Instagram : @peejburhan

pemenang bertuah katanya.

ni pun kisah lama.
biasa la..aku kalau update blog kalau tak kisah lama tak sah. haha.
rasanya ada tengah ke awal bulan lepas. kah kah..hilang ingatan sudah.

filla ada giveaway tiket tengok wayang untuk followers dia.
menarik tu. kak jah dan laki pun lama tak tengok wayang.
free pulak tu. apa lagi. pucuk di cita ulam mendatang konsepnya.
pantas aku komen kata aku nakkk menang tiket tu..sebab teringin nak jumpa filla.
hahaha.

so lepas balik kerja cecepat balik rumah siap bagai.
then gerak ke OU.
filla ikut kereta aku.
oiii terseksa aku drive dia ikut belakang. slowww sangat.
aku pecut sikit tertinggal minah tu.
apa ke slow sangat bawak entah.

tapi kagum sebab masa kat OU dapat parking sebelah2 ok.
memula aku park. filla tunggu tepi sebab nak aku naik kereta dia..nanti park sesama.
dia minah sesat. possibilities nak sesat n tak tau nak tuju mana sangat tinggi.
so baik la bersama.

sekali tengah tunggu tu..orang sebelah kereta aku keluar.
wahhh dapat park sebelah2.
rare ni. parking OU kot.
dapat parking pun dah besar rahmat..seksa nak dapat parking situ.
ni dapat sebelah-sebelah. rasa hebat sangat ni.



sampai sana filla busy ngan urusan dia la.
kata ni pasal blog2 kan.
so biarkan dia.
aku n laki aku menjamu selera je kat sana.
bagus nasib ada makanan. boleh tahan lapar menggelupur jugak la.



dah la sedapppp kemain. i like. berapa kali ulang.
buat macam rumah sendiri.
yang laki aku kemain busy kesana sini. amik pic macam bini dia yang nak buat job blog. hahah.
sembang ngan bebudak banquet tu la.
budak tu orang sabah, dahhhh laki aku cakap sabah ngan orang tu.
sampai cik epal tegur aku cakap, "suami akak memang peramah kan? saya dengar je dia sembang sana sini."
bagus..bini terlebih berat mulut..suami pulak terlebih2 peramah dah macam wakil rakyat.



dah la wakil rakyat.
pastu kuat selfie.
dia kalau amik pic bukan nak tunjuk apa pun...sibuk share kat group adik beradik dia.
tah apa dia nak eksyen tah. nyampah i.

boleh tahan lama gak tunggu dorang settle segala pengambaran la apa untuk event tu.
sempat la aku ngan laki aku ke sana sini.
then sembang2 sekejap sebelum movie start.


laki aku amik pic non stop. tah apa faedah.
aku tak kuasa nak share.
ni share sebab tak menahan tengok muka sendiri.
macam joyah sangat perangai. tah apa aku kelengtong tu.
eh i tak kaki kelentong. i jujur orangnya. terlebih jujur kadang2.
sampai aku meniaga pun customer pun terkejut kata aku ni jujur tak macam most seller sibuk nak jual produk aje.
eh betul la. orang tanya pendapat i bagi tau la..
kang takat nak jual..kang tak dapat membantu masalah customer tu..sian kan. tak baik ok.

ok suka melalut ke lain.


sempat selfie dalam cinema.
hari tu tengok cerita PAN.
aku suka cerita tu.
sebab selama ni kau tengok cerita Peter Pan dia dah jadi Peter Pan.
so cerita Pan ni kisah macam mana si peter tu boleh jadi Peter Pan.
i like it. so berpuas hati la aku tengok.

tapi aku takleh blah sebab filla Peter Pan punya jalan cerita pun tak tau...helppp..
aku dah gelakkan dia.
nanti dia kata la.."aku tau la Peter Pan tu apa..tapi aku tak tau la dia pasal apa."
hooiiii..tu kira tak tau la.
dia tu banyak gila tak tau.
aku n elly takleh terima. maybe sebab dia membesar kat sabah kot..so dia banyak tak tau?
hampeh sangat.

paling tak tahan umur sendiri tak tau.
siap kena amik calculator nak kira umur sendiri.
tu takpa..patut tolak 2015 tolak la tahun dia lahir.
tapi dia confident 2016 tolakk.....
kau dah kenapa tetiba 2016????
aku lagi tau umur dia berapa...daripada dia tau umur dia berapa.
eh boleh yea macam tu?
tapi bagus la..dia tak tau umur dia..mesti dia ingat dia muda sentiasa. hahahha
kadang-kadang aku n elly rasa nak hantuk kepala sendiri melayan kerenah si filla.
tapi kadang-kadang lawak pun ada.
n bila dia sunyi je..rindu la pulak.

ok kisah atas abis.
saje nak selitkan pic bawah ni.
ni masa ke ikea beli barang-barang sikit untuk hias booth.
sebab ellfie ada join booth last month.
so shopping la sikit. :D



dan buat pertama kali aku fokus.
pergi sana untuk beli barang ellfie sahaja.
takda aku tetiba selit shopping untuk diri sendiri.
wooow hebat sangat ni.
selalu kalau pergi ikea...mesti ada je kau mereka-reka tetiba kau rasa macam2 kau kena beli. hahaha.

ok people.
i nak siapkan order today.
ada order masuk lagi.
order pagi tadi dah settle.
bertemu lagi nanti. ta-ta.



2 Comments:

Linda Azni said... [Reply to Comments]

Ahahah..lawak la Filla. Boleh x tau cerita Peter Pan.
Peej, saya orang Sabah tapi tau gak cerita Peter Pan :)
And yess...memang best sangat cerita Pan tu, sy tgk 2 kali!

Anonymous said... [Reply to Comments]

My friends and I yang memang org Sabah tau aja cerita peter pan ka apa. Hmm..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...