Instagram : @peejburhan

Projek Iqra' : Shopping Raya 2015

Program Shopping Raya kembali lagi untuk tahun 2015.
dah few years aku share pasal program shopping raya daripada Projek Iqra' ni.
so this year aku share lagi yea.
Bagi yang dah biasa baca every year tu tau la kan.
untuk yang tak tau, meh sini cerita sikit.
i copy paste tau. maklumlah masa mencemburui ku kaedahnya :)


APAKAH SHOPPING RAYA 2015?

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  menmbantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran kami.
Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA untuk melaksanakannya.
STATUS TERKINI SETAKAT 19/6/2015:
APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.
Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.
Ringkasnya, melalui acara ini, kami berhasrat untuk;
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.


BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?



Pembaca budiman dijemput untuk menaja seorang anak yatim/komuniti bagi program ini;
selain itu kami akan umumkan nanti pendaftaran untuk;
  • SUKARELAWAN MEMBAWA ANAK-ANAK
  • SUKARELAWAN FOTOGRAFI
  • SUKARELAWAN VIDEOGRAFI
  • SUKARELAWAN SEMASA PROGRAM
  • SUKARELAWAN BLOGGER (UNTUK SIARAN EVENT INI DI BLOG ANDA)


so kalau rasa tak dapat membantu dari segi wang ringgit untuk taja, boleh je jadi salah satu sukarelawan macam yang di listkan di atas. :) 

kalau rasa berkemampuan untuk taja, at the same time nak jadi sukarelawan pun boleh. 



BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?




untuk tau lebih detail pasal program Shopping Raya 2015 ni boleh tengok sini


macam mana cara nak donate untuk shopping raya ni semua ada yea.
kalau korang ada blog, atau any medium social media boleh la share pasal program ni.

ok tu je.
selamat berbuka puasa semua.

p/s: kalau free tengok youtube program shopping raya tahun lepas, ada kat link aku bagi atas tu. paling bawah video tu. mesti tersentuh hati tengok kegembiraan anak2 tu bershopping. hishhh i cannot la, makin tua ni makin mudah tersentuh hati ku ini. 





tenanglah mak di sana.

terlalu banyak nak cerita.
tapi takda masa sungguh nak berblog nowadays.
tambah pulak sekarang bulan puasa kan.
office pun tutup awal.
so siapkan kerja awal-awal.
balik terus post, then balik rumah kejap rehat dalam1/2 jam keluar balik beli juadah berbuka puasa.
puasa ni aku berbuka rumah mama..lepas berbuka terus kat sana.
sahur, then lepas sahur baru balik rumah.
macam tu la hari-hari buat masa ni.

tah la jiwa sekarang rasa kosong je.
daripada berdua asyik mengadap muka laki bini aje.
baik spend masa ngan family.

siapa yang follow instagram n facebook aku mostly dah tau.
tapi tak semua follow kan, so ramai jugak yang tak tau.
2 hari sebelum menyambut puasa, ibu mertua aku pulang ke rahmatullah.
terlalu banyak aku nak cerita pasal arwah mak.
tapi aku belum berkesempatan untuk update panjang.
tapi aku amik masa sikit ni untuk update.

kita orang di maklumkan mak meninggal pukul 3 pagi selasa 16 jun lepas.
kebetulan hari tu aku tidur agak lewat. dalam pukul 2am baru nak tidur.
suami aku pulak main komputer kat bilik sebelah.
padahal kalau tak selalunya 12ish macam tu dah tidur.
aku rasa macam baru tidur kejap, tetiba kena kejut.

him : ja..bangun ja. mak nazak.

me : hah?

him : mak nazak. ni hafiz hantar whatsapp *hulur phone kat aku*

rupanya laki aku baru nak tidur time tu.
jam time tu around 3.05 am.
terus dalam mamai tu aku sarung baju n seluar. sama ngan laki aku.
terus keluar daripada rumah menuju ke hospital.
baru separuh perjalanan, sekali lagi hp suami aku berbunyi.

him : jaaa..mak dah takda ja. mak dah meninggal ja.

terus meleleh air mata.
then kita orang berdua sedekahkan Al-Fatihah untuk mak.
laju aku bawak pergi hospital.
nasib tengah pagi, jalan lengang. parking pun lengang.
terus ke wad mak.

sampai tengok nurse sedang uruskan mak.
cabut semua wayar, drip, segala alatan kat mak.
kita orang berdiri tepi tunggu n nangis beramai-ramai.
time tu yang ada hanya keluarga adik ipar aku hafiz n kami suami isteri

bila dah siapkan mak. terus pergi tengok mak.
Ya Allah sedihnya, macam tak percaya sangat. rasa macam cepat sangat semua terjadi.
tapi aku tak stay lama, aku bagi peluang untuk suami aku n hafiz situ. ruang kecik wad tu.
aku ke tepi sambil pegang auni, anak buah aku yang berumur 3 tahun lebih.
tengah aku leka tengok suami aku, sambil baca Al-Fatihah tak henti tetiba auni bersuara.

