Instagram : @peejburhan

Asam dan Garam

hi peeps,

Ya Allah tolonglah tahap kemalasan tak terbendung kan.
gila bersawang dah blog ni. kesian.
maaflah, terlalu busy memang tak sempat apa.
jangan kata tak sempat update blog, sempat untuk bersuka ria pun takda.
ada masa terluang pun ku pergi rumah mama.
tu pun dapat la seminggu sekali je. sobs.

today pun busy, tapi sebab today special sikit. so mari update blog.
Alhamdulillah today genap 3 tahun kawin. :D
wah kejap je 3 tahun sedar tak sedar.
i'm not gonna say yang 3 years ni bahagia sesajo.
agak-agak la. dah kata pun kawin kan. mesti ada turun naik dia.
ada jugak moment-moment yang macam, "apesalll la aku kawin ngan dia ni."
hahha gila dramatic.

ingat lagi rasanya last year kot.
aku buat entry kata kawin ni memang macam ni ke apa?
of coz kau tengok sana sini, tak kisah la movie ke, celebrity ke, or sesiapa la...amboi kemain macam indahnya perkahwinan ni.
but apesal kau rasa macam tak berapa indah je?
kira 50/50 la..ada time rasa aaaa bestnya..sayangnya dia ni.
tapi ada time kau rasa macam...eeeee menyammmpahhhhnya ngan dia ni.
so aku time tu rasa macam, apa la motif kawin kalau kau takda la 100% happy.

that time dapat banyak sangat komen kat entry tu.
semua dok kata memang la macam tu, semua orang pun ada time gaduh la apa semua.
cuma maybe orang choose not to show it on social media.
ok faham. sama la kan. aku pun.
bukan sebab kau hipokrit ke apa. cuma aku rasa certain things kena keep to ourselves kan.
but tak bermakna kau kena tunjuk kau la manusia paling bahagia di seantero alam.
tak tahan kadang tengok orang yang puji melambung laki memasing kat fb ke, ig ke.
ada rasa sikit nak termuntah pun ada.
ok betul, mesti la semua orang rasa macam laki dia la terbaik bla bla bla...ye la bagi kau..kalau tak, apesal lak kawin kan.
tapi tak perlu nak poyo sangat kat social media.
entah maybe aku bukan macam tu kot.
aku jenis segan kot. plus kalau kau rasa mengucapkan terima kasih or tunjuk appreciation kau kat laki kau, cakap terus kan lagi bermakna.
motip nak tunjuk kat orang lain bagi baca ke apa. poyo sangat ok.

dulu masa baru kawin selalu gaduh.
bergegar la rumah bila bergaduh tu.
aku pulak kemain pesen suka menjawab.
ada jeeeee aku nak jawab.
if tak jawab pun, mulut aku kemain terkumat kamit je.
hahahha lagi la bengang kan.
tapi of coz makin lama kau dah makin tau perangai memasing.
laki aku style if marah kejap je, nanti tetiba ok je.
so untuk bagi dia cepat ok, dia bebel la macam mana pun. aku diaaaammmm je.
buat tak layan je. so takda la berlanjutan.

kau tau macam mana aku sedar?
sebab pernah sekali tu bergaduh. aku record apa yang dia bising.
konon sebagai bukti la if ada apa-apa.
then lepas tu ok. memang aku lupa pasal record tu.
then agaknya dok tranfer file masuk laptop. recording tu masuk la sekali.
tah ada sekali tu aku dok main laptop.
tetiba tah salah tekan ke apa. recording tu keluar ok.
plak tu aku tak tau mana datang benda tu. aku try nak off tak jumpa mana.
so aku dengar la benda tu.
then baru tersedar, hamagaddddd teruknya aku menjawab.
well biasa la, selama ni bergaduh..kau rasa kauuuu je yang betul.
then bila kau terdengar tu baru la rasa sedar diri.
so lepas tu memang idok le aku menjawab sakan bagai. dok je la diam2.
jawab pun dalam hati je. hihihi.

(aku type entry pagi. tetiba cemas sebab order masuk banyak gila. maknanya banyak kerja. aku stop buat kerja. then kena keluar pulak ada urusan. amik kau kul 11pm baru leh sambung balik. 'special' la sangat konon)

ok sambung.
tah la kadang gaduh ni ok gak.
jangan la selalu. tu tak healty namanya.
sekali sekala tu perlu.
sebab tau la time marah ni kita cakap apa tak puas hati.
so daripada situ. kau dapat la amik point memasing apa tidak kepuasan hati memasing.
mungkin daripada situ cuba perbaiki mana yang boleh.
gitu la.

takda apa celebration pun.
kata busy kan.
hadiah pun takda.
aku cuma mampu hadiahkan kentut je kat laki aku. hahaha.
oh aku tak pernah cerita kan.
aku kawin dah 3 years.
tapi ikutkan dah kenal 11 tahun. lama kan.
percaya tak aku kata dia pernah dengar aku kentut ada la tak sampai 5 kali. muaahhahha. hebat kan.
aku tak tau la. tah kenapa segan.
kentut aku pun macamkan pergi sekolah pulak.
contot nak terkentut, aku cakap la...eh i rasa nak kentut la.
dia kata kentutttt je la. tetiba weyh rasa nak kentut tu hilang. wah amazing.

tang dia terdengar aku terkentut tu selalu accidentally.
contoh ketawa tetiba terkentut ke, batuk terkentut ke. cissss. bodoh punya kentut. tak coverline langsung.
elly n filla takleh terima bila aku kata aku tak kentut kat laki aku.
aku bukan apa, kau bayang aku TERkentut kan, tetiba nanti dengar la laki aku cakap kuat-kuat, "la hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim" sambil geleng-geleng kepala.
eee kejam gila.

dia buat macam kan sesuatu yang luar biasa la kalau terdengar tu. me not like.
macam tadi. tengah aku online.
aku bersin sebenarnya. tetiba boleh lak terkentut. bongok sangat tu.
cecepat aku pandang dia. dia serious tengah main game kat hp.

me : tobby (sorry)
him : ye lah i tobby kan.
me : tobby apa?
him : u bersin tadi.
me : ok ye lah tobby tau.

fuhhh lega.

him : i tobby kan jugak sebab u kentut.
me : hahhaha oling tu dengar ke?
him : kuat ja. takpa la kalau tu hadiah kenivosoriy daripada u.

hahaha kong ajo sangat dia ni tau.
i tak sengaja ok.

siang tadi menyampah gak.
laki aku ni ada satu perangai penjealous yang aku takleh hadam.
macam aku pernah cakap la, aku ni dah tentu rupa almari 3 pintu.
motip dia nak jealous melampau tu takleh blah.

ada aku share kat fb.



mula-mula dia dok tanya dengan siapa suara nak garang-garang tu dah nyampah tu.
tolonglah dia ni.
tapi lepas tu terus merepek. eeiiii.
tapi takpa la. aku pun merepek jugak orangnya.
so sesuai la perangai dedua tu.

