Instagram : @peejburhan

ramainya yang susah hati.

pelik la orang-orang ni semua.
elly n filla nak pergi bercuti, aku tak bercuti..dorang pulak lebih-lebih kesian kat aku.
kata elly n filla tak patut tinggalkan aku buat kerja sorang.
pelik hati aku, orang pulak yang susah hati.
aku tak rasa apa, korang yang lebih-lebih.
sampai aku terpikir..kenapa kesian sangat ke?

dorang dah ajak aku pergi daripada last year masa plan tu.
tapi aku yang taknak.
sebab aku rasa taknak membazir duit aku bercuti ke situ.
sebab europe bukanlah negara yang aku teringin nak pergi sangat.
unless aku ada duit tahap berlebihan sangat..then i will consider.
kalau dorang pergi bercuti bersama ke pantai..n tinggalkan kak jah kesepian ..maybe aku rasa nak tikam2 dorang bertubi-tubi.

sebab serious kau share la pic korang tergolek..terkangkang ke apa kat eiffel tower ke..
pic feeling sambil berlatar belakang station underground kat london ke..tak rasa apa.
tapi kau share walau pic kau kat langkawi sekali pun..aku akan menggelupur jealous.
sebab aku suka laut.
ingat lagi masa hanis zalikha honeymoon kat bora-bora.
i emosi sangat terus bad mood berapa hari. sebab rasa macam aaa lawa n bestnyaaa.
impian tu nak pergi bora-bora.
wahhh tahap feeling tak sedor diri tu kan. hahaha.
sampai filla n elly pelik asal aku macam senyap je berapa hari tu.
rupanya sebab kak jah emosi tengok pic pantai...haha takleh blah.

sampai gigih la kita orang plan jom bora-bora.
kemain search agoda tengok hotel apa semua. ok set.
sekali google flight ticket pulak..apaa???? perjalanan 1 hari 4 jam?
wth lama bebenar tu. cancelllll.
takyah nak bora-bora sangat la. pergi yang tak berapa jauh je.

tak menahan kan tahap verangans tu.
plan aje..tak semestinya on.
ye la nak pergi jauh bukan kejap..mesti lama.
company pun baru bertapak. baru nak menambah pekerja semua.
takleh la sesuka hati semua nak bercuti.

selain daripada di atas. satu lagi masalah aku nak cuti adalah suami aku.
dia bukan boleh sesuka hati cuti lama. kerja dia takleh.
so ada ke patut kalau aku cuti lelama tinggal dia. keji ok.
plus tak dapat bayangkan.
hari tu baru pergi PD, baru gerak 2 jam dah rasa berat je hati. gelabah gila.
padahal hari2 mengadap muka..naik menyampah pun ada.
tapi bila tau berjauhan..lain macam lak rasa hati ni.

boleh je if laki bini nak cuti dalam malaysia.
dah masalah lain lak timbul..kucing2 aku yang ibarat zoo ni macam mana?
see sangat menyusahkan.
dulu ok la mak mertua aku duduk rumah aku..tolong tengokkan.
tu pun setakat 3 hari 2 malam ok la.
now arwah mak pun dah takda..siapa nak tengok tu?
nak suruh boarding? duit boarding je mau boleh beli flight ticket pergi bora-bora agaknya.

noy ajak aku cuti minggu depan.
aku berfikir gak ni. macam nak.
tapi taknak susahkan orang jaga kucing.
so lupakan je la.
takyah la..rehat kat rumah pun ok aje.
n since aku lama tak cuti, kalau nak cuti biar berbaloi..n biar pantai.
tapi now pulau pun banyak tutup. dah dok diam2 aje.

so untuk yang susah hati sangat kat luar tu aku tak bercuti, takyah la susah2.
aku ok aje.
takdanya aku terseksa buat kerja sorang ke apa.
aku dah tak berapa ada kerja pun kat office ni.
sebab dah ada pekerja.
kerja post ke apa semua dah lamaaaaa gila aku tak buat.
pekerja buat. cuma kadang bosan gak..so sekali sekala aku tolong la buat.