auni : aunty ija, tu sapa tu?

me : sapa apa auni?

auni : tu *sambil tunjuk ke arah jenazah mak* yang kita tengok tu.

me : tu nenek auni. nenek dah takda tau auni. nenek dah meninggal.

auni : hah? nenek? bukannn la.

me : yeee. tu nenek tu. nenek dah meninggal tau auni.

auni : tak la..tu bukan nenek. nenek kat situ la. *sambil tunjuk ke kanan satu ruang kosong tak jauh dari tempat mak *

me : *berderau darah* eh tak la. nenek dah takda. nenek dah meninggal. tu nenek tu *sambil tunjuk jenazah mak*

auni : bukan la aunty ija. nenek ada kat situ. *sekali lagi tunjuk ke arah yang sama*


Wallahualam, tak sure apa yang auni nampak.
mungkin dia kecik lagi, maybe dia nampak roh arwah mak ke apa kat situ.
sedihnya time tu. 
sebab auni memang rapat sangat ngan nenek dia ni.
kesayangan la sangat. :'(

aku tak tunggu lama.
aku turun ngan auni sebab budak kecik tak elok kan lama2 kat hospital ni.
sambil tu tina dah sampai.
dia nak tengok arwah mak.
so aku turun bawah tolong tengok2 kan anak dia kat kereta.

lama jugak urusan semua.
aku tunggu kat bawah tu.
dalam pukul 5.30am macam tu aku ngan MrB balik rumah untuk mandi dan tukar baju.
dalam pukul 6.40am sekali lagi ke hospital.
kita orang decide untuk mandi dan kafankan mak siap-siap kat hospital.
supaya nanti bila di surah tinggal solat jenazah dan boleh kebumi terus.

suami aku dan adik beradik uruskan jenazah mak.
aku duduk dalam kereta tunggu.
lama menunggu tau-tau aku tertidur dalam sejam.
dalam pukul 9am MrB call cakap dah siap.
now bergerak ke surau.

mamai toksah cakap la. ye la tak tidur betul kan.
so terus ke surau.
masa perjalanan ke surau, suami aku cakap jenazah mak senyum.
aku just dengar macam tu je la. 
tapi masa kat surau, aku tengok mak, terkejut. sebab memang jenazah mak senyum. 
ishhh sedihnya type ni. 
maybe sebab hati mak memang baik, so mak pergi, terpancar kat muka kan. Wallahualam.
tak lama pun kat surau dalam 1 jam je macam tu, then terus solat jenazah dan kebumi.




























Alhamdulillah mak di kebumikan jam 11 pagi selasa tu jugak.
sorry untuk yang whatsapp ke apa semua.
aku memang tak dapat reply.
sebab kul 9am tu memang hp aku abis battery.
aku bawak power bank. tapi wayar tak bawak. syabas sangat utk diri sendiri.

sedih sangat.
terasa sangat kehilangan mak.
sebab rapat kan ngan mak. memang dekat sangat la di hati.
suami aku jangan cakap la. kejap2 aku pandang nampak dia tengah cebek2 nangis.
tapi aku tak tegur. tah la jiwa kacau kot. senang je dia marah. so aku selalu biarkan je.

faham, sebab mengejut sangat kan.
mak takda sakit apa selama ni, biasa la orang tua ada la sakit sikit2 tapi takda yang kronik la maksudnya.
masuk hospital 25/5...condition mak asyik menurun je.
dalam masa 3 weeks mak pergi.
dah la tak sampai setahun yang lalu arwah abah meninggal kan.
so laki aku n adik beradik dia semua memang sedih sangat la kan.
macam arwah abah sakit lamaaaa...so macam in a way kau sentiasa dalam keadaan ready kan.
ye lah, ajal dan maut di tangan Allah.

aku pun terlaluuuu sedih.
sebab aku rapat jugak ngan mak.
Ya Allah sayangnya kat mak.
mak ni baik sangat aku tak tau nak cakap macam mana.
dia tak pernah campur urusan perkahwinan anak.
tapi dia sentiasa nasihat.
dia tak pernah mengata pasal orang.

ingat lagi if MrB kisah hidup mak masa muda-muda.
mak just senyum je, diam je.
dia takkan ye atau tidakkan.
dia takkan cerita keburukan orang ke apa.
mak memang mak mertua terbaik la, mak yg baik, orang yang baik.

