Instagram : @peejburhan

cuti-cuti happening la sangat.

wah rajin sekarang kak jah kan?
rajin-rajin paksa jugak la ni.
ikut mana rajin la mana nak update ke apa.
banyak cerita ada pic tapi tak rajin update. nanti la akan rajin kan diri.

first of all. thanks atas komen n nasihat kemain banyak.
sorry i tak sempat nak reply semua lagi. yang personally whatsapp semua.
al maklum akhir bulan. so very the busy.
pulak tabita kan today last day harga biasa tu. CLICK HERE
so semua berebut pakat nak beli.
so memang tak menang tangan.
macam2 suggestion ada. tapi aku berminat ngan 2 supplement ni.
kagum dengar dia cerita pasal reading bp dia daripada 220 turun 130 ke lower macam tu.
va va va. cuma nak mencari tu la tak tau nak tuju mana.
akan di usahahan.

ok tu cerita lain.
kali ni nak cerita pasal percutian ngan elly n filla ke PD.
dah berbulan gak la book ni.
dorang la semangat.
pastu konon kesian sebab aku need rest katanya.
sebab aku kan mana ada kemana.
memang tak kemana la. shopping mall pun lama tak pergi. sedih sangat ni.
takda masa sangat.
so dorang kata lets ke PD.
aku dah macam..haahhh PD? macam tak best je.
PD kot. aku membesar kat PD dulu.
last time pergi was 10 years ago kot. macam takda apa je.
plus bila kau dah biasa pergi pulau, kau adalah sedih je bila nak layan laut PD.
dah la ingat dulu yang last aku pergi PD tu. elok berenang kat laut, sebelah aku elok ada tulang ayam KFC berenang jugak sebelah aku. hahahah hampeh sangat.
me not like.
tapi dorang kata jom la. kita lepak kat resort je.
apa2 aje la ye. jom.

percutian semua perempuan je. suami tinggal kat rumah.
dah la dorang paling seram time aku nak mintak kebenaran tu.
sebab laki aku kan ikut mood. so far dia tu asyik nak melekat aje.
so kemain atur strategi time bila baru cakap.
tengok mood dia ok baru cakap. hahaha. sekali laki aku bagi. kah kah.
apa lagi cecepat filla book hotel.

dah la dia paling excited tak boleh blah.

filla : wahhh tak sabarnya nak cutii..mesti happening gila.

me : omaigod filla...PD je kot.

filla : ok aku akan aturkan apa nak buat.

elly : filla nooo. takda siapa lantik kau jadi urusetia. aku cuti nak tido ok. aku nak rehat.

filla : no elly, tak boleh tidur. tidur baik duduk rumah.

elly : eh suka hati aku la nak tidurrrr...takda ye, kau jangan nak buat program itu ini. takda siapa nak layan.

filla : eeeiii dia ni. takpa peej layan filla kan? peeeejjjj...

me : *aku start pening bila filla panggil nama aku berjela macam tu siap effect sengau* eeee semangat sangat dia ni.

filla : suka laaa. best ok. kita swim, makan sama2. pastu kita pergi pasar malam PD. bestnyaaa *tepuk2 tangan*

me : wahhh bestnyaaaa *tepuk2 tangan*

filla : haaaa kan? *sambung tepuk tangan*

me : no filla noooo. aku perli kau la. memang tak happening la percutian pergi pasar malam. gila ke? kat sini pun aku tak pergi pasar malam, tetiba nak pergi pasar malam PD pulak.

filla : ooo ye ke? jahat tau. aku ingat kau memang excited.

eeee tolonglah dia ni. hahaha.
pitam jugak aku memikirkan aktiviti yang dia bakal aturkan.
filla ni semangat lebih. lawak pun ye aku rasa.
excited terlebih. again..PD je kotttt. hahaha.

so sampai la ke hari yang di nantikan.
pergi naik kereta aku.
so aku gi amik elly kat rumah dia.
then straight ke rumah filla.
cissss, dah la rumah filla jauh n harus sesat kalau takda waze.
tapi elly ye-ye jadi co pilot ngan waze dia. tolonglah pakai waze pun berpusing gak salah masuk lorong.
hampeh elly ni. pastu dia salahkan waze. hahha.
nasib sampai gak.

memang dah plan nak lunch rumah filla.
so suruh dia masak.
nyum nyum.

lepas makan baru gerak.
ikut plan memang filla drive.
hahaha. harap maklum aku kan dewi pemalas ni.
memandangkan filla paling semangat ngan percutian ni. biar dia drive. hahah.
elly memang takleh harap. dia memang tunggu masa nak tidur je tu.


dah la stress.
sebab katanya percutian santai dan pantai kan.
relax je la kan. tapi dorang ni melawa sangat kenapa ni?
tengok aku muka selenga je. 
dah tergerak dah pagi tu, eh nak make up ke? dorang ni suka amik pic.
tapi dah kata dewi malas n memikirkan ala, cuti di pantai..takyah la nak lawa nau.
sekali betulll. asyik nak amik pic je. stress ahkak.

kau tengok la elly tu siap ada bawak baju bergantung siap gosok bagai.
aku takdaaaa.. filla pun masa sampai hotel siap mintak iron siap iron baju gantung bagai.
jadi gelisah aku, rasa macam eh aku pun kena iron ke apa ni?
rasa macam...aku takda ke baju nak gosok ni?
masalahnya mmg takda la semua aku bawak tshirt gitu. *gulp*
macam mana aku stress tgk dorang dok prepare memacam, agaknya macam tu gak dorang stress tengok aku comot memanjang. haha.
kami saling menglengkapi antara satu sama lain. ;p

sampai tu tersalah jalan.
instead ikut straight jumpa round about dekat marina tu.
kita orang ke kanan.
wah jalan baru. tak pernah ikut.
sekali nampak ramai lelaki berbaju melayu baru balik solat jumaat.
terus rasa wahhhh ni rekrut ni. askar semua ni.
terus teruja.
teringat zaman dedulu.

tetiba lalu sebelah kem PLR tu.
hamagad terus semangatttt.

me : ehhhh aku ingat tempat ni. time aku kecik dulu. dulu bapak aku TOIC (ok aku tak tau ejaan dia) sini. aaaaa aku ingat lagi dulu ada pembarisan ke apa. bapak aku bagi arahan ke apa jerit2 semua. aaaa. 

elly : kau ingat peej.

filla : wahh gaya kau tu macamkan cerita tu 18 tahun lepas. macam lama bebenar.

me : lamaaaa la. time tu aku darjah 1 ke 2. *tambah tolak kira2* ye laaaaaa! cerita 25 tahun lepasss ok. aku ingat lagi!

filla : e ehhh memang lama la. aku ingat kau over.

elly : eh kau boleh ingat semua. dasyat la otak kau ni.

me : ingatlah. dapat bayangkan lagi.

terus rasa sedih je. teringat kat papa. :(
ingat sebab last time ke PD kita orang masuk kem tu.
even siap ada orang kat kem tu recognize papa.
dia kata time tu dia rekrut. sekarang dia dah pangkat apa tah lelaki tu.
kita orang masuk dalam tu tengok rumah duduk dulu, pergi tengok mass kat situ.
then tengok daripada mess (eh sebenarnya eja macam mana ni? mass ke mess?) nampak laut kat bawah.

ingat lagi time aku kecik dulu time tu tadika kot.
nanti daripada mess tu ada tangga turun ke bawah.
so kita orang ikut situ ke turun n pergi ke laut.
ingat2 lupa time aku duduk situ sebab kecik sangat.
tapi time papa kerja PLR tu aku dalam darjah 1-2 tu aku still ingat lagi la.
sebab seperti biasa ada papa punya CO tu anak lelaki 3 orang.
harus kekecik dah gatal kita minat abang tu.
hari keluarga jumpa. siap mandi laut bersama. hahahah.
sekali terkejut masuk MRSM abang tu n adik dia ada kat situ gak.
pastu terkejut sekali abang tu macam tak handsome je. hahahah.
gelappp mendung semacam je.
eh maknanya adakah di saat itu memang minat aku sebenarnya dah cenderung ke arah lelaki tall dark n handsome (wah nak jugak) hahahhahaha.

