Instagram : @peejburhan

Shopping Langsir Murah di Sarah Hughes, Globe.

Baru ada masa sikit ni nak update.
dalam busy tahap ngeri ni, kita curi masa update yea.
kalau tak curi masa, jawabnya berkubur je pic-pic aku ni nanti.
so lets update.

bulan October hari tu...(haa kau betapa tahap tak blogger tegar..bulan Oct punya cerita baru nak update..kah kah), filla beria ajak aku teman dia pergi Globe nak buat langsir.
aku memang malas la kan. satu malas ke area sana.
satu lagi rasa macam tak perlu je buat langsir.
tetiba nak buat langsir bulan 10 dah kenapa kan?
tapi filla ajak jugak teman, dia kata dia drive.
sebab time tu Moon ada buat Sale khas untuk reader dia.
so harga memang gila-gila murah la langsir ni.
plus filla beria suruh aku buat langsir.
sebab dia pun tau kot tahap ngeri langsir rumah aku. hahaha.

aaahhh malas...
tapi dalam malas pergi la jugak.
kalau dah kata ngan filla pergi.
memang awal-awal dah sampai sana.
so terus jumpa moon nak dapatkan badge.
ada badge tu baru dapat harga meletop murah.


sambil dok teman filla.
aku pun merayau la sana sini tengok langsir.
tetiba hati berdebar-debar.
huihhhh lawa boleh tahan langsir sini.
aku ingat biasa-biasa aje.
dah la lawa, harga moon bagi pulak tak masuk akal sangat.
takleh jadi ni.



ni lawa ..i loike.. kain tebal.
sesuai untuk jadikan kain kusyen.
langsir tak berapa sesuai kot sebab dia berat. ada runtuh railing aku yang uzur tu. haha.

:: very the prettyyy weyh ::





banyak sangat yang lawa.
n aku rasa macam banyak je aku snap pic.
rupanya tak banyak..maybe yang banyak2 aku snap tu..tolong snap untuk camera filla. hahaha.
so korang nak tengok lebih banyak pic n cerita lagi details pergi tengok blog dia. ada dia update hari tu.

serious murah.
tak percaya?
tengok ni.


harga asal RM59.90/meter.
member price RM47.90.

harga pembaca blog Moon??? yang pelekat kiri warna kuning tu..
iyeeee..RM25 je semeter. tak suka kau?
harus la sukaaaa.

tu yang tak pasal kak jah terbabit menempah langsir baru jugak.
tempat satu je takpa jugak.
tak pasal sampai 2 pasang aku tempah dah kenapa?
amboi..amboi..amboi...


langsirnya dah siap lama.
tapi tau la tahap busy kak jah kan.
nak mengambik n mengadap jalan TAR tu takda la berapa rajin.
hahha harus tunggu filla balik dari cuti Europe lets go sama-sama :)
dia drive. hua hua hua.

amik pun dah seminggu dua rasanya.
tersepuk je dalam plastik.
sibuk satu. by the time balik rumah dah lewat n penat.
idak la aku rajin nak berlangsir sakan.
ikut hati nak tunggu raya pasang.
tapi tak menahan aku tengok rumah aku, macam rumah kontrak laki aku kerjakan.
kelmarin aku rajinkan diri pasang gak langsir baru. hew hew.


salah satu sebab kenapa bertangguh nak pasang langsir..sebab kena iron.
pantang mak aku gantung langsir tak gosok..so dah terbiasa.
tapi kau tau la langsir tu besar mana. berjanggut jugak la gosok 4 keping langsir.
ni pun nasib tempah kat Sarah Hughes ni siap dah dia bagi besi n pasang.
so tinggal gosok n gantung aje.
kalau korang tak berapa rajin gosok..sila la gantung terus. very the senang.


ok ni rupa before.
langsir beli siap je ni.
ni pun sebab berbulan bilik depan/tetamu ni tak berlangsir n togel.
bengang je mama..sebab tak semenggah katanya.
so beli la gantung utk kepuasan mama. hahhaha. dasar sangat perangai.
since bilik tu selalu orang tumpang tidur or solat.
mari la elok kan sikit rupa dia.

so hasilnya....
taraaaaa......




wow so scweeeetttt.....
saja je tukar selera.
aku memang takkan la beli berbunga bagai ni.
sebab jiwa tak berapa nak bunga.
usually aku prefer plain or abstract punya design.
tapi sebab suka n terbekenan pulak ngan english cotton ni.
mari try.
tu pun memula rasa nak warna macam natural gitu.
sebab aku seram sikit main color ni. tak reti pun ye.
tapi dorang kata cuba kelainan sikit.
haaa betul punya kelainan aku bagi. heheh.