sebab tu aku tengok segala urusan mak dipermudahkan oleh Allah.
Alhamdulillah.
Masa abah meninggal dulu mak pernah cakap, mak harap nanti mak terus meninggal...mak tak sakit lama, mak taknak susahkan anak-anak.
Allah bagi apa yang mak minta.
mak sakit 3 minggu kat hospital dan Allah ambil mak.

banyak kenangan manis dengan mak.
tapi ada dua benda aku terkilan tak dapat buat untuk mak.
pertama yang aku pernah cakap kat mak nak bawak dia jalan PD or melaka.
tak dapat aku tunaikan. sedihnya.
tapi tu la memang takda masa kan, aku sendiri tak kemana-mana.

second ialah duit.
aku memang tiap bulan bagi mak duit.
tak banyak tapi cukup la bagi dia happy.
boleh la if dia nak shopping ke apa.
so baru ni ada duit sikit. aku ada niat nak bagi mak lebih.
tapi by the time dapat tu mak dah jatuh sakit.
memang sedih sangat la pikirkan tu. sama gak ngan papa.
tapi papa punya aku serahkan kat mama.
balance pulak aku belikan katil hospital tu.

dah niat dalam hati kalau tak dapat bagi mak duit tu.
takpa la maybe boleh guna buat beli peralatan n kelengkapan mak kalau mak keluar hospital.
tapi tu la, tak berkesempatan...duit yang patut bagi mak tu aku serahkan kat MrB untuk bayaran uruskan jenazah mak dan buat kenduri.
sedihnyaaaaa. menangis kalau teringat tu.
terbayang muka happy mak kalau sempat bagi duit tu.

life is so short.
benda berlaku sekelip mata je.
one moment elok sihat, sekejap lagi jatuh sakit n meninggal.
so sebab tu kalau boleh selagi ada hayat ni nak happykan parents n family je.
diri sendiri boleh tolak tepi dulu.

aku pernah cerita pasal ni dulu.
ada jugak dapat few emails yang cakap dorang tersedar, n nak biasakan bagi parents duit.
selama ni rasa macam tak cukup je nak bagi. rasa kedekut je.
samaaa, aku pun dulu macam tu, tapi suami aku yang didik n biasakan aku buat macam tu.
kalau pikir memang rasa takleh bagi, tapi cuba bayangkan duit tu tak wujud.
contoh gaji kau rm2300, kau anggap la gaji kau rm2200 sahaja.
so rm100 tu kau bagi la mak kau.
terpulang la nak bagi berapa. masing2 la.
macam aku memang tolak tepi untuk mama, papa n arwah mak.
then ada pulak yang cakap, perlu ke bagi kat mak suami? bukan tanggungjawab kita.
ye betul. tapi jangan pikir macam tu, pikir niat kita nak gembirakan hati orang tua, takat mana yang kita mampu.
macam tu la.

kadang duduk-duduk tu tetiba nangis je.
nanti laki aku lak yang pujuk aku.
tapi nanti dia sedapkan la hati, kata takpa mak happy..u selalu bagi mak macam-macam.
ye la rasa macam kejap je berpeluang untuk happykan mak.
hopefully la selama jadi menantu mak, mak happy.

semoga roh mak di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
n i hope mak temui kebahagiaan mak dia sana.
Aamiin.

sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu mertuaku.

Aminah Binti Mat Arif/ Aminah Binti Temah
(1953 - 2015)







Kuih Raya Lalina Bakery

rmai yang dah whatsapp aku tanya pasal cookies raya.
ye lah dah 2 years aku jual kan.
plan this year pun nak jual.
tapi last minute aku decide takleh la jual.
serious tak larat sangat.
dengan now dah kerja, ulang alik ke rumah parents lagi jaga papa.
masa untuk diri sendiri pun dah takda ni.
so tak sanggup la menambahkan penat lagi.
penat tang nak tunggu orang pick up tu tak sanggup.
macam last year sampai ke malam raya pun ada orang amik ye cookies.
walaupun dah bagi dateline. sedih sangat takleh nak bergerak ke mana.
so this year susah la.
kang jadi kerja aku kena mengangkut cookies ke office ke, ke rumah mak pak aku ke, rumah aku ke.
last year takpa atleast aku mmg kat satu tempat je kan.

tapi takpa.
walaupun aku tak jual this year.
korang boleh beli direct dengan Lina.
ye la buatnya korang ngidam tak dapat kang nangis lak kan. heheh.
tapi ada penambahan la, last year 3 je. this year 6 jenis.








Kali ni Lalina Bakery buat 2 jenis packaging: Packaging Normal & Packaging Special. 
Yg Packaging Special ni sesuai utk hamper, gifts or terus nak hiding kepada tetamu pun boleh sgt. 