bila busy tu harus la stress ke apa.
tapi bila relax, memang takda apa sangat.
relax aku siap boleh layan tv series bagai..tengok movie ke apa.
so takyah la memandai buat onar kata filla n elly kejam tinggalkan bebanan kerja kat aku.
takda apa ye..apa yang aku hadap ni pun kerja biasa aku buat.
kerja dorang langsung aku tak sentuh.

n korang ingat aku suka sangat cuti.
kadang elly suruh aku cuti..aku kata nak buat apa? nak gi mana? laki aku kerja.
dia kata cuti la rehat kat rumah aje pun takpa.
aku lagi taknak..sebab kau ingat aku tenang?
nanti aku akan pikir ehhh selagi aku tak masuk kerja..kerja aku bertambah nanti.
nanti masuk office lagi berganda nak buat. i dont like.
walaupun kerja aku just filing segala resit ke transaction, key in order dlm system or apa2 je la.
yang boleh siap dalam masa sekejap je. aku takleh..otak aku akan terpikir je nanti. gituh.

so kepada orang luar sana. tak perlu susah hati sangat ye.
dan hentikan lah kau punya buruk sangka tu.
or perasaan nak melaga-lagakan orang tu.
kemain ayat suruh aku tabah la..jangan nanti business/partnership hancur sebab sakit hati.
masalahnya hati korang ni yang sakit n hitam asyikkk nak pikir buruk je.
hati aku ok je ni.
please be happy for other people.
biarlah orang nak bercuti. orang tu kumpul duit, nak bercuti ngan family or husband n wife...biarlah.
jangan sebab kau tak dapat..kau nak emo pulak.
if nak jugak, maybe kena berusaha lebih. macam tu.

maybe one day, aku punya target semua dah tercapai.
priorities aku dah dapat aku tunaikan..
ada umur Allah bagi, aku akan spend my old days melancong laki bini ke.
aku pun belum ada anak lagi. or maybe takkan ada...Wallahualam.
so yea..be positive..be kind to one another.

so hentikanlah ngan simpati tak ikhlas korang tu.
enough is enough la.
kau cakap itu ini pun, orang tu dah capai sikit-sikit impian dia.
kau? mengadap la komputer dok mengata orang siang malam.


Peej
Gadis Gembira, KL.


*wooow..dah ala2 segmen urtv tau..btw Gadis tu tak tahan tu. wiwiwiwi*

21 Comments:

saidatul maria said... [Reply to Comments]

suh je orang2 yg bising2 tu tolong sponsor kan "Gadis Gembira, KL" ke BoraBora... sure diorg sonyap serta merta ... hahaha

Kantin aku said... [Reply to Comments]

Kan peej...org porum tu dh xde life sangat.doplopat jam carik kesalahan org. Stakat baca status fb dh gelabah mcm dia je yg xde cuti..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ni mesti acik acik forum ni yg kecoh gelabah utk u.xde keje nk carik kesalahan org.

Anonymous said... [Reply to Comments]

yeayy... sentapiii hahaha

Madam Casper said... [Reply to Comments]

Entah..suka sangat kepoh kan tak menahan betul,

Xuriana said... [Reply to Comments]

haha. lawak.

eyza said... [Reply to Comments]

Biasa la tu peej.. kekadang kita xde hal.. orang plak lebih-lebih.. lantokkan aje..