eeee aku ni suka cerita melalut-lalut tersasar kan?
abis bilanya entry nak abis kalau dah macam ni gayanya.
so anyway, alang salah jalan tu. mari takyah check in dulu.
kita lepak dulu.
filla ajak starbucks. tapi elly taknak sebab kat KL pun ada katanya.
dia ajak bercendol n rojak.
so ke sana kita.
dekat area sebelum sampai round about pekan PD.
belah kiri tu ada deretan gerai orang jual memacam.
kita orang pergi gerai paling hujung.

sedap cendol dia.
sebab cendol buat sendiri lembuttt je n rasa fresh.
n suka sebab cendol dia sesedap rasa.
takda la manis berdengung ke apa.



rojak ok2 aje.
pastu filla tanya, rojak dia ni takda kuih keras tu ke?
aku tak suka yang lembik ni.
ehhh siapa suruh sibuk snap pic sana sini kecoh sembang sana sini.
yang sedap keras semua laju2 aku ngap. hahahhaa.
nasib la siapa suruh nak kongsi makanan ngan perempuan gemuk. miahahha.

then check in.
kita orang duduk Avillion resort n spa eh nama dia.
entah. semua urusan filla buat.
kita orang bagi duit je memasing.
semua duit kumpul n filla pegang.
so kat sana asyik kenakan dia je.
bila part bayar filla la bayar sebab duit dia pegang kan.
nanti aku n elly, "thankkkss belanjaaa."
saje cakap kuat2. supaya orang rasa..wah kaya pompuan tu belanja kawan2. hahaha.
tapi terus betul filla tu, nanti aku n elly nak belanja kata nak beli ice cream ke, nak apa ke..dia tak bagi ok. dia kata no no no.
e ehhhh..duit sendiri pun takleh guna. kedekuit ni.
tapi bagus gak sebab balik tu balance banyak gila lagi.
aku kata instead bahagi2 balik. suruh filla je simpan.
nanti next cuti-cuti malaysia kita top up aje duit tu.
kira macam simpanan bercuti malaysia la kira. huhu.

sampai sana takda apa pun.
aku n filla duk sembang la apa.
elly seperti biasa tidurrrr je kerja dia.
aku n filla dok melayan tengok air pasang.
wah so cepat kan. rasa macam ada orang bukak paip tetiba baik naik air. hihi.


aku ni nama je angkut camera gedabak.
tapi atas ni la satu2 pic yang aku amik pakai camera.
hahahah malas gilaa weyh.
aku tinggalkan je camera kat bilik.
lain semua pakai phone je. ahhh lagi senang.
so pic aku memang tak variasi langsung.
semua berunsur makanan dan selfie aje. miahahah.

malam jumaat tu tak kemana.
makan kat coffee house dia je.
amik buffet.
which aku rasa tak berbaloi sebab mahal tapi takda choice apa sangat.


tapi kari ikan tongkol dia sedap baq ang.
tolonglah halfway makan aku siap bangun angkat pinggan n tambah nasi, tambah kariiii kasi penuh kat nasi tu. sedappp sangat ni.
elly siap amik kari buat cicah ngan french loaf.
dasat perangai masing2.


aku lak roti tu makan ngan butter. pastu tabur gula.
sedappppp. hahaha lupa daratan kan bab makan.
tapi serious best rasa macam zaman kecik dulu.
korang biasa tak makan macam tu? sedap kan?


then booking tempat kareoke kat situ.
ada kat situ. since jumaat tak ramai lagi.
kita orang booking kul 11pm.
tapi since dinner awal. so masuk awal aje la.

sementara tu selfie sat.
selfie pun tak senang.
ada je penyibuks.
dah sibuk tu takpa la jugak.
tolonglah tiap kali nak tengok hasil.
bila lawa semua approve baru boleh masukkan. eeeiii tolongggg.
aku gak tak kisah, lantak la buruk ke apa dalam camera orang. malas nak tengok.
sebab aku memang daripada awal tak suka orang nak amik pic pun.
sebab tau hasil mesti buruk nanti. tapi pasrah je la.
dah kata akak berdua ni memang blogger tegar kan. sup sap sup sap tangan dorang keluarkan camera snap sana sini. scary sangat perangai.







tengok la berkali2 i kena snap tau.
last pic bawah ni baru dorang approve. tah pape tah.
aku tengok yang atas tu semua ok je pun. apa yang tak kena tah kat mata dorang tu.

tapi time kareoke aku n elly je layan.
filla memanjang taknak nanyi.
nervous la apa. e eh gila. bertiga je pun nak nervous.
kelakar. aku nyanyi lagu najwa latif ngan sleeq tu.
lagu senang kan. ajak la filla nyanyi sama.
aaa dia tak keluar bunyi.
dia cuma nyanyi part...hey je.

aku nyanyi nanti filla...heyyy...untuk dia..heyyyy...
aku tahan je nak gelak. semangat dia dok hey.
tapi aku tak gelak sebab taknak patahkan semangat dia. hahahha

tapi malam tu seksa.
si elly memang awal2 dah tido.
tu dasyat gak perangai asyik tidooo je.
aku lak by 12ish dah ngantuk gak la.
sebab kata sekarang dah biasa tidur awal kan.
tapi filla tu bising betul la.
paksa2 tak bagi tidur.

filla : boring betul la elly ni. tidur awalll. boringggggg!

me : nguapp.. nguappp.

filla : kau jangan nak tidur ye. bercuti ni.

me : eh cuti nak rehat la.

filla : tak remaja la korang ni. aku kalau cuti ngan geng radie tu. kalau tak pukul 5am memang tak tidur la kita orang. so kau jangan nak tidur ye.

eeeee bisingggg.
tapi layan gak sembang memacam.
tapi aku rasa elly tension sebab bising.
kejap nanti berdengus2 dia.
pastu nak tukar positon tu kemain pergerakan macam nak ajak bergaduh.
yang filla kalau bercerita n gelak kemain kuat suara.
hahah mesti stress elly.

paling takleh blah. aku dah rasa segar n seronok sembang.
tetiba nak dekat kul 3am tu.
filla dah dalam selimut.

filla : eh dah la..bising la kau ni. tidur laaaa *sambil nguap*

me : oooo macam babi kan. aku nak tidur kau tak bagi kan. bila kau nak tidur boleh kan?

filla : hahhahahaha diamlah. ok good night.

eh ada ke orang perangai macam ni weyh?
dah la aku susah nak tidur.
sebab tetiba macam seram malam tu. 
sebab aku tidur kan katil tepi tu.
so daripada situ nampak cermin ke toilet.
toilet dia kat shower tu terbukak atas.
tetiba terbayang kalau la ada bertenggek atas bumbung tu. haha bongok sangat.

pastu malam masa sembang tu filla ajak duduk balcony.
aku taknak sebab seram.

filla : asal lak seram.

me : taknak cerita la. tapi laut is not good ok esp malam.

filla : merepek la. asal lak.

me : ye laaa. aku tau la..esok la cerita.

filla : eleh nelayan tu elok je malam2 pergi laut.

me : nelayan keluar pagi ye. malam ada tgh malam.

filla : adddaaa la.

me : ok memang ada. tapi kau ada ke kawan nelayan? takda kan? so takda la kau dengar cerita ke apa. memang tak bagus la laut malam2.

filla : ye ke.

aaaaa aku memang paranoid dah tua2 ni.
pastu time nak tidur dalam nak lena tu asal tutup mata keluar lembaga ala2 slender man (sila google) tapi takda la pakai suit. dia pakai serba putih.
pastu slender man tu asyik ikut aku.
dah la khayalan aku tu bersambung.
contoh aku berjalan daripada cafe nak ke bilik.
dia ikuttt je. nanti aku terjaga.
bersambung area swimming pool. tetap dia ikut.
pastu nak sampai bilik dia tetap ada ikut.
aaaaa takut.
nasib takda apa n khayalan aje. elok je aku tidur malam tu.

then esoknya bangun sarapan.
pun stress ahkak jah.
sebab dah la tidur lambat. kena bangun pagi.
bising betul si filla tu.

