Instagram : @peejburhan

suka naikkan darah aku.

actually aku busy tahap sotong ni.
tapi sesuka hati nak blog kan. hahah.
ye la semakin meningkat usia..semakin pelupa.
sebelum aku lupa. baik lah aku update ni.

semalam aku ada share satu cerita perihal laki aku kat fb n ig, ramai lak teruja.
korang suka la..aku yang stress kau apa tau.
dia ni kalau tak naikkan darah aku ngan benda2 pelik tak sah tau.

macam kelmarin pergi cuci kereta.
dia kata kotor sangat kereta.
ok la pergi.
tapi aku menyirap tengok orang kedai tu cuci kereta2 sebelum aku.
lap ikut suka hati. memang tak puas hati la.
so aku dok bebel la kat laki aku.

sekali sampai turn kereta aku.

him : i nak u lap kasi bersih tau..vacuum semua. cermin lap luar dalam..ini kereta esok ada road show tau.

aku dah macam..roadshow whatttt???
berkali la dia dok ulang sambil ikut je budak tu buat kerja ke hulur kehilir.

me : dah la tu yang..takda orang nak percaya roadshow..takda bikin apa pun kereta ni. buat gelak je orang lain dengar.

sebab time tu ada few la lelaki bawak kereta stock bikin2.
i cannot ok..hahhaa

sekali kau tau dia buat apa?
dia amik kain..dia pun sama lap kereta.
kau dah kenapaaaa sayang oiiii?


beria-ia la dia lap.
dah la color sama.
aku syak orang sekeliling ingat dia kerja situ gak.
tu takpa..sekali balik rumah dia sambung ok lap kat rumah. Ya Allah..sabar je la dia ni.

satu perangai dia aku tak tahan.
dia ni takleh ada duit sikit.
dia akan pastikan jadikan licin.
sama ada beli benda mengarut..or dia suka sedekah. 
tu bagus la. tapi kalau tahap..kau sampai takda duit apa cerita kan?
takpa niat dia kot. suka hati.

tapi bab beli mengarut tu tak leh blah.
aku lak kalau dia cakap je aku dah start bengang.
dia sebelum beli akan call n bagi tau.

him : moling..kawan i ni tengah nak pakai duit..dia nak jual tab..i beli la yea. rm200 je dia tolak.

aku memang terus bebel la.
sebab aku tau..kalau benda let say rm200..dia akan ada rm150 je.
nanti tak pasal rm50 tu aku la tu kena tambah. grrrrrr...
so aku bebel itu ini.
dia kata ok n letak phone.

then dia datang office dok lagi ulang cerita sama.
i stress la..aku cakap taknak..taknak la.
perangai aku lak..kalau bebel malas pandang dia.
sambil buat kerja,,mulut pun bebel.

him : i dah beli la ja. *sambil tunjuk barang tu..dari hujung mata aku nampak dia pegang benda hitam besar*

me : u suka kan. i dah cakap taknak kan. baik takyah tanya i..u memang dah beli sebenarnya kan..u cakap tu bukan nak tanya..u nak tengok i cakap apa je kan? sebab u dah beli pun...

macam machine gun mulut kak jah bebel.
then dia datang sebelah aku tunjuk..aku taknak tengok.
malas layan.
dia tunjuk elly...elly dah gelakkk.
rupanya dia pegang tu name card holder.

him : kau tengok tu elly, dasyat dia ni kalau marah tu.

me : whatever laaa...malas layan

aaaaa tak suka.
dia saje tau. nak sakitkan hati aku.
padahal takda apa.

sama macam kes semalam aku cerita tu.
dia hantar whatsapp. pic iphone 6.

him : sayang..ite tu beli i phone 6 ni..

aku memang menyirap la..kau ni pantang ada duit sikit kan.
suka bazir. 
bengang pun ada. jealous pun ada. hahaha

me : suka u la yang..takleh ada duit sikit..suka bazir. tak perlu kot. bukan phone u rosak..bla bla bla..

him : ite tu nak phone macam oling tu jugak..iphone.