so far ok la masih belum jemu ngan diri memasing.
belum ada rezeki lagi dapat anak.
tapi aku ok je. takda la rasa tekanan perasaan ke apa.
maybe sebab aku ngan bebudak pun kurang, so takda la rasa depressi bila belum ada rezeki ada baby. hua hua.
tapi tipu la ok all the way. ada time bila nampak pic baby ada la rasa macam, "macam mana la rupa anak aku if ada nanti. lawa macam mak dia ke? (wahahah nak gak), ke hitam tak berapa manis macam apaknya?" mih mih mih.

ramai dok push suruh pergi itu ini.
kosser ok. jangan memaksa ok.
aku happy je ngan kehidupan sekarang.
Allah tu sebaik perancang. dia tau apa terbaik untuk kami laki bini.
dengan tahap kesibukan aku sekarang ni..tak dapat bayangkan dengan nak mengkebek anak semua.
maybe jugak rezeki anak takda, rezeki yang aku ada ni aku boleh salurkan ke arah lain.
cuma tu la, tekanan iolls datang dari laki aku n parents aku je.
bukan tekanan apa pun. cuma tahap laki aku yang suka sangat kat budak n parents aku yang kepingin cucu tu je.
but what to do, kita merancang, Allah menentukan.
ada rezeki ada la kan.





pic Mr & Mrs B around 12ish on 28 april 2015.
doakan yang baik-baik untuk kami.
doa jodoh kami panjang hingga akhir hayat. Aamiin.

Expose Mistik : cerita campur-campur.

Cerita 1 : Rumah Kuarters

Dulu dalam tahun 2005 macam tu, kitaorg sekeluarga duduk kat rumah kuarters company ayah kitaorg. 
So, saya ada 3 orang adik beradik tapi masa tahun tu, kakak-kakak saya semua masuk Universiti dan tinggal laaa saya di rumah dengan mak abah saya.
Mula-mula kan kak peej, saya jenis tak kesah kalau tidur dalam gelap. 
Tapi saya dah mula di ganggu satu malam ni. 
Setiap pukul 3 pagi, tingkap bilik saya akan di ketuk. 
Ketuk gune tangan taw, macam org ketuk pintu rumah tu. 
Tapi, saya buat tak tahu sebab ingat itu cuma perasaan saya yang takut tidur sorg-sorg. 
Tapi benda ni berlaku tiap-tiap malam dan di sebabkan itu, saya jadi seorang yang penakut dan sampai sekarang saya tidur mesti kene ada cahaya. 
Mungkin disebabkan ‘benda’ tu dah tahu yang saya jadi penakut, dia makin extreme kacau saya setiap hari.

Berdekatan dengan rumah saya kan kak peej ada taman permainan, lepas jer pukul 3 pagi dia ketuk tingkap bilik saya, saya akan terdengar bunyi buaian kat taman permainan tu. 
Makin lama makin laju bunyinya. 
Tp tak mungkin laa kan org main buaian malam-malam kannn. 
Fuhh, memang setiap malam rasa nak menangis okay. 
‘Dia’ tak berhenti setakat tu jerk kak peej, dia mula kacau saya dalam rumah. 
Mula-mula dengar dia ketawa. 
Orang cakap kan kalau bunyi kuat maknanya jauh dan bunyi pelahan maknanya dekat,   haaa… ‘dia’ ni mula-mula bunyi kuat.. lama-lama bunyi pelahan yang sangat pelahan rasa macam ‘dia’ berbisik kat telinga okayyy.. saya masa tu memang dah tak buka mata. 
Tutup serapat mungkin, tapi rupanya memang tak boleh bukak kak peej sebab ‘dia’ hempap saya. Masa 2 mulut terkumat kamit baca ayat kursi dan segala surah yang terlintas. Tapi, boleh dikatakan setiap hari saya kene kacau dan di hempap macam tu. 

Ada satu hari ni, tiba-tiba saya nak tidur saya rasa ada benda dok tolak belakang badan saya dari bawah katil. 
Ala kalau kita tidur katil double decker kan, kita selalu tolak-tolak orang atas guna kaki kan, haaaa… malam tu saya kene macam tu laa sedangkan bawah katil saya memang penuh barang. 
Yer laa rumah kuarters kan tak besar mana. So mak saya letak barang-barang yang tak guna bawah katil saya.  
Yang bestnya, saya dengan beraninya pergi tenguk bawah katil ada apa. 
Padahal saya tahu bawah katil tu lipas nak masuk pon rasa lepas tak lepas jerk sebab penuh. 
Tapi, nasib baik masa saya tengok tu tak ada apa-apa. 
Agaknya kalau nampak mau pengsan. 

Ada suatu petang ni eh sebenarnya maghrib, saya tinggal berdua dengan mak kat rumah. 
Abah saya pergi surau dan kakak-kakak saya di Uni laa.. saya mandi lambat, dah maghrib tu laa saya mandi.  
Sebelum masuk bilik air, saya nampak mak saya tengah bersiap nak solat. 
Saya pon mandi, tapi itu laa gatal sangat dok bersiul dalam bilik air maghrib-maghrib pulak tu. Tetiba, ada yang balas siulan saya kak peej…. 
Masa tu saya senyap, saya bersiul lagi, tp dia balas ikot nada yang sama dan paling best dia boleh ketuk pintu. 
Saya anggap itu mak saya, saya tanya nak apa. Tapi, senyap tak berjawab. 
Saya mandi laju-laju, bila saya keluar bilik air saya tengok mak saya baru siap solat. 
Saya tanya mak saya, ada ketuk ke tak. 
Mak saya cakap, takkan mak solat boleh berjalan ketuk pintu.

Ada sekali tu, saya lepak bilik mak saya. Sambil borak sambil baring atas katil. 
Saya tengok laa lampu, bilik mak saya guna lampu mentol bulat yang warna kuning tu. 
Tiba-tiba saya tengok, lampu tu macam gerak-gerak nak tercabut. 
Memang obvious gilerr yang lampu tu macam diputar-putar. 
Saya tanya laa kt mak, mak kenapa lampu ni macam…. Belum habis cakap, mak saya terus potong cakap jangan tegur. 
Saya rasa mak saya pon tahu cuma tak pernah cerita kat saya sebab taknak saya makin jadi penakut.

Kak peej nak tahu, saya jadi penakut sangat-sangat sampai setiap malam sebelum tidur saya akan ambil air sembahyang dan saya akan tidur peluk surah yassin sampai ke pagi. 
Takpun, saya akan senyap-senyap tidur dalam bilik mak saya. 
Hihihih… malu taw.. tapi takut sesangat. 
Benda-benda ni berlarutan sampailah kami pindah ke rumah sendiri tahun 2007. 
Alhamdulillah, sekarang tidak ada lagi gangguan di rumah.