"wake up..wake up...heloooo. heloooo. helooo looo looo looo"

"diammmmm lahhhh"

pastu dia diam. pastu dia bising lagiiiii.
pastu aku pusing nak peluk bantal terasa kerasss. 
bukak mata dia sebelah aku ok!!! sengih je muka.
ceng ceng cengg *effect bunyi menakutkan mcm tgh pegang pisau*
rupanya yang keras tu lutut dia. tolongggggg.
nak tak nak terjaga gak. pastu aku pergi toilet.
keluar tanya dia kul berapa? dia kata dah kul 9am.
ok la bangun sebab nak breakfast kan.
duduk balcony smoke kejap.
masuk dalam check rupanya baru pukul 8am.
kong ajaq sangat menipu kan.

pic ni aku chilok daripada ig filla.
nampak kan aku malas nak layan dorang ni bergambar.
tapi asyik nak snap sana sini.




breakfast dia best.
banyak choice makanan. i loike it.

lepas breakfast kita orang swimming.
pergi kat adult pool.
so tenang la.


tapi kak jah sentap.
sebab baru semangat nak swim kena sound ngan mamat bangla jaga pool tu.
sebab aku sarung singlet kat atas.
dia kata tak boleh. kena bukak.
agak2 la. takkan nak bukak..kang ramai pengsan sebab menawan sangat.
sama ada tempat tu bebetul strict sebab sarung atas singlet pun takleh.
atau dia mendambakan nak tengok aku pakai bikini top. hahahha. pantekkkk.

terus kak jah down n duduk di tepian aje.
nasib ada kawan datang jengok.


ni la dia.
kemain bersantai tepi pool. berjalan keliling resort.
tak dapat swim, i terus selfie layan perasaan.


sambil selfie sambil mencarut. carutan di tujukan kepada penjaga swimming pool.
then abis swim terus mandi.
tolonglah toilet dia best sangat la resort ni.
macam hujan betul la.
feeling sangat. nasib rumah aku tak banglo. kalau tak buat toilet gitu.
walaupun kemungkinan bakal di intip musang kalau berlobang macam tu shower.
tapi lantak lak. janji time mandi feeling.

sambil tu order room service dalam bilik.
dah la elly poyo.
aku cakap aku lapar, dia buat muka, "kau laparr? aku ok lagi kenyang."
sekali makanan sampai dia paling menggelupur makan 1st, siap sound aku n filla sibuk amik pic.
e elehhh. poyo sangat perangai tu.






tapi portion makanan dia besar gila.
if ever korang ke sana n order makanan. satu makanan tu boleh kongsi dua orang tau.
sebab sumpah besar sangat portion tak masuk akal.
dah la memasing tamak order sorang satu.
pastu siap order pizza buat tambahan.
amik kau. makanan sendiri pun menangis nak abiskan.
pizza langsung tak sentuh. hahahah.

settle makan memasing tertidur.
filla again tak puas hati n memekak je tak bagi tidur.
takda sapa nak layan. lantak la kau.
kata bercuti. orang nak tidur ye.
last2 dia tewas n tidur gak. hahah padan muka.

tapi aku n filla tidur kejap je.
elly tu tidur kemain lama.
dia jaga la kejap. pastu tidur balik.
aku dok makan la pizza tu ngan filla.
pastu dorang gelakkan sebab masa dorang tidur tu, time terjaga nampak aku senyap2 makan pizza.
abis tu takkan nak makan sambil terjerit2 lak. diam2 je la. huhuhu.

ingat nak lepak minum2.
elly kemain berkeras siap hentak2 lantai, "tak nakkkk minummmm..i nak tidur."
eh eksyen la dia.
lantak la. dia tidur kita orang sembang lagi.
sekali dia bangun petang tu terus, "eh jom minum petang. i lapar n haus."

eleh tadi kemain hentak2. tetiba bangun tidur tau kan lapar.
so siap2 n mari ke cafe n minum petang.










again portion tak masuk akal.
dah la tamak memasing order sorang satu.
tak patut la waitress tu tak bagi tau.
dia kata ingat kita tau, sebab berbaloi ngan harga.
dia bukan macam tu. sebab kau hotel, of coz harga mahal.
tapi portion tu gila kot.
abc tu boleh kongsi 6-7 orang ok dia punya banyak tu.
dia pakai mangkuk orang buat letak nasi selalu tu. gila kau.
even pisang dia pun kemain la gemuk.
naik seram aku tengok pisang goreng tu.
sampai aku upload orang ingat tu ayam la.


kak jah dan angle.
kemain orang dok kata kurus.
takda makna ye. tengok pic atas2 tu. kemain macam batu bersurat badan aku.
tapi dah kata selfie. harus la terbaik kita carik angle. hahahahha
jangan mudah tertipu ye.


lama gila tersangkut kat cafe tu sebab hujan lebatttt bagai nak gila.
seram.
daripada duduk luar transfer ke dalam la.
then dah reda hujan balik bilik. takleh masuk sebab access card rosak.
hujan punya pasal. nak menapak punya la malas. jauhhhh.
nasib ada no phone. call reception dia pakai hp.
sebab hotel lain la tiap floor kat lift ada phone kan.
sini mana ada. nasib bijak n carik no phone hotel n dapat. heheh.

malam plan makan luar pulak.
nasib elly selalu pergi PD n dia rajin carik makan.
so dia tau mana makanan sedap.
so makan seafood.
kau jangan tanya sangat la aku tak reti sangat.
tapi tak silap aku dia ada signboard tulis hotel pantai ria kot.
belah kiri. dia atas lagi dari teluk kemang.
tapi sebelum sampai segala hotel2 apartment apa semua tu.
tengok kiri je la korang. besar signboard dia.
tulis chinese muslim kot. eh lupa.
pepandaiii.


time order tu budak tu kata nak small ke regular.
kita orang kata u rasa mana ok?
dia kata regular tu puas makan la.
ok la regular semua.
pastu terkejut oiii apa banyak sangat ni.
kita orang bertiga je kot.
mampossss.





tapi habisssss licin weyh makan.
tolonglah aku rasa percutian kali ni adalah percutian yang makan menggila namanya.
tapi sedap gila la kedai ni.
aku terbayang kesedapan siakap stim nyonya tu.
sedap sangat.
dah la balik tu memanjang terkentut n sendawa memasing.
anginnn bersepah keluar. hahahah.

then balik tu karaoke lagi.
padahal dah tak larat. tapi sebab dah book n bayar.
tapi perempuan hampeh ni. dia sampai terus tidur ok.
eeiii buruk perangai sangat.


