, buat signal diam kat A. 
Dan2 pastu tombol tu pusing2 lagi!

So malam tu diorang berdua tido kat dpn tv. 
A tak kasi my hubby tido bilik I sebab takut tido sorang. 
Nak masuk bilik anak2 pun dia takut. 
Kesian B tido sorang2 dlm bilik berhantu tu hehehe...

Tapi alhamdulillah lps tu bila anak2 I tido situ balik, takde pulak kena kacau apa2. 
Ke "benda" dlm bilik tu tak suka ada org lain tido situ? 
Dia nak anak2 I je tido situ?
Wallah'ualam....

i'm backkk

wah tajuk kemain poyo.
sejak dah jadi blogger tegar tak tegar ni, beberapa hari tak update terasa pulak lamanya.
cea cea. padahal dulu seminggu nak update satu pun kemain payah. heheh.
sekarang ok sikit la kan?
hadap la korang. walaupun cerita i tetap sendu je dulu, kini  dan selamanya.

sorry..few days ni memang busy sikit.
meeting sana sini.
by the time settle meeting kena kelam kabut siapkan orders semua.
siapkan orders Ellfie baru boleh hadap aku punya order pulak.
ye, untuk yang tak tau.
aku still meniaga macam dulu.
ye untuk menampung cost of living yang semakin tinggi.
aku takleh harapkan gaji semata. komitmen semua ada.
so nak tak nak aku, takleh stop meniaga kecil-kecilan.

Alhamdulillah elly n filla faham.
kalau dorang tak paham pun aku akan paksa bagi paham. hahaha
dorang takpa. dorang ado2..i ni tak ado2.
kang tak meniaga, memang jawabnya hidup terdampar di lautan sepi la nanti.
kalau dapat ke lautan..ni terdampar si sudut tilam je meratapi nasib diri.
once aku dah stable, baru aku stop kot.
pun tak stop sepenuhnya, maybe aku pass ke sesiapa la business aku ni, fam aku ke apa.
sebab aku pun dah ada regular customer semua.
yang sesuai pakai segala yang aku jual, yang selesa membeli daripada aku.
takkan ku biarkan anda semua terkapai-kapai. gituh.

so alang2 aku seperti biasa termelalut kalau bab mengupdate ni.
aku umumkan sekali kat sini.
eh ke aku dah umumkan?
matiklah dah tua..pelupa sangat.
andai kata dah inform..korang abaikan la.
andai kata belum..so here it is.

macam yang di beri tahu.
produk Desi Damayanti Skincare by CV Tabita dah ada harga baru ye.
berkuat kuasa 6 oct hari tu.
harga adalah selaras untuk semua agen sah.
eh aku type atas ni.. apesal rasa de javu? rasa macam pernah type.
eh ke aku dah umumkan? hahaha. eeeii bengong sangat ni.


whateverlah.
so ni harga baru.
malas nak celoteh panjang. kang buatnya aku pernah update.
dah macam siaran ulangan pulak. kah kah.

btw. selain yang atas ni.
aku jugak still jual.

  • krim ibu putih
  • ephyra
  • ephyra skinbar
  • inteemor by ephyra
  • ekstrak kacip fatimah by UTM
nak order whatsapp 012-2758575
n aku just ship dalam malaysia sahaja.
aku nak post luar negara ye.

so yeah, mari sambung ke cerita asal.
kisahnya aku dah lamaaaaa sangat tak spend masa ngan noy.
so sadddd..
ye la aku dah kawin, dia pun dah kawin.
memasing ngan life masing2 n busy je.
dah la laki den mana pergi nak ngikuttt je. asyik nak berkopiiitttt je.
dah lama tak dapat lepak n gossip sepuas hati.

so few weeks back, noy call tetiba.
dia tanya kat mana?
time tu aku tengah dinner ngan mrB.
dia ingat nak ajak lepak.
aku kata nanti aku abis makan, aku call balik.
if dia still lepak..then kami ke sana.
sekali tengok dia still ada. berdesup aku drive jumpa.
lamanya tak jumpa. ada dekat 2 weeks kot time tu.
sebab everytime aku balik rumah mama, mesti dia takda sebab keluar ke..dia kat rumah mertua dia ke..apa2 je la. mencikkk. busy sesajo dia tu.

so hari tu dapat lepak kejap. pun dah gembira.
tapi i is stress, sebab dia tu asyik nak bergambarrrrr aje.
aku ni dah la comot sesajo.
dorang ni dah la asyik lawa aje.



dah la comot. kayu pulak tu.
itu je la aku mampu buat. hahaha.
hampeh sangat.

lepas tu kena paksa amik gambar ngan laki pulak.
aku ni bab amik gambar memang keras.
tak kisah la ngna laki sendiri ke apa.
memang macam kayu.
kena marah kata..rapat la sikit itu ini.
ok fineeeeee.


sekali rupanya i syok sorang2 aje...
eeeiii dia ni memang keji la.
suka konon2 nak pose pandang lain.
buat-buat la ubah sikit perangai tu kan.
tunjuk la kemesraan kat i ni.
sian i tau.

n seperti biasa perangai noy, harus dia paksa aku amik pic dia pulak.
tapi dia tu aku dah tau la memang otak tak center sangat.
suka pelik2.
yang aku takleh terima, si arip pun sama.
eeii saiko sangat.
siap setiap kali aku snap. dorang berubah2 position n pose.
korang ni dah kenapa?





tengok gigi besi arip ni teringat lak aku.
dulu laki aku buat lawak.
dulu kita orang konvoi.
rasanya time amik mama balik haji kot.
gila laju dia bawak. boleh la kereta dia 2.0
mencicit aku nak kejar.
yang laki aku.

MrB : u takyah laju sangat ja. u jangan ikut dia. dia laju takpa..gigi dia besi.

me : e eh apa kena mengena pulak.

MrB : ye la if apa2 takpa..sebab gigi dia besi.

P.G : hahahha

e eh macam tu pulak.
laki aku ni suka cakap benda tak masuk akal.

sedih pulak rasa.
teringat lagi masa papa jatuh sakit tu.
sebak sangat rasa hati.
sebab masa noy nikah beria-ia papa nak nikahkan dorang.
rupanya tak lama lepas tu papa sakit. n meninggal.
at least papa lega agaknya, dia dapat nikahkan anak bongsu dia.

nampak tak kecelaruan aku kat sini?
kejap gelak..kejap sebak.
saikosis sangat.

ok la.
i nak buat kerja.
banyak ni kerja sebab hujung minggu ni ada exhibition.
so nak siapkan packing produk semua nak bawak sana.


jangan lupa datang beramai2 ye.
ada best, ada free gift, hanya di exhibiton weekend ni.
kita orang kat booth 30 tau.
nanti senang i cerita details pasal exhibition ni yea.
ta-ta

Expose Mistik : Ecah

Salam Peej..  sihat?

nah. belanja satu cerita mistik.  
Walaupun saya bukanlah percaya sangat.  
Tapi suka baca..hehehehe..  

Kejadian bermula di rumah nenek saya.
Rumah tu rumah tinggal. 
Sebab nenek suka pergi rumah anak-anak dia.  
Jadi jarang sangat ada kat rumah tu.  Boleh kata tak ada lah.
Jadi sekarang mak saya dgn adik2 saya (ecah dan ani) pindah duduk rumah tu temporary sementara adik nak habis sekolah.
Satu hari, Ani balik sekolah petang tu. Kepenatan.  Terus tidur.  
Tengah malam tu Ani bangun nak study dan basuh baju.
Memang pesen dia suka bangun tengah malam mcm tu utk study.

Dari bilik air akan lalu dapur, bilik dulu lepas tu hall. 
Depan pintu bilik tu dining.  
Ani nak pergi ambik baju dekat dalam bilik.  
Dari area dining tu boleh nampak hall.  
Cuma bahagian penjuru yang ada TV je xnampak.

Ani nampak Ecah bangun. Nampak bayang jela sbb lampu tutup.  gelap kan..  (ecah ni suka tidur hall).  
Ecah tanya.. "nak pergi mana tu?"
Ani jawablah, "nak basuh baju"
Ecah tanya lagi, "nak ecah teman ke?"