Packaging Normal yang macam botol2 kat atas ni.
yang special pulak macam bawah ni.






Harga:
Packaging Normal: RM21 sebotol. 5 balang ke atas RM20 sebotol!

Packaging Special: RM25 (400g) & RM15 (200g)

Kami juga sedang mencari agen/distributor yg berminat. 
Minimum order hanya 20 botol, boleh mix jenis kuih. 
Sesuai utk yg berminat utk menambahkan pendapatan dlm bulan Ramadhan.
Tiada risiko kerana kami mengamalkan konsep "pre-order' & deposit tidak diperlukan. 
Anda hanya perlu kumpul order daripada ahli keluarga, kawan-kawan, rakan pejabat and kami akan bg special agent price! Komisen utk setiap botol yg terjual!

Delivery method:
  • Self-collect @ Shah Alam
  • COD @ Klang Valley – tempat & masa boleh discuss (minimum 5 balang)
  • Pos Laju – only available utk Choc. Chip Cookies & Almond Square. Kueh lain tak berani nak pos sebab takut pecah. Kami akan pack 2 jenis kueh ni sepadat mungkin utk elak pecah. So far 2 jenis kueh ni selamat sampai ke customers with minimum damage but no 100% guarantee ye. 

Tarikh tutup : 30 Jun 2015 

Delivery/Pick up: 3 Julai 2015 onwards


For more info, visit:

Email: 
lalinabakery@gmail.com

Whatsapp/SMS: 
017 604 2656



kebas

ngeri sangat tahap bersawang blog ni.
dapat lak tuan blog pemalas. memang macam rumah tinggal tahap sawang ni.
nasib takda hantu bermastautin kat situ.
eh ada la. hantu expose mistik tu la.
sebab orang asal bukak blog ni nampak tu je kan. hahahha.

sumpah kak jah busy uolls.
tak tau celah mana yang free nak mengadap blog entah.
hari jumaat lepas ada la free sikit pagi tu, konon nak update blog.
tapi cucuk iphone kat pc, matiklah satu hapa tak keluar. kosong aje. hahaha.
sorry aku memang dah lamaaaa gila tak pakai pc.
last 3 tahun lepas kot harap maklum.
selama ni dok pakai macbook je.
so konon nak update blog pakai pc office, tak reti kau nak transfer pic macam mana.
mungkin jugak dah kena sumpahan elly, tak menggalakkan perangai mengular di dalam office kot.
since takleh transfer pic memang tak kuasa la nak update.

so sekian la.
lepas waktu kerja memang idok le aku nak ada masa.
habis kerja post, balik post rehat dalam 1/2 hour terus merempit ke hospital.
now papa dah tukar hospital. amik kau 2 hospital kot kena pergi.
then kadang pergi lak jumpa mama.
by the time gerak dah almost 12am.
sampai rumah dah 12.30am gitu.
cuci muka online kejap, by 1am macam tu tidur.
pagi bangun gi office balik. itu je la pusing pun.
memang takda masa i nak bersuka ria. ngan penat lagi.

tapi ini malam terasa nak rajinkan diri.
sebab aku nak bebel n melepaskan rasa nak muntah ini.

tadi seperti biasa pergi hospital tengok mak.
sebelum pergi dah gaduh sikit laki bini.
dia ajak naik kereta. aku kata nak naik motor.
tolonglah, jam kot. aku tak sanggup la nak naik kereta.
pastu dia kata dia penat. masalahnya aku pun penatttttt.
pastu dia kata if penat biar dia pergi sorang.
ikut penat aku, nak je kata ok.
tapi aku tau perangai mat sentap dia tu, kang mau drama 7 hari 7 malam aku tak pergi tu.
so heret la diri pergi.
melawat itu ini. then tiba waktu balik.

siapa biasa ikut bulatan pahang tu tau la tahap jam dia.
esp kat jalan tun razak masuk bulatan tu, then kau nak ke sentul.
jam macam harem jadah.
naik kereta memang hazab la. if naik motor ok sikit la cilok2.
walaupun seram je tahap cilok laki aku tu, aku rasa ada aku mati terpelanting kena langgar or terperosok bawah bas.
naik motor ngan dia memang mulut aku memanjang mengucap je la.
andai kata jadi apa-apa, konsep dengan harapan mati dalam iman la *muka senyum mcm p.ramlee*
tapi sebab aku yang selalu paksa nak naik motor, so pendamkan je la dalam hati dan berdoa lah banyak-banyak.