tapi booking 2 jam.
tak sampai pun aku n elly decide nak gerak.
tak larat dah nyanyi. dah kenyang n ngantuk.
dah la sampai bilik dah tentu ngantuk nak tidur.
filla tak bagi. e eh eh sedappp je...dia dah puas tidur. kita nak tidur tak bagi.
taknak layan. aku n elly tidur terus.
dia kata ingat memula aku bebuat tidur. sekali dengar aku dengkur...baru dia tau kekecewaan dia adalah realiti. hahahah

dah la malam tu terjaga banyak kali sebab nyamuk punyaaa la banyak.
aku siap bangun cakap sorang2 sebab stress nyamuk banyak.
nak spray mana ada kan. aaaaa.
merata kena gigit, kat tangan, kaki, bontot semua kena. tsk.
rupanya esoknya bangun tau kenapa banyak nyamuk.
filla la ni pergi toilet tak tutup pintu balik. penakut la tu.
dah tentu toilet dia kan terlapang atas tu., tu nyamuk masuk kot.



ahad tu takda apa.
bangun pergi breakfast.
eh aku suka sangat la konsep katil tepi ni.
rasa nak buat aje.
tapi celah mana lak aku nak buat kan.
ni lawa la nampak laut.
rumah aku paling best pun belakang tu nampak hutan la.
memang lawa n aku sukaaa.
tapi aku takut kang ternampak benda lain lak celahan hutan tu.
eeii tak mo.


aku makan memacam breakfast tu.
tapi aku snap ni je. cehhh.
lain takda apa.
balik tu tidur again.
then pack.
then gerak balik.
sebab hujan lebatttt gila nak balik tu.
so tunggu reda baru gerak.
nasib boleh late check out.

sebelum gerak makan dulu kat coffee house.


balik pun filla bawak.
tapi boleh tahan slow perempuan tu bawak.
gerak daripada PD pukul 3.30.
aku sampai rumah aku 6.10 ok. eh gila apa.
dia kata aku yang lembab. takda ye.
dpd rumah filla ke rumah elly n aku laju gila kot aku bawak.
siap kena sound ngan elly, "slow2 peej..takda apa nak kejar."
so confirm filla yang slow macam siput tau bawak kereta.
gila kau PD - KL dekat 3 jam.

ok dah. itu je.
i malas nak ulas panjang details.
nak cerita version lain n pic lebih variety pergi tgk blog filla. CLICK HERE.
elly belum update. korang tunggu la.
boleh tahan siput kau elly. hahahahha.




darah setinggi gunung.

Aku baru sampai office ni.
Baru balik daripada appointment klinik.
sebelum buat kerja meh update sikit.

rasanya ada dah 2 bulan kot aku start pergi klinik.
hahaha amik kau. sakitnya dah 2 tahun, baru reti-reti nak properly check kat doktor.
selama ni aku mintak je ubat kat kawan.
jilaka sangat perangai.
pernah beli. tapi matilah mahal nak gila.
so baik mintak je.

sampai satu tahap takleh pergi dah.
sebab kaki aku start bengkak.
serammm. dah la orang kata bengkak boleh jadi sebab buah pinggang.
tak ke kau takut?
tapi mostly kata try tukar ubat, sebab ubat darah tinggi yang aku makan tu antara penyebab jugak.
so mana boleh sesuka hati tukar, kena la properly check up bla bla jumpa doktor bla bla.

satu lagi aku takut ada kisah aku dengar ni.
sebab kes orang tu sama macam aku.
ada darah tinggi, tapi makan ubatttt aje. beli sendiri.
taknak jumpa doktor sebab taknak nanti asal jumpa bertambah2 lak ubat.
tu yang tetiba boleh kena stroke or pembuluh darah pecah. aaaa akutttt.
ok lah. kak jah pergi la jumpa doktorrr.

tapi tu la dari sehari ke sehari nak pergi, takkk jugak pergi.
sampai la ada satu hari tu aku cakap kat laki aku nak pergi.
semangat dia bangun pagi n paksa aku pergi.
aku kata takyah laaa. dah lewat..yes typical alasan kak jah.
tapi dia paksa. so pergi la.

aku taknak pergi hospital.
sebab aku tau if pergi hospital, dia check bp aku...confirm warded nanti.
i dont like.
so mari pilih klinik kesihatan. hua hua.

aaaa tapi sumpah setiap kali check bp.
mesti mencanak la tinggi.
mana tak tinggi. daripada tenang boleh stress.
keluar rumah kena hadap jalan jam macam jilaka.
jarak yang selalu 10 minit amik kau dekat 50 minit baru sampai.
pastu nak carik parking pun naik lagi darah tinggi.
berpusing 3-4 kali.
pusing bukan dekat, jauh lak tu. fuhhh.

then menunggu giliran pulak. aaa stresss. apa ke slow sangat aku pun tak pasti.
masa memula dulu lagi la.
aku rasa aku dah datang tepat pada masa. tetap no giliran i no 66 ok. hoiiii.
apa orang yang dapat no giliran 1-10 tu dah start beratur selepas subuh ke apa?
kalah orang beratur nak beli iphone baru gayanya.

macam tadi aku gerak awal sikit.
awal tak awal la.
konon nak gerak 6ish am.
tapi tau la dah kata dasar starfish, harus layan mata tau-tau bangun kul berapa dah.
berdesup siap n gerak.
tetap jam, tetap berpusing cari parking.
tapi i dapat angka giliran no 20. huhu ok la kan. :D

ingat ok la.
tapi dapat no giliran. dia kata duduk dulu ye.
ok duduk.
lagi 20 minit baru dia panggil.
ye 20 minit!!!
ok la. rupanya menunggu 20 minit hanyalah untuk aku membayar rm1 tu. whattt??
pastu dia kata duduk dulu ye. jap lagi dia panggil nama awak untuk result darah.
ok tunggu.
nak tunggu dia panggil pun ada la lagi 15 minit.
dia bagi la balik card kita segala.
dia suruh pergi bilik B untuk amik tekanan darah n check gula.

tunggu lagi!
again ada la dalam 15 to 20 minutes tunggu.
ok check.
pastu dia stress la tengok bp aku tinggi.
berkali-kali check.
takyah check berkali2. memang itu la bacaannya pun.
abis stress aku bermula semalam ye.
stress memikirkan aku akan berjam setiap kali ada appointment, campur stress traffic jam, campur stress cari parking, campur stress tunggu giliran.

nurse : tinggi ni.

me : ye? *lakonan agak2 terkejut*

nurse : memang selalu tinggi macam ni ke?

me : entah. saya tak tau.

nurse : takda check kat rumah ke apa?

me : takda. *muka innocent dan sekali lagi lakonan best actress sebab aku selalu je check n memang tinggi*

nurse : awak takda ke pening2?

me : pening? takda. saya ok aje.

hahaha ni bukan lakonan.
ni memang betul pun. aku rasa aku ok aje.
tapi kalau pening pun aku tak tau kot.
sebab elok je rasa. entahhh.

ok settle bab tu kena jumpa doktor pulak.
againnnnnn tunggu.
kali ni lama.
ada dekat 30 minit kot. ke lebih. Wallahualam.
aku dah tak kuasa nak check.
tunggu kemain lama, jumpa doktor tak sampai 5 minit.
banyak menulis daripada bercakap doktornya pun.
rasa nak hentak kepala kat dinding. penat tau i tunggu.
tapi ok gak la doktor ni. dia dengar rintihan aku pasal kaki bengkak ni.
so dia bagi ubat lain bagi aku testing.
sebab 2 doktor sebelum ni tak layan i pun. bagi yang sama je ubat.
baik i takyah jumpa. teruskan je dapatkan ubat sama. :D

settle tu hantar card untuk next appointment.
then kena amik ubat.
hampir pitam sebab ramainya manusia.

