Instagram : @peejburhan

sembang tengah pagi

lama tak update blog.
sorry busy sangat.
bulan dec memang bulan busy untuk peniaga.
daripada zaman aku business sendiri dulu.
sebab orang masyuk kot. so orders akan menggila.
dengan YES sale lagi kan. so paham2 la.
pulak bulan ni 2 booth Ellfie join..so memang melampau busy.

tadi balik kerja terus tertido keletihan.
lama jugak tidur sampai kul 10pm baru terjaga balik.
keluar makan then singgah jumpa mama.
rindu. sebab berapa hari tak jumpa busy kat booth.
ni takleh tidur. cisss.
saje bukak blog.
tengok ada few draft entries. pic dah masuk
updatenya tidak.
ngeri sangat tahap makan bulan punya cerita..tetap tak update.
nak mengaku diri blogger pun malu lah. hahaha.

tapi since takleh tidur ni.
n pic dah ada.
meh sini sembang tengah pagi.
kita cerita berdasar gambar n daya ingatan aku yang tak sama sangat macam memuda dulu.
bak kata elly, kalau tak ingat tu..nasib korang la kalau aku mereka-reka cerita ye. hahahah.


ni pic pergi check up kat klinik.
sekarang gigih aku kul 6 lebih dah keluar rumah.
masih jam, tapi tak teruk la..aku sampai awal.
matiklah klinik belum bukak aku dah beratur..
haha siap lumba lari ngan orang tua..janji aku beratur dulu..buruk perangai betul. ;p



situasi biasa.
balik kerja..helmet tak bukak tetap capai penyapu dulu.
dia boleh buat kerja lama ok menyapu ni tapi helmet tak bukak. pelik2 je.
paling hebat boleh mengemas rumah, sapu n bersih laman 2 jam tapi bag elok sandang...sampai kena tegur..,"bukak la bag tu..takda sapa nak curi." baru la dia bukak bag.
e eh ada yea orang macam ni?

paling tak tahan..nanti dia kemas apa semua..
aku keluar bilik masuk bilik macam biasa..dia muka monyok je.
aku buat tak tau la..
sekali dia bersuara, "tak cakap woooww pun."
ye!!!!! lepas dia kemas..aku kena cakap "wooowww..bersih n wangi nya..so mecel (special)"
baru lah dia happy.

him : moling tu terkejut ke tengok bersih sangat?

me : haaaa...

him : terkejut macam mana?

kena la buat lakonan terkejut bahu sampai terjungkit. hahah sabar je la.
marriage ni ada ups n downs kan.
ada time menyampahhh gila..ada time rasa sayanggg sangat.
tapi nak tau apa sebenarnya perasaan kita..kita tatap la muka dia time dia tidur.
time tu hati kita akan tau, apa sebenarnya perasaan kita kat suami/isteri kita.
tak tau la korang..aku kalau tengok rasa sayu n sedih je.
tak sangka daripada sesama muda..dah tua dah dia..haha dia je tua..aku tak berapa tua lagi ...kan?
kalau korang tatap..tapi rasa macam nak tekup muka dia pakai bantal sampai takleh napas..tu sendiri mau ingat la. kah kah kah.

ok cerita lain.
oh tengok pic ni baru teringat balik.
masa cuti deepavali..haaa amik kauu..maknanya dah sebulan lebih cerita ni..ngeri betul tahap lembab aku ni update blog.

aku pergi klcc ngan MrB.
lama tak berjalan kita orang ni. busy kerja kan.
so since esoknya tu cuti..jom la jalan.
plus aku nak shopping barang make up sikit.
so lets.

lepas settle urusan kerja..terus ke KLCC.
sampai sana terus dinner.
nak ke dome.
sekali tengok dome dah takda situ..tempat biasa tu.
Ya Allah nampak nau dah lama tak gi KLCC sampai bila masa pindah pun tak sedar.

so ada kedai baru kat situ.. nampak lawa n cosy je.
yang laki aku kata jom try kedai baru.
aku pun kata ok la..apa salahnya.

silapnyaaa..kot ye pun gi la tengok dulu nama kedai.
apa menu dia bla bla bla
ni tak..terus duduk..terus suruh orang lap meja.
terus mintak menu

sementara tunggu..tengok keliling ramai order macam plate bertingkat penuh kuih.
lantak la.
nampak ada macam menu kecik kat tepi pasal makanan tu.
nampak kuih2 melayu n cina macam tu..harga RM75++
aku dah macam..WHAT?? kuih pun dah harga macam tu?
kalau RM75 punya kuih..aku dah boleh buat kenduri ok kalau order.

then menu pun sampai.
aku dah macam..apaaaa?? mata terbeliak..
menu paling murah dalam tu RM50.
dah la menu dia tak paham.
semua masakan malaysia, asian la..melayu, cina..india bagai.
tapi kau tau tak menu fancy cam hape..tajuk takda..terus ingredients. tak paham laaaa!!!!

patut buat la macam

Nasi Lemak    RM30
Rice cooked in coconut gravy serve with chili paste...anchovies..blaa blaa..booiled eggss bla blaaa..

so aku paham la.
ni tak ye..dia terus je cerita situ.

