Instagram : @peejburhan

sangat random dia ni

aku biasa cerita kan.
aku memang takda la mengharapkan apa sangat dari MrB.
bukan la tak harap apa. maksud aku dari segi hadiah.
aku pun tak suka nak meminta mengarut2 ke apa.
sebab kita tau dia pun gaji bukan besar.
tak nak sebab kita mintak bukan-bukan..pening dia nak mencari.
kang tak pasal meminjam sana sini ke apa. aku tak suka

ingat lagi masa aku tak kerja dulu.
mama susah hati. dia suruh kerja.
dia kata bukan apa..kalau suami susah, mana boleh bantu kita bantu.
nanti nak beli apa-apa boleh pakai duit sendiri. jangan nak susahkan suami.
time tu macam tak paham je. macam apesal lak?
dia la kena beli. now dah hidup sama..baru paham nasihat mama.

so aku nak apa akan beli sendiri. takda mintak ke apa.
ada duit lebih, aku belikan dia apa2.
tak kisah la..kau nak kedekut sangat duit kau tu..bukan boleh bawak mati pun.

aku tau dia ada duit mesti tak berkira.
ada duit lebih nanti ada je dia belikan itu ini.
cuma satu la dia suka beli terus, tetiba muncul je barang depan muka.
kadang2 barang dia beli pelik n ngeri..tapi terpaksa buat2 excited. hahahha.

macam hari tu.
tetiba aku datang office nampak ada hadiah kat meja aku.
kemain siap balut kau.



wooow. surprise sangat ni.
pastu bukak nak tergelak je dia ni.
aku ingat apa la.
rupanya dia beli self stirring mug. hahhaha ok kelakar.
"ite tu beli supaya oling takyah susah2 kacau tau"
yo lah.

kau paham tak sekarang ngan tajuk entry ni?
random sangat hadiah2 dia bagi ni.
kadang macam tak masuk akal.

dia ni belikan mug tu.
pastu cakap, " u not appreciate. ite tu belikan mug tu..moling tak guna pun. ite dah siap2 masukkan battery."
sabar je la.
bukan tak nak guna tapi macam sayang.
plus aduhh pakai mug biasa sudah..sendiri kacau je la pakai sudu kan.
nanti la aku bancuhkan dia pakai mug tu.
dia yang excited kot.

macam ada sekali tu datang opis aku bawak barang pastu cakap, "this is for u."
aku ingat apa la. sekali tabung. pulakkkkk..tetiba sangat tabung.

me : tabung?

him : haaa tabung..suka tak?

me : suka. tapi tabung ni tak boleh bukak ke?

him : memang la tabung tak boleh bukak. kalau boleh bukak baik tak payah pakai tabung.

ehhh.
nampak sangat buruk perangai nak tabung boleh bukak. ;p
nak bestkan hati suami, terus letak tepi meja..haha


siap new york city kau. huhu.
bagus jugak. terus aku rajin menabung.
rajin tak rajin la...bila ingat je.
dulu takda la menabung...tapi konon simpan duit rm20 tu.
gigih gak. dapatlah dalam rm2000++...
tapi bila dah banyak tu aku shopping..hebat sangat konsep aku menyimpan tu kan.
penggagal betul.

tadi nak masuk duit kat tabung suruh dia tengok.
amboi tersenyum simpul suka, macam best sangat tu hadiah dia bagi. heheh.

tak kisah la apa dia bagi. terima ngan hati terbuka.
dulu zaman muda suka merungut gak aku ni..bila dia bagi hadiah pelik2.
abang aku marah..dia kata appreciate..maknanya dia ingat..even dia bagi batu sungai pun terima je..belajar bersyukur...
ye lah ayol, bersyukur la..walaupun rasa nak amik batu sungai tu rejam kat kepala ente.

eh ok la dah kul 4.
i nak pack ephyra. ramai lak orang order.
nanti rasa nak buat la promo utk cust regular ephyra ku.
setia dorang beli kat aku.
nanti aku pikirkan nak bg promo best apa kat korang ye.
kasi happy hour ke.

ok ta-ta
xoxo

Peej
Isteri Bersyukur, KL.

27 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahaa siap ada 'isteri bersyukur, KL' tu yg tak menahan :'DDD

Anonymous said... [Reply to Comments]

Dulu dia penah bagi keris kan..hehehe..sesuatu sgt khennn

-sueutara-

Leila said... [Reply to Comments]

tabung tu sebijik tabung anak I hehe

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

ahahah rindu baca ayat pelik manja korang 'oling moling semua
nostalgia zaman remaja sgt okeyh

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Peeja... Aku gelak kekek sorang baca Isteri Bersyukur KL tu. Dah mcm name chatting plak aku baca

intan said... [Reply to Comments]

Hahaha.. x kisah apa asben bagi.. sila hargai

~I AM SHOPAHOLIC~ said... [Reply to Comments]

tiba2 rasa terharu plak baca entry ni. nak nangisssss! btl la kata ayol tu kan peej.. atleast dia ingat kita.. tp dh namanya pompuan. kalau boleh nak adiah yg kita btl2 teringin.. tp bak kata uols.. bersyukur je laaaa :D

zamzarina said... [Reply to Comments]

kahkah.. tapi aku rasa sweet la ben ni..

Irfa said... [Reply to Comments]

Tergelak besar aku part batu sungai tu
Adoiiii

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bagus.. gadis gembira dah jadi isteri bersyukur.. heheh

KacakBergaya, KL said... [Reply to Comments]

Hahahaha punchline tu xle bla

Anonymous said... [Reply to Comments]

ahahahahhaah lawak gila abg kau cakap pasal batu sungai tu.. hahahahah - dalie

LynNda Ali said... [Reply to Comments]

Hahahahha.... kali ni baca gelak sampai berair mata. Nak gak tgk pic mug kacau sdr tuh...

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous yeee1 ingat lagi kau kan? sampai sekarang aku tak dapat jawapan kenapa keris?

peej said... [Reply to Comments]

@Leila hahaha ye ke. semoga kami sama2 rajin menabung

peej said... [Reply to Comments]

@Super Nia Hana masih lagi ok. cuma aku malas nak letak kat blog. dah tua..segan.

peej said... [Reply to Comments]

@sHieRa cAkAp ada ke orang chatting pakai nama tu? gila tak cool. hahaha

peej said... [Reply to Comments]

@intan tu la kan. #untunglah

peej said... [Reply to Comments]

@~I AM SHOPAHOLIC~ kan. tapi dah lama aku lupakan rasa teringin tu. lebih baik jangan cuba, sebab mesti akan dapat pelik nanti. so diam2 je dah.

peej said... [Reply to Comments]

@zamzarina bak kata omputeh..the thoughts that count.

peej said... [Reply to Comments]

@Irfa bayangkan kalau bebetul dapat?

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous yeszaaa..

peej said... [Reply to Comments]

@KacakBergaya, KL amboiii..sungguh berkeyakinan anda pakai nick macam ni ye.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous dalie - lagi lawak kalau kau bayangkan bebetul laki bagi batu sungai..apa patut kau rasa?

peej said... [Reply to Comments]

@LynNda Ali kalau rajin i amik video tepek kat ig ok?

syalinda johari said... [Reply to Comments]

hahahaa....jangan nak baling batu sungai...suwitt sangat bagi adiah mug boleh kacau sendiri n tabung tu..hahahhaa..

Anonymous said... [Reply to Comments]

kelakar la asben u Peej...tergelak sorang2 baca citer ni....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...