:: pic panorama tak jadi. kesian nurse menjadi entiti sosok sosok kelihatan. ::

ikut no giliran jarak 11 orang je.
tapi tolonglah 1 number amik masa 5-10 minit. pitammmm.
ye time ni aku dah start rasa pening pening. patut time ni nurse tu tanya ada rasa pening tak?
memang aku akan jerit jawab YE!!!!!! sambil hentak meja.

sebab tetiba nanti no pangkal aku tak keluar.
dia keluar no pangkal start no 3 pulak. aaaaaa.
aku amik no kul 9.15 macam tu.
by the time turn aku dekat 10.30 macam tu.
helpppppp....apa ke lama nau.
orang ramai. tapi kaunter bukak 2 aje.
tu pun kejap2 hilang, tinggal la 1 je kaunter. muntahhhh.



hampir tertidur kak jah menunggu.
sampai terpikir n buat kiraan.
rasa nak tidur n set alarm kat phone.
so that takda terlajak tidur.

tu pun dalam pada tu masa amik card appointment dia cakap pukul 11am ada ceramah pemakanan.
hahhh?

nurse : ni awak kena pergi ceramah pemakanan ye.

me : tak boleh. saya kerja.

nurse : kena pergi. awak amik la time slipt.

me : hah apa tu?

nurse : slipt la bagi office kata awak ada sini attend class tu.

me : oooo (motippp? nak bagi sapa slipt tu? bagi elly? ke bagi diri aku sendiri je? tak payah) tak boleh la.

nurse : kena pergi ni dah ada surat ni dpd doktor. depan tu. kat lorong tu.

me : kat mana?

nurse : depan ni. masuk lorong kanan tu. bilik kat situ.

me : ooo lorong depan tu kanan. ok *sekali lagi buat muka serious tapi hanya lakonan semata-mata*

tak payahhh. cukup la bp aku tinggi sebab menunggu kemain lama.
nak bertangga kat kelas pulak lagi. tak kuasa ye.
aku dah tau apa dia nak cakap.
daripada aku remaja aku meneman mama kat hospital.
dia 1 to 1 session ngan dietitian. so i dah tau u nak cakap apa.
so don't want. i nak balikkk.

so tunggu la.
dapat ubat terus cabut.
pastu makan.
indahh. berjangguit ok tunggu.
dah la dah makan ubat. so memang pedih la perut kelaparan.
ceaaa lakonan dia tu. takdanya orang nak percaya.
see the body orang tau ni stock lemak boleh last seminggu tak makan. kah kah.



nak makan nasi. tapi menu lunch belum keluar la. cisss.
makan ni je la.
idok sedap. sebab ada terasa manis. not sure apa yang manis.

eh tapi serious kena la jaga lepas ni.
but dont know nak start mana.
serba serbi malas ni. ciss.
elly n filla dah bising. kata kena start balik masak.
dia kata makan luar tak bagus.
pffttt. a ah la kan. apa ke malas bebenor tah.
pastu kena senam. tapi acaner asyik nak membongkang macam starfish je.
baru bukak youtube zumba, baru tengokkk orang tu buat. aku dah rasa dada berombak.
dada berombak sebab penat..bukan sebab laainnnn.

tetiba teringat masa jumpa last appointment tu.
doktor leh tanya soalan lawak.

doktor : kamu bersenam??

me : hmm. tak.

aku macam...kau tengok badan aku ni ada ciri-ciri seorang yang bersenam dan fit ke? hahahah

doktor : kalau boleh amalkan gaya hidup sihat. senaman seminggu 3 kali. jangan makan nasi, kuey teow semua tu.

me : ok doktor *angguk2. ye gaya itu penting.*

so what now?
haruskah kak jah kembalikan impian zaman remaja untuk menjadi j.lo.
sambil meletop cun pom pom pom.
i jugak sihat dan menjadi idola page/produk kurus.
siapa berminat nanti dia kena sms whatsapp 1800-WOWKURUSNYAKAU.

ok bye.
i nak buat kerja.
order banyak ni.
ta ta titties.



Lemah Semangat

Aku memang agak lama dah tak tengok wayang.
sebab aku rasa wayang sekarang macam mahal terlampau.
n rasa baziaq sangat sedangkan semua boleh tengok online je sekarang.
aku bab download movie tak berapa rajin.
selalu tengok online je la.
cerita melayu lagi la aku tak tengok wayang.
sebab mostly tak berbaloi dengan wang yang di bayar.
hampeh sangat.
layan online je jugak. haha.

time paling suka layan tv series or movies adalah time lipat baju.
nanti tak terasa je sambil tengok sambil lipat.
tadi lipat baju setinggi gunung.
sebelum semakin bertimbun baik lipat.

so aku tengok cerita bawah ni.
selalu sebelum layan movie, aku akan tengok trailer dia dulu kat youtube.
if macam best, baru la tengok bila ada free time.
tapi sekarang free time aku selalu weekend la.
if bukan time lipat baju, time sebelum nak tertidur tu.

so cerita hari ni adalah ini.


boleh tahan seram cerita dia. cissss.
actually aku tak abis tengok lagi ni.
tah kenapa la weyh semakin tua ni semakin lemah semangat.
hahahhaa.
seram je aku buat2 main phone la.
check itu ini la.
tetiba nak charge power bank ke.
ni sebab i nervous n seram..cecepat i stop kan n tetiba update blog. kah kah.
lagi sepuluh minit je pun nak abis. huhuh.
so bagi i tenang kejap.
sat lagi sambung.

kalau korang kaki movie.
boleh la tengok movie online kat yify[dot]tv
macam2 la ada. tapi if movie lepas keluar wayang. tunggu la 2-3 bulan.
kadang memang ada terus kat website tu. tapi bukan clear copy.
so kalau korang seorang yang penyabar macam aku, boleh la tunggu.
kalau tak, sila la tengok wayang.
tapi aku if cerita tu memang best layan kat wayang sebab effect ke apa macam x-men ..aku akan tengok wayang la.
baru rasa berbaloi-baloi bayar tu.
tapi seriously, apa ke jadah mahal bebenor wayang sekarang?
tiket biasa rm18 sorang.
if twin seat rm20 sorang kan? jilake.
dulu bukan rm12 je ke tiket? what happennggg? *haa tetiba keluar terengganu*

ok la. nak habiskan movie.
i dah tenang sekarang.


Kenaikkan harga Set Tabita Desi Damayanti.

sorry tak berpeluang nak inform kat sini.
ni ada masa jap aku update la yea.

Ni harga untuk Set Desi Damayanti Skincare by CV Tabita.


harga ni sehingga 30 September ni sahaja ye.
selepas ini akan ada kenaikkan harga untuk Tabita ni bermula 1 Oct.
untuk both skincare set n loose items.
so sesiapa nak stock up, sila berbuat demikian sebelum 1 Oct.

Kenaikkan harga akan di maklumkan nanti.
Harga adalah selaras bagi semua Agen Sah Tabita Desi Damayanti di Malaysia.
so kalau tetiba korang tengok ada orang jual harga murah daripada pasaran, di kuatiri produk tersebut adalah fake.
n boleh la inform, n akan kami inform ke pihak atasan.
wah gitu ayat aku dah macam ahli perisik. hahaha.

n jangan risau.
kak jah dah jual tabita ni bertahun.
dari zaman orang belum mengenali tabita...masa tabita baru nak bertapak di sini.
n Alhamdulillah aku memang salah satu agen sah.
so belilah tanpa ragu-ragu ye.



gambar pun gambar zaman olskool dulu. heheh.
so di ingatkan kembali.
siapa nak beli tabita ngan harga sekarang.
beli by this month ye.
nanti Oktober dah naik harga.

anything nanti whatsapp je ke nombor yang tertera di atas.
lain pun semua ada di jual macam biasa.
yang i jual

  • Tabita Desi Damayanti
  • Krim Ibu Putih
  • Ektrak Kacip Fatimah UTM
  • Ephyra
  • Ephyra Skinbar
  • Inteemor
nak beli produk Ellfie Beauty pun boleh.
sebab some customers dah biasa deal ngan aku n selesa direct, or prefer dengan aku sebab aku ada tambahan acc CIMB.
pun boleh ye whatsapp.