Ribs cooked with ..bla bla leaves..cooked with ...bla bla paste..dendeng..bla bla.
dendeng tu je aku paham

then again beef bla bla..tah apa dia mencarut..tetiba nampak perkataan rendang.
so tu dua la aku order...sebab tu je aku paham..
yang lain mampus aku tak paham.
ok aku paham la..tapi sebab takda tajuk makanan..aku tak dapat bayangkan masakan apa kau nak bagi aku makan ni?
so aku taknak la order.
tu satu hal..satu lagi..gila kau lauk lain tu harga tak mengalah..ada yang rm75, RM64..eh melampau2. la.
harap maklum 2 lauk yang aku order tu rm50 each..so dua tu rm100 la.
lauk sahaja ye.
nasi semangkuk rm8.
air amik mineral je la.
mineral haruslah yang san palegrino ke apa tu.
jangan mimpi nak yang biasa2.

aku dah macam..awat mahal nau?
ada pernah aku baca..kenapa orang merungut kalau lauk melayu mahal.
kalau makanan western, italian mahal takda lak complain.
aku tak complain kalau sedap di tekak aku.
aku makan nasi padang pun kadang 2 orang makan rm150-rm170..tapi sedap n kena tekak.
plus kau tau apa yang kau nak makan tu.

tapi tapi tapi..kedai ni macam tak berbaloi lak rasa.
satu aku rasa idok le sedap..biasa aje. n harga macam melampau.
tapi maybe target customers dia adalah foreigners yang nak makan masakan malaysia. kot.


rendang daging dia.
tengok pun tau ni bukan rendang daging original kan?
resepi google mana dia ikut tah.
kalau makan kedai kakak ipar aku banyak n confirm sedap baru rm10 kot. hahah.


ni dengeng dia.
dapat la 4 ketul ribs.
lembut la. tapi aku makan hald je.
sebab dia adalah dendeng manis.
laki aku suka la..aku kalau manis takleh masuk tekak.


ok la portion dia.
sesuai makan 2 orang.
but then again..tak sedap..me not loike.




rasa sekali boleh la?
nak pergi lagi? idok la teman.
baik makan dome.
dengan RM150++ tu aku dapat makan spaghetti, chicken pie, lasagna, burger, apple crush 2, banana smoothies 3 kot.


dengan pantas bagi tau elly n filla jangan pergi kedai ni.
mahal tak berbaloi..hahha.

then dah rasa ditusuk hati ni ngan dinner tak best n harga mencekik.
mari la ke sephora happykan diri. hihi.


top up barang mana yang kurang.
tapi agak bengong foundation stila tu dah memang dapat brush..
aku pergi beli lagi brush foundation sephora..tu membaziaq namanya.

esoknya terus testing 1, 2, 3...
hasil? kak jah loike...

:: kening ulat bulu takleh di tolong..time tu boleh lak lupa pakai eye brow pencil tu..rasakan ::

katanya entry sembang pagi.
so cerita campur aduk n random gila..
kita share je pic mana boleh.


:: assam laksa sweet bowl kat wangsa walk mall..tolong sedap i sukaaa..tolonggg tengah malam lapar rasa nak assam laksa tetiba..::



:: sirloin steak di suzy's corner..pun sedap gilaaa..makan ni, mata terus tinggal mata putih je. hahah::



suami aku memang obsessi artis..asal nampak mesti nak amik pic. tolonglah dia ni.
tapi paling best..dia share pic ni kat group kita orang..
semua orang kenal..tapi filla tak kenal..hahahha.
dia kata tak glamour..so tak kenal.
suka kau la fillla...gone case sangat.


:: testing matte lip cream kita orang yang akan keluar soon. lawa kan? Code : NUDE ::



lagi gambar random.
gambar terkena pancaran matahari.

eh ok la.
tu je sembang pagi.
dah pagi kot..buat2 la tidur.
esok kerojeeee.
ta-ta.



9 Comments:

Nurizzah Majif Biz said... [Reply to Comments]

1st impression jumpa kak peej kt booth ellfie MR nampak mcm sombong. tp bila dah tegur rupanya tidak. hehehe. :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha mmg xdibuat orang bersih rumah pakai helmet dgn beg tu. mr.B ko je kot buat, satu dalam sejuta :DDD

gila mahal kot restoran kat klcc tu! tu la kalau harga mahal tapi sedap tak pe jugak. at least worth it la duit yang kita spend. patut kedai2 makan yang mahal2 ni ada bintang jugak la macam kat luar tu ada michelin star restaurants kan. tepek kat tepi kedai tu, baru orang tau sedap ke tak. hahaha

sweet_saya said... [Reply to Comments]

bila la nak keluar lip cream tu//

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

Mama san tu cm harom. Haha dome tmpt starbuck lama jah! Apsal pendek sanfat entry hari hari aku bukak ok. Cis

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Adohaiiii.. terima kasih menceriakan pagiku

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Selalu tgk gambar makanan kat kedai kak shida..tgk bawal goreng tu pun dah terliur-liur, tapi tak tau bila nak sampai ke sana.

Nur Mardiah said... [Reply to Comments]

Hari hari tunggu Peej update blog.Baru awal tahun terjumpa blog kamu.And saya peminat setia..

Naira said... [Reply to Comments]

nak matte lip creme tu!

Ezza Safina said... [Reply to Comments]

Oh peej, I can't wait nak beli nude color tuuu... santik sangattt

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...