Instagram : @peejburhan

rindu serindu..rindunya..

Rinduuu.
rindu kat kawan-kawan.
dah lama takda session lepak bersama kawan.
semakin tua semakin emo lak.
rindu zaman memuda semua free, ada free je lets lepak.
sekarang semua dah busy.

rindu jugak ngan elly n filla.
rasa macam lama bebenor je dorang takda.
padahal 2 minggu je pun. cehhh.
rindu nak sembang strategy marketing. hahaha poyoooo.
rindu nak tengok elly semangat tetiba.
pastu filla pun datang gila semangat lebih.
pastu aku stress..hahaha
lama takda ni..terasa la jugak.

tapi terpaling rindu adalah nak jumpa geng mrsm ku.
bff forever sejak 19 tahun dulu.
help help help.

lamanya rasa tak jumpa dorang.
ice jumpa last masa noy nikah dulu.
huda ada jumpa kejap masa papa meninggal tu.
jonet pun sama, tapi ada la jonet jumpa aku dalam 2 bulan lepas tak silap.
tak dapat hang out lelama la.

tolonglah anak ice n huda yang no 2 pun sampai now aku tak jumpa.
betapa keji nya perangai.
budak tu dah berapa bulan dah. dah la bulat kemain2.
japp berapa bulan eh? gst baby..so...hamagaddddd...dah 7 bulan woiii..
apa ke teruk nau ni.
tu la duk jauh kemain dorang ni.
di tambah kak jah sekarang konon2 busy..apa yang busy tah.
tapi busy la. berjalan kesana sini jauh sekali kan.

konon2 kita orang plan nak jumpa.
tapi kau tengok la memasing.


kau tengok la tahap busy memasing.
bercanggah je time semua orang.
sorang ni kerja, sorang oncall, sorang pulak bercuti..abis macam mana?
tak tau la bila akan jadi plan nak lepak ni.
n faham..orang dah ada anak pulak..anak kecik pulak tu.
memang tak la nak lepak malam ke apa.
mesti siang je.
tapi ok la..sebab aku sekarang boleh tahan loser..if lepak kul 11 dah menguap mata berair macam ke hapa teruknya. hahaha.

tapi serious rindu la.
sedih je pikir semua dah ada life memasing n payah nak jumpa.
pulak kawan zaman mrsm kan, so datang dari segala pelusuk..ada tinggal sini, ada sana.
ni pun ok la takda jauh mana dorang..buatnya bff aku duduk perlis ke, johor ke, sarawak ke..memang selamat tinggal je la. 20 tahun sekali baru jumpa.
jumpa time kawin, time dia kawin. time anak2 kawin. time meninggal agaknya. time tu dah tak jumpa la pun kan. ;p

same goes kawan sekolah la.
kalau kita jenis sekolah kat taman perumahan ok la.
most probably kawan2 semua dari sekitar sama. senang nak jumpa lepak.
macam aku kawan bbgs kat tgh KL, so kawan2 dari serata KL.
so now pun duduk merata..ada damansara, ada subang..aku lak terdampar sini.
so plan memacam..baru leh jumpa memana.
macam ada sekali tu..reramai tetiba datang rumah mak aku lepak..berjam la lepak gossip.
pastu pergi rumah pedd, visit baby dia..tu pun tak dapat reramai sebab timing tak sama.

macam tu la kehidupan kan.
mungkin kalau aku domestic goddess rajin buat makan-makan, boleh la selalu kumpul kan.
masalahnya takyah nak domestic goddess sangat la..masak utk diri sendiri pun belum tentu rajin..haha.
maybe one day, who knows kan.
n the best makan2 session adalah kecil-kecilan..so boleh fokus sembang n layan.
kalau macam open house or any majlis tak best..dah terlalu ramai.

ok sembang dah ala-ala kak jahhh sangat. meh meh meh.
aku harap plan untuk jumpa geng2 ni by dec ni berjaya.
tapi ni sepi kembali je group whatsapp tu.
ada yang semua sepi...tak jadi lepak session.
cehhhh.

hoiiii rinduuuuu laaaa.
terlalu banyak gossip sampai dah tak ingat apa sebenarnya gossip yang ada.
hahaha hampeh sangat dah tua, gossip pun dah lupa. ;p



4 Comments:

Erni Hasmiza said... [Reply to Comments]

Aduhai bila baca entry ni tetiba rindu kawan kawan masa sekolah dulu. T_T

Xuriana said... [Reply to Comments]

buat la makan-makan pija. nanti family darlis datang serang haha.

mashelas said... [Reply to Comments]

peej, betul. ade ketika nya tiba tiba kita rase rindu kt kawan kawan kan. Rase mcm nak pi melawat sorang sorang, lepak dan borak borak. tp tula, everybody got own life now..nanges. hehehe..

NuRul said... [Reply to Comments]

bila baca entry ni teringat zaman2 kolej ngan uni dulu masing2 janji nanti kita buat reunion tau, nanti kita jumpa tau,last2 sampai kesudah ada je masalah.reunion lah sesorang sayu :( bertabahlah

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...