Instagram : @peejburhan

si auni yang cerdik

aku tak sure aku pernah cerita ke tak.
pasal anak buah aku si auni ni.
auni ni anak kepada adik ipar aku, hafiz.

auni ni lambat bercakap. dekat umur 3 tahun pun tak bercakap lagi time tu.
dok la bercakap bahasa dia sendiri.
sampai la dia duduk dengan arwah mak mertua aku.
baru la kemain petah bercakap macam mak nenek.
kemain banyak soalan n bercakap.

aku ni kau tau la. mana la reti nak layan budak.
tak reti pun ye. tak kuasa pun ye.
i'm easily stressed u know. hahaha. tolongggg..ngan budak pun stress.
tapi dia ni kesayangan suami aku.
aku rasa mainan auni ni bertong2 kot dia belikan.
pergi memana, mesti ada je benda dia nak belikan auni.
layankan aje.

kadang laki aku akan tinggalkan auni dengan aku.
helpppppp...i tak pandai layan.
dah la budak auni ni banyak tanya.
sekarang dia dah 4 years plus macam tu.
tapi ada 2-3 benda yang dia cakap buat aku rasa tersentuh sangat ngan dia.
dia ni dah la pandai cakap. bodek kau takyah cerita la. memang kepakaran dia.

ada sekali tu rasanya tahun lepas.
aku tengah sibuk buat kerja.
tapi dia dok sibukkkk tanya soalan. boleh tahan penat acik nak jawab.
agaknya dia perasan kot aku macam kejap jawab, kejap tidak..tetiba dia cakap..

"aunty ija, aunty ija penat ke? kalau aunty ija penat..aunty ija pergi la berehat kat bilik. takpa auni boleh tengok tv kat sini. kejap lagi ayah datang la."

sedih pulak aku dengar. budak umur 3 tahun lebih pandai lak timbang rasa macam tu.
auni ni walaupun kadang lorat n banyak cakap.
tapi dia pandai amik hati n bodek.
tapi tak tahan bodek dia tu kadang kemain over.

auni : uncle, nanti uncle boleh tak bawak aunty pergi beli spender. sian auni spender, baju semua takda. semua koyak. sampai auni tak tau nak pakai apa.

MrB : ye lah nanti uncle belikan.

auni : yeayyy. auni sayang uncle *siap cium pipi*

MrB : ye ke koyakk? ni uncle tengok elok je.

auni : tak elok. ni koyak..

MrB: mana?

auni : heheh. takda.

MrB : haaa takleh la shopping. dah ada tu.

auni : ye lah. tapi uncle belikan buku la auni nak tulis2.

kau tengok dia punya cerdik tu.
banyak la episode dia.
ngan laki aku kaki sakat apa semua.

macam baru ni dia ada datang rumah aku.
laki aku tinggalkan ngan aku kat bilik. laki aku keluar ngan hafiz.

auni : aunty ija, tadi ayah bawak auni keluar. auni nak ingat nak main yang masuk2 duit tu..tapi ayah kata ayah takda duit syiling. auni tak boleh main. ayah kata tunggu gaji nanti.

me : ooo ye ke. *hahhaa keji jawab macam ni je*

auni : a ah.

me : mainan masuk duit yang mana?

auni : alaaa yang auni naik..masuk duit syiling dia gerak2 keluar lagu tu.

me : oooo. jap yea.

aku bangun. amik secawan duit syiling yang memang kita orang laki bini simpang dah bertahun.

me : nahhh. amik ni. nanti suruh ayah bawak naik menan tu.

auni : haaaaa..duit siapa ni aunty ija?

me : duit auni la. ni aunty bagi. nah amik bag ni sekali. simpan elok2. nanti nak naik suruh ayah bawak.

auni : terima kasih aunty ijaaaaaa *cium pipi*

pastu dia leka la ngan duit syiling tu.
aku lak time tu memang tengah sakit kepala. tak sihat.
sambil layan movie.
tapi si auni ni boleh tahan banyak cakap. pening kepala den.
laki aku ni mana tak balik2 ni2.

auni : aunty. aunty ija penat ke? kalau penat aunty tidur la.

me : takda la. aunty pening je.

kau tau..tetiba terus dia lepaskan semua duit syiling tu.
dia pergi belakang aku terus dia urut bahu aku ngan tangan kecik dia tu.
aaaa terus i sebakkkk. kenapa bijak sangat budak ni. pandai amik hati. patut la kesayangan nenek dia dulu.

me : aunty pandai ke urut.

auni : pandai.

me : selalu auni urut siapa?

auni : auni urut ayah, urut mummy...

me : nenek auni tak urut.

auni : urut. tapi tu dulu. sekarang nenek dah takda. nenek kan dah kat dalam tanah. aunty tak tengok ke hari tu.

me : a ah nenek dah meninggal.

eh eh pandai pulak budak ni.
pastu aku suruh dia stop. lama lak dia urut. sian pulak.
then dia leka lagi ngan duit syiling dia. masih dok tanya2 soalan.
banyak cakap budak ni. hahaha.
bila dia cakap berkerut2 la muka aku.
sebab aku tengah layan movie. so tak dengar la..dok aku repeat.
dia nampak muka aku gitu je..cepat dia datang urut kepala aku pulak. hahhaha.
comel sangat si auni ni. penyetkan kang.