Ani berlalu tak sempat jawab sbb tgh ambil baju dalam bilik, Ani nampak Ecah bangun jalan ke TV.  
Lepas tu Ani teringat..  

Ecah kan takde.  
Minggu tu ecah pergi Kem motivasi di sekolah.  
Habis tu.. siapa yang bercakap dengan dia tu..???????
terus ani duk dalam bilik tak keluar2. 
Study tidak. basuh baju pun tidak...

Ani cakap.  suara memang suara ecah.   
Suara ecah ni pesen sayup halus gitu..

tak tahulah malam tu sebenarnya siapa..






hehhehee......  lepas ni harap peej tak cuak nak basuh baju malam2  =)
susah sangat hantor dobi..


- queen-

berdengung kepala den

hari tu kan aku cerita permasalahan darah tinggi tu.
macam2 suggestion menarik ada.
tapi aku tertarik ada sorang ni personally whatsapp cakap dia pun ada darah tinggi.
sangat tinggi even tinggi daripada reading aku.
then dia start amalkan makan habatus sauda dan olive oil capsule.
lepas amalkan tu, memang stabil n normal reading dia.
menarik. tapi aku memang tak tau la nak beli mana.
tanya dia, dia kata dia pun tak tau sbb selalu mak dia belikan stock.

so takpa la.
sampai la few days back, filla kata mak dia makan capsule tu..n bagus.
terus aku cakap nakkkk.
aku nak try.

so dah dapat la.
tapi yang mak filla belikan tu dia terus 3 benda dalam tu, habbatus sauda, olive oil n apa eh satu lagi?
lupa lak aku. baguih..senang sekali aku makan. takda la banyak2 nak telan.
baca kat botol tu dia kata kalau penyakit ringan sekali makan 2 biji..
if penyakit kronik makan 3 biji.

yang aku lakkkk. tah kenapa tak berfikir panjang..terus aku telan la 3 biji.
dah memang kronik pun aku ni.
tapi masalahnyaaaa...kot ye pun try la adjust dulu.
try sebijik dulu. then naik sebji lagi ke kan?
sebab aku ingat kawan MrB sorang mmg dah lama amalkan habbatus sauda ni.
kadang lepak dia makan, kawan-kawan nak rasa.
dia bagi try half je. dia kata sebab utk permulaan tu kesan dia drastik sikit.
ada certain orang bertenaga. ada melepek, ada yang takleh tidur. macam2 la.
tu setengah ye.
aku bantai sampai 3 biji tadi. hahahha. ok tak kelakar. motip gelak?

yang pasti kepala aku sakit n rasa berat macam nak pecah ni. eiii seram.
tapi aku suka sebab dari siang tadi non stop asyik aku burp je..
memang best la asyik keluar je angin.
walaupun burp tu..tekak kau terasa je bau pil tu.
sebab dia kan macam herba2, ke jamu apa. so boleh rasa je kak tekak. keh keh.
nasib dah tua,n tekak boleh terima walaupun ngeri je bau dia.

tu takpa. aku memang sejak demam hari tu batuk tak betul2 clear lagi.
ada la sikit2 lagi.
so lepas makan pil tu. tetiba rasa macam aku batuk tetiba berkahak pulak.
makin lama makin banyak.
sekali tetiba aku kat toilet tengah buang air kecil, aku terbatuk..automatic lak keluar kahak.
padahal takda lak aku memang nak keluarkan ke apa.
dia macam terus je keluar.
terus ni takda batuk ke apa dah.
aku dah macam, e eh..sebab pil ni ke? gila bagus. dalam masa tak sampai 12 hours memacam terjadi ni.

kita tengok n monitor macam mana yea.
harapnya memberi kesan positif kat iolls.
tapi tu la aku rasa esok aku nak start dengan sebiji siang, sebiji malam la.
pastu sikit2 baru naik dos dia.
biar badan rasa biasa n tak terkejut.
yang pasti lepas sebulan, nurse n doktor terkejut sebab woooww hebat ni darah tinggi dah hilang.
hahaha harapan sangat. ;p

tapi serious kepala i sakit sangat sekarang ni.
rasa macam berdengung je.
rasa nak ketuk2 kepala pakai tukul ke apa bagi rasa lega.
tapi aku ketuk sendiri la, bukan orang ketuk..orang kalau ketuk, bocor kepala aku nanti.




pemakan tertib

aku tak sure aku pernah cerita ke tak.
tapi aku satu jenis perangai yang kalau makan tertib.
eh bukan tertib, aku tak tau nak describe macam mana..tapi aku kalau makan ada cara.
yang pasti cara aku ni buat orang sekeliling aku menyirap je kalau tunggu aku makan.
sebab aku akan amik masa yang lama untuk makan. haha.

aku perasan since aku sekolah menengah dulu.
actually aku pun tak perasan.
tapi ada kawan aku tegur, dia kata "eh u makan gila detail. siap potong empat segi roti canai tu."
then baru aku perasan. kan kalau dapat roti canai.
if makan ngan sudu n garpu..aku akan potong roti canai tu bentuk square.
then kalau ada kuah dal, kari and sambal.
aku akan amik kuah tu pakai sudu satu2. letak 3-3..dah letak baru aku suap makan dalam mulut.
hahaha omaigod..type ni baru rasa macam e eleh asal gelabah sangat perangai.

tapi aku memang macam tu.
sama jugak kalau makan nasi.
let say lauk daging, sayur, telur n ikan masin.
aku akan make sure 4 lauk tu ada baru suap dalam mulut.
hahaha. orang rumah aku bengang kadang.
dia kata suap je la..nanti amik la sayur ke, daging ke masuk kemudian.
aku tak reti. sebab nanti by the time aku masuk mulut, yang earlier dah abis kunyah nanti.
keh keh. pelik ke?
ke korang pun macam tu? ke aku sorang?

tolonglah kalau makan mihun ke apa-apa la yang berkuah panas.
lagi la lembap. stress dorang.
aku akan amik mee tu gulung2 kat garpu...then letak isi, letak sayur..ceduk sup..then tiup bagi sejuk baru suap.
kau boleh bayangkan tak tahap lembap tu? memang lembappp la.
orang paling stress ngan aku ialah noy n jonet.
dorang kata aku makan slow sangat.
aku lak lawan, cakap korang yang makan cepat..sapa suruh.
dorang kata tuntutan kerja dorang membuatkan dorang takleh makan sambil take ur own sweet time.
ye la kan. kerja dorang tu dapat time makan pun dah besar rahmat.
so kena makan cepat2.
aku lak memang jenis bibir, lidah n lelangit ...jari-jemari manja.
aku tak leh makan panas.
cepat nak melecur. so berjangguit la.

tu cerita pasal cerewet makan macam tu.
satu lagi aku ada perangai pelik suka geli tak tentu hala.
bukan geli apa.
aku jenis tah kenapa cepat rasa kembang tekak kalau tak kena cara.
aku tak suka makanan bercampur..

contoh la if makan nasi.
aku akan letak nasi one side.
then lauk keliling pinggan.
n kalau lauk tu takleh masuk sesama mereka..aku make sure dorang tak bersentuhan antara satu sama lain.
omaigodddddd sangat saikoooo.
ye saiko sangat.

contoh lauk kari..tetiba lauk satu lagi adalah black pepper.
kan tak masuk tu?
tapi dasar penggemuk..nak gak makan semua.
so aku akan make sure dorang tak tercampur.
then aku akan makan satu lauk dulu...then baru makan satu lagi tu.
tekak aku takleh terima kalau tercampur2 rasa nanti.
pun orang kat rumah aku stress tengok perangai aku.

contoh lauk hari itu adalah masak lemak daging..
satu lagi lauk asam pedas ikan.
nanti aku letak nasi. amik masak lemak..nasi tu letak kuah lemak sebelah nasi je.
makannn bagi abis..then dah clear masak lemak tu..aku amik lauk asam pedas pulak.
gigih kan..? keh keh
patut amik je la salah satu. ni tak. nak dedua..tapi taknak campur.

