Instagram : @peejburhan

pakar nasi lemak

hello everyone. selamat pagi.

hari ni awal bangun n awal jugak masuk office.
gila gempak orang first sampai siap bukak office.
selalu aku kalau tak masuk lambat tak sah.
tapi today takleh, banyak agent restock n ramai nak pick up kat office.
so kena masuk so that boleh print invoice.

macam korang tau, i'm not a morning person.
aku kalau tak tengahari jangan harap la aku bangun.
kira kalau orang call aku sebelum kul 12pm..tetiba aku jawab call ngan suara segar orang akan rasa wooow amazing.
most of the time memang angkat call suara baru bangun tido..siap pakej maki kawan sebab kacau kau pagi2..walaupun sebenarnya dah tak pagi. haha.

sekarang tidak lagi. no no no.
sekarang pagi..tidur pun most of the time awal. fuiyooo.
tak sangka boleh teratur hidup aku sekarang. memang berpusing abis la.
satu je tak ok lagi. bila agaknya nak mulakan gaya hidup sihat.
tolong gemuk tahap mengah je sekarang. 
buat masa ni hanya mampu zumba di dalam kepala je sambil tengok youtube.
pastu pikir..hoiii penat. baru tengok ye..belum bebetul buat. dasyat la kau. hahah.

nway, nak cerita pasal lain sebenarnya.
aku biasa la..isi lain..dia punya mukadimah je panjang lebar.
kalau peperiksaan ni..pembuka selalu markah 2 aje..sebab panjang nau, cikgu terpaksa bagi markah 10. hua hua...

aku nak cerita pasal breakfast.
since sebelum ni aku bukan bangun pagi pun.
so kalau aku breakfast aku akan rasa gempak dan kagum sangat.
usually if breakfast pun sebab dedua laki bini tak tidur malam sebelum tu.
terus pergi breakfast n lepas tu baru tidur..syabas. *tepuk tangan slow-slow*
so now kata kerja kan. so mesti akan breakfast.
dulu memula kerja takda gak aku breakfast.
tapi si elly la ni mengajar, dia jenis menggelupur kalau tak makan ikut time.
so teman dia..aku pun dah terikut la.
n now aku pun tak pasal sama..tak makan agak la lapar rasa nak tumbuk orang kadang-kadang.

usually aku breakfast ngan elly la.
tapi kadang aku malas, aku suka beli bungkus je.
beli la mihun ke, kueyteow ke.
tapi kadang angin satu badan..taknak beli tu..sebab ada tauge kan.
tah dorang kata tauge angin.
ok la..so mari kita beli nasi lemak.
woooww nasi lemak kan? pastu cerita pasal kurus..kelakar sangat ni.

cakap pasal nasi lemak.
tolong aku rasa aku dah jadi pakar nasi lemak untuk kawasan ni.
almost all aku dah try.
bermacam ragam peniaga n style ada.
aku peratiiii je... *sambil cekak pinggang, pandang hujung mata.


:: image from google ::


ada satu gerai ni sedap. nasi lemak itself sedap.
rasa la nasi tu lemak cukup, siap ada kangkung..walaupun aku perati semua bahagian batang je kangkung dia.
tapi lauk dia tak best la..masakan dia lain macam..
sotong sambal cara masakan dia lain macam.
pastu ada sekali tu lauk abis..tinggal 1-2 lauk je. aku tengok ada daging.
lain macam masakan dia..tanya la ni masak apa?
dia kata daging black pepper.
aku macam...uikss..first time ni daging black pepper makan ngan nasi lemak..ngeri.
untuk tekak aku la..tapi laki aku amik ok!!!
kan aku cakap. laki aku ni memang pelik cara gabungan makanan dia. i cannot.

satu gerai ni..mihun, nasi goreng, kuey teow dia semua sedap.
tapi aku pergi dah abis. nasi lemak ada.
so beli tu la. amik lauk paru.
nasi lemak dia rasa plain. tak sedap.
pastu paru dia cara masakan pelik kot..aku takleh makan.
rasa paru tu lagi kuat dari nasi lemak tu.
so tu first n last la beli.
dah la muka peniaga agak kerek.
pastu ada sekali tu aku beli kuey teow..memang tinggal sikit sorang makan je la boleh.
kaup je la semua kan. sanggup dia tinggalkan dalam 1-2 sudu boleh makan.
oitt..motipp? maybe la kot dia nak merasa kot. so tinggalkan.

then try gerai lain lak.
amik nasi lemak lauk sambal sotong.
nampak menarik.
memang sedap pun lauk dia. nasi pun not bad.
tapiiiiiii......kalau kau order nasi lemak lauk sambal sotong tu.
dia amik sekeping je yea sotong tu. wth!
time memula tu aku beli dia angkut bahagian janggut..ada la 2 helai janggut. 
kau paham tak? selalu kan kalau kita mintah..mesti akan amik 2-3 keping kan? then potong.
takkkk. dia memang akan bg sekeping aje? apakah ini semua?
then pergi lagi beli..pun sama.
sekali lagi pergi..orang sebelum aku beli..tapi dia siap cakap..saya nak sotong tu 3 ye.
oooo...kena bagi tau ke? acik tak tau.
macam-macam ragam ada kan? hahhaha.

