Instagram : @peejburhan

UPSR

hari ni penuh timelime fb pasal result UPSR kan.
untuk semua yang dapat result hari ni tahniah.
tak kira la result apa.
yang cemerlang teruskan usaha.
yang kurang cemerlang pun takpa..masih jauh lagi perjalanan.

aku tak kenal sangat orang lain. hahha.
tapi kat sini nak ucap tahniah untuk anak Elly, yaya.
dapat 4A, 1B. tumpang happy..sebab BM both papers A..padahal tu paling elly risau.
ingat lagi sebulan sebelum periksa balik sekolah yaya akan datang office.
n elly akan suruh dia buat latihan. then tanda lepas siap.
pastu mana salah elly akan explain..pastu tanya aku.
seram aku...aku dah lama tinggalkan zaman sekolah..ingat2 lupa je pasal BM ni. hahha.

tahniah jugak kat anak A.I. ternampak jugak tadi kat timeline.
Ai happy sebab walau angah anak istimewa, tapi result UPSR angah 2A, 3B.
Alhamdulillah.

UPSR ni permulaan je.
semoga terus cemerlang, or yang kurang berjaya..lepas ni akan lebih gigih.
wahhh tak menahan ayat kak jah kan.
padahal aku pun ala-ala sendu tak sendu je.
makin lama makin merosot aje. hahaha.
but then again..result periksa tu semua bukan menentukan apa kita jadi besar nanti.
kita usaha je, Allah menentukan segalanya. :D

semalam elly relax je..ada debar sikit..tapi masih ok la.
so sembang la pasal result UPSR.
aku pun cerita pasal kenangan aku.
aku pun tak sure sekolah aku tu gila ke apa.
hari result keluar tu certain class siap ada rombongan ok.
ingat lagi time tu aku ada rombongan pergi pusat sains negara.
time tu ada pasal dinosaur. hahahahha.

so orang sibuk amik result. kita orang relax je pergi rombongan. kah kah kah.
dah la zaman tu bukan ada hp kau leh check ke apa.
so memang bersuka ria je la pun.
then sampai balik sekolah aroung 12pm macam tu.
turun je bas ada sorang kawan aku tu tak join rombongan.
so turun bas, kerja dia sebut result orang.

her : ok kau 2A
tak A
4A
4A.
3A

e ehhhh sibuk je.
time aku turun dia kata 4A
aku macam. eh biar benar dia ni?
tak layan pun. turun je n pergi ke dewan.
time tu result cikgu tampal kat papan tanda dewan. so kau check la situ.

zaman aku 4 subject aje.
BM 2 kertas, BI and Maths.
sekali check memang 4A la uolls. fuiyoooo.
aku pun pelik macam mana dapat 4A.
padahal bukan jenis study or cemerlang pun selama ni.

amik slipt result. pastu jalan kaki balik rumah tersenyum simpul.
zaman dulu balik rumah jalan kaki pun no hal.
takda bahaya macam zaman sekarang.
sampai rumah terus call office mama.
bagi tau result.

aku pun tak ingat apa reaction parents aku.
happy la kot.
tah zaman dulu tak macam zaman sekarang.
aku tengok zaman sekarang most parents pun sangat competative.
zaman aku dulu takat tanya je la kot.
takda tanya, takda la tetiba nak heboh or riuh.

tapi aku ni daripada zaman sekolah rendah nakal.
bukan nakal apa. nakal malas pergi sekolah.
dah dapat result. motip nak pergi sekolah? amboiiii. hahah.

tak silap aku, time tu..kalau result kau 4A or 3A kau akan di beri borang sekolah elit.
time tu ada CBN, BBGS, St Mary, Seri Puteri, Aminuddin Baki, St John n VI tak silap.
so masa cikgu bagi borang tu n kutip borang aku tak pergi sekolah pun. lantakk.
so aku tak isi pun.
plus aku rasa macam, perlu ke? taknak la.
aku nak sekolah ngan abang2 aku.
time tu both abang aku kat ampang boys. so sebelum result keluar aku dah pernah pilih sekolah ampang girls. cukup la tu.

so semua orang pergi sekolah hebat ke apa.
aku takda ke mana.
aku sekolah kat ampang girls je. haha.
tapi parents aku tak puas hati.
sebab maybe some tau kot. ampang boys n ampang girls ni sekolah jahat sikit. hahhaa.
agaknya dorang tau potensi aku untuk join geng tak berapa nak baik sangat kat sekolah tu.
cecepat dorang register untuk aku masuk MRSM.

time tu MRSM Terendak memang khas untuk anak tentera.
so mintak situ aku dapat.
so aku masuk la MRSM Terendak second intake.
lambat 2-3 bulan dari orang lain.

time tu ingat lagi. result aku 4A tu parents aku hadiahkan aku jam tangan guess.
wooow zaman tu kau pakai jam guess rasa dah gempak abis la.
then tau aku masuk MRSM, kawan-kawan office mama bagi aku hadiah.
banyak la, tapi yang aku ingat 2 tu la.
sorang kawan mama bagi aku sejadah untuk bawak MRSM.
ada lagi sejadah tu. siap ada lagi tulis nama aku kat bawah sejadah tu, FIEZA. wooow fieza uolls.
sorang lagi bagi album. utk tangkap pic.
pun ada jugak album tu. aku buat letak segala memory zaman mrsm.
gambar crush..plastik balut chocolate dedication dpd bf pun ada. hahha. gataiii.