satu lagi perangai aku.
aku tak suka lauk tu nasi melekat2 ke apa.
kalau aku punya takpa.
ni kadang laki aku tak abis. dia letak kentang ke, apa ke kat pinggan aku.
aaaaa rasa nak jeritttt! jangannnnn laaaaaa!
aku tak suka. aku geli nanti. kalau aku nak..aku akan mintak or nanti aku makan.

laki aku cara makan dia aku memang takleh terima.
bercampur aduk rasa nak pitam tengok.
dia akan semua letak satu tempat bertimpa2.
tapi lantak la, dah cara dia kan.
ada sekali tu lagi takleh terima.
tengah makan nasi campur. dia order kebab.
aku ingat dia nak makan balik nanti ke apa.
sekali dia bukak makan. tetiba kebab tu dia letak atas nasi. makan sekali.
haaaaa...kau dah kenapa? pening lalat aku tengok.
taknak tegur..biar la dia. cuma aku memang tak pandang dah la.
nanti aku takut, aku yang terbelahak. hahahha.

sebab tu aku tak suka kalau dia bungkuskan aku nasi campur ke apa.
sebab dah la satu tu lauk sesama sendiri tu tak masuk. nanti aku nak makan pun rasa ngeri. heheh.
satu lagi semua bercampur macam gunung. eeeiii takut.
aku kalau bungkus nasi campur pun agak saiko.
aku make sure nasi duduk half polisterin tu je.
so that belah kanan boleh letak lauk.
then lauk tu pulak aku akan make sure ada side masing2.
pastu balik rumah cepat-cepat aku alihkan lauk tu kat belah atas polisterin so that tak bercampur2 nasi.
apa punya perangai pelik pun aku tak tau la.
tapi itu lah style aku.

sebab tu aku tengok sana sini orang share sekarang trend makan ketam la segala seafood main lambak atas meja tu.
banyak dah kan kedai buat macam tu.
tapi antara yang kerap keluar kat timeline fb adalah shell out ni.

:: pic courtesy of shell out's fb page ::

kemain ramai orang berkomen2 nak pergi la apa.
aaaaaa aku tak terasa nak pergi.
tengok pun i dah ala2 ngeri je rasa.
i cannot ok..kenapa campur2 semua macam tu?
then makan ramai2.
pastu nanti kulit2 pun semua kat situ jugak.
die die dieeeeee.

aku kalau makan seafood or apa2 la yang bertulang ke apa.
siap ada pinggan extra untuk letak segala sisa tu.
don't like semua nak himpit2 kat pinggan.
tak tau la if makan sebenarnya rasa ok aje,
maybe aku tengok pic je kot.
tapi tengok pic pun aku dah rasa pening semua di lambak begitu. hahah.

pic atas tu ok lagi.
pic bawah ni. errkkk..

: pic from shell out ::

helppppp....
hahahha ke aku yang over?
korang rasa ok je yea?
tah i rasa pelik.

tapi actually bagus kan?
sebab tak silap dalam islam di galakkan makan sedulang tu.
ingat lagi time aku kecik abang2 aku pergi kem ibadat.
dorang kata makan satu dulang kongsi 5 orang.
sampai je cecepat memasing asingkan portion masing2.
cikgu marah ok. cikgu gaul2 sekali. kena makan sesama.
nasibbbb la mak aku tak hantar aku dulu.
kalau tak seminggu aku kat kem ibadat tu confirm kurus sebab tak makan. hahaha.
tapi maybe gak kalau aku pergi aku takda la rasa ngeri sangat macam sekarang kan?

entahlah. aku cuba untuk kuatkan mental untuk takda la poyo sangat nak saiko macam ni.
tapi i tak mampu. tah kenapa tah mudah sangat rasa kembang je tekak ni.
kau bayangkan...sikit punya cerewet n pemakan tertib la apa konon...tapi badan begini weyh.
bayangkan aku jenis semua hentam...tah macam mana rupa aku agaknya. hahaha.

ok itu aje untuk kali ini.
i nak pura-pura busy buat kerja..
mana tahu tetiba dapat bonus kalau nampak rajin semacam. hahahah


semangat kekeluargaan.

pun kisah 2 minggu lepas.
biasalah aku dan kelembapan berpisah tiada.
kan aku cakap masa raya haji tu pakcik MrB ada turun balik KL.
so family MrB semangat nak entertain Mak tip while dia ada sini.
fam MrB ni kalau pakcik semua dorang akan panggil ngan panggilan Mak kat depan.
not sure why. ke bahasa orang minang? aku pun tak tau.
nways, so kisahnya sementara Mak Tip kat sini. asyik la family gath.
penat rasa nak nangis pun ada.
tapi layankan. sebab laki aku ni bab kekeluargaan sangat semangat.
jangan la kau nak malas ke apa. boleh membawa kepada pertengkaran nanti.
ikutkan aje.
walaupun sebenarnya penat.

sebab sabtu tu pagi dah bangun sebab kerja. accountant datang office.
balik pun dah kul 2pm tu.
then bawak ceceh pergi vet. settle almost 5pm.
harap maklum makan pun tak sempat for the day..just breakfast roti canai je kul 9am macam tu.
then sampai rumah sempat golek sekejap je dan kena bersiap.
sebab dorang nak early dinner. so by 6pm nak keluar rumah dah. uwaaaaaa...

dah la time tu jerebu teruk.
teruk tahap ngeri. tapi makan outdoor. hahah hebat sangat memasing.



:: amboi dah rupa kak long kawasan bercerita. ngeri. hahah ::


muka macam ni sebab penat.
n kau tengok jerebu kat belakang tu. teballl gila.
ni bukan effect pic terang ke apa ye. memang tebal macam tu la jerebu.
time tu check IPU 282 ke apa macam tu. kah kah.

pic ada banyak dorang amik. tapi aku malas nak suruh laki aku bagi aku.
so apa ada je la ye.
ni pun time pic atas tu tak semua sampai.
sebab lepas tu sambung lagi meja sampai jadi bentuk L.
n ada yang tak datang sebab jerebu kan..risau anak2.

then by maghrib nak gerak.
kak zarina ajak sambung rumah dia pulak.
so bersambung la ke sana.
tak semua join. few of us sahaja.

sembang lagi n makan kuih apa segala.
then adik MrB, Rubi pulak sampai..
dia bawak pulak satay. wah makan lagi. heheh.




tolong sedap sangat satay dia gemuk-gemuk weyh.
siap tengah ada lemak tu. tolong sukaaa sangat.
aku suka satay ada lemak tengah tu. pastu gigit pecah lemak tu..pop..hahha.
ratah saje satay tu pun sedap.
dia kata beli kat gombak. tak tau la mana. macam sedapppp je.
aku suka sate. makan seminggu 1-2 kali pun i tak kisah. mih mih mih.


lama jugak kat sana.
rasanya dekat 1am baru dorang bergerak kot.
ke lebih? lupa aku.
then MrB ajak Mak Tip tidur rumah kita orang.
ikut dia, dia suruh semua adik beradik dia tidur rumah kita orang.
Ya Allah aku punya tahap debar tu rasa nak pitam.
sebab rumah aku ni mana ada tetamu ready..dapur kosong ok..
dia memang ajak je..yang seram aku. grrrrr.
nasib semua kata takyah. so mak tip aje. heheh.
tapi ye la. semua rumah dekat2 je kot. motip nak tidur rumah orang?
tak tau la orang..aku jenis tak selesa..mesti kita selesa kat rumah sendiri kan? hihi.
unless la kalau tetiba rumah aku memang stock gempak ala resort..berkolam renang bagai (wah dia punya berangan tu. hahah) ..so ada logik la orang teruja nak tidur.. feeling ala2 bercuti gitu.
kan?

sampai rumah prepare kan bilik tidur untuk Mak Tip.
then baru aku tidur.
esoknya bangun pagi tengok dah ada sarapan.
rupanya laki aku keluar breakfast sebab Mak Tip nak berjalan.

then relax apa semua sekejap, bersiap lagi.
Kak Zarina suruh semua datang rumah dia untuk lunch.
dia buat makan-makan untuk family semua.