Cerita 2 : Rumah Sewa

Ini cerita masa saya ambil ijazah di sebuah Uni kerajaan kat Selangor, saya dengan 8 orang kawan-kawan kelas dok menyewa di luar kawasan kampus dek sebab malas nak join aktiviti kolej. Hihihih..
Benda ni jadi masa minggu akhir nak exam, senang cerita masa study week. 
Tah ape kerajinan yang saya ada satu malam ni, saya buat latihan. 
Mula-mulanya semua budak rumah ada, tapi masa tu dalam pukul 1 pagi kot, semua da masuk tidur sampai tinggal saya dengan kawan saya si A, tiba-tiba A cakap dia dah ngantuk so, dia pon masuk bilik. 
Tak sampai 5 minit tiba-tiba pintu bilik kitaorg terbukak dan tertutup. 
Saya ingat si A saja-saja nak gurau dengan saya, saya pon tolak pintu tengok si A da baring atas katil. Dan katil dia tingkat atas, tak mungkin laa kan dia sempat baring dengan proper berselimut. 
So, saya tak sedap hati dan saya terus tutup buku dan masuk bilik. 
Bilik kitaorg bilik master, kawan-kawan sebilik ada 4 org termasuk saya, di sebabkan saya takut gelap so tiap-tiap malam kami tidur bukak lampu toilet dan pintu tertutup rapat. 
Tapi keesokkan harinya, kitaorg tidur lambat laa.. dlm pukul 12. 
Kami berempat dok bergurau dalam bilik dengan berbekalkan cahaya toilet. 
Tiba-tiba, pintu bilik terbuka dan kami semua terpaku laa tengok. 
Dan dengan tiba-tiba pintu bilik tertutup kuat macam orang hempas pintu. 
Masa tu, semua senyap dan terus tutup muka. 
Tapi dia buat macam tu ade laa dalam 2 jam macam tuu..

Kiranya, kes pintu ni jadik memang selalu sampai kitaorg tidur sama-sama satu katil. 
Tapi bukan pintu jer dia buat main, tapi peti ais pon sama dan selalu juga laa benda tu dok tumpang masak kt rumah kitaorg sebab tetibe dengar orang ambil kuali, bunyi sudip berlaga dengan kuali. Memang tak boleh nak control rasa takut. 
Kitaorg tak puas hati, bile tanya-tanya tuan rumah rupenya tuan rumah cakap, Rumah tu kosong da lama dalam 4 ke 5 tahun macam tu.. 
so, no wonder laa benda tu pon dok buat rumah tu as rumah tumpangan. Hihihih… 
dan akhirnya, kami duduk rumah tu samapi abis sem. 
Nasib baik memang da abis sem terus. Hihihih…

-TAMAT-

So, sampai sini jer kak peej.. sorry kalau ter typo, cerita tak menarik or ayat macam kene boom.. hihihih… 

-nisya-



Testimoni Ellfie Essence

hi everyone.

sorry for the lack of update lately.
masa mencemburui ku.
serious busy sangat dengan kerja sekarang.

selama ni aku busy jugak. tapi paling busy time hujung n awal bulan je.
sebab aku agent kan kepada produk2 yang aku jual.
tapi Ellfie ni lain, produk sendiri, baru pulak tu dalam pasaran.
so 100% pembelian melalui kita orang kan.
aku lak kerja bahagian post, so hari-hari memang banyak la kerja.
weekend pun dah berapa lama tak kemana sebab uruskan stock ellfie untuk orders minggu depannya pulak.
sekarang la lega sikit, sebab kita orang dah ada few agents.
so penjualan tu dah di bahagi-bahagi la kan kat agent jugak.
kurang sikit la busy aku. sikit je la. :) sebab agentnya baru few kan.
n untuk permulaan kita orang limitkan agent untuk setiap kawasan.
buat masa ni kami still jual jugak sendiri, sebab Ellfie masih baru...jauh lagi perjalanan nak marketkan ellfie, so banyak lagi nak kena buat. maybe one day kita orang dah tak jual retail...semua nak beli kena melalui agent or stokis ke kan.

Alhamdulillah walaupun belum sampai 3 bulan dalam pasaran, dah banyak set terjual.
now setiap kali order pun dah makin banyak kuantiti dia.
gila tak seram kau. stock sampai je, 3-4 hari dah licin.
rasa nak muntah ketakutan sebab apaaa ni stock takda orang nak ni? kena tunggu pulak lagi 2-3 hari....aaa tak suka.
elly n filla la nak muntah...sebab dorang yang deal. aku goyang kaki sebab terbayang wahhh relax sikit ahkak 2-3 hari boleh tidur macam starfish. hahhaha.

Feed back pun mostly ok n happy dengan Ellfie Essence.
Nak kata semua ok tipu la kan. of coz daripada 1 batch beratus-ratus tu...ada sorang dua tak sesuai pakai.
tu biasa. aku dah meniaga pelbagai produk for the past 4 years.
100 orang sesuai, 1 orang tak ok. 200 orang amik ok, tetiba 3-4 orang tak ok naik gatal la apa. semua tu biasa.
even aku pun, orang pakai produk antarabangsa meletop pop pop pop, aku pakai muka jadi gatal/macam terbakar.
adik aku siap amik pakej beli set beribu n treatment facial apa bagai, tetap la 10 kali pergi takda kesan apa.
ada yang aku amik ok je, tetiba mak n adik aku amik gak jadi gatal la, bengkak la apa la.
so produk ni ikut kesesuai kulit n hormon masing-masing.
sebab ada orang pakai effect lain, ada orang pulak pakai lain.
aku memula pakai Ellfie Essence ni peeling sikit je area hidung dalam few days.
ada customer pulak naik ruam sikit, ada pulak gatal, ada pulak peeling seluruh muka...apa yang boleh aku nasihatkan, teruskannn je pakai. tu maybe reaction masing-masing.
maybe pakai tak teruk effect sebab aku pernah pakai produk yang ada healing proses.
korang pulak maybe tak pernah. maybe la kot.
oh n kalau boleh jangan la campur-campur produk banyak-banyak sangat. kalau boleh concentrate satu-satu. jangan nak lawa sangat pakai segala. tak elok ok. try satu-satu. baru kita tau mana sesuai ngan kita, mana yang tak.

kita kena sentiasa mencari produk apa yang sesuai. bila ok teruskan.
tapi still seeloknya pakai continuously 3 months baru nampak result terbaik.
jangan la baru pakai seminggu dah nak expect terus menjadi jelita. sabar.
kadang pulak, memang jumpa produk best...kita pakai..tapi after awhile dah tak lut. rasa biasa je.
pun ada. so maybe kalau macam tu boleh la try carik produk lain lak.
sama macam shampoo, aku after 3 months aku akan tukar jenama lain.
tetiba rasa macam woowww bestnya rambut aku ngan shampoo ni. sebenarnya tak, sebab tetiba pakai baru, sebab tu lembut rasa lain macam.
n tak semestinya orang pakai ok, kau pakai pun ok. takda makna ok.
macam ada satu ni aku pakai dulu, memang rambut lembut gilaaa weyh. suka aku. takda adengan 'tersangkut jari di skala 6'..ahahahah. tapiiii rambut aku gugurrrrr bagai nak gila.
naik takut tengok everytime lepas mandi. padahal shampoo tu konon anti hair fall. tipuuuu.