blogger dan blognya

hari ni ada relax sikit.
so dapat la surf internet.
terlalu sibuk sampai nak online sangat pun takda masa.

ni pun ada masa sikit kita curi.
lepas solat jumaat karang aku kena keluar ada urusan sikit.
then petang rehat sikit. malam ada appointment lagi.

masa bukak dashboard blog, nampak benda ni.



aku start blogging sini tahun 2007.
sebelum tu blogging thru blog friendster back in 2006. heheh.
gila lama woih. sedar tak sedar dah 9 tahun berblogging.
dalam masa 9 tahun tu, blog ni pageviews dah 13++ juta kali orang masuk, dah 3856 posts di published...banyakkkknya.
sebab tu la sekarang ni tahap sendu lain macam.
lama sangat dah aku blogging ni...

plus zaman dulu tak sama macam sekarang.
time mula-mula blogging umur baru 23 tahun.
hah 23? hamagaddddd mudanyaaaaaa. nak muda balik pleaseeeee!
zaman tu semua kau cerita tanpa sebarang masalah.
cerita la semua apa kau rasa nak cerita.

tapi tu la. time tu umur muda. mana ada kau berfikir sangat.
sekarang dah dekat 10 tahun berlalu.
sebab tu la pemikiran pun dah lain.
kau bila cerita kena jaga sensitiviti orang lain.
nanti ada la yang cakap, saya suka baca blog awak dulu. sekarang macam dah tak best.
banyak dah tak cerita bla bla bla.
masalahnya sekarang, iolls dah tak tau nak cerita pasal apa uolls?
balik-balik rutin aku sama je.
aku mengadap muka laki aku, laki aku mengadap muka aku.

dulu zaman blogging aku takda kerja.
aku duduk rumah atau pun keluar bersuka ria.
sekarang ni dah jadi wanita bekerjaya uolls, nak bersuka ria pun takda masa.
tolonglah last aku pergi KLCC tah berapa bulan sudah, macam tu jugak ke pavi.
last aku pergi area curve, ou apa semua lagi la dah lupa tah bila. silap2 setahun lepas kot.
takda masa uolls.
duduk la terperuk kat rumah sambil menangis di sudut katil.
ok tipu. takda katil. so menangis di sudut tilam.
balik kerja mesti dah penat. selalu bermalasan je la kat rumah.
kalau cergas n sihat, rajinkan diri ke rumah mama.
macam tu je la for the past year.
sedih sangat ni.
so nak cerita apa pun kan? unless entry aku bermalas n tidur macam starfish pun korang nak hadap.

dulu kalau orang dok up kata-kata yang looking forward for weekend.
hari jumaat happy. hari isnin stress...aku macam tak faham.
sebab aku ok aje. rasa sama je semua.
aaaaaa sekarang aku dah faham la.
nanti rasa macam aaaa dah nak isnin ke? aaaa esok kerja.
dah pandai bebel kat noy kalau dia bising asal aku tak tidur rumah mama.
sakit badannnn la. dah la kerja, so weekend nak la tidur tilam selesa pastu bangun tengahari.
lama sangat rasanya aku dah tak bangun tengahari. hahahha.
sekarang bangun awal weyh. paling lambat rasanya 9ish kot. kah kah.
paling takleh blah bile weekend pun automatic terjaga awal macam hari2 pergi kerja tu. huhu.
tapi now dah ok sikit. bila weekend mula la i tidur lewat sikit.
layan tengok movie online ke apa.
but still paling lewat bangun mesti kul 11ish gitu la.
sebab selalunya malam sebelumnya tu pun by 2 ish am aku dah ala2 ngantuk. wah wah.
sekarang orang ajak lepak malam pun aku takleh nak sampai ke pagi.
penat lah. matiklah dah tua.

sebab tu aku rasa blog pun dah ikut tuan blogger.
pun sesama di mamah usia.
cerita pun dah ala-ala lemahhh je tak cergas. hahah.
ingat lagi masa aku budak dulu, jumpa makcik yang cerewet n kecoh or tak cool mesti menyampah je.
pastu berazam kat diri sendiri konon nanti aku dah tua aku nak maintain cool.
nak maintain up to date.
wahhh gitu katanyerrr.

tolongggg sekarang aku dah umur 32 tahun. aku rasa aku macam ada ciri-ciri nak jadi mokcik cerewet n not cool je ni.
helpp. nanti anak buah i tak suka i macam mana?
sangat tak cool ok iolls.
dapat whatsapp/ sms daripada customer yang guna bahasa pelik memang rasa nak maki je.
tapi takda lah maki sebab customer is always right la konon.


tapi aku mesti akan reply, "sorry tak faham la. nak apa sebenarnya?"
hahahha mesti budak tu rasa macam, e eleh kampung gila akak ni.
ye biarlah, janji aku tak stress memikirkan apa kau nak sebenarnya?
abis dah bahasa ...

"akaq, sy nax odew bleh kew? akaq adew jual tabita kew? 9t bg acc num okex."

kau tak rasa nak penumbuk?
akak tak paham dikkkk. akak ni dah tuaaaa.
walaupun mungkin profile pic whatsapp akak macam akak ni very young, cool n hip (nakkkk jugak!) tapi hakikatnya akak dah kertu n tak paham bahasa korang.
dah la ada darah tinggi. memang mengundang sangat.
hahaha tolong la loser sangat perangai ni. 


hahahha. manis di mulut.
tapi di dalam hati penjual, hanya penjual yang tau.

belum lagi bab lain.
ingat lagi zaman remaja kan jiwa memberontak.
rasa macam orang dewasa ni tak sporting, tak paham kita.
tolonglah...kita dah besar ok.
tapi ni bila aku dah di kategori orang dewasa, aku takleh tahan tengok remaja2 ni.
eeehhh apa ni kecik2 dah mengeletis ni? rasa nak cili.
tak boleh tahan tengok manusia gedik2 ni.

macam aku makan ngan laki aku.
nampak ada sorang student cina ni. perempuan la.
gila gedik okkk. kat gerai makan tu dia lepak kat dalam gerai kat jantan2 tengah masak n lepak tu.
eh kau dah kenapa?
tak tau apa dia nak. ke hulu ke hilir tergedik2.
confuse aku laki bini.

me : eee apesal gedik sangat tino ni?

MrB : ishhh ni mesti bawah tu dah kena gigit semut api tu.

hahaha bongok sangat perangai.
tapi memang la.
tahap mengelinjat tu lain macam la.
maybe sebab zaman aku dulu pun aku bukan jenis gedik.
so dulu, kini dan selamanya aku takleh terima perempuan gedik.
jenis cakap nak kuat-kuat macam attention seeker, suara nak manja2.
eh kau ni kenapa?

pastu kita orang keluar makan lagi. tempat lain lak.
e eh ada lagi pompuan tu.
aku perasan la. tapi buat tak tau je la.
again ngan aksi tergedik2. ngan geng-geng student jugak.
mostly lelaki la. dia n sorang lagi je pompuan.
yang sorang pompuan tu ok. dia tetap la gedikkkk. tolongggg.

yang laki dok usha banyak kali.
yang aku menunggu laki aku nak order apa ni.
aku nak tulis.

MrB : ehhh..ni bukannn ke...

me : yeeee. si semut api tu la. cepat la nak order apa?

MrB : aaa hahahha si semut api tu.

pastu laki aku order aku tulis.
sementara tu menanah la telinga dengar dia tergedik2 suara kuat kemain.

MrB : ni bukan sebarang semut api ni. ni dasyat ni.

me : ni kerengga la.

MrB : tak la. lebih dasyat daripada tu.

me : semut api afrika ni?