Since Mak Tip ngan kita orang.
tau la orang tua, cepat je nak bergerak kan.
so by 12 ish kita orang dah keluar rumah.
around 1pm dah sampai rumah kak zarina. haha.
gila kemain awal sampai rumah orang.
tak abis hidang lagi. heheh.



tolonglah sedap sangat ni.
family MrB ni kalau masak semua sedap la.
tak menahan aku. sebab tu kalau ada makan-makan..laju je aku kata ok..nak pergi. hahaha.
rugi wooo tak pergi. hahah dasarrrr.

menu hari itu adalah.

masak lemak cili api daging n kentang.
ikan goreng. not sure la selar yea? ke kembung. maaf aku mmg fail nak bezakan. ;p
ulam - kacang botol, petai rebus, pegaga.
ikan masin sepat.
sambal katok..eh ke sambal gesek nama dia? lupa lak aku.

simple tapi ni la terpaling sedap kan!!





semua datang..
lepas daripada ni lagi ramai.
tapi tau la aku kan pemalas nak snap pic.
pic atas ni pun aku dapat sebab tetiba laki aku masukkan aku dpd whatsapp group dia adik beradik.
tu takpa..dorang aktif dalam group tu.
so mmg berbunyi je la phone kau.
aku ni seorang yang sukakan ketenangan. haha.

aku dah macam...hmmm macam mana nak keluar dpd group ni?
aku bukan tak suka. tapi aku tengok aku sorang je sesat dalam tu.
lain semua mmg adik beradik. takda wife/husband org lain.

aku pulak hp mmg satu aje.
ni la segala nak guna utk business semua.
so kalau group aktif mmg cepat drain i punya battery nanti.
sbb tu banyak group aku excuse n left je. 

laki aku ni kang aku nak keluar dia emo lak.
siap cakap kat elly boleh tak aku nak left group.
elly lak yang takut, "kau jangan peej..kang perang kang..kau tau la ben tu..keluarga dialah segalanya ok. kau mute je la. tapi jangan left."

tapi aku kan degil.
esoknya aku cakap aku nak keluar boleh tak?
betul kauuuu....memang dia sentap!!!
aku cakap la aku susah sebab battery cepat abis..aku nak business pakai hp ni.
member sentap dia yang tendang aku keluar dpd group.
siap berjam taknak cakap ngan i. kah kah kah.
tapi dia kan emo kejap je. pastu ok. hihihihi

ok la kan? bukan aku eksyen.
tapi tak yah la. dorang nak bincang adik beradik ke apa.
aku sibuk lak situ. 
lagi pun bukan fam besar kat situ.
unless semua ada...aku sorang je nak left..mmg buruk la perangai kan?



nahh belanja selfie satu kali.
petang tu settle rumah kak zarina dalam kul 4pm nak ke rumah aku pulak.
takda siapa, just mak Tip n family abg zul je.

again ahkak cemas..sebab takda apa nak hidang. kah kah kah.
hanya mampu hidang air orange je.
abang zul kata napa takda air panas?
aku cakap takyah nak air panas sangat, rumah aku takda apa.
kita orang nak minum pun keluar je ye.
aku beli segala macam air pun...last2 buang nanti sebab takda sapa minum.
sebab kata berdua aje. tetamu takda sangat. so motipppp?

aku hanya beli bila mama tidur rumah aku.
or time papa ke datang dulu. meriah la sikit.
ni takda, memang sepi je la rumah aku.

untuk memeriahkan lagi suasana..ahkak order kfc aje.
hahaha wow so happening.
nampak sangat hantu perangai. main order je semua.
senang weyh.
bila la aku nak jadi cemerlang macam mama.
rumah family aku dulu kalau kawan-kawan mama and papa datang.
sampai ke subuh pun tetamu relax je sembang lagi.
jarang la berlaku...tapi kebiasaan mesti sampai 2-3 pagi tak gerak.
sampai dulu kita orang ada guard kat area rumah tu..sampai guard cakap rumah kita orang ni dia takyah jaga sebab sampai pagi meriah lagi..elok pintu semua terbukak n terang benderang. haha.
mana taknya. kalau tetamu datang gigih mama masak dinner.
nanti supper tetiba siap buat cekodok la apa la.
tak pun goreng mee la apa.
wahhh hebat sangat ni.
aku nak buat air pun dah besar rahmat la kiranya. kehkehkeh.

so anyway..dah makan apa semua.
around before maghrib semua gerak.
aku pun tak ingat dah malam tu aku buat apa. hahah matiklah pelupa lak tetiba.

then esoknya kerja macam biasa.
tapi by tgh hari dah kecoh again.
since mak tip nak balik selasa.
dorang nak reramai kumpul lagi.
so kak shida kata makan rumah dia.
bayar sekepala rm5 aje. wowww so murah ni.
so kak shida buat nasi lemak lauk2.
tolonglahhh dah la sedap.
dengan enaknya aku makan tanpa sedar diri.

around 11ish pm macam tu baru gerak balik rumah.
gila pack jadual minggu tu.
emosi kak jah sebab tak dapat rehat.
drama sangat.
padahal penat makan je pun. kecoh.
orang penat memasak pun tak banyak bunyi kan. ;p

eh ok la. tu je.
rajin i update lagi.
di akhiri dengan pic mochi yang boleh tahan penyibuk mengambil kesempatan nak manja tido sama.




Assalamualaikum dan Selamat Pagi Ellfie

hollaa peopleee..
bersiaran daripada office ni.
kembang kuncup hidung sebab orang pertama sampai opis.
tapi kembang kuncup sorang2 la kau sebab kata takda sapa lagi kan. hahaha.
walaupun terkangkang nak membukak shutters tu. hu hu.

tadi ada appointment kat klinik untuk amik darah.
takleh jadi.
sampai awal pun tetap berjangguit nombor.
the  last time amik darah sampai kul 8.10 am macam tu..no aku no 60 ok.
cissss. berjangguit menunggu.
so tak leh jadi.
mari ikut cadangan korang untuk keluar awal.
gigih aku bangun awal keluar rumah awal.

kul 6.45am aku dah keluar rumah oiii.
amboi awal ni. gelap lagi luar.
wah best sangat ni kul 7.15am dah sampai.
va va va.

parking pun senang jumpa.
terus naik,.
mostly yang ada adalah warga emas dalam 65 ke atas kot.
tapi kerek betul aunty2 cina ni.
boleh kau kat lift aku tengah tunggu siap langgar aku nak berdiri depan aku.
e ehhh. macam ni pun ada ke?
suka kau la aunty.
dah tentu dia kalau kat depan..kau masuk dulu.
dah tentu ke belakang la kan.
kak jah depan. bukak je lift pecutttt.
hahaha bongok matiklah ngan orang tua pun nak lawan.

tapi ganas orang tua ni semua..
tahap dorang nak cepat tu sanggup potong line.
kalah remaja yang semangat nak pergi tengok konsert gayanya.
hasil datang awal n di potong line orang sorang dua warga emas.
aku dapat no 9. hahahaha


wah hebat.
baru ahkak tau yang rupanya by 7.30am dorang dah bukak pintu n boleh amik no giliran.
ok dah tau trick.,
maybe lepas ni lepas subuh lak keluar.
biar dapat no 1 pulak. kah kah kah. matiklah semangat sangat kan?

hari ni tenang sikit.
so comel je tengok sekeliling.
tengok orang tua-tua la.
sebab mostly aku tengok pagi2 ni ramai orang tua yang datang.
ada yang datang ngan kawan.
ada yang anak bawak ngan wheel chair.
macam gaya ada.
ada yang kecoh.
ada yang semangat pakai baju matching ngan seluar siap tuck in. keh keh.

no giliran amik awal.
tapi still start kul 8 pagi.
nasib amik darah aje.
so takda la lama.