haih lah kak jah, kau suka melalut kan.
ok sambung pasal Ellfie Essence.
Alhamdulillah jugak, now kita dah dapat banyak testimoni daripada pengguna Ellfie.
ada yang bertulis, ada bergambar, ada jugak yang share kegembiraan tapi tak bagi kongsi sebagai testomoni. saje share ngan kita orang sebab dia happy ngan perubahan ketara kat wajah dorang.

since aku memang takda pun update progress Ellfie Essence, ada kesempatan ni aku share yea antara testimoni bergambar customer Ellfie.
filla n elly rajin update, sorry kak jah takda masa uolls.

so here we go.


nak terpengsan rasa masa Elly share pic customer ni.
rasa nak nangis, especially tengok pic after tu adik ni tersenyum manis.
rasa macam faham sangat perasaan dia. dapat rasakan confident level kita naik balik.
aku ni ada jerawat keluar 3-4 ketul pun tahap stress rasa taknak jumpa orang.
happy sangat la for her.
dia start pakai on 27 march 2015. pic kiri tu
pic after tu adalah her recent photo 14 april 2015.
in 2 1/2 week dapat result yang memberangsangkan. Alhamdulillah. 


:: ni pun antara customer yang satisfied after 2 weeks parut jerawat semakin pudar and tona kulit makin sekata ::


:: yeay..masalah jerawat selesai. kulit makin bersih berseri ::












:: tona kulit sekata ::

:: jerawat kecut dan hilang. parut semakin pudar ::




hahahah ni no komen.
sebab sedih sangat muka before dia tu.
tapi serious muka filla dah wayyyy better daripada before la.
sebab dia ni resdung teruk, kadang datang rumah aku bila datang dengus dia tu srokk sreekkk.
so tau la if resdung terus ni memang senang jerawat ni.
tapi now bersih muka dia. setakat parut or jerawat 2-3 ketul tu standard la kan.
sekarang kemain glowing je muka n makin bersih.


mula dapat pic ni macam tak nampak sangat beza. bila aku perati betul-betul nampak kulit dia makin cerah n no more kusam.
gigih aku zoom pic n baru nampak bintik-bintik n jerawat pasir pun dah takda.
wahhh. i like.



elly oh elly.
tolonglah kulit dia sekarang lawa sangat. nyampah.
memula aku jumpa dia memang dah nampak kulit dia lawa.
tapi tu la, bila tengok sekarang, tengok lak pic dia yang lama-lama..baru perasan memang beza sangat.
pic atas ni pun dah nampak beza kan, kalau aku keji n korek pic lama dia jadikan pic before...mungkin elly akan pitam. heheh.


:: pori-pori semakin mengecil ::



haaaaaa bestkan.
nanti ada lagi aku share.
maybe nanti aku share testimoni chat pulak ke.
sebab tau la tak semua orang suka share pic kan.
ada yang segan. antara yang segan aku la tu.
sebab tu daripada awal aku dah kata kat elly n filla, apa-apa benda yang kena ketengah biar korang je pergi yea...aku biarkan di belakang tabir je la. i don't like. ;p

Siapa yang belum try, jom la try Ellfie Essence.
serious best. aku suka la semua..ahhaa bias tak? produk sendiri..sendiri puji.
best, tak kenal maka tak cinta.
produk pun murah je mampu milik :) takda GST pun tau.
walaupun nak pitam kita orang bila kos produk, packaging, postage semua ada GST.
takpa la bak kata ayat biasa peniaga, "kami tak kenakan GST. biar kami rugi tapi anda puas hati". hahahh ayat mintak lempang je masa baca tu.
tapi bila sendiri terkena baru rasa nak tercekik tengok bil keluar GST rm1000, sini lak GST rm200..mampuihhh.
eh motip nak meratapi nasib diri?

ok nway, satu set kami maintain sama harga.



RM120 SM
RM130 SS
free postage.

beli satu set tu. cleanser n toner tahan sebulan.
creams dia boleh tahan up to 3 monts ok esp day cream tu.
aku sampai tahap, hoi kau ni bila nak habis ni? hahhaha
pastu kalau taknak beli set lagi sebab creams banyak lagi.
boleh je beli cleanser n toner loose.
untuk loose kita orang keluarkan size 50ml.

Cleanser 50ml RM55
Toner 50ml RM55

if beli dua-dua RM100

seee berbaloi-baloi kan. free postage n takda GST 6% pun. heheh.

if nak beli boleh whatsapp/sms - 013-2755197

Insyallah lepas ni kita orang akan start marketing.
hope readers doakan Ellfie Beauty terus maju dan makin berkembang. Aamiin.
ok tu je.
nanti senang iolls update lagi ye.



Expose Mistik : menumpang

HELLO PEEJ , 

Disebabkan I always baca post post mistik kat blog you . 
So I pon nak cite kisah seram I ,

Setelah 3 tahun I kahwin n tinggal kat apartment.
so I n husby decide nak cari rumah bawah je.
kebetulan nak dijadikan cerita dapat sewa rumah taman.
happy lah laki bini g tengok rumah n decide nak jugak rumah tu.
call tuan rumah nak tengok rumah.
sungguh cepat tuan rumah bg kunci rumah n kitorang g rumah tu malam tu jugak kol 10pm.

masa masuk g tengok rumah dalam condition yg okay.
parking kereta selesa n mmg tu yg kitorg cari.
so lepas pepusing tgok rumah husband tanya u okay x rumah ni, I okay je la lagi2 xpayah stay rumah bertingkat2 ni.
sempat jugak jiran sebelah jengah jengah kitaorg n husby tanya umah okay x bang? Okaayy katanya! 

So lepas dari tengok umah tuan rumah so simpan kunci , if nak masuk rumah just bayar sewa sebulan n api air je. 
Sungguh mudah yaa. 
Lepas I laki bini tengok rumah tu n cuci , husband I teros demam seminggu n warded.
kitorg mmg x fikir pape maybe keadaan cuaca, n dlm masa yg sama I pon kene demam panas.
so dijadikan cerita kita org pindah rumah dlm keadaan demam demam tu jugak.
nasib adik ipar n adik I ada masa tu.
boleh la tolong angkat barang.

first I tido rumah tu kita org semua tido dalam 1 bilik seramai 5 org, nasib bilik besar lagipun rumah baru so husband suruh adik I yg lain tido sebilik je.
mlm tu dalam kol 3-4 pagi I tersedar dengar suara org merengek rengek mcm menangis.
suara org besar ya! 
I bangun buka lampu mana tau adik I nangis rindu mak kat kg, semua tengah tido lena.
so I gerak husband, dia just ckp jiran-jiran mungkin.
so I pon tido balik.