MrB : tak ni semut api ipoh ni. kalau kena tu bisa.

me : hahaha ye ke? ipoh lagi dasyat daripada afrika ke?

MrB : haaa.

hahaha memang kerja mengutuk je laki bini.
then tu takpa. bertambah pening sebab meja satu lagi pun bingit jugak.
sebab penuh bebudak rempit belasan tahun ni.
helppp. kecoh pastu jenis pelik2.
aku dah pening dah.

then tengah lelaki reramai dalam 8 orang lepak.
datang sorang budak perempuan bertudung datang.
bawak adik kecik dalam umur 5 tahun macam tu teman.
perempuan tu takda la gedik suara kuat ke apa.
dahhh lelaki2 tu pulak gedik n mengelinjat.
semua nak cakap kuat tunjuk hebat sesama sendiri nak tunjuk best depan awek tu kot.
pastu perempuan tu ngada kemain la nak selfie tetiba.
eh peliknya perangai kau.

terus wonder. adakah zaman kita orang remaja dulu orang pun perati macam tu?
tapi aku yakin aku idok le kategori gedik.
tapi kategori semua budak lelaki lepak, aku sorang perempuan tersesat ada la. haha.
tapi tu la kan. zaman remaja sentiasa rasa diri tu betul je.
sama la macam aku jugak.
sebab tu zaman memula blogging dulu, walaupun bukan la remaja lagi.
tapi peringkat awal dewasa la.
rasa diri best n cool n terbaik la konon.
padahal biasa2 je pun.
tapi time tu kau blog pun ikut suka hati je.

now dah tua takleh la.
semua kena pikir berkali-kali.
n pikir jugak orang sekeliling, kalau dorang rasa tak selesa aku share kisah dorang.
aku takleh la.
macam dulu tak kisah pun.
tak suka?? siapa suruh keluar ngan i? sebab keluar ngan aku memang semua aku snap pic n nak cerita.
begitu la.

so kena la paham kenapa kadang setengah blog tu takda macam dulu.
so jangan la nak keluar ayat macam, alaaa tak bestnya. dulu baca blog u best je...sekarang semua macam cover-cover je.
memang cover pun. bukan blog aje, even in real life.
tolong jaga hati dan perasaan orang lain, rasa tak perlu cakap..or benda nak cakap tu banyak tak elok daripada elok...tak payah la cakap ye.
bersangka baik la sesama insan.

hahaha confuse sangat aku ni.
tadi kat atas kemain kutuk sana sini.
tetiba bawah ni mood alim tetiba. hahah.
sempena hari jumaat uolls. *betulkan selendang*

ni tunggu jonet datang ni.
dia habis kerja awal kot. takda pesakit nak check dah kot.
dia call tadi ajak lunch sama.
tetiba teremo pulak.
ingat lagi 4 jumaat yang lepas.
situasi sama je. jonet call datang office n ajak lunch.
time jonet call tadi pukul 12.10 pm macam tu.
tengok jam, teringat jam yang sama aku pandang masa mama call inform papa tak sihat n mama alihkan camera facetime tu ke arah papa.
nampak orang tengah attend papa.

kejap masa berlalu.
dah 4 jumaat berlalu.
lagi 2 hari genap sebulan papa pergi.
rinduuu.
tapi hati tetap rasa papa pergi kejap je hospital tu.
nanti discharge la tu.

ok la.
taknak layan perasaan.
entry ni patut, entry yang happy2. :)




Expose Mistik : Bukit Fraser

Salam Peej

Saya Ati dari Kuantan. Nak kongsi cerita pasal lawatan kami sekeluarga ke Frazer hill dlm 5 tahun lepas. Tapi sampai sekarang masih teringat sebab kami 1 family kena kacau malam tu.

Kisah nya bermula bila kami 3 biji kereta bercadang naik ke Fraser hill dan bermalam di sana. Kami menginap di apartment syarikat kakak ipar. So dapat la 2 apartment. 1 apartment ada 2 bilik. Tapi antara 2 apartment tu jaraknya hujung ke hujung. So kalau anak2 buah ni nak pergi ke apartment saya jauh la skit. 

So malam tu mmg kecoh la skit. Sebab masing2 kepenatan, almaklumla jalan naik ke atas tu mcm ular kena palu. Bila sampai2 je kat atas, xde ape pun yg menarik sbb dulu org cakap ada tasik yg cantik, skali dengan taman bunga tapi semua dah kering kontang. Menakutkan jugak la.

Kami sampai ke atas tu dah maghrib. Pas check in semua duk makan n lepak2. Malam tu anak buah sorang ni dia sibuk ajak ayah dia turun bawah. Dia kata ada rumah hutan cantik. Padahal depan apartment tu semua hutan. Ayah dia pun rasa semacam dah. Beria dia paksa anak dia naik atas. 

Malam tu saya tido awal. Pukul 10 dah tido. Org lain ada yg tgk tv lagi. Pastu bila saya terjaga dlm pukul 2-3 pagi tu sbb nak kencing. Tgk org lain semua dah tido. Masa nak bangun tu saya terdengar kecoh sgt kat luar. Mula2 bunyi kereta sampai, dlm 2-3 biji sbb bunyi bising. X lama lepastu bunyi orang berlari. Tapi berlari atas tingkat kami. Saya terus bangun tanya mak. Sib baik mak x tido, dia pun dengar bunyi yg sama. Mak ckp org kat atas baru sampai kot. Masalahnya kami la tingkat atas skali. Xde orang lain dah. Pastu masing2 ketakutan. Saya cakap kat mak nak tido kat tepi katil dia. Mak ok je.

Esok paginya saya terus bukak cerita. Rupa2 nya abg saya yang duduk di apartment 1 lg pun kena kacau. Dia kata ada sesuatu cuba bukak pintu dia. Kuat jugak. Tapi sib baik lepas tu diam. Kami semua rasa ape2 perbuatan yg kami buat masa mula sampai tu "menda" tu akan ulang balik. Sbb pagi tu kami tanya akak yg jaga apartment tu ada ke org lain sampai tengah malam tadi. Akak tu cakap xde. Kami tetamu terakhir sbb tengah malam jalan naik ke fraser hills dah tutup. 

Kami pun ape lagi. terus kemas2 barang dan tunggu trip turun ke bawah. Terpaksa tunggu sebab jalan fraser hills ni ada masa boleh naik sahaja dan ada masa turun sahaja. Jadi itulah kenangan yg x dapat dilupakan oleh kami 1 family. kalau tanya semua, mesti dah serik nak pergi balik sbb masa turun tu semua pakat muntah ramai2.

hehehe

Sekian...

kedai @peachhub at Shopee

Sedar tak sedar dah nak masuk 5 year aku meniaga online ni.
Start kecil-kecilan kat blog n deal thru email.
Then berani bagi bb pin kat customer.
Kejap2 nanti masukkan pasal produk kat ig.
Sampai kena set up Ig khas untuk online shop la @peachhub supaya tak kacau personal Ig.
Nak jual beli pulak now guna whatsapp. Sampai sekarang ini la medium yang aku guna.

Until la aku asyik terdengar orang cakap pasal Shopee ni.
Tapi dengar sambil angin lalu je la.
Tak larat rasa nak ikut segala application yang ada ni.
Tapi ada kawan aku ni dok asyik promo kat Ig dia. Kata nak beli prelove item dia, tengok Shopee.
Eh tak boleh jadi. terus la download jugak App Shopee ni n checkidaut.


Ooo rupanya Shopee ni app untuk jual beli thru mobile.
Wah gila senang.

Kalau korang nak korang boleh download daripada App Store.
Or if pakai Android Phone boleh download daripada Google Play Store.