tapi stress tiap kali amik darah ni.
sebab lengan besar kayu balak.
kemain payah nak jumpa urat tu. eh urat ke?
sampai nurse tanya, "eh takda ni..selalu amik macam mana?"
aku jawab je memang susah..aku part tu problem.
sampai bergegar la klinik kalau dorang dok tampar2 tangan aku ni. hahahaha. apa la nasib.
carik belah kanan takda.
aku cakap last time belah kiri, so dia tengok belah kiri. jumpa gak la.
aku bab amik darah ke, inject semua takda takut.
i tahan sakit sikit bab tu.
aku pernah dorang cucuk tarik tak dapat darah, selamba jarum dalam tangan aku lagi dorang kona kan jarum ke arah lain.
ewahhh..sedap kau je cungkil gerak2.
nasib tahan sakit n penyabar jugak aku ni, dapat kat laki aku silap2 kena tumbuk nurse tu. ;p

settle amik darah. terus boleh balik. yeay.
terus la kak jah ke opis.
hebat sangat ni kul 8.30am dah bukak office.

tu yang ceria di pagi hari kasi up entry pembuka hari isnin.
ok now what?
sarapan ada ni..tapi tak lalu nak makan pulak,.
ada-ada aje.

ok la. ta - ta.
rajin kita bertemu lagi di entry akan datang.
:D



confuse tolongggg..

aku serba salah la ni.
pasal isu aku yang mual tak abis2 ni la.
tapi kelmarin aku beli asam...so bila makan ok sikit la.

btw, aku bukan sesaja taknak check.
aku jenis tak suka kekecewaan.
sebab tu dalam hidup aku ni, aku tak suka letak high expectation..sebab aku cepat emo nanti.
tapi sebab semua dah bebel suruh check la apa.
aku senyap2 beli upt tu.
takkan MrB tau, sebab dia tu kan nanti teruja lebih..kang takda apa..nampak muka dia kecewa..walaupun dia kata tak apa.
emosi aku..aku boleh handle lagi..tapi tengok dia nanti aku emo. so me not like.
so aku beli tu diam2.
n aku check pun diam-diam.
so untuk puaskan hati korang..meh sini i cakap. result adalah negetif ok.



sedikit rasa annoyed.
tapi rasa relax sikit la atleast dah check.
cumaaaaaaa kenapa i rasa pelik2 ni.
so ni takleh tido ni mula la ahkak google sana sini.
tengok ada tak possibilities kau pregnant tapi upt or blood test tak dapat detect?
banyak jugak kes macam tu. ada yang sampai ke sudah nak beranak pun still both tu negetif ye..sebab kandungan hcg dalam badan rendah la apa.
ada yang dah 5-6 bulan pregnant baru tau itu pun sebab buat ultra sound.

so dah google tu dah la.
nampak lak link lain2. so click sana sini.
antaranya 20 early signs of pregnancy macam tu la.
adalah seram bila 18 out of 20 tu aku tengah rasa.
but then again..aku confuse. hahaha.

contoh antaranya

1. shortness of breath
katanya cepat penat walaupun kau takda buat apa sangat cuma buat kerja sikit or berjalan.
well memang lately ni cepat nau letih..siap kadang bengang jalan ngan laki aku dia laju...
penat la nak ikut..kaki dia panjang. aku ni kontot.
tak pun berjalan ngan filla n elly..nanti mula la rasa sakit dada.
tapi perasaan aku lak..eee dah gemuk sangat ni. jalan sikit dah penat ni.

2. fatigue
contoh dia bagi..nak habiskan baca buku 1-2 helai pun payah.
memang pun...selalu aku buku selamba marathon 1-2 hari habis.
ni nak settlekan 1-2 pagi pun payah.
bacaaaa sikittt. tau-tau mengantuk n rasa nak tidur je.
layan tv series pun sama. but then again aku pikir sebab now bangun awal kan...then kerja pulak..
so maybe letih n tidur awal.

3. nausea
ni takyah ulas la. aku dah cakap hari tu. tah apa punca aku tak tau.

4. headaches
pun sama hari tu dah cakap.
tapi tu la aku ni ada darah tinggi. so kadang sakit kepala biasa la kan.

5. backaches
ni pun biasa la kan. sakit belakang. kata semakin berumur..macam2 sakit nak muncul.

6. cravings
ok takda la pelik2 ke apa.
tapi perempuan gemuk memang memacam cravings semua nak makan.
tu semua nafsu. kah kah kah.

7. bloating
ni pun sama. ada hari tu cakap gak kan.
pastu perut rasa kerasss aje.
pastu apesal tinggi semacam perut aku ni.
tadi lagi la laki aku bagi pic aku candid..ngeri sangat ni rupa.
tapi seperti biasa macam aku cakap..berat aku confirm naik mendadak ni.
sebab tu gemuk segala segi. itu pasal tah apa2 rasa sekarang ni.

8. mood swings
ni tak yah tunggu symptom pun takpa. dah kata perempuan kan.
memang mood puting beliung je selalu. heheh

9. super smell
ni lately ni memang melampau sikit.
aku takleh tahan bau or cepat detect.
aku boleh tau if ada kucing kencing ke apa..laju je aku carik.
masuk toilet if ada bau aku stress. mula simbah sana sini.
tak pun aku perasan now if nak makan ngan elly or filla. laju lorong tepi ni nak ke block sebelah.
kau kena lalu belakang kepada 4 restoran tau.
aku mesti tutup hidung aku...sebab aku tak tahan bau dia.
bau orang memasak ke..mengoreng ke. ntah la.
sebab if bau mula la nak muntah je rasa.
tapi masalahnya..aku ni memang penggeli sikit. so mungkin jugak aku cepat je detect bau. kannn?

10. dizziness or fainting.
ni macam aku cakap hari tu la. rasa pusing je kepala.
aku selama 32 tahun hidup tak pernah lagi la pitam ke apa.
tapi lately ni bila pusing tu memang rasa nak pitam ..tapi tidak la pitam.
rasa je. so aku duduk cecepat. pastu baru bangun balik later.

11. late period
bab ni memang aku dah late ni.
rasanya lama gak la.
tapi aku takda la heran sebab ada time kalau aku stress or penat..kadang tetiba dia tak muncul.
aku mmg tak regular period.
sebab tu tak kisah la kau nak lambat ke apa..takda aku nak alert or gelabah ke apa. lantak la kau. hahaha.
macam kes yang dulu tu la. aku tak period gak..tapi buat tak tau je la. dah biasa.
rupanya memang ada. hua hua.


tu la antaranya.
ada few lagi la. tapi macam over lak nak share.
nanti janji xxx sangat la pulak kan. keh keh.
so acaner ni? kak jah confuse tau.

aku taknak la check berkali2 upt. macam saiko lak.
if pergi klinik takkan tetiba nak buat ultra sound.
selalu klinik mesti suruh buat upt gak. malas. nanti takda apa.
tapi nak buat ultra sound tetiba..tak ke saiko sangat.
sekali check takda apa pun. perasaan je.
i dont like. macam aku cakap kat atas tu. nanti i is emo me not like.
dapat lak pakej makin doktor dalam hari, "e eleh gemuk feeling lak...takda ye baby..lemak je kau ni."
sentap bagai di robek hati i nanti.

tapi tah la.
aku pun tak tau la.
instinct pun tak tau nak cakap apa.
aku google kemain minah2 yang pregnant tp both upt n blood test negative memberi semangat, "trusttt your body ladiesss" sebab kita sendiri je tau badan kita.
abis aku tak tau macam manakah itu? hahaha hampeh sangat.
mana nak tau kan..tah tah badan gemuk hanya nak memainkan perasaan pemilik badan. gituuuu.

entah la.
tapi kalau aku check up doktor ada cakap...if aku nak conceive susah sikit sebab aku makan ubat..bahaya.
even jonet pernah cakap, kena extra care..ubat kena tukar n kena jaga penyakit.
either baby menjadi tapi takut effect sebab ubat tu bahaya, or baby tak develop sebab penyakit tak terkawal..gitu..dia akan gugur je nanti.

so now u people know why aku takda nak meletakkan harapan ke apa ke.
tapi instinct aku rasa xde apa.
cuma faktor bdn berubah mengikut umur.
maybe cuaca ke.
nanti2 period la tu kannnn...