pastu tak tahan last week dia dtg.
sikit lagi nak tutup office adik ipar aku datang hantar barang.
ada la si auni ni.
kemain dia ngan uncle dia.
sambil dia baring kat bean bag tu.

auni : aunty, auni suka la rumah aunty. besar rumah aunty.

me : haaa..rumah mana?

auni : rumah ni la.

me : ni bukan rumah la auni. ni tempat aunty kerja.

auni: ooo tempat kerja. auni sukaaa. ada tempat ni pulak *sambil pegang bean bag*

me : aa aah boleh rehat kat situ.

auni: aunty ija...best ke jadi macam aunty ija? jadi orang kaya?

terkejut aku dengar ayat dia. tak pernah dengar dia cakap macam tu.

me : hah? jadi apa?

auni : jadi macam aunty ija la. jadi orang kaya, duit ada banyak. tempat kerja aunty ija ni besar..mesti kaya.

hahahah comelnya budak2 ni kan. innocent je dorang.

me : ni bukan tempat aunty je. ni tempat kerja ramai orang, ada kawan2 aunty, ada uncle farid.

auni : ooooo. baru auni faham.

tolonggggg budak ni apesal la cerdik sangat.
walaupun kadang lorat n penatnya aku nak layan.
tapi serious pandai sangat dia ni.
tapi aku memang takleh tolong la bab aku keras ni.
hari tu dia datang tetiba peluk aku kuat2.
aku dah macam..e eh e ehhhh.
hahahaha sorry i tak biasa. kah kah kah.

auni : wangi la aunty ija ni. sambil cium dada aku.

me : tipu laaaa. mana wangi.

auni : wangi laaa. kat sini *sambil tunjuk dada aku*

amboiii kuat bodek sangat ni.
padahal aku rasa idok le wangi pun.
sebab bak kata MrB. aku ni patommm ada la. hahaha.

dia buat masa ni dia lah pengarang jantung laki aku n aku.
sebab seronok layan kerenah dia n cerdik dia tu.
ni laki aku datang office tetiba.

MrB : yang..ni i belikan untuk auni ni. dia asyik mintak. i belikan la.

me : apa tu? lenovo ke?

MrB : takda la. murah punya. tapi dia asyik nak ipad i je. so i belikan.

kau tengok la laki aku tu.
pantang ada duit sikit. berabis je dia tu.
ni baru anak buah.
kalau anak sendiri aku tak tau la.
pitam kot sbb aku asyik stress semua benda dia nak beli.

:: auni kesayangan ::


ok. itu aje untuk kali ni.
sorry tak sempat nak berupdate lately ni.
sebab busy. tau la memang standard akhir n awal bulan order mencanak2 masuk.
so takda masa terluang sangat. ada masa i update lagi Insyallah.

7 Comments:

Erni Hasmiza said... [Reply to Comments]

Hihi..budak budak memang cute, bila nak marah terus tak jadi marah tengok muka diorang yang cute tu rasa nak penyet penyet je. Huhu

yana2605 said... [Reply to Comments]

Semoga peej n MrB di beri kesempatan untuk memiliki chaya mata sendiri satu hari nanti...aminnnn hemm teringt ank buah peej yg kt Melaka tu..mcm mn rupa dia skrg..sorry la peej klu buat u terasa..i yg org luar nie teringt apatah lg family dia darah daging dia kan..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

bijaknya lahai budak ni. mesti seronok melayan auni borak kan. budak2 bijak ni kadang keluar soalan2 xterduga, kita nak jawab pun kena fikir 2-3 kali haha

Vicky Virginia said... [Reply to Comments]

Hehehe..Thanks kakpeej update..terhibur juga kitaorg ni..hehehe comel je gelagat anak buah kakpeej 2..

onen80 said... [Reply to Comments]

anak2 dalam umur 4 tahun mmg paling byk soalan...semua dia nak tahu...sbb anak saya pon sebaya auni...stress nak jawab soalan yg kdg2 berulang2...bila dia tido,rasa sedih plak layan tak layan masa dia tgh tanya byk...kdg2 bila kita asyik tgk hp,tak sedar dia duk perhati...esok2 bila amik dia kat taska,dia ckp slow2 je,nnti abang nak main ngan ummi,ummi jgnlah asyik tengok tepon je...asyik main game je...sentap terus simpan hp diam2.......huhuhuhuuu

susumanis said... [Reply to Comments]

Sweet jeee...

Emmy said... [Reply to Comments]

Layan jer la peej...takpe...budak 4thn mmg semua banyak mulut, macam anak saya hahaha....murah rezeki hadiahkan barang/mainan/etc kat budak2...sunnah nabi tu sayang n manjakan budak2...mana la tau...berkat sayangkan anak buah...direzekikan cahaya mata sendiri...aammiinnnn....dia doa tu aunty peej kaya...aamiinn...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...