Aku rasa senang nak paham app Shopee ni. 
Lepas aku sign up, tak sampai 10 minutes aku dah tau selok belok nak guna.
Mula-mula harus browse tengok shop kawan aku tu. 
Tiba-tiba tengok benda lain. Eh banyak sangat menarik ni.
Lepas tu baru aku tengok acc sendiri.
Tolonglah senang sangat ni aku nak jual produk aku kat situ.
Sebab semua jual beli guna smart phone korang je.

Laju je terus aku upload barang-barang yang aku jual.
Aku baru buat some, tak semua lagi sebab aku takda pic. 
Nanti rajin i upload lagi.
Tak perlu susah-susah amik pic. Transfer ke pc, Then baru upload ke apa.
Shopee boleh terus take photo daripada app tu n upload terus. So easy.


:: ni la kedai kita. PEACHHUB ::

:: see senang je nak up barang nak jual. masuk pic (boleh amik dpd gallery phone or snap on the spot) then upload. edit sikit je benda atas ni. dah boleh submit. wooow. ::


[sticky post - scroll down for new entry]

Reason aku suka Shopee ni n sibuk jugak nak buat urusan jual beli kat sini sebab banyak benefit dia yang takda kat App lain yang biasa aku buat online business.

1. Sebab App Shopee ni memang FOC. Takda registration fee. Dia Free app untuk both kat App Store n Google Play Store. 

Then yang buat aku suka dia takda hidden charges.
Dia takda amik any fees.
Contoh barang aku jual tu harga RM90..ada customer beli guna Shopee ni, aku akan dapat bulat-bulat RM90 masuk dalam account aku.
Shopee takda amik percentage or commission daripada hasil jualan kita tu. Wahhh Best.
Sebab unlike certain tu dia akan amik 3-5% daripada harga jualan kan? That i don't like.
Ye la kadang kita jual barang untung kecik, amik kalau dah di ambil percent tu..Bertambah sikit la untung kan?

2. Shopee ni lebih menjaga privacy interaksi jual beli antara seller dengan customer.
Contoh tau la, sebab meniaga online ni, nak tak nak kita kena bagi phone number kita kepada umum.
Sebab tak semua orang suka deal menggunakan email.
Kalau dapat yang jenis memang contact kita sebab nak beli produk takpa.
Ni kadang ada orang tak bertanggungjawab tiba-tiba spam dengan message mengarut la, tiba-tiba add kau dalam group business dia nak ber-MLM la. Tak sukaaaa.


Shopee ada function Chat ni.
Lebih kurang macam Whatsapp tapi dia tak dedahkan phone number kau.
So kalau customer ada benda nak tanya pasal produk ke, nak mintak discount ke kat seller, dia boleh chat terus untuk more details.

3. Shopee ada easy payments.

Ni la yang terpaling aku suka.
Selama berbusiness ni, dapat customer yang senang ok la.
Order masuk, kita bagi bank details, dia buat payment n bg prove, then kita post produk.
Tapi ada some tak reti. Jadi panjang pulak nak settlekan jual beli ni.
Tu ok lagi la. Ada pulak kes menipu tak bayar, tapi kata dah bayar.
Dah banyak kali jugak tangkap percubaan nak menipu ni.
Macam-macam orang la ada.
Bukan senang la meniaga ni.

Ada jugak customer aku ni request macam-macam jenis bank.
Sorry tak dapat aku nak nolong sebab takkan semua bank yang ada dalam malaysia aku nak register kan.
Ada pulak tanya, aku accept credit card tak? what? takda.
Aku ni takda la pandai sangat nak canggih2 ni.
Basic tau la.
So biarkan begitu je la permintaan customer tu.



so dengan Shopee, now korang dah boleh beli barang Kak Jah dengan credit card. *wahhh tepuk tangan laju2*
Haaa tengok tu. Pilih je nak bayar guna apa.
Credit Card? Debit Card?
Online Banking bermacam pilihan Bank korang boleh guna, nak CIMB Clicks? Maybank2u, Hong Leong Connect, RHB Now semua ada la.
Kalau korang nak bank in pakai ATM Transfer or guna Cash Deposit Machine tu pun boleh Shopee boleh detact. Canggih sangat ni.
Terasa aku ni tak advance sangat sebab tak guna kecanggihan yang ada sekarang ni.


See semua barang yang biasa i jual ada i masukkan kat my Shopee shop.
Nanti rajin nak punggah barang, mana yang simpan peram tak pakai akan aku jual Preloved. hihi.

4. Shopee Guarantee
Shopee ni akan make sure korang berpuas hati dengan jual beli yang korang buat.
Start daripada bayaran, ke penghantaran, sampailah ke kualiti produk yang korang beli tu.
Incase la korang beli, tetiba dalam gambar macam elok je..dapat kat tangan korang tak macam yang korang expected..ada defect ke apa.. boleh call customer service Shopee.
Shopee akan guarantee korang berpuas hati. So kalau tak puas hati boleh buat aduan je.



5. Luaskan lagi pasaran dengan Shopee
Ni best jugak sebab Shopee ni Insyallah pasaran akan lebih meluas.
Maybe selama ni customer aku just dalam kalangan blog reader or follower dekat Instagram je.
Tapi dengan Shopee lagi besar pasaran sebab lebih ramai akan tau akan kewujudan barang-barang yang aku jual.
Macam tu jugak masa aku dok tengok barang yang ada jual kat situ.
Wah kagum macam-macam ada. Daripada new items bawak ke preloved...
Daripada sekecil-kecil barang macam subang, ke periuk belanga, ke tupperware, sampai vape segala flavours pun ada ok.



Aaaa tengok la tu. Banyak yang best-best.
Dah la murah pulak tu.
Tengok la sunglass kat atas ni.
Mula la gatal tangan rasa nak beli jeee. Wah best sangat ni.

5.Social Media
Kalau korang selama ni biasa ada online shop kat Instagram lagi senang weyh.
Takyah susah-susah nak upload pic la apa.
Sebab dia ada cara senang kau boleh import je barang jualan kau daripada ig tu ke Shopee.

Korang just buat kat sini je. https://shopee.com.my/ig/

Semalam aku dah try n dapat la import 3 pic kot. Dia boleh import banyak.
Tapi since aku pun lama tak update ig shop aku, So most harga aku dah tak update.
Serious senang kerja. Just perlu edit sikit la bab caption ke apa tu.

Lepas tu once kau submit tu. Kau boleh decide kau nak share ke tak ke social media kau yang lain. Wooowwwwww.


Tengok tu. kau pilih je la kau nak share kat mana.
So easy kan.
So kau punya followers, friendlist yang lain tau kau tengah jual benda tu.

So jom la download App Shopee ni kat phone masing-masing.

Boleh download HERE. Or boleh pergi dekat Google Play Store or App Store.

Nanti dah download jangan lupa singgah n follow kedai kak jah yea.

Kedai kak jah kat Shopee ialah PEACHHUB. Search je kat Shopee tu. Nanti jumpa la.

Lepas dah download App Shopee tu. Boleh la shopping ngan iolls at Peachhub.
Or boleh shopping apa-apa je la ada dalam tu.
Korang boleh guna voucher discount aku bagi ni.

Code : PEEJBURHAN
Nilai Code : RM20
Kegunaan Code : Untuk any item dalam Shopee.

So tak semestinya shopping barang aku baru dapat discount tu.
Beli apa pun kat situ guna code tu dapat discount RM20 dari item yang korang beli tu.

Syarat :

- untuk dapatkan discount RM20, pembelian minumum mestilah berharga RM50.
- boleh di gunakan sekali sahaja Code tersebut.
- Code hendaklah di masukkan di page Checkout.
- Applicable untuk pembelian menggunakan Shopee Guarantee (credit card, online transfer, bank transfers only).

Ok itu aje.
selamat bershopping semua.