get well soon bebeh.

this was 2 weeks back kot.
aku perasan yang ceceh macam tak ok aje.
dia macam mengasingkan diri daripada kucing2 lain.
pastu aku tengok kalau dia duduk one spot tu. tak bergerak la daripada situ sampai ke sudah.
aku tak berapa manja ngan ceceh sebab dia memang eksyen.
dia sibuk ngan laki aku je.

laki aku ada la cakap ceceh tak sihat la.
kena tidur dalam aircond baru ok la.
malas aku nak layan, sebab kadang laki aku pun sama mengada jugak macam ceceh.
suka nak lebihkan kaseh.
aku lak tak suka ceceh tidur bilik sebab dia ni perangai suka gigit handbag or wayar.
jahanam weyh wayar2 charger aku, charger macbook aku.
mahal woiii apple. tu aku tak suka.

tapi laki aku tetap nak bawak ceceh masuk time tidur. suka kau la.
tapi aku tengok dia tak macam dulu. duduk je satu sudut tak bergerak.
aku pergi kat dia. dia bagi lak pegang. selalu eksyen ceceh ni.
terkejut pegang dia sebab boleh rasa tulang2 dia. eh kenapa dia ni.
terus tak sedap hati.
nampak dia lemahhh je. tapi takda lak muntah2 ke apa.
tapi leh nampak la dia takmo makan semua.
selalu dulu kalau dalam bilik, dia nak makan ke..nak keluar dia akan kacau2 kaki kita...so bukak kan la pintu untuk dia.

so takleh jadi, terus bawak dia pergi vet.
pagi tu lak kerja sabtu tu.
so settle kerja aroung 1ish pm gerak balik rumah.
ingat nak makan dulu..tapi laki aku kata settlekan ceceh. kata kesayangan dia.
sekali filla call kata dia taktau nak kemana hantar anak dia tuition.
so nak ikut aku.
ye lah. so aku suruh ke rumah aku terus. angkut filla sekali.
so ke petcare kat taman melawati.



:: si ceceh yang kesakitan ::



over sangat la klinik dia sekarang.
over sangat dah macam klinik manusia.
klinik manusia pun tak canggih macam ni.

:: fillanie membawa diri ::




jumpa vet.
dorang check suspect ceceh kena jaundice.
e eh dah macam baby pulak boleh kena demam kuning.
timbang berat memang loose weight banyak gila.
tinggal 2kg je berat dia.

dorang nak amik darah tak sampai hati sebab nampak lemah kan.
so dia kata takpa dia bagi makan, ubat n drip je dulu.
amboi macam manusia jugak ni siap berdrip bagai.


:: sedih sangat la muka tu ::




patut kena bawak lagi ceceh untuk further check up.
tapi aku takda masa nak bawak lagi.
sian lak tengok dia.
takda ok sangat la dia. still kurus n takda bergaul sangat.
tapi nampak slightly better sebab bergerak jugak la dia.
boleh berjalan datang depan bilik nak masuk.
kalau tak kau kena angkat dia bawak masuk sbb dia takkan bergerak.

dia favourite dia roti.
kalau kita makan roti tau2 dia ada je kat sebelah mengendeng.
ni time tak sihat langsung tak hirau. makan pun taknak.
tapi ni aku tengok ok sikit...if aku makan..tau-tau dia ada kat sebelah.
walaupun taknak la makan sangat..tapi ada tenaga sikit la.
aku bagi makan dia nak la makan walau sikit.
tapi sedih je tengok dia kurus macam tu.
hopefully nanti sihat la macam dulu.
kena carik masa free ni nak bawak pergi vet untuk further check up.
amboiii dah macam manusia kau ceceh.
dah la vet mahal. kak jah pun pergi klinik kesihatan je tau tunggu berjam sampai darah tinggi.
istimewa sangat dia tu.



knock-knock rasa nak knock kepala tu.

amboi amboi amboiii ahhhh *keluarkan jari kelingking*
kemain korang kan. siap cakap confirm baby girl la apa.
takdonyo lah. i tau la badan i.
ni banyak angin n tah apa salah makan kot. dasar kegemukkans.
taknya punyalah mengandung. ahkak pasrah uolls.
tengok la ada rejeki nanti i pergi la check ke apa.
asyik delay, takpa..ada rejeki ada la kan. takda pun kak jah ok aje.

but anyways, by malam semalam ok sikit la.
n today pun ok..pagi tadi je biasa la ada la rasa loya..
ke aku loya kena makan segala ubat ni?
belum makan ubat baru teringat je, aku dah mual n rasa nak muntah.
me not like.

so semalam ok tu.
kita orang ke wangsa walk.
terasa nak makan assam laksa. so ke sweet bowl tu. mm dap dap.
tak dapat amik pic sebab tak jumpa phone.
tertinggal dalam kereta kot.
laki aku abis je makan aku suruh amikkan phone kat kereta.
tak kuasa nak berjalan jauh park. hahah nasib laki aku baik hati nak amik.

sekali dia call. eh ada bunyi?
aku dok punggah la bag tak jumpa phone.
rupanya phone kat poket jeans belakang!!!
kau dah kenapa tak rasa ke ada phone kat bontot?
apa dah tebal sangat lemak sampai tak rasa. haha.
laki bini pun bengong patut try la call dulu kan. hahahaha.
sebab aku yakin phone aku samada dalam kereta atau tertinggal kat toilet rumah.
rupanya kat poket belakang bontottt..hahhaa. bengong.
nasib mood dia baik takda bebel ke apa.

then lepas makan nak tengok wayang.
dah banyak kali dia ajak, aku buat dekk je.
sebab malas laaa..aku kan sekarang anti wayang.
rasa membaziaqqq mahaiii..
tapi takpa laaa...sian lak membosankan sangat hidup kita sekarang takda kemana sangat.
so lets la.

ingat nak tengok polis evo. sebab laki aku tu penggemar cerita melayu.
kalau cerita omputeh ni ikut mood dia. kalau tak sedap boleh dia bantai tidur dalam wayang.
tidur takpa lagi, pakej berdengkur kuat. memang mengundang rasa nak siku je dia.
nway, tak dapat tengok polis evo sebab penuh cinema. tinggal 2 baris depan je seat. tak nak.
then nak tengok cerita Pan. pun penuh. cisss apa ni semua penuh.
then tukar cerita Knock-Knock.
tapi pukul 11.10 pm movie dia.
boleh la. amik tu.
tengok trailer macam ok la.
pelakon keanu reaves. last time tengok cerita john wick adalah best. so mesti best jugak ni.



tapi time tu baru pukul 9.00 pm macam tu.
nak buat apa 2 jam ni?
laki aku ajak jalan-jalan, tapi apa aje ada dekat wangsa walk tu. malas aku.
so aku kata jom balik dulu la ke apa.
laki aku pulak malas balik.

so aku kata lets ke rumah mama.
pergi tako tao bungkus jap. beli 6 kotak octopus.
then gerak ke rumah mama.
aik semua ada pulak. so berebut la semua. cisss.
yang mama nak makan tu nangis sakan.
dia kata papa suka tako tao ni. hmphhhh.
tapi memang pun, even dalam whatsapp aku pun ada papa bagi, "kalau datang ke rumah malam ni, iff singgah di JJ..dapat tako tao sedap ni. hihihi.."
kat ig dia pun ada tak silap. :(

tak lama kat sana.
dalam pukul 10.50pm macam tu bergerak kembali ke wangsa walk.
then terus masuk wayang.


ok spoiler ahead. so if korang rasa nak tengok cerita ni soon.
jangan baca yang bawah ni.
tapi nasihat kak jah, lupakan niat nak tengok cerita ni kat wayang.
beli dvd pun jangan. cukuplah kau download or tengok online je.
sebab sumpah tak berbaloiiiiii!!!



aaaaa aku ni dah la darah tinggi n mudah stress ngan benda-benda kecik.
cipekkk aku ingat tengok wayang aku akan release tension.
takda ye! bertambah stress n tension aku tengok cerita ni. kiwokkkkk.