sebab tu aku kata keputusan UPSR ni tak menjamin apa2 sangat.
sebab masuk MRSM tau nak main aje.
aku dapat 5A 3B. keh keh. terus kena tendang dpd mrsm.
sebab syarat minimum kena dapat 6A. ;p

kena tendang tu. so aku masuk BBGS pulak.
aku nak amik arts stream sebab aku memang suka art.
tapi pengetua tak bagi. bagi dorang result aku tu bagus nauuu la.
so dorang suruh masuk pure sains.
tapi aku tak suka..aku suka something to do ngan lukisan.
so aku masuk kelak sains kejuruteraan. gituhhh.
kejuruteraan konon. padahal paper tu lingkup.
SPM lagi ngeri result. sebab BM je dapat A1,
paper lain biasa n ada yang lingkup. la la la.
sambung pulak STPM kat CBN.
wooow bertukar2 sekolah aku ni.
STPM punya result ok la...baru masuk Uni.
pun belajar main2. tukar U 2 kali.
then tak habis pun belajar...sebab parentsa aku jatuh sakit.
so jaga dorang pulak.
then both parents dah sihat. baru aku start buat business online kecil-kecilan.
Alhamdulillah boleh la hidup n bantu mana patut.

n now, here i am today.
kenal Elly n Filla, now kita orang dah ada business sendiri. Alhamdulillah.
again masih jauh perjalanan.
hanya mampu usaha sehabis baik, semoga Allah mudahkan semuanya untuk journey aku ngan Ellfie.

tapi zaman sekarang memang seram.
macam tengok last week kot.
semua parents sibuk up result anak.
biasa la yang up harus la yang result A berderet2 kan.
nasib la aku dulu tak membesar zaman tu.
kalau tak aku pun pressure kot..sebab mak aku akan pressure aku pulak.
dah la garang. takuit.

tapi zaman sekarang memang lain.
tengok la bebudak belum tadika dah pandai membaca ok.
zaman sekarang kalau kau tak pandai membaca bila masuk darjah satu silap2 memang ketinggalan la.
now bebudak tadika pun siap ada tuisyen kannnn.
aku darjah 6 baru start tuisyen. then sekali lagi tuisyen masa aku form 5.
tu je la. tu pun masa form 5 tu tuisyen sebab ikut geng.
pun tusiyen murah2 aje...bukan stock mahal or ada tutor ke apa.
janji time tuisyen dapat tengok bebudak sekolah VI ke St John jadi la..dasarrrrrr.
maklum sekolah semua perempuan..jakun harus lebih. ;p

aku suka over kan.
tadi dah ala2 nak habis entry dah.
tetiba sambung menceceh.
kang berjela entry ni.
baik la aku stop.

btw, napa zaman aku dulu takda pun mak bapak datang amik result sesama.
ke parents aku jenis relax? pepandai la kau.
sebab aku ingat time aku MRSM dulu siap pergi sendiri melaka naik bas ngan kengkawan amik result. wooow soo happening parents aku. heheh.
tapi masalahnya aku rasa bukan parents aku je. kawan2 lain pun sama.
sebab kita orang semua ramai2 naik bas dari KL sesama sendiri.
serious aku rasa zaman sekarang je lain.
dulu lebih relax.

eh ok laaa..tadi nak stop..
tetap termasuk hal lain pulak.

ok la..ta-ta.




8 Comments:

Wanie Warniee said... [Reply to Comments]

kita pown sama tngok result kat papan kenyataan tu pastu relex ja hahahahaha

aida aidanisme said... [Reply to Comments]

bukan time amik result je, time exam pun mak pak siap amik cuti lagi. dulu takde... huhuhu

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

yelah zaman dlu kita pi sekolah sendiri ambik result. parents kerja. lepas tu maklumkan via phone je. celebrate later. hahaha. betapa relaxnya semorg zaman dlu. sekarang.. fuih.

Erni Hasmiza said... [Reply to Comments]

Haha kita pun relax je tak yah kecoh kecoh time dapat result tu..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalam sis..pe yg sis ckp 2 mmg tul la...dl sy amk result pn sorg2 je parent kje then dorg xde nk debar2 nk tgk result sy,huhu..amk hadiah wktu hari penyampaian hadiah akhir tahun pn dorg xdtg sdgkn sy dpt no.1 dlm klz,hahaha..bknla x amk tau but 4 them as long u pass xde fail okla 2,haha..smpikn result SPM juz after 4yrs br dorg tau pe result sy in detail sbb wktu dpt result soalan dorg only u pass or not?leh apply U x?haha..tp xkcik hti pn even bhgia sbb xde pressure dr dorg or surrounding...

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Kite upsr dpt 2A. Balik umah mak kate elok le tu wakakakk. Sy smpai form 6. Then trus kje slps stpm. Dpt U tak pegi. Skang tggu husband abes blaja. Die keje smbil bljar. Lpastu sy kengkonon nk smbung study blik tp otak dh brkaratsss

Anonymous said... [Reply to Comments]

time saya upsr, adalah jugk mak bpk yg dtg masa ambil result tu. tp boleh dibilang la, biasanya mak mak yg dlm pesatuan pibg .heehe.

fathen yaya said... [Reply to Comments]

i feel you peej, i feel you.. hah gituu. kata sezaman. sekarang bila dah ada anak rasa cam nak buat relax, tapi tak boleh peej, parents lain semua menggelupur hantar anak tuisyen sana sini.. habis takkan anak kita ketinggalan kan? kesian anak2.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...