Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Tarik Nafas

Assalammualaikum peej...

Hai hari ni i nak citer pengalaman expose mistik.. selalu baca je.. tp skrg dah jarang plak kuar citer expose mistik ni.. 

citer dia masa i kena pi kursus untuk confirmkan servis dalam gomen. so kena pi Selatan sana. kalau cakap tpt tuh semua org gomen mesti tau punya... Kebetulan i dapat satu bilik dengan kawan mmg dah kenal masa belajar lagi. i bagi nama dia F ye... so nak confirm dalam perkhidmatan adalah kelas yg perlu dihadiri kerana selepas tuh ada exam penentu untuk confirm tuh. so setiap malam kami akan study... sehinggalah ada satu malam ni... dalam kul 12 mcm tuh rasanya... 

masa tengah study, kami study atas katil masing2... so mlm tuh mmg tak sembang apa just fokus dengan study je... tengah2 study terdengar bunyi orang nafas kuat..."hhhmmmm hhhmmmmm hhhhhmmmm" macam tarik lepas tarik lepas macam tuhlah.... kuat ok... i tengaklah si F ni dia relaks je sambil tundukkan muka baca buku.. so i assume dia selsema sbb maybe dia susah nafas... untuk pengetahuan F ni katil dia sebelah tingkap. so bila i tgk F relaks macam biasa i pun sambung study tapi bunyi orang tarik nafas tuh still ada but mmg i takde rasa apa sbb i masih ingat si F selsema sehinggalah i mengantuk dan tido... masa nak tido tuh bunyi orang tarik nafas tuh dah takde...

esok pagi bangun macam biasa... mandi2 siap2 nak pi makan kat kantin sebelum pi kelas...otw tuh... F tanya i... malam tadi ada dengar apa-apa tak? i kata dengar apa? dia kata dengar bunyi orang bernafas... i bg taulah bukan F selsema ke malam tadi nafas kuat sangat? dia kata bukan dia.. dia kata bunyi nafas tu kat luar tingkap... dia kata masa tuh dia takut sangat... tapi bila dia tengok i relaks dia pun relaks tapi dalam masa sama dia mmg takut sgt masa tuh.. sebab bunyi tuh sebelah katil dia yg dekat dengan tingkap tuh.patutlah F tunduk je sepanjang malam tuh semasa study rupanya dia takut... nasib 1 malam je benda tuh kacau kitaorg... huhuhu... 

so tuh jelah citer i peej.
thanks ok

babai...

- r-

...................................................................................

lama takda expose mistik kan.
sebab lama orang tak hantar cerita.
takda orang hantar.
takda la kak jah share apa2.
gituh.

actually aku ada la few benda nak cerita.
which is seram jugak.
tapi tu la nak mencari masa nak mengarang cerita tu takda free sangat.
tengok nanti free i buat.
kalau tak korang la hantar.
kalau takda jugak, so sepi la segment expose mistik ni. gituh.

siapa ada cerita nak share.
email aku.

email :  nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : expose mistik : ...(tajuk)...

ok..selamat malam jumaat. hiii hiii hiiii...
eh aku buat effect seram tau atas ni.
bukan aku gembira sebab ni 'malam jumaat'..korang ni bukan betul.


2 Comments:

Emmy said... [Reply to Comments]

Peej...aku mcm bole tau ko nk up citer mistik mlm ni hahaha....

Reena Kamarudin said... [Reply to Comments]

ohmy saya tau tempat apa kat selatan ni sebab saya pun pernah pergi dan yes memang sini banyak "cerita".
masa taklimat boleh pulak si penceramah tu kata "sesiapa yang ada bawa "kawan" mohon jaga dia elok elok dan jangan bagi dia kacau yang lain". grrrrrr

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...