then ada sekali tu. suami aku belikan aku nasi lemak bungkus masa weekend.
lauk ayam masak merah.
aku tak suka ayam masak merah. sebab selalunya ayam masak merah ni manis kan.
aku masakan manis2 ni kurang suka. tak suka langsung la sebenarnya.
tapi nasi lemak yang laki aku beli tu macam sedap la.
secukup rasa la.
so terus tanya dia beli mana.
dia explain. ok tau.

so kalau teringin nak nasi lemak. aku akan pergi beli situ.
selalu aku keluar rumah lambat.
dah 10ish baru beli. lauk pun sikit je tinggal. n sepi je.
tadi keluar awal. woow meriah ramaiii gila orang.
n kakak tu kemain pantas balut tahap aku keliru dia orang ke mesin kilang.
lauk pun banyak tadi.
tapi bekas tong sambal dia licin ok, bekas ikan bilis semua sipi je la tinggal.
kena keluarkan tong baru.

then sampai opis makan la.
wahhh indah dan sedap.
sekali nampak ikan bilis..oittt kot ye pun top up la bekas tu.
ni i dapat kepala ikan bilis aje.
tapi takpa..janji sedap.
aku bukan penggemar ayam masak merah..tapi dia punya sedap.
tak manis sangat..ada pedas sikit.
makan lak ngan nasi lemak dia..panas lagi. perghhhh.

tapi still takleh lawan nasi lemak paling world.
nasi lemak arwah maktok, nasi lemak arwah mak mertua den. dedua dah takda.
now tinggal mama punya..pun sedap. tapi lama tak makan.
time mama buat aku takda sana...time aku ada sana mama tak buat.
aku suka sebab semua pedas..takda sekelumit manis pun. just the way i like it.
fuhhh paling sedap nasi lemak if arwah maktok or mama buat kat rumah.
memula makan semua..then bila semua lauk abis..last tu.
nasi tu gaulkan ngan sambal n kuning telur tu hancur n gaul sekali.
fuiyooooo...sedapppppp...
uish lamanya tak makan.

ok mama nanti buat can? :D

so korang suka nasi lemak kat mana?
n nasi lemak paling world bagi korang macam mana?



29 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bab suapan yg terakhir tu.. nikmatttt.
so far nasi lemak paling sedap paling rindu nasi lemak kat umah lama.. dulu2 la zaman sek. Tak pnah jumpa lagi nasi lemak sesedap itu. Tapi akk suka sambal manis.. manis2 sambal la.. bkn rasa kuih.. heheh

Xuriana said... [Reply to Comments]

tak baik pija entry ni. aku dah 5 minggu kot tak makan nasi lemak. aku kan gemuk. hoihhh balik ni nak jogging! *emosi haha*

Eny Abdullah said... [Reply to Comments]

terus lapaq nasi lemak!

Irfa said... [Reply to Comments]

Adoi
Lapar terus
Pdhal td dh nges seround sbb gula tinggi
Huhu

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

xmakan sambal nasi lemak, jd xdapat nk define nasi lemak sedap tu haha. biasa klau beli pun dgn lauk mcm kerang / ayam msk merah. sambal xde. tp yg best kt shah alam ni is nasi lemak ciast.. jual dpn ciast seksyen 19 and org mmg beratur. 1 lg makcik siti blkg rumah.. pg2 dia buka gerai. mmg sedap ayam merah dia walaupun ai xmkn sambalnya.. hahah

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam
hi peej, blh xbgtau kat mana nasi lemak ayam masak merah tu. TQ!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sokong anon kat atas ni. Aku dah try 2 restoran yg kau recommend peej. Mmg sedap. So aku rasa taste kau boleh pakai. Haha.

FARYN said... [Reply to Comments]

kalau dekat ngan opis aku ni,kat bawah lrt asia jaya..memang terbaik la... selain tu nasi lemak kg baru depan masjid. tapi paling win memang la nasi lemak dari mommy... hahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam kak peej.. kak peej katne nasik lemak ayam masak merah sedap tu.. sbb saye dok area setiawangsa gak..

Anonymous said... [Reply to Comments]

uwaaa menitik air liur baca pasal nasi lemak, nasi lemak mmg la peberet saya... nasi lemak plg best yg penah saya makan ialah nasi lemak yg mak saya buat hehe...