ok sambung.
so tadi balik la.
elok nak keluar simpang jalan tun razak daripada jalan hospital tu.
tetiba laki aku pusing.
dalam hati aku, *e eh dia ni*
pastu dia cakap, "hish takleh bulatan pahang ni. jammmmmm. takleh ikut situ."
aku diam. sekali lagi dalam hati, *so? naik motor kot. apa sangat la jam. mana ada jalan lain nak balik  rumah*

pastu aku tengok dia pusing.
pastu masuk balik hospital.
lalu la dalam hospital.
then dia keluar kat exit ke arah chow kit tu.
sambil tu dia tunjuk la ke arah bulatan pahang jalan seberang tu pun jam gila.
aku diam.

then aku tengok dia jalan ke arah chow kit.
then belok kanan..then dia straightttt je.
tau-tau dah sampai area the mall, pwtc tu.
dalam hati dok berkata lagi, *ni nak gi mana pulak ni. tolonglah takda kena mengena kot jalan. lagi jauh kot.*

then tetiba dia tunjuk2 apa tah.
aku tak dengar. hati bengkek. badan penat ni.
tapi taknak cakap apa, sebab dia bawak motor lagi penat kot.
then tetiba dia berpusing tah mana. tau-tau keluar jalan besar apa tu.
alaaa kalau straight boleh sampai dataran merdeka ke kiri, ke kanan pergi jalan parlimen tu.
aaaaaaa stresssss.
terus bersuara, "u nak pergi mana ni? u salah jalan ke apa?"
dia angguk kira mengaku la salah jalan.
helpppppppppppppppp....

then dia corner masuk ke jalan sultan ismail tu.
then dia belok kiri ke jalan raja laut.
then straight je dia ke kanan.
wthhhhh. sampai chow kit balik.
kau paham tak tahap stress kak jah?
then dia masuk lorong2 celah bedah belakang chow kit mana tah.
tau-tau keluar kat sebelah bus stand kelang tu.
aku stress tahap nak lompat daripada motor rasa macam, baiklah aku mati dari terus terseksa jiwa dan raga aku ni.

then aku tengok dia u turn bawah fly over tu.
masuk celah bedah sekali lagi.
tau-tau dah ada depan balai polis sentul.
u turn, masuk sentul apa segala, keluar la jalan sentul ke jalan pahang tu.

then terus berdesup la merempit sampai rumah.
paham tak dia nak elakkan jam dpd jalan tun razak tepi hospital ke bulatan pahang, sampai ke area sentul tu.
dia punya elak tu, terus amik masa 45 minit nak sampai rumah woiiii.
kalau dia redah je la jalan tadi tu. 15 minit kot dah sampai rumah.
aku tertekannnnnnn *sambil keruk2 gembangkan rambut*
patut la aku ni ada darah tinggi tahap maksima.
dah la darah tinggi satu hal.
paling takleh tahan by the time aku turun motor memang kengkang kaki aku.
pastu cikpek aku kebassssss!

terus penat taknak kemana dah.
esok lak pergi tengok papa.
penat helpppp.
ok la.
if rajin i update lagi.
tak rajin kalau tunggu la ibarat menunggu kucing bertanduk kaedahnya.

ok ta-ta.
nak tenangkan jiwa layan orange is the new black season 3.
mari marathon.

Expose Mistik : bangunan lama

Hi Peej,

Nak share story keseraman pengalaman aku sendiri, dulu aku keje ofis kat area Taman Desa dalam lebih kurang tahun 2009-2010 mcm tu. 
Bangunan yg aku keje tu bangunan lama..
aku dept customer service call center :( ..
ada 2 kisah yg terjadi dalam satu hari tu..


Kisah Pertama

Hari sabtu aku kena duty whole day sbb ganti staff yg x masuk pagi.. 
so aku masuk kol 6 pagi sampai 10 malam, dalam kol 4 lebih aku letih gila aku nak rest jap,  
pergi la surau kat tgkt 4,
floor tu je yg bukak kalau weekend, aku pun tidur dalam setengah jam.
tiba2 dengar org hempas pintu surau, terus terjaga n terfikir mungkin 'dia' nak kejutkan aku sebab tido kat surau, aku pun terus wudhuk n solat. 

tengah solat tiba2 aku rasa macam kena tampar.
ish main kasar ni time solat pun kacau. 
aku sambung lagi solat dlm keadaan takut gile. 
dah la lampu surau tu mcm nak x nak je hidupnya. 
masuk rakaat ke 3 die main langsir depan aku yg memisahkan muslimat n muslimin.. 
Macam org bukak kipas dari tempat lelaki.. paastu sekali lagi die tampar aku.