esok nya, mak ayah I sampai dari kg.
hajat nak buat kenduri kecil2an ajak sedara yg dekat2 je.
so masak masak n malam tu rumah I penoh dengan sedara mara.
masa first ayah I doa n nak mula kan bacaan yassin, tetiba hujan lebat sangat n kebetulan sepupu I yg kecik meraung raung n tetido.
kita org mmg x fikir pape sbb maybe dia kecil lagi.

lepas habis majlis makan-makan, kemas n bye-bye sedara yg balik, kebetulan jiran I selang 4 buah rumah lalu. 
dia tegur husby I n tanya baru pindah ke? 
So I masuk lah dlm tinggalkan dorg berbual. dekat sejam jugak dorg bebual ya.
tapi masa tu my famly still ada kat umah I stay 2 3 hari lagi.
dalam kol 12.30am husband I masuk , dia tengokk je muka I.
I cakap awak borak apa kat luar? Dia ckp xde pape, so I okay je la.
pastu dia sendiri pegang tangan I n say x sampai hati kalau x cakap, sebab husby I keje Singapore jem sampai lambat, so xs ampai h bila I tinggal sorg2 nanti.
I tanya la whyyy, cerita je I x kisah.
husby I cakap la, sebelum I duduk ada cikgu sefamily tinggal rumah ni tp x sampai sebulan lari. 
laki bini sakit n laki dia kene kacau.
nampak pulak pocong kat tangga n dia org ada anak kecil. 
if anak dia nangis bende tu pon ikot nangis.
abg yang cerita tu ckp, nak tau tanya jiran sebelah rumah awak. dorg sume tau ak aih! 
Kitorg seram gila. if tak tau xpe lagi kot. ni da tauu hahaha, memang I tunggu je la pocong tu kat tangga.
so mlm tu husband I sibuk nak cari umah lain.
ehhh mmg x la nak dpt umah kat Bandar jb ni.
kita org gi uma jiran n tanya.
dorg ckp mmg ada, tuan lama tinggalkan, maybe dia sakit hati ngan owner n xbagi org duduk uma ni, mmg kuat bende nya. tapi cikgu sebelom kita org duduk dah ubatkan, jgn risau xde pape lahh nak, awak banyak kan buka surah al quran ya.

esok nya baru mak cerita.
ayah I mmg xsuka lah dengar bende camni.
kita ada Allah, buat pe nak takut, jangan tinggal solat, baca yassin always, lama2 bende tu lari lah.
kalau kau xsolat mmg lah kau pon antu.
so husby I diam je. 
Ayah ckp xpayah pindah, xpe kita buat yassin 3 malam , umah da okay sangattt, pindah pon penat kan.
husby I cakap seminggu x okay kita cari uma lain sambil dia pujuk2 I . 
I mmg jenis mmg x kuat semangat.

esok nya husband I call member dia, sbb member dia ni boleh scan-scan tempat.
abg tu ckp mmg umah awk ada bende lagi! 
malam ada dengar org nangis kan?
tu mmg ada, mmg takut gilaaa I laki bini haha.
so abg tu ckp dia boleh bawak jumpa ustaz ni seguru ngan dia, as nak protect diri laki bini.
abg tu teman kitaorg, masa dlm kete husby I tanya, abang saya laki bini demam ni mana tau ada yg menumpang.
abg tu just ckp ni kisah silam bini awak.
tp xpe kita cerita kat sana.
I mmg takut la sbb dulu muda2 kemain galak ramai jantan kiki, dapat pulak suami sopan, dlm hati mmg risau sgt hm hm.

sampai sana ramai jugak yg berubat.
kita org cerita lah ttg rumah semua. 
sekali ustaz tu ckp ni ada yg tumpang ni kat isteri awak, dah 3 tahun org tu tumpang.
haaaaaaaaa I laki bini terkejut gila.
yg duduk belakang I ni besar n itam! Member husby I dia kan reti tengok, dia dah bersilat silat dah.
I termuntah muntah, org ni x nak tengok I laki bini bahagia, tu sampai skrg I xde baby lagi, dia tutup nafsu I kat husband i. 
mmg kita org selalu gaduh with each other. 
apa yg dorg ckp ttg kita org mmg sama sangat.
I ada 1 perangai meroyan tetiba, padahal husband I x pernah buat silap tetiba I mengamuk.
just ustaz tu respect kat husband I even dia dapat wife yg mcm I tp dia sabar je.
siap ckp lah even husband I nak kene bunuh dia tetap belakang I. ehheh, syukurlahhh! 
Dalam masa 3 tahun, 3 kali I mintak cerai nak kawin lain. bodo sangattttt! 
Tp dorg dha ckp jgn salahkan bini awak, sbb dia pon x sedar.

I pon mmg ada masalah period setahun sekali.
sekali period 2 bulan non stop. sampai kene tambah darah berpack2.
selama I period camtu kita org just gi pakar.
ye la zaman moden mana lah terfikir kene bende camni kan. 
sampai doctor pon x ley tau I sakit apa. 
siap masuk camera n amek sample rahim lgggggggg. 
Pasal umah mmg umah I keras ada pasangan yg duduk cik ponti n beruk.
rupanya selama I period bende tu duduk atas rahim I makan benih benih laki I. 
sedih hanya tuhan yang tauuu. n kita org tak penah terfikir bende camni terjadi dlm rumah tangga kitaorg.
so dia bg pagar kan umah. 
malam tu lepas baling garam n lada itam umah dgr org main guli, main pintu.
kejadian ni berlaku lepas mak ayah n adik2 I balik kg .
so kita org tinggal 2 org n sunyi .
2-3 minggu jugak x lena tido, makan ntah kemana , gi mana2 pon berteman.
maybe ada hikmah pindah rumah baru even ada hantu pon I tau jugakla kat I ada bende.
kalau x mmg tidak lah tau pasal sakit I heheh.

sebulan kene kacau n sampai sekarang husband I kuar keje I pon kuar stay opis padahal I masuk kol 8.
tapi kol 7 da gerak dari umahhh hehe.
I pegi berubat 5 org n dorg pon ckp bende yg sama ttg umah n I . 
n alhamdulillah now umah tu da xde pape melainkan org tu antar lg.
n sekarang I still berubat sampai I bole ada baby.
n alhamdulliah sekarang I dah preggy!!!!!!! Ehheheh
Dalam kesusahan mungkin terselit sedikit kebahagiaan . 
ehhh sory panjang sgt cerita hehe . . 
thank you peej sbb post kisah misteri.
selalu baca kat blog you n x sangka terkene kat diri sendiri . 

thank you

-K-


Nikah Noy & Arif

Akhirnyaaaaaa, akhirnya aku mengumpul kekuatan untuk mengupdate enty ni.
asyik la tertangguh kan dari sehari ke sehari, minggu ke minggu..sedar tak sedar nak dekat sebulan dah dorang kawin. hihihi. baru la reti-reti nak update kan.

