Instagram : @peejburhan

tak payah nak buat sangat...

aku kalau tak keletihan atau takda benda nak kena buat, balik kerja mesti akan ajak MrB pergi rumah mama.
takda apa pun. nak jumpa aje.
kadang sembang, makan, borak or tengok movie ke apa.
nanti before 12am macam tu balik la.
kalau tak pun..if tetiba ada cerita best...terlajak jugak la tengok sampai 2am. hua hua.
tapi lewat macam mana pun mesti balik.
laki aku mana boleh biarkan kucing2 dia kesepian. mesti nak balik check.
tidur pulak wajib ceceh tu tidur sekali.
nyampah tahap dia memilih just ceceh je boleh masuk bilik.
tidur pulak sanggup dia himpit sampai ruang aku sikit je..janji ceceh ada spot untuk dia tidur. e elehhh. gelabah.

so tadi pergi rumah mama la lepas balik kerja.
sebelum pergi tu singgah makan dulu, laki aku nak makan nasi kandar.
then lepas makan tu, singgah beli kuih n mihun goreng, kuey teow bagai..sebab tau mama selalu puasa khamis. beli kan sekari stock ice cream simpan dalam fridge mama.
kadang dorang suka makan ice cream kat rumah tu.
then ke rumah mama. sampai bagi makanan...mama kata today tak puasa..mama buka..sebab dia tak larat today. ok aje. so mari la makan bersama.

so hidang n makan la kuih-kuih..
aku, laki aku, ayol n mama.
salah satu kuih aku beli tu lepat pisang.
so makan la laki bini.

me : favourite papa ni.

mama :  a ah.

me : ingat lagi dulu yang, time i kecik kat kampung..dorang buat lepat pisang sendiri. i tolong isi lipat pastu kukus. ye la ramai kan rumah tu..sepupu je 40+..belum2 lain..nak beli mampuih. so buat sendiri.

MrB : u pandai buat ke lepat pisang?

me : tak pernah la buat. tapi tau la kot.

MrB : nanti u buat la.

me : e elehhhh..takat u je nak makan...beli je la..mengada gila siap nak buat bagai..takdo kojo.kalau cekodok ke..lempeng ke takpa la jugak.

MrB : a ah kan dulu u ada buatkan i lempeng pisang kan? sedap.

pastu kita orang semua gelak2...
yang mama kan tak dengar...

mama : kenapa nakkk?

so kena la ulang siaran bagi mama paham..
pastu aku..

me : semua salah mama.

mama : haaa?

me : ye la ingat lagi pija remaja dulu suka tengok tv orang masak, orang bertukang n macam la..pastu pija cakap, "kan best kalau kita pandai buat ni semua..semua buat sendiri je kan ma?"..
pastu mama cakap, "takyah sibuk nak buat semua tu..kerja carikkk duit je..banyak duit tu nanti..kau bayar or beli je la apa kau nak tu."
haaaaa salah mama laa..sekarang semua benda aku beliiiiii je..takyah nak buat sendiri sangat. hahaha

semua gelak.

mama : kurang hasam punya budak. memang laaa..abis semua benda kau nak buat sendiri. menyusahkan..maksud mama..kau belajar la pandai2..nanti kaya..semua kau boleh beli or suruh orang je buat. tapi kau belajar lak tak berapa nak pandai. hahahah. tapi Alhamdulillah Allah bagi rezeki. so boleh la guna pakai jugak teori tu.


fuhhhh nasib baik. Alhamdulillah.
tapi tu la...kalau aku belajar bertukang..mungkin aku sekarang ada syarikat perabot maju jaya. kah kah. eh mana tau kannn? ;p

aku tak berapa sihat sangat lately.
tolonglah banyak sangat angin dalam badan ni.
sesak sampai payah nak napas.
bila keluar angin tu baru la rasa lega.
selagi tak lepas tu...memang tak senang duduk la.

aku dah pergi massage.
still tak rasa lega.
punya la sakit dia massage kalau kena tang memang konon urat masuk angin la apa.
sakit dia rasa nak terajang budak massage tu je.
aku ni susah nak keluar angin time orang urut. tak tau kenapa.
selalu lepas2 tu ada la. tapi time urut takda.
so kalau tukang urut tu berjaya buat angin aku keluar time urut, aku akan make sure bagi dorang tips. sebab anda berjaya membuatkan angin kak jah keluar dpd mulut..nasib tak keluar angin tang lain. itu seram. hahaha.