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahaha...yang kata kesian pija tu maybe supporter kuat pija kut..cam fans club kut..hahha
tapi bila baca n3 pija ni..kita cam rasa nak ckp sesuatu bg pija faham jugak..btw..me bukan salah sorang yg komen2 pija kesian tu tau..sbnrnya each blogger ada 'fans' masing2..ni betul x tipu...mcm kewujudan ellfie ni..korang meniaga senang dari segi promo sbb masing2 dah ada pengikut sendiri..ada yg suka korang 3 orang dgn sama rata...ada yg suka filla lebih..elly lebih or pija lebih..tapi ada jugak yg suka salah satu..salah dua..mcm me follow tiga2 orang sekali..tapi frankly speaking me lebih suka pija then filla..elly tu me baca blog dia tapi bila2 bosan la..sbb korang 3 orang ni ada cara sendiri menulis..mcm pija me suka sbb very straight dan jujur..mcm down to earth sikit..filla sbb dia adalah blogger yg kita nmpk perubahan dia dari hari ke hari..dia tulus je..mcm elly dia ada 'kelas' dia sendiri..dtg angin dia nak update pasal branded mcm nak buat org kata 'poyola ko ni' or part dia guna ayat gelitis utk suami dia or try nak buat romantik kdg2 ada yg pembaca yg nak kata you are over do it woman!! tapi dia dah better dari hari ke hari..mungkin faktor umur..n3 dulu2 je cam gelitis sikit..mcm me beli ellfie sbb pija and filla promote..tapi kalu elly promote..me lambat sikit nak beli sbb kulit dia dah mmg ok..mcm filla ada jeragat/pigmentation..mcm pija dah jual tabita and buat comparison dgn ellfie..so ramai yg beli...oohh..kesimpulannya biar je la reader nak ckp apa2..dorang x plan nak pecah belahkan persahabatan korang..dorang pun x leh nak sokong korang 3 orang sama rata...sume ada follower sendiri sbb gaya penulisan korang 2 orang berbeza..tu je k bye take care..

MummyMatters.com said... [Reply to Comments]

Gadis ke??hahahaha...hmmm btw..tu mmg penyakit org melayu..melaga2kan org..kita chillax je tp org lain melebih..

aziekz said... [Reply to Comments]

Haha...luahan hati gadis gembira..mmg versi urtv dulu2 :)

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Wei Peeja... Aku paham perasaan pasal kucing tu. Aku yg ada dua ekor je kat rumah ni pn kadang2 pening pk mana nak letak, sapa nak jaga bagai. Bukan ape boleh boarding setakat 2 ekor tp aku kasihan. Kadang-kadang sampai emosi sebab tak sanggup nak tinggalkan kucing2 ku. Hahaha. Takpa la kalau da tak kisah pasal cuti ape adehal. Janji happy kan?

Siti Fatimah said... [Reply to Comments]

you so funny... but i like ur spirit... eheheheh

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh macam lama je tak bercuti. ni pun teringin nak pergi holiday je rasa.. haha.

miss eimanhikmah said... [Reply to Comments]

AIKKK...ada eh cmtu...kelakar laaa

Anonymous said... [Reply to Comments]

peeja....i paling suka u

Anonymous said... [Reply to Comments]

cayalah peej!!

Irfa said... [Reply to Comments]

Emm kurang kasih syg lh sibuk nk ngata hal org. Ada yg x puas hati tgk persahabatan korang ber3 sbb dia tk dpt cmtu. Abaikan je

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

i paling suka peeja sbb sebaya pastu baca blog ni lama dari dorang tapi tak kesah la nak buat bisnes sama ke apa yg penting peeja bahagia tu je
pedulikan apa org nak kata peeja cos the end bkn dorang yang bagi makan

take care and kim salam kat mak :)

Naira said... [Reply to Comments]

so far aku takda pun rasa mcm tu. 3 3 pun aku suka je baca blog diorang. elly tu kelakar je. and aku suka cara dia berbelanja. gigih kumpul duit nak dptkan sesuatu. aku takda determination mcm tu kot. setiap kali baca blog dia aku semangat je nak kumpol duit heheh

Anonymous said... [Reply to Comments]

Saya pun beli ellfie sebab peej..hehe sbb mmg minat blog peej suke cara peej tulis..sempoi and very down to earth..lepas tu saya suka jugak kak filla....mmg nampak kulit dia berubah..meyakinkan lagi utk beli produk ellfie. Apapun all da best

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej.. i doakan your friendship, partnership dan semua tentang shipshipship korang bertiga semua nih kekal bahagia selamanya... Amiiinn.. semoga ellfie juga akan ke persada dunia juga sebab i ni pengguna tegar ellfie.... must buy ellfie giteeww.. eh... lipstick ellfie dah ada ke??

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...