Alhamdulillah dah selamat dorang nikah on 15 March 2015.
selagi dorang tak nikah berdebar je aku n mak aku.
tau la orang nak kawin ni memacam dugaan.
gaduh tu biasa la. ngan drama sana sini.
teringat masa aku nak kawin dulu, kawin ngan mat drama. malam sebelum nikah pun dia buat drama.
bergaduh sakan, sampai dia kata taknak kawin. esok tak nak datang.
bila ingat balik rasa nak penumbuk muka dia.
aku lak jenis relax, kau taknak? taknak sudah. aku tak heran. tapi kau pergi cakap kat mak bapak aku,  yang kau taknak kawin.
tapi kata dah kenal lama kan..tau sangat drama dia tu.
aku lak tau dia kalau marah aku akan diammmm je. lantak la kau situ.
tapi kawin la jugek kan esoknya tu. hahha berani kau tak datang?

so dorang ni pun sama la.
tiap kali jumpa nanti ada je gaduh. pening kepala aku.
yang laki aku risau, tiap kali jugak la dia akan nasihat, "nak kawin memang macam ni...gaduh tu biasa. sebab stress macam-macam kan. sabar ye. nanti dah kawin pun akan gaduh..sebab kita tengah nak mengenali...so kita lelaki kena kuat tau arif. banyak sabar."
ewah dia punya nasihat tu. nak terkentut aku dengar.
memang la betul. tapi aku tak tahan kalau tetiba laki aku macam tu. over.
terasa macam berlakon drama, "suami aku ustaz"..hahhahaha

eh macam-macam la.
dengan tetiba dia kena emergency operation hujung january tu sebab ovarian cyst ruptured.
yang dia boleh ingat sakit biasa ke apa.
last2 bawak hospital naik ambulan. scan apa semua, boleh kau darah dah penuh dalam abdomen semua.
then selamat operate masuk darah apa semua.
dah pulak alergic naik ruam kt badan. jerawat semua keluar.
jonet kata biasa macam tu, sebab masuk darah lain kan dalam badan. uwaaa.
stress minah tu. aku pun tumpang stress.
belum lagi part baju reception ketat, sebab tempah sebelum operate.
dah operate perut bloated. ketat oih mintak nyawa. nasib time kawin ok.
tapi gila dia diet gak la sebulan gegila supaya senang di kemudian hari.
drama sangat.

nway, cerita hal nikah.
aku balik tidur rumah.
malam tu tidur almost 5ish am.
sebab gosok baju apa semua.
then menjaga laki aku yang deman meracau-racau tu.
kemain konon lepas subuh terus siap. by 7ish gerak ke rumah mak aku. righhhhtttt.
terjaga kul 7.40am uolls.
tu pun lama jonet dok ketuk pintu bilik kita orang. hua hua.
around 8.30am baru gerak ke rumah mak aku.
nikah kul 10.30am.

belanja selfie satu kali.
sampai tengok semua dah ready. takda apa sangat nak buat.
camera man apa semua dah sampai.
orang catering tengah susun meja n kerusi.
few orang dah sampai.


hantaran pun dah susun.
hantaran 7 balas 5.
kalau ikut noy n arif dorang nak 3 balas 5 je.
amboi melampau. kedua pihak ibu bapa tak bersetuju.
so buat lah 5 balas 7.
hantaran pun simple je semua.
bagus. simple all the way dorang ni, daripada risik, no tunang n a simple majlis.

aku ada cakap kan?
yang kita orang tak buat majlis.
sebab kesihatan parents aku.
so buat nikah n makan2 aje.
takda ajak siapa pun.
ajak jiran, family belah mama which is 3 beradik je, few close friends noy, aku, p.g. 
that's it. family belah bapak aku pun tak ajak.
sebab family belah papa terlaluuuu ramai. nanti ajak orang ni, tak ajak orang tu..kang ada kecik hati ke apa. so senang takyah ajak.
plus, kita orang buat nikah je, makan pun nasi putih je. macam sian lak orang datang jauh-jauh tapi takda apa special pun.
plus majlis pun from 10.30 sampai 2pm aje. pastu kemas.
then bersiap pulak. sebab malam yang sama majlis bertandang belah lelaki.
dorang ni kerja takda cuti. so senang habiskan dalam sehari.
so tu yang buat simple majlis nikah je.
mak arif ajak majlis malam tu gabung, tapi mak aku taknak.
bukan sebab apa, sebab if kita menjemput...nanti mama kena mama kena pergi awal, then balik lewat..duduk depan sambut tetamu ke apa kan. 
mama n papa dua-dua dah tak larat. so mama kata biarlah datang bertandang je. lepas makan n amik gambar mama nak balik.
family arif pun faham. so ok la.
gituh. sekian explaination kak jah.

hantran. walaupun iolls sentap ngan orang pelaminan ini.
tapi tak dapat nafikan iolls suka gubahan hantaran dia. cantimnyiiiii.

:: cincin n bunga rampai ::

:: sejadah, al-quran n rehal. tapi rehal aku kata takyah letak..sebab besar sangat. pitam semua nak letak. heheh ::

:: sirih junjung ::

:: kasut ::

:: manisan chocolate ::

:: shirt, tie n cufflink ::

actually aku busy hari tu.
maklumlah kakak pengantin aka AJK penting. 
so aku memang takda la amik pic apa sangat.
nasib la ramai dok share pic.
then aku amik pic daripada official photog noy.
so meriah la jugak gambar.
mana gambar ala-ala meletop tu harus la daripada photog.
yang ala-ala biasa n sayup-sayup tu camera aku. yang lain dpd whatsapp or orang tag aku.


baju pengantin berlatar belakangkan air terjun konsep bora ombak bak kata laki aku. hahha.
oh nanti kat hujung entry aku bagi details segala ye.
korang dok tanya itu ini aku tak jawab rasanya.
so senang semua aku kumpulkan di sini nanti.



pengantin bersiap pun aku tak sempat jenguk.
busy katanya.
so gambar adalah hasil ikhsan photog dan rakan-rakan.













busy apa kak jah tu?
ye busy paksa laki demam ku bergambar.
siap muka terpaksa sangat. hahah.
cantik selipar dia tu. dia nak pakai kasut.
aku kata takyah la. leceh nanti nak keluar masuk rumah.


ni la shiela. kawan noy yang ustazah tu.
ustazah gangster namanya. kawan noy daripada form 3 tak silap.
dia la yang mengenalkan noy n arif tu.
dia tertekan ni, sebab kena pakai jubah pink. hahha.
semua orang terkagum2 je dia pakai pink.