aku malas layan whatsapp dia.
dia datang office tunjuk tepi aku.
again aku malas layan..bebel taknak pandang dia or barang tu.

pastu dia..yang tengokkk la siniii.. tengok la..molinggggg...molinggggg...
sekali aku pandang tu bukan iphone!!!!
tu lighter!!!!!!


kau dah kenapaaaaaaa?
dia suka tau beli benda pelik2.
kau jangan la tanya aku mana dia beli? aku tak tau.
yang pelik, jumpa pulak dia benda2 mengarut macam ni.

hahaha tapi padan muka aku.
lain kali siasat dulu baru bebel ye.
sapa suruh sombong pastu bodoh. kah kah.
pastu jadi bahan gelak je aku, "molinggg tu atik nak arahhhh je..ni lighter la. hihi"

dia suka yea kadang orang dari meja ke meja datang jual benda..dia beli nanti.
pastu konon bagi aku.
aku tak guna semua tu.
aku rasa bazir la kan.
so aku angkut bagi mama. hahah mama suka pulak.
macam2 la. tak bagi mama..dia beli pastu bagi adik beradik aku.

sabar je la aku layan dia ni.
bagi my blood go upstairs.
semalam dia teman aku gi mood republik punya open day pun aku stress.
nanti aku cerita details.
kali ni nak cerita perihal dia.

memula dia ok. pastu dah penat n stress..dia mula la buat perangai.
kerja dia tengok orang pastu kutuk..

him : yang tengookk tu..hipsster tu..muka pecah tapi acah-acah konon hipster mamat tu.

tengok tu..perempuan tu mesti rasa dia lawa..kemain ngan anak nak speaking..anak dia macam tak paham je i tengok.

me : sayanngggg...jangannnn laaa.u suara dah la kuat..nanti orang dengar la.

him : alahhh u ni..i nak hiburkan hati..u tengok tu..e elehhhh...nak kepit bag bagai.

tolong aku stresss...
tapi kadang lawak la..apa dia describe memang kena je.
boleh nampak ok orang poyo ke apa. hahaha

eh ok la. nak sambung buat kerja.
order masuk non stop ni.
seram aku dengar hp aku dok bunyi ni.
sebab aku buat promo Ephyra ni.
untuk sehari ni je yea.
sapa nak harga special sila whatsapp laju2 012-2758575



7 Comments:

syalinda johari said... [Reply to Comments]

hahahhaa.. terhibur betoii la..lagi2 tengok gambar lighter yang iphone tu..hahahhahahahaa..
boleh gelak sorang2 depan pc ni ha

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahaha macam2 la mr. B ko ni peej. sebbaik dia xbelikan ko 'iphone6' tu balut cantik2 mcm yg dia buat hari tu :'D

Anonymous said... [Reply to Comments]

lawakk lah lighter iphone tu, mmg terkena la!haha

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Hahahaha tak habis2 duk gelak ni ha. Klakar la. Ade prangai husband sy skit hahaha. Klu husband akk ip6 lighter kan. Husband sy ip6 power bank. Dia msj kata dh bli ip6. Tolak ip5. Sy cam akk la. Marah bebel bla bla bla. Skli..powerbank hahahaha

Nur Aishah said... [Reply to Comments]

maknosia memang gitu peej.
U stress dgn peel husbnd u..
yg kami ni, tergelak2..dok bayang alangkah bestnya kalu laki kami plak pelawok2 mcm mr.B
hahaha i baca smpi krem tetep..
apa yg penting moga seiring lah pelawok dia dgn tggjwb sbgai pemimpin.
insyaallah moga kekal hingga ke akhirnya lah ye....

byt said... [Reply to Comments]

adoi kak pija..kt opis baca blog pn gelak sensorang..ni blk rumah baca post yg baru lg tak menahan nk gelak..bertabahla kak pija ya..tapi comeyyyy

Juliana Abdul Rahman said... [Reply to Comments]

adehhhh berair mata baca...klakau laaa abg kandar ni.... teringin nk jumpa korang berdua.. mesti abang kandar suka kacau oling dia kan.. hahahha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...