Anonymous said... [Reply to Comments]

ada stu tu kat area taman saga ada satu nasi lemak sedap akak muda jual..exora coklat die pakai...tapi sekali je dpt beli sebab masa tu ada hal kat sna ..balik cheras no more nasik lemak sedap..org taman saga tolong beli..kirim satu...haha

Anonymous said... [Reply to Comments]

nasi lemak santai ttdi.. the best...

hatim AR said... [Reply to Comments]

omg sama penggila nasi lemak!

kalau nk tau kedai tu sedap ke tak, judge nasi lemak dia. kalau x sedap maknanya kedai tu fail.

penang walaupun food heaven tapi nasi lemak fail sebab letak pelaga cengkih bagai dalam nasik lemak. nasik lemak yg best ialah nasi+ santan secukup rasa+halia+bawang sket+ daun pandan

sambal pulak sambal tumis je yg base dia bawang, takyah ikan bilis pun xpa dlm sambal supaya senang nk gaul. pastu sambal jgn runny as in banyak air. cili boh dia n bawang tu yg kena banyak. pedas tapi jgn manis. asam jangan overdose.

telur goreng kena goreng dalam minyak panas bertakung! telur goreng kejung is a no no. timun wajib ada. nasi lemak basic takpayah ada lauk 80 jenis pun xpa. asalkn basic telur, timun ada.
daun pisang is a must. walaupun atas pinggan.
and presentation punnn adalah kepantangan kalau tuang sambal atas telur/ayam. it has to be on the side supaya senang gaul. sekian dari penggemar nasi lemak haha

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sama la wei. Nasi lemak paling sedanp mesti la mak sendiri masak. Coz boleh mentekedah berulang kali.

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Dulu tepi giant ulu kelang ada satu gerai nasi lemak. Husband n family panggil nasi lemak makcik BP, dia punya nasik kalau bungkus boleh repeat makan dua kali. Lagi satu, nasi lemak mak mertua. Gaul nasi sambal ngn kuning telur tu pun selalu gak buat..memang layan makan mcm tu

peej said... [Reply to Comments]

@hatim AR Ya Allah tak tahan baca description kau. tapi memang ni lah the most perfect nasi lemak. n yes aku bendi org buat nasi lemak tah apa2 benda dia campak kat nasi tu. macam jilaka rasa dia.

yes sambal yang berair. kembang tekak makan. n asam jangan overdose nanti masam sambal tu.

n pleasssee..jangan pepandai letak lauk semua timpa kat atas nasi. tumbuk kang.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous saya takleh manis. nanti memang spoil terus n tak sentuh sambal tu. sebab tu nasi kena sedap. so that tanpa sambal pun best.

peej said... [Reply to Comments]

@Xuriana ok la tu. janji impian nak mengurus sedikit tu tercapai. daripada akuuuu...

peej said... [Reply to Comments]

@wani ezryl * pelik sangat ni tak makan sambal nasi lemak.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous nak terangkan pun tak tau. kira daripada traffic light 4 junction kat uptown danau kota tu. masuk ke simpang ke arah uptown tu. then terus je. simpang kedua selepas shop lot masuk ke kiri. then terus..kanan tu akan nampak gerai kecik beratap zink. tepi simpang nak masuk kawasan perumahan setapak indah. tau ke?

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous wooow. tak menahan ayat uolls. masalahnya aku tengok takda pun anon kat atas kata taste aku sedap. hahaha.

btw, kebetulan taste bud kita sama kot. sebab tu rasa ok. kalau orang jenis selera lain maybe akan bengang ngan suggestions aku.

peej said... [Reply to Comments]

@FARYN kan. nasi lemak mak kita buat takleh lawan.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous dah almost 4 tahun tak duduk setiawangsa uolls. setiawangsa tu rumah parents ku. so nasi lemak yang di cakap ni bukan area setiawangsa

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous haaa yang ni memang terpaling betul. paling best petang bangun tido bukak periuk..ada lagi harus sental lagi. dapat lak yang bawah2 tu..kat situ santan lebih. fuiyoooo.

peej said... [Reply to Comments]

@Huda Ramlee dah takda ke nasi lemak kat BP tu?

basirah.armain said... [Reply to Comments]

Nasi lemak gembira kat seksyen 3 bangunan MAIS
Tapi peej x suke kot sebab sambal dia manis...
i loikeeee..
pregnant rase hari-hari nak pergi makan nasi lemak gembira.... T.T

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

@peej dah lama dah makcik tu stop berniaga. maybe dah tak larat.

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Dah lama dah makcik tu tak berniaga. Since 2012 ke 2013 mcm tu la.

Nur Aishah said... [Reply to Comments]

gagagagag..berbuih2 mulut ketawa i ni peej oii....
tgk zumba and practise kat otak je. tayah buat bebetul2.hahahahhaa...
mcm niattt je, tayah semayang... kah kah kah.. gilerrrr tawww
xpe peej... kita gemok berjemaah k. kalau kurus kang elly n pilla susah cari makan!
positip peej.. babhahahha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...