:: sebab akak-akak ellfie kitew. wah nampak segar bugar kak jah di samping kak engku ngan kak pilla. takpa..setiap team kena ada maskot. aku la maskot tu. haha. siap ada orang komen peej tu mengandung ke? mengandung kau kata? buat masa ni yang boleh dikatakan..iolls masih mengandungkan lelemak sahaja..anak belum ada lagi. muahhahaha ::

:: mama n papa ngan mak long eton with kak fadz n abang azlan ::

:: dulang girls - shiela, pedd, farrina, hida, syima, ivy n jonet ::

dulang girls mostly kawan aku kan.
noy memang penyibuk...suka nak mencuri kawan-kawan i.
penyibuk menumpang kasih sayang kawan-kawan iolls.
sebab tu dulang girls dia pun mostly kawan aku.
sebab dorang ni semua bff aku, so semua dah kenal noy dpd noy kecik lagi. daripada menyampah ngan noy now dah jadi kawan semua.
apa-apa pun yang terpaling penting...cuma tengok belakang tu..nampak kan kak jah macam busy bebenor ghupenye. seee i not tipu ok..nampak kan gaya busy tu ada. hahah




menutup sliding door kalau tak rumah tak sejuk.
sambil tampal paper stricking color supaya orang nampak ada sliding door.
takut kang ada bebudak berlari kang berdentum langgar cermin tak pasal kang.
budak tu cedera takpa, takut cermin pecah kang kena beli baru. hahahha.
keji sungguh perangai kau ni oiiiii.

haaa cuba tengok kat langsir belah kiri tu.
nampak ada bunga sejemput tu?
haaa situ la aku kata ada punjut terkeluar serupa hantu pocong. ada ke nak di biarkan.
elok dorang balik kita orang letak bunga.
memang nampak lawak. tapi better la lawak daripada kelihatan sungguh expose mistik.
kang tak pasal keluar dialog, "dia tu membelaaa." hahahha
e eh apesal aku ni asyik ha ha ha je. gila apa semua nak gelak.

aku tak berapa sihat ni sebenarnya.
selsema n rasa nak demam.
mungkin effect ubat selsema ni bagi aku sedikit high la.
tu merepek je.
takpa..ada benda aku bebel.
takda benda korang tengok gambar je yea. hehhhh *gelak sikit je* *lap hingus yang meleleh*

oh gambar bawah ni dapat dpd photog noy.
bagus la dorang ni. bayar tak mahal. tapi tak kedekut photog.
nikah day pun photog 3-4 orang. ngan videographer lagi.
so best team ada kat belah lelaki n perempuan.

:: arif dengan hulubalang dia ::


:: dah sampai masjid setiawangsa dengan few of his fam members. ::

:: dah sampai area rumah ::

punctual kemain dorang.
siap sampai awal. gabra sekejap.

:: amboi sengih lebar nampak. suka sangat ni ::

:: ehhh laki iolls sambut pengantin. bagus sangat ni ::



:: huish penuh. terselit kebelakan iolls. dorang suruh ke depan..tapi badan serupa almari 3 pintu..xyah nak depan sangat la. abis orang tak nampak view nanti. ::







:: kelihatan sungguh bersopan santun bakal pengantin ::



time ni emosi sikit.
sebab papa kata dia nak nikahkan noy.
dia memang ada cakap.
tapi kita orang ingat takda la betul-betul.
sebab lately ni papa punya percakapan tak jelas.
maybe dia kurang sembang. dia tidurrrr je. effect ubat maybe.
so bila bercakap papa akan macam gagap n tak clear dia cakap.
so macam tak boleh je dia nikahkan.
tapi masa kadi datang untuk amik sign n apa semua tu.
dia kata boleh papa nikahkan, takpa saya faham.
so kita orang suruh papa practise banyak kali.
memang tak lancar. n bila sebut nama bapak arif mesti salah.
mana boleh kan. dok la papa kata mahathir...mahathir.
yang aku n noy, "salahhhh laaa...mahazir..mahazirrr..."
papa geram siap dia jerit, "mahathirrrr...mahathirrrrr..mahathirrrr.."
ahahhaha tetap salah dadddyyyyy.
berkali2 la tetap salah.
sampai la aku eja kata mahazir. baru papa sebut betul.
rupanya selama ni dia ingat nama bapak arif mahathir. huhu.

so pagi tu papa nak nikah kan.
terkejut la kita orang.
n risau..boleh ke.
Alhamdulillah boleh. walaupun tak lancar.
tapi kadi tu guide papa. so sad. sebak je. ye lah, noy la tinggal untuk dia nikahkan.
lepas ni takda dah kan, so tu yang papa kuatkan diri n semangat nak jugak nikahkan anak perempuan dia.
Alhamdulillah selamat papa nikahkan n dorang sah suami isteri dengan sekali lafaz.







tapi walau apa pun. terpaling hebat yang baju hijau tepi pelamin tu.
heran aku setinggi n sebesar tu entah macam mana dia menyelit tetiba dia tepi pelamin tu?
kalau kau tengok pic atas tu..dah penuh kot orang. dia mana ada. dia kat luar.
tetiba dia ada situ. betapa hebatnya skill dia menyelit n tetiba kat situ.
sebab gigih nak amik pic pakai hp dia yang camera agak fail tu. hahahha.
kalau aku tau, aku pass camera kat dia.
tu la, aku selalu meragui dia..padahal dia kan suka feeling official photographer. hahhaha.

oh gambar atas tadi aku kata pengantin kelihatan sangat bersopan santun kan.
tengok bawah ni.
elok nikah macam ni perangai.


kot ya pun suka dah kawin. coverline la sikit.
buat malu tau mak mertua tengok. haha.

*aku type malam semalam (khamis malam), tau-tau tertidur. demam la. ni dah baru nak sambung balik. i is demam. tsk. dah la busy weekend ni. tak sesuai betul timing demam ni la*

ok sambung. bawah pic sessi salam ngan both parents n siblings.








sedih sangat dia tu anak bongsu dia kawin.
excuse the sila panggung.
maybe orang stroke ni selesa silang kaki la.
arwah bapak mertua aku dulu pun macam tu, suka sangat silang kaki.

sessi batal air sembahyang, sarung cincin n etc.
orang ramai. iolls memang tak dapat nak selit.
nasib ada pic official photog. :D









then sessi bergambar dengan family n frens.






noy dengan family belah mertua.
tahun ni 3 orang akan kawin.
hebat mak arip, kalau aku memang mintak surrender la.
wedding penat hoih. kau buat la kecik mana pun. tetap akan penat punya lah.


pengantin dengan mama n papa.
papa nampak semangat hari tu.
kalau tak selalu baring n tidur je.
hari tu siap dia nak naik pelamin bergambar. huhu.

(e ehhhh aku stop lagi. sebab ku katakan ku busy kan. ni baru sambung balik. rabu malam. nak seminggu kau tahap busy tu. harapnya kali ni sampai berjaya la sampai publish. haha)

ok sambung.
oh btw ni pic family kita orang.




ampunkanlah kak jah rambut tak sempat setting. macam singa jadian.
maklumlah ajk penting mana sempat, busy ok.
n ampunkanlah jugak warna tema tak masuk hahahha.
sesuka hati aku beli mint green. muahahahha.
mama n noy suruh aku beli lain.
takda masa ok nak carik kain n tempah bagai.
nak beli siap ingat badan aku ni size manusia biasa? aku size gergasi. tak senang ye.
so pakai je apa ada. ok la tuuuu.
janji pakai baju kan sopan. kang i datang pakai seluar yankee baru tau.


hahah. sian lak filla tetiba bawah tu.
aku pun pelik. apa la salahnya dia berdiri je kan? hahah.
sebab gabungan elly n filla sama macam aku seketul. so seimbang punya lah. takda masalah.