Aku pun apa lagi terus keluar dengan telekung nak naik tingkat 8 ( floor aku). 
time tu la lift tinggal 1 je yg bernyawa. lift lain sume hampeh. 
aku naik atas pucat lesi n staff2 aku tanya kenapa, aku cerita n baru lah sorang hamba allah ni bagitau dia pun pernah kene kat tingkat 4 tu jugak..
cis.. tak cerita apa-apa pun.. 
masuk maghrib kita org turun ramai2 pergi jemaah... 
perasaan takut still ada, aku pilih utk solat tengah2 antara kawan aku.. 
lepas tu memang aku tak pernah solat kat situ dah, staff yang keje weekend aku bagi dorg solat kat bilik stor tingkat 8 tu jugak.. 


Kisah Kedua ( hari yg sama)

Jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 10 mlm, waktu habis kerja.
Aku dengan 5 org staff je tinggal.. biasalah closing dlm sejam, 3 org ni kena balik awal. 
tinggal aku dengan sorang staff baru perempuan (Fifi) n sorang staff lelaki (Riz) yang tak berapa nak gagah sangat. 
buat closing sampai dekat kol 11, aku yang dah kerja seharian ni tak larat gile nak bukak mata, ajak dorg balik..
dalam pada nak balik ni, tiba2 Riz yang tak berapa nak gagah ni hilang ntah kemana. 

Aku ngan si Fifi ni dah pandang each other.
aku terus capai phone call Riz, phone dia elok je terbiar atas meja.. 
Jerit2 panggil , takda jawapan.
dengan panic nya kita orang call guard yang jaga building. 
Uncle tu pulak tak jawab phone.
aku ngan Fifi berlari turun bawah sebab dah tegak2 bulu roma aku, even tengah type ni pun kembang2 bulu tengkuk aku.. 
sampai bawah terus jerit nama uncle tu. dia pun datang n kita org cerita semua.. 
yang best tu dia cakap.. Riz dah balik n baru je keluar dari parking.. jeng jeng jeng.. 

Kebetulan abang aku dah sampai nak amik aku malam tu, aku ajak dia n uncle guard 2 org teman aku n Fifi naik atas amik barang n kunci pintu then cabut. 
Masa otw balik umah aku call boss, cerita apa yg jadi. dia nak jumpa aku malam tu jugak tapi aku dah tak larat sangat.

so the next day pagi2 buta aku dah terpacak kat kedai minum area ofis jumpa boss, Fifi n Riz ade sekali. 
Riz cerita kat kita orang yang dia perasan aku n Fifi turun dengan dia,
lepas dah kunci semua pintu n tutup semua lampu, dia turun satu lift dengan aku n Fifi, siap hantar Fifi pergi kereta dia.. 
so bila check thumb print in / out office.. memang detect Riz turun dulu sebab jarak masa die thumb out dalam 20 minit sebelum aku ngan Fifi. 
tapi bila nak view through cctv.. mase tu corrupted. Suddenly.....

Persoalannya ; 

1) Siapa yagn turun ngan Riz?
2) Phone siapa yang atas meja Riz mase aku call?
3) Kenapa CCTV tak capture masa tu..?

Seminggu lepas tu bos aku panggil beberapa org ustaz buat solat hajat n baca2 kat floor kita orang.. masa baca yasin memang tegak bulu roma masing2.. 
Sebulan lepas tu aku dapat better offer kat Penang kampung aku, aku pun cabut la.
Sekarang ni ofis lama tu dah pindah n bangunan tu sekarang tengah proses lelong sebab tenant lepas kita org pun pindah lepas 3 tahun beroperasi.... 
mmg haunted kot tmpat tu.. tgk rupa pon serams..

hati orang ni pelik-pelik

hari ni akak nak kupas pasal topik hati orang.
wah kupas katanya. poyo sangat ayat macam hebat.
padahal ayat caca marba je.

but anyway, ni pasal hati orang dan business.
aku tak sure la aku yang prob atau orang yang prob.
bila terjadi macam-macam ni kita mesti akan cakap dia ni dengki ke apa?
tapi bila orang cakap dia dengki. dia akan melenting kata takda masa nak dengki la bla bla bla..memang menyampah la apa.

tah la aku dah buat online business dah 4 tahun.
aku selalu buat hal sendiri.
aku jaga kerja aku sendiri je.
aku tak rajin nak stalk business orang lain dan sendiri membakar jiwa ke apa.
aku amik konsep, rezeki masing-masing.
dia ada customer dia. aku ada customer aku.
customer ada pilihan masing2 dia nak beli kat siapa.
even ada orang meniaga cara tak berhemah pun aku tak kisah. lantak dia la.
kalau Allah dah tetapkan rezeki aku ada, Insyallah ada...tak perlu main jahat ke apa.

sepanjang aku meniaga.
aku tak kisah nak share memacam.
ada yang PM aku tanya mana aku beli plastik untuk post barang.
terus aku bagi segala link tempat aku beli.
siap bagi tau size apa sesuai untuk barang apa.
eventhough orang tu jual benda yang sama macam aku.