cerita dia pasal keanu reaves ni arkitek.
wife dia artist. so wife n anak2 dia pergi bercuti, dia tak dapat ikut sebab banyak kerja nak siapkan.
so dia sorang kat rumah.
tetiba malam ada perempuan 2 orang muncul kat pintu rumah dia.
basah kuyup kebasahan hujan lebat.



mintak tolong kata dorang sesat taxi patut hantar kat rumah kawan dorang ada party.
tapi dorang tak dapat check alamat sebab phone basah n sorang battery habis.
memula dia kata tak dapat tolong. tetiba kesian dia bagi masuk dalam rumah if nak guna phone.
tapi phone num kawan pun tak tau, dorang pinjam ipad untuk facebook chat.

pastu laki ni panggilan uber taxi untuk amik bebudak ni.
uber lak amik masa 45 minit nak datang.
dan2 lak itu ini berlaku. end up kena goda la apa..dah si dia ni tergoda...dah pulak 3some bertiga tu.
tu takpa-tu takpa..sekali perempuan tu taknak gerak dpd rumah dia.
pastu buat benda2 gila..pecahkan barang, sepahkan barang..ugut kata dorang sebenarnya bawah umur la apa. so dia di anggap rogol la apa la.

bodoh la jalan cerita dia.
aku nak cerita pun stress.
memula stress tengok perempuan2 tu tergedik goda2 keanu reaves.
pastu aku stress sebab keanu reaves dalam cerita tu takleh harap apa.
jilaka, takkan perempuan pun takleh lawan.
macam helpless gila kena ikat la, kena torture la apa. eeeiii bodoh sangat.



kau mengharapkan yang atleast in the end, polis datang ke..
dia dapat mintak pertolongan ke.
tak da yeeee!
sampai ke sudah kena buli n dia tak buat apa. kiwoookkk.
aaaaa tak menginzalkan langsung cerita dia.
aku pelik kenapa keanu reaves bersetuju nak berlakon cerita tu.
dan aku pelik kenapa aku terjebak tengok cerita ni!!!! helppppp....

aku benci cerita tu.
knock-knock kepala hotaklah.
rasa nak knock kepala keanu reaves..atau aku hanya mampu knock kepala aku sendiri sebab terbazir duit tengok wayang cerita macam ni. helpppppp.

aaaa stressss *kusut2 kan rambut sendiri*



sembang-sembang

pic berderet dalam draft entry.
tapi tak kuasa pulak nak celoteh panjang.
tapi rasa nak sembang.
so entry tu semua nanti dulu la.
kita up entry sembang kosong je la kan.

serious tak tau la why la like this.
dah few days ni kepala pusing.
angin satu badan.
jadi kerja laki aku tiap malam dok mengurut.
semalam lagi teruk. balik rumah menangis sorang2 sebab angin.
laki aku kata dia nak urut balik tu.
tapi tau la dia kan. sampai rumah bukan terus masuk.
sibuk berkemas dari depan bawak ke belakang.

tetiba lepas sejam lebih baru masuk bilik.
terus dia sapu tiger balm la apa semua. siap lepas tu sapu air sejuk ke apa.
tah aku tak tau la. berangin satu badan.
berangin satu hal. ni siap rasa nak terbakar badan aku sebab berangin sangat. hahaha.
tapi amazingly lepas 1/2 jam terus rasa ok.
baru la aku boleh duduk online apa semua.
kalau tak, memang tak leh buat apa.

him : lega tak?

me : hmmm

him : tadi masa i kemas depan, tiba-tiba i mendapat inspirasi apa perlu buat dengan u ni. tu yang i buat tu, dengan bacaan sikit, sekarang lega kan?

eeee dia ni. tetiba inspirasi pulak.
penat nak layan tau.

tapi dia ni memang satu perangai dia takleh nak sangkal.
dia memang terlebih concern.
dia jenis akan jaga bersungguh2.
baik time arwah abah dulu, time papa..dia yang over.
paling pening masa papa sakit dulu.
dia ajak aku balik. ok aku dah siap nak balik, dah keluar ye ke depan.
dia tak datang2.
bila aku masuk rumah balik, tengok dia tengah uruskan papa.
dia betulkan position la, betulkan ikatan tangan tu la. kemas itu ini.
selalu macam tu...padahal dia yang ajak balik. pening aku.

sama la macam aku.
takleh ye aku cakap aku tak sihat ke apa.
mula la dia lebih2.
sampai kadang tu rimassss....

macam aku dua tiga hari ni tak sihat.
dengan angin lagi.
pastu tak tau kenapa ni sekarang rasa loya semacam.
tolonggggg.
pagi je mesti loya...rasa nak muntah tu. tapi tak muntah pun.
yang elly suruh aku jolok tekak bagi muntah.
tak nak..dah la demam ni aku cirs birs..kang elok jolok tekak nak muntah, tak pasal pakej tercirit sekali. hahaha. taknak aku.
dah la if tido, if terbatuk elok aku terkentut sekali.
pastu esoknya kena la sakat ngan laki aku.

him : moling semalam tidur terbatuk sampai terkentut.

me : sampai hati. ite tu sakit.

him : takpa i faham. walau macam mana pun i tetap cinta dan terima u seadanya.

me : tell mama.

him : tiap kali moling batuk n kentut tu, ite tepuk tangannn.

me : hahahahah noooooo.

aaa stress..apa ni.
makin ngeri..tido pun terkentut ni.
dulu kemain zaman bercinta burp pun cover2 poyo nak mampus.
sekarang kentut bersepah uolls. pitammm.

kalau aku tak sihat mula la dia call berkali2 sehari.
dia memang daripada dulu sampai ke sekarang memang akan call aku mau 15 kali sehari.
kalau tak sihat agaknya ada 20 kali sehari.
peninggggg.

him : u ngandung kot yang?

me ; takdanya la. angin ni.

him : check la.

me : okayyy.

memang tak kuasa la aku. takdanya. rasanya tidak.
but anyway, tadi aku pergi makan lunch.
then masuk office tengok dia dah ada.
e ehhhh.
tadi ada dia kata nak datang awal. risau nau bini tak sihat konon.
tapi aku kata takyah laaa.
sebab i dont like ok berkepit memanjang ni. i need space. hahaha. durhaka betul.
tapi dia ni suka berkepit.
tengok la dah ada sini.


dah la bebetul sebelah table aku dia placing.
nak bergerak pun payah ni.

pastu setiap kali datang office bising.
aku ni perimas.

MrB : elly, aku bukan apa elly...aku takleh berjauhan daripada bini aku ni. mesti nak selalu bersama.

elly : hahah amboi anje sangat tu.

MrB : memang. ni la simanja aku ni. selagi tak depan mata aku, aku risau je.

me : dah la tu yangggg...bising la u ni. jangan mengada boleh tak.

mengada kan. pening kepala.
aku ni lak tak reti la kau nak suruh manja sakan.
esp depan orang, memang kemungkinan untuk berlaku tu tipis la.

btw, ni dah lega sikit la.
sebab lunch tadi makan tomyam n minum apple asam boi.
so masam2 sikit kot. so loya tu dah takda.
tapi ape ke hal dari tadi kentut non stop ni.
nasib takda bunyi atau bau ganjil...kalau tak seksa orang dalam office ni. hihihi.

ok bye. i nak sambung buat kerja n layan kentut.
sekian sembang-sembang untuk hari ini.


bernasib malang betul lah.

demam aku dah kebah.
tapi still ada batuk lagi.
tapi 2-3 hari ni tah kenapa pening kepala n rasa nak muntah.
berdiri je rasa macam tu.
tapi gagahkan diri ke office.
plus tah kenapa, sbb office sendiri kot, so seronok je nak pergi kerja.
cea cea.

semalam mood rajin, kemain melaram sakan pergi office.
tapi hari ni takda mood.
bangun awal pagi, sebab dah terbiasa bangun awal kan.
tapi liatnya nak bersiap pergi kerja.
lama aku bergolek kat katil, online sana sini.
tengok jam dah kul 10.30am. eh takleh layan malas ni.
bangun mandi.
rasa tak best sebab kepala rasa berpusing pastu tah loya semacam.
siap pakej muntah time mandi tu.