:: me with ze bride. me kominyo. me lobster ::

:: dengan pengantin baru ::

ada la sedih sikit. dah kawin dah adik aku.
sedih takut nanti tak serapat dulu ke apa kan. ye la dah ada suami kan.
tapi Alhamdulillah arif ok.
asyik la suruh noy call tanya aku n MrB kat mana, ajak makan sama la, lepak sama la.
sampai aku lak rimas tau-tau dorang depan rumah aku dok tekan door bell banyak2 kali.
ada je muka dorang muncul kat rumah pastu buli2 kucing2 aku.
aku doakan semoga perkahwinan dorang bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.



:: pasangan pengantin ::

lawak je nonoy ni.

noy : nasib saya baca ramai komen kata sama cantik sama padan. padan ke pija?

me : entah? kau rasa kau cantik ke?

noy : hehehehhe. cantik ke uolls?

rasa nak tumbuk muka dia.
pastu mama lak sakat.
mama pandang je arif pastu...

mama : handsome-handsome macam ni dapat kat nonoy pulak ye.

noy : kenapaaa pulak? orang cakap sama cantik sama padannnn la. noy pun cantik tauuu.

mama : cantik ke?

noy : *muka berkerut*

hahahha saikosis je adik aku.
ye lah noy. sama cantik sama padan la.
untunglah.
macam aku lain, aku cantimnyi...abang ben tak berapa nak sama padan.
wahhhh nak jugakkk. tak sedor diri punya kak jah gems ni.


:: pengantin with hulu balang ::

:: pengantin with dulang girls ::

oh kan waktu aku salah beli color baju.
noy n mama bengang sebab kata baju aku yang sama warna dusty pink tu je.
sebab sama ngan dulang girls.
so dorang kata aku ibu dulang. haha kong ajo.
so masa amik gambar terpaksa la ibu dulang enter frame.

tapi dorang ni gemar suruh free style tau.
aku ni dah la keras.
tah apa benda yang aku buat. hahaha.

::




:: acu n cousin aku anun bergambar ngan pengantin ::







e eh berphoto shoot pulak dorang ni.
ada-ada je perangai.
aku sibuk ulang alik pun kena tarik join.


wooowww. so flawless.
hakikatnyaaa???

 ::   "woiii sabar. peluh ni...meh lap peluh. cepatttt...cover sikit. biar aku nampak kurus sikit." fantasy vs reality uolls. jadi jangan la nak komen-komen, "kurus u peej. nampak lawa u peej" takda ye!!! tu semua angle n filter je. nampak tu dagu lipatan tebal, muka sebesar pasu tu, badan tebal kalau banding ngan pedd. hahahhaa. aku pun tak sure aku ketawa nerves ke? ketawa kesedihan ke? atau ketawa tekanan jiwa? helppppp ::


:: with akak-akak teamellfie. dorang hantar pic ni kt group ngan laki memasing. win n radie tak dapat.  kong ajo sangat radie siap komen, "tu yang tengah tu bila nak upacara memotong riben?" kong ajo sangattttt. tapi bila tengok balik macam ye la. hahah bongok. ::

:: one with mak hajjah :: 

:: one with my mrsm friends ::

huda la banyak tolong bagi cadangan mana nak dapat itu ini semua.
time tu dorang kat UK lagi.
memang wajib facetime untuk update pasal gossip2 hangat.
kak nam ngan pak nam sangat perangai.
ingat lagi muka ice n huda terkejut bila kata noy nak kawin.
ye la terkejut dengar noy dapat bf pun tak hilang lagi..tau2 nak kawin. hahaha.
berjam la facetime sambil google majlis buat mana, baju nak buat kat siapa, dapatkan contact itu ini.
impian huda satu je...tolong la sempat makan kat majlis noy.
kalau tak mengidam lauk kampung katanya.
sebab due jarak seminggu je. dah la anak pertama dia lahir seminggu awal daripada due date. heheh.
nasib sempat.
lepas makan baby taknak keluar pulak. lambat seminggu lebih gak la dpd due date. dia kata baby seronok sebab dapat makan lauk kenduri. heheh.
oh huda dah selamat lahirkan baby girl 1st april hari tu.
GST baby katanye.

tunggu crowd dah reda sikit n dah selesai photo shoot baru kita makan.
hoh sedappp.



:: wow kak engku makan tak pandang kiri kanan ye ::



aku tak amik semua lauk.
sebab macam banyak la pulak.

menu hari tu.

nasi putih
masak lemak daging n kentang
ayam masak merah
sambal tumis udang
sayur campur
ulam - kacang panjang, timun dan petai
ikan masin

air fruit punch
dessert - bubur pulut hitam, buah tembikai, kuih bakar n apam (sponsor by azlin), mini cupcakes (sponsor by watie shaharin)

lepas makan. relax sembang apa bagai kejap je.



:: busy check ig masing-masing ::

then around 3pm macam tu gerak.
sebab nak rehat sikit n bersiap untuk majlis malam tu pulak kan.
sebelum gerak sempat ditarik bergambar dengan family fren.
semangat sangat. dia kata nak amik pic ngan filla n elly tapi segan.
lain kali tanya je, dorang ok tu :)


paling lawak ayol cerita ada kawan dia datang satu family.
datang lewat la. antara tetamu yang lambat. so datang makan je.
dok la tanya ayol adik mana?
ayol cakap la pengantin kat atas, bersiap nak gerak dah pergi hotel.
pastu dorang cakap, bukan pengantin. tapi yang blogger tu peej.
woooowwwww, kelasss kak jah rebutan ramai mengalahkan pengantin. hahahahah.
tapi aku dah balik pun time tu.
tapi if ada pun i is penyegan, tak berapa reti beramah mesra. :D
mungkin perlu ke kelas PR lepas ni. heheh

oh sebelum aku habiskan entry yang sekian tertangguh ni.
oh btw, again malam semalam aku tak dapat habiskan entry. start perenggan ni aku sambung today.
gila la record entry paling lama amik masa nak siapkan. seminggu.
kerana tahap busy terlampau. sobs.

ok ni list persoalan korang daripada mana itu ini dan segalanya.

baju nikah - tessa by @theninass
MUA - faressa by @theninass
baju aku - jovian for zalora. beli kat shah alam boutique
baju dulang girls - @getcovered
shawl dulang girls - #thekasihsshawl
henna/inai - @wannoorinai
official photographer - @azzahari89
official videographer - @fadhilmeruphoria




berapa kali aku ulang tengok.
tah kenapa, rasa sebak happy semua ada.
syukur sangat noy jumpa arif n Allah permudahkan semua.
wishing dorang happy n berkekalan.
nicely done this video. lagu theme pun lagu wajib arif nyanyi utk noy time karaoke selalu.
*lap air mata*

ok sekian terima kasih.
phewwww.

senang-senang nanti aku buat entry reception bertandang pulak.
ni teaser.