macam ephyra, mostly customer aku, some aku siap suruh dorang contact sendiri ephyra.
cakap jadi la dealer, sebab untung dia banyak.
kalau aku nak jadi stokis ke, dropship ke boleh kan.
tapi business aku sendiri pun aku terkangkang nak handle.
so lebih baik la kau terus je deal ngan ephyra.
harap maklum aku takda dapat apa2 percent pun ye daripada tu ye.
memang ikhlas aku suruh orang tu meniaga tambah pendapatan.

sama jugak dengan tabita.
aku rasa berapa ramai orang aku hantar kat supplier aku tu.
mostly dorang nak berurusan ngan aku.
tolong lah aku tak sanggup nak layan agent. hahahah.
so apa kata korang deal la terus.
n mostly yang aku hantar tu agent besar ok.
kalau aku tamak boleh je aku bolot amik keuntungan situ.
tapi no no no. i tak tamak ok.

kadang aku sendiri lupa.
sampai la terjumpa.
dorang sendiri yang bagi tau..."takkan tak ingat..i yang dulu contact u. tapi u bagi contact supplier terus. pelik i biar benar dia ni. selalu orang taknak share."
entah la pikir balik bengong gak la. tapi tah aku taknak pikir la.
again aku tak dapat apa pun daripada situ.
takpa la aku happy je tengok orang meniaga sama.
maybe bukan rezeki aku daripada situ, tapi Allah bagi rezeki cara lain.
Allah tu Maha Adil. so tak yah nak runsing sangat la.

lepas dah buat semua tu.
aku mana amik tau dah.
kau pandai la buat kerja kau.
aku buat kerja aku.

tapi ada satu benda ni buat aku agak terkilan n agak sentap 88 hari.
macam kimakkkk (haaa kan dah carut. nasiblah kau nak terasa) je perangai.
ada sorang ni dulu nak meniaga n thru aku.
tapi aku tau aku takleh handle so aku suruh deal ngan orang lain la.
tak kisah la. Alhamdulillah ok.
n even masa dia memula meniaga selamba dia tag kat aku bagai.
padahal jual benda sama ni.
aku takda la marah. cuma aku remove je la tag tu.
siap kemain amik customer aku semua. pun aku biarkan aje.
itu rezeki dia la maknanya kan.
semua la kawan aku, family, tok nenek, sedara apa semua dia add. suka kau la.

then pernah terjumpa few times kat few occasion.
kemain siap mintak pic bersama. ok la layan.
then aku perasan. kita orang ada la mutual friend.
then aku tengok mutual friend tu macam balas komen dia.
aku nampak la.
tapi komen dia aku tak nampak.
kau faham tak?
itu maknanya apa? dia BLOCK aku la kan?
dah lama. kisah dpd awal tahun tak silap.

tp aku memang tak kisah la pun.
then hari tu sembang ngan elly.
elly cakap la eh ni kau tengok dia ni share bla bla bla.
aku malas nak bergerak ke meja elly nak tengok.
so aku search la nama dia. sebab nak baca kisah yang elly cakap tu.
takleh ok. kira macam takda la kewujudan nama dia.
*kecikkan mata bagi pandangan maut kat PC*
memang confirm la dia BLOCK!!!

aku dah rasa macam WTF kau ni.
motip block aku, aku tak pernah kacau kau pun?
aku dok pikir tau. eh kenapa nak kena block?
apa salah aku?
adakah dia sentap sebab pic dia ngan aku, gigih dia whatsapp..aku tak update blog tak masukkan ke apa?
sebab tu ke?
sebab aku tak jumpa reason lain la.
kalau sebab tu kau nak sentap sampai block aku kat fb. memang bangang bertingkat la kau dik.
tolonglah dik gambar kawin aku dpd photog aku bayar beribu pun aku tak masukkan dik.
akak kau ni memang pemalas.

tapi sumpah aku takleh terima orang macam tu.
kau dah kenapa meroyan sangat sampai block.
atau dorang yang ada masalah hati takleh tengok orang happy?
saiko.

ada sorang minah ni pun sama.
takda angin takda ribut block aku.
gila apa!
agaknya takut aku komen bongkar penipuan dia kot.
sebab dah berapa kali gak kantoi dia tu penipu alam.
yang kelakar best sangat ke korang sampai aku nak stalk.
kosser ok.

ke orang macam tu sakit jiwa sebab aku tak layan?
dan ketara dorang kepochi tak di layan maka sentap?
tolonglah aku bukan jenis pilih bulu mana nak layan mana tak layan.
problem aku adalah aku sangap la pemalas.
kalau sorang aku tak layan lagi 40 orang aku tak layan.
tak kira la family ke, bff ke, apa ke.
if mood rajin datang..baru la aku rajin reply message ke, komen ke apa ke.