nway, salah makan ke apa? aku tak tau la.
tahap takut salah makan, sampai nak makan sembarangan pun risau ok.
seksa betul la angin ni.
selalu akan ok kalau aku makan capsule habbatus sauda. baru ok.
sebab makan tu je..amik kau..kejap2 akan burp.
time burp tu kau rasa nikmat tak terkata.
eiii dasyat tahap angin mengalahkan mak nenek aku ni. kah kah.

yang mama risau tengok aku tak sihat ni.

mama : jom kita beli banglo ke apa la nak. senang semua duduk satu rumah. kesian tengok korang laki bini ulang alik rumah mama. ingat tak penat ke. balik kerja ke sini..nanti balik rumah balik. esok kerja pulak. pastu datang lagi visit mama. duduk satu rumah senang.

me : mana nak carik duit? rumah KL semua mahal.

mama : mana2 la.beli tanah ke buat la rumah.


memang impian aku pun dari dulu. tak kesampaian.
impian dari dulu..kalau aku kaya. aku nak rumah besar.
aku nak parents aku n adik beradik aku duduk je ngan aku.
aku ajak sekali mak mertua n pak mertua aku.
if ada adik2 ipar aku susah ke apa. meh duduk ngan aku sekali.
ye la rumah besar duduk berdua je pun..nak buat apa.
kami pun berdua je. bukan ada anak ke apa. so if ramai mesti meriah.



tapi tu impian je la. tak sempat papa, mak n abah merasa.
tapi takpa yang lain ada lagi. harap memang tercapai one day..heheh.
berangan rumah ada kolam..pastu anak2 buah aku leh datang swim.
dasyat tahap berangan tu.heheh.
tapi buat masa ni..tinggal la rumah kecil ini..ni pun menumpang rumah kucing.
ye kucing lagi ramai daripada manusia. ;p
syukur. ada jugak Allah bagi tempat berlindung. walaupun bila hujan terlalu lebat boleh tahan laki bini gelabah carik besen nak tadah.
ada rezeki lebih aku nak tolong repairkan bumbung rumah ni. rumah lama kan.
kalau i tak dapat rumah ada kolam..aku beli la kolam budak2 tu...berkubang la dalam tu. jadi la.
pastu aku feeling buat bbq sebelah kolam plastik tu. hahahha. ok kelakar pulak bila aku bayangkan.
takpa..feeling dan gaya tu penting.

eh ok la.
dah lewat ni.
malam jumaat ni esok kerja kot.
nite pipols.






6 Comments:

Erni Hasmiza said... [Reply to Comments]

Hahaha kolam plastik pun jadi kak oi at least ada kolam jugak...

Anonymous said... [Reply to Comments]

try amal minum segelas air suam yg dah dicampur dgn satu sudu apple cider dan satu sudu madu sebelum tidur untuk hilangkan angin badan tu...saya dulu ada masalah yang sama & selepas amalkan minum apple cider & madu tu alhamdulillah ok...but beware bau apple cider tu agak kurang menyenangkan kalau tak biasa dengan bau dia huhu..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kan biasa ada tukang urut yang transfer angin kat dia.. dia yg urut dia pulak yg keluar angin. smpai sekarang kagum camne boleh transferkan angin tu.. hahah.

yosh semoga impian rumah tu tercapai. kitorang husband&wife pun nak la beli rumah tapi tengok harga menggila. dok kuarters je la kitorang asalkan ada tempat berteduh hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej try buat air halia...
kunyit hidup (titik ngan lesung) +halia (titik ngan lesung) +serai5 (titik ngan lesung)+gula kabung/melaka seketul=rebus minum suam2...mmg sedap n melegakan..

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said... [Reply to Comments]

cuba p scan hempedu takut ada batu dalam hempedu.saya selalu angin sebelum dapat tau..huhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam kalau badan sll masuk angin..try berbekam..insyaallah ok

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...