takda mood nak lawa-lawa.
sarung blouse n pakai seluar longgar, sikat rambut. muka comot gila.
bergerak ke office. time pun almost 12pm time tu.
malas nak pergi sarapan/brunch sebab loya.
so sampai office makan nestum oat. then buat maggi cup.
layan makan depan pc.

then buat kerja seperti biasa.
lunch keluar ngan elly,
aku rasa bandan banyak angin la.
sebab tu la rasa tak best je. kena urut ni. tapi nak pergi urut pun bercita aku ni.
eeeiii ingat lagi zaman bebudak dulu kena urut mama or arwah maktok dulu.
dah la sakit tangan...stress je.

me : apa ni angin2. pelik la ada angin.
mama : nanti kau dah berumur kau tau la.

maktok : terima kasih la urut. baru la boleh bernapassss. tadi tak bernapas.
me : tipuuu.. kalau takleh napas...mana boleh hidup.
maktok : iyeeee...ni baru lega.

eh boleh pulak takleh napas. tak logik sangat.
aaaaa sekarang baru tau.
memang takleh napasss..rasa sesak dada.
bila angin tu keluar baru kau rasa lega.
kalau tak memang rasa tersangkut je kat dada angin tu.
eeeii dasyat la.
memang ikut umur la.
dan-dan sekarang pun ada angin jugak.
tah mana datang je angin ni.
kata main bedal je semua makanan.
nanti elly n filla bebel la, "kau selamba makan kan. anginn tu..aku perati je."
hahaha lantak. malas layan dorang bebel.
tapi yang seksa laki aku la, tak senang dia..sebab aku paksa urut aku. hahahhaha

nway. bukan nak cerita tu.
aku kan suka melalut.
cerita aku pasal nasib malang aku.
tengah dok buat kerja bunyi door bell office.
ada agent amik stock.
tetiba staff masuk kata agent tu nak jumpa kak peej.

me : haaaaa? *terus tekup muka* alaaaa tengah comot ni.
farid : a ah dia nak jumpa kak peej dia cakap.
me : ye ke? alaaaaa. ke kak elly dia cakap?
farid : tak. dia cakap kak peej.

aaa terus stress.
sebab memang tahap ngeri comot hari ni.
ngan muka ngeri. sebab tah kenapa demam ni semacam muka berminyak bagai. me not like.
tapi pasrah je la, so jumpa jugak la...

sembang kejap.
then sebelum gerak panggil elly nak bergambar sama.
aaa amik gambar? matiklah comot ..helppp.
akak pasrah dik, nasib bukan artis terkenal.
kalau tak viral nanti, "muka artis tanpa make up."
eeeeiii ngeri.

ni mama baca bising ni.
mesti keluar ayat, "always look presentable once keluar daripada rumah."
abis acaner? kerajinan nak presentable tu datang sekali sekala ajo.
korang ni punnn. time kak jah lawa meletop takda sapa nak jumpa.
penat tau. hahaha.

ni kira ok la.
zaman berbusiness dari rumah dulu.
customer COD barang ada aku kisah? selamba aku pass barang ngan baju kelawar aje.
tak pun pakai seluar katok.
dasyat perangai ni.
tah bila nak berubah tah.

nanti mana tau satu hari nanti jadi jutawan kosmetik *wahhh nak jugakkkk* kena la meletop kan?
ke tetap macam ni?
kang viral lagi kat fb, "jutawan fb yang hidup serba simple" hjahahahha
wow berangan.

ok la..aku nak meratap nasib diri n membayangkan agaknya macam mana hazab la rupa aku kat camera agent Nadiah tu tadi.
*tekup mukaaaaa*

Raya Aidiladha 2015

demam ni kejap ok kejap tak.
sementara dia ok ni, baru update blog yea.
kisah raya haji yang lalu.

nothing special.
dah la i is sedih, hari sebelum tu ke rumah mama.
konon nak tolong masak ke apa.
mama kata takda masak ke apa. sebab takda sapa nak ke pasar.
n hati dia tak ready nak masak2 sambut raya ke apa.
sentap bagai di tusuk sembilu luka. hahah. wah drama.
dah la seksa tau i tengok sana sini orang dok tag kitew buat daging sambal raya hari tu.
apa la nasib, share resepi..tapi tuan resepi sendiri tak buat. huhu.

raya haji tu since tau takda masakan kat rumah mama.
so mari beraya rumah belah MrB. hahah kong ajo gila.
tapi memang dah cakap semua nak kumpul rumah kak shida.
sebab adik arwah abah ada tidur sana..so spend raya kat sana la.

sebelum ke rumah kak shida kita orang ke kubur dulu.


kadang pergi kawasan perkuburan ni tenang kan?
sebab lawa menghijau, macam-macam pokok lawa-lawa. pastu nampak burung berterbangan, rama-rama la..ada pepatung bagai.
but then again. orang ramai macam ni boleh la weyh.
kau suruh pergi sorang baru kau tau tenang tak tenang la kan.


:: Al - Fatihah daddy. we miss u so much ::

sampai rumah kak shida terus serbu makanan.
Ya Allah kak shida ni kau bagi la masak apa pun. semua sedap gila la.
harus makan lupa dunia.
memula makan nasi impit ngan kuah kacang n rendang limpa, daging, hati.
then repeat makan nasi impit dengan kuah lontong pulak. fuiiyooo.
huishhh teringat balik ni, macam tertelan air liur balik ni. oh mannn.

pic adalah tak tersusun. 
sebab rajin i share je semua ye.
pic adalah curtesy daripada MrB. 





dasyat la dia ni makan.
mangkuk besar gila ok tu.
mangkuk selalu orang buat letak nasi tu.
tapi memang sedapppp punnnn. so biarlah dia nak pulun makan.




meriah sebab adik beradik MrB ramai kan.
semua pun dah beranak pinak.
bertambah ramai la.
teringat hari tu abang zul cakap apa tah, pasal gath kot..dia cakap, bila gath tgk siapa paling ramai..mesti family abang zul. lohhh memang la.
masalahnya macam tu aku ngan laki aku sentiasa kalah la..abis dah kita orang memang berdua aje. haha.






:: najib si obsess vape. gila kau banyak benar peralatan dia. dah macam nak bukak kedai. ::

:: me with my biras, tina banana ::












seronok bila family laki aku kumpul ramai-ramai macam ni.
semua jenis riuh bising.
pastu masing2 perangai suka mengenakan masing2.
paling perangai suka mengenakan orang laki aku la kan.
yang aku pelik adik beradik dia macam tak kenal dia.
tetap nak percaya dia kelentong.
naik stress aku, dah la dia suka kelentong pastu akan cakap, "kau tak caya, kau tanya la pija..hidup lagi tu. buat apa aku nak tipu."
muka aku dah berkerut pandang hujung mata je.
dah semua pandang aku. aku memang takkan sokong la penipuan dia tu.
eeiii nak tipu, sila tipu sorang2 yea. jangan nak libatkan aku.


A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on
around 3 pm macam tu bergerak ke rumah mama pulak.
takda apa pun.
saje je cuti2 lepak la bersama.
sampai sana ada fam uncle aku situ, adik papa.
so sembang la apa.
then lepas tu tidur je.


later noy n arif pulak sampai.
again memasing buat hal memasing sambil sembang je la puin.


:: pun boleh tahan obsess vape jugak. tolonglah siap ada app apa tah kat hp untuk pastikan keberkesanan vape tu. pembakaran berapa, setting berapa. ehhh dah kenapa overrr sangat ni? ::

:: eee sempat je dia tu ::


tak buat sambal daging.
order nasi arab aje.
ok laaa. tapi ada sedikit manis. so tau la aku kalau manis mesti akan rasa terkulat2 je makan.
tapi boleh la dari takda. huhu.

eh ok la.
i nak buat kerja.
banyak lak order today.

xoxo pipols.