ok settle hal bilik.
sambung gosok langsir ruang tamu.
kan tadi aku kata rumah aku rupa rumah kontrak laki aku kerjakan.
yess..i tak tipu ok.
tengok la rupa langsir depan aku.
taraaa...

hahaha takleh blah hazab pun nak taraaaaa bagai...



pitam tak..
mana la aku tak stresss.
mostly langsir aku jenis eyelet.
tapi kucing aku serupa tarzan..suka panjat sana sini.
railing untuk eyelet tu roboh.
betulkan pun roboh lagi.
sebab dinding area holder tu dah reput..memang tak dapat di tolong.
so lupakan je la nak feeling berlangsir eyelet.
yang tinggal railing besi biasa tu je.
yang tu tahan pulak walaupun rumah ni dah nak dekat 40 tahun.
railing yang sama ok.

so yang ada untuk pakai hanyalah day curtain je.
day curtain pun, belacan lawa lagi la daripada langsir.
itulah hasil menumpang rumah dengan kucing..

haaa kain kotak2 tu la paling aku sakit mata tengok.
laki aku suka pelik2.
dia gantung supaya tebal..luar takleh nampak dalam la.
dia kata nanti u bogel2 ke apa orang tak nampak.
whatttt? motip aku tetiba nak bogel kat ruang tamu? gila ke?
dah la gantung selimut..siap ada pakej paper clip kat langsir tu. urut dada je aku.

dah la daripada luar pun if malam nampak ok tetiba kat satu part tu berkotak2 corak..
tolong buruk..
tapi pasrah sebab takda langsir ganti kan.

sekarang tidak lagi.
dah dua malam balik rumah..hati kak jah berbunga-bunga.
sebab berwajah baru je rasa.

again aku tukar color tema.
selama ni langsir mesti aku beli ke arah2 brown.
sebab tema rumah color macam tu kan.

so this time i tukar...
taraaa...



tukar color mint green n cream. amboiii.
buat masa ni masih rasa janggal la.
tunggu la nak raya nanti, ada rejeki lebih..mana tau kak jah berdeko-deko casa impian ke apa kan? hahha.

kena tukar cushion cover..tukar carpet, tukar cat rumah ke..amboii tahap imaginasi tu kan.
kalau terlajak kaya..tukar sekali sofa..woww.
kalau la..kena pikir lapan puluh kali la.
selagi ada kucing2 spesis tarzan kat rumah ni..kang hati aku di tikam bila tengok dorang cakar sofa..baik la lupakan dulu niat tu.

hopefully hasilnya nanti menjadi.
sementara tu biarlah baring ngadap langsir baru je dulu.


cantik...
sayangnya..ada yang lepas seminggu aku bawak turun balik ni sebab sayang.
hahahhaa. kang tak sempat raya langsir ni jadi belacan tak pasal.
takpa..mana tau ada sale lagi Moon buat.
boleh i terjah untuk raya nanti kan. keh keh.

eh gaji dah keluar kan?
kalau korang pun nak langsir cun-cun n harga best.
pergi la ke Sarah Hughes now.
tak silap ada sale harga runtuh jugak sampai 2 Jan 2016.
pergi tengok blog Moon..dia ada up entry hari tu. CLICK HERE.
pergi jangan tak pergi..nanti menyesal di kemudian hari.



8 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

serius.. ingatkan kain kotak2 tu kain pelikat Ben.. hahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej & langsir bunga2...serius xleh hadam...agaggagagaaga...
But seriousely cantik yg bunga2 tu....trus bekenan...

-sueutara-

Anonymous said... [Reply to Comments]

lawa sangatttttttt langsir guest room tu....!!!!

Miss Moon said... [Reply to Comments]

Peej,

angkara entry nko kain yg biru corak tuh dah habiss hahahhaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Wondering macamana nak pronounce Hughes tu?
Dia macam sebut hugs eh Peej?

moomoo301 said... [Reply to Comments]

mcm kkta sebut Hugh Grant pelakon hollywood tu ekekek cuma ada bunyi S at the back

Melbasyr81 said... [Reply to Comments]

Apa kain sesuai tuk buat langsir elak matahari masuk

norsuhaili ali said... [Reply to Comments]

Ingatkan kain kotak2 tu kain pelikat...hehehe.....kalo tukar warna cat dinding mmg lagi menarik tertarik la...lgsir warna soft mmg lawa sgtt...tgh duk google ni langsir cotton utk raya haji..terjumpe entry ni..salam kenal...😃😃😃

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...