sebab tu aku tak ramai kawan.
sebab aku ni malas jaga hati orang. ok jaga la.
tapi aku bukan jenis tetiba rajin nak call n terus nyanyi, "aku tanya apa khabarrr?? aku tanya apa khabarrrr???"
memang tak ok. n mostly kawan2 aku pun paham.
n aku pun takkan expect orang buat benda yang sama kat aku.
tapi sesekali jumpa tu harus ikatan n friendship tu tetap sama.

seriously, bersihkan lah hati tu.
takyah nak pura-pura baik. orang kau boleh tipu, tapi Allah tau.

tapi sumpah aku daripada jenis malas nak amik tau or amik peduli...tapi aku jadi benci gila kat orang tu.
perangai serupa pantat 18 tingkat.
ok walaupun aku tak pernah nampak or tau 18 tingkat tu macam mana.
tapi lebih kurang macam tu la perangai kau. ngan mulut terjuih kau tu.
ehhhh tetiba cakap mulut orang terjuih pulak. biadap kau kak jah.

tapi serious pelik, aku tak pernah kacau orang..kenapa orang selalu tak puas hati kat aku...dulu, kini dan selamanya.

ahhhh whatever la.
bean bag i dah sampai pagi tadi.
daripada memikirkan masalah hari orang yang pelik-pelik ni baik i layan mata.


walaupun agak ngeri sebab bean bag dah kakjah tak jauh beza dari segi size.
sumpah best ni. tadi hampir tertidur.
mengadap lak aircond full blast. fuhhhhhhhh.
ni bulan puasa ada jadi starfish aku kat situ.

ramai dok tanya beli mana?
aku dah jawab, tapi style orang kita ni malas membaca komen.
so di sertakan link website tu ye http://www.freeasy.co
beli online je senang. click sana sini. tau-tau sampai kat office.
hua hua hua.

nah amik clorox *hulur kat orang hati hitam tu*

kesihatan

*patut publish pukul 6pm td. Rupanya tak tekan. Cisss. Tu la bila terlalu kelam kabut berkejar sana sini. Ni tgh dpm kereta sementara tggu suami check br perasan. *

Aku terlalu penat la.
tu selalu orang kata, orang kat hospital dah tentu sakit.
kita yang ulang alik tu pun silap hari bulan boleh sakit.

penat sangat berulang alik hospital setiap hari.
tambah pulak sekarang dah ada dua pesakit kena visit.
tau la hospital kan besar. nak menapak tu satu hal.
corridor dah la panjanggggg. aaaaa stress.
dengan kaki aku bengkak bak gajah ni lagi.
bila bengkak tu dia akan tegang gila bawak ke betis.
tu yang berjalan lagi tegang n sakit je rasa.
bawak lak muatan berat.
help me.

ni tengah tunggu laki aku balik daripada post barang.
hujan lebat tu. aku kata biar reda baru balik.
sian lak kang balik lencun.
so sementara update kejap yea.

hari jumaat hari tu dipaksa pergi check darah ngan elly.
pepagi dah ambik aku kat rumah.
pemaksa betul.
dia tau kalau dia tak paksa memang aku tak pergi. hahaha.
so pergi la. result esok dapat.
dah la dorang kutuk aku. sebab teruk nau orang tu dok tepuk2 lengan aku pappp pappp pappp...amik kau sampai ke luar dengar.
maklumlah tembam, susah nak jumpa urat. mueheheheh.

lepas tu breakfast istimewa sikit.



egg's ben. gituh namanya.
nama panjang egg's benedict. tapi coffee bean bagi nama tu je.
rasa lawak. sebab tetiba aku terpikir telur ben dalam bahasa melayunya. hahahahahhahahaha.
mmm dap dap.
ok tipu. tak sedap sangat. sebab telur tu masak.
patut egg's benedict ni poach egg kan. so bila belah dia meleleh gitu. wooowww.
ni kalau dapat kat gordon ramsey kena lempar pinggan ni.
tetiba aku teringat egg's benedict makan ngan tina kat plan B, publika tu. situ best. me loff it.

eh laki den dah balik la.
nak siap pergi hospital ni.
sebenarnya penatttt. macam tak larat nak pergi ni.
tapi rasa bersalah di dalam hati.
n siannya kat papa, nanti dia sedih how la kan?
so kena kuatkan diri.

aku hanya mampu berdoa kat Allah SWT supaya bagi aku kekuatan dan kesihatan untuk aku laksananya tanggungjawab sebagai anak terhadap parents. Insyallah.



akhir kata.
buat apa tew petang2 hujan2 ni? *kata kak jah sambil intip dibalik frame*