Instagram : @peejburhan

Mum's Place is the bomb.

few weeks back kita orang ada urusan dekat area damansara.
settle urusan berpikir nak makan apa.
sebab tak makan apa lagi. boleh tahan menggelupur la lapar.
tak biasa area tu, so memang tak tau la nak makan mana.
sekali elly kata dia bawak satu tempat makan best.
best sangat kata dia.
ok jomm.
elly kalau kata sedap tu, selalunya memang sedap la.
kena ngan tekak i.

so dia bawak ke area damansara perdana.
nama kedai makan adalah Mum's Place.
korang waze je mesti jumpa la.

sampai sana biar elly yang uruskan apa nak order.
aku n filla tunggu dengan hati yang girang aje.
pastu makanan sampai.
ini adalah hasil order.

 :: beancurd n timun masak apa tah..::


:: masak lemak cili api udang dan terung ::

:: ikan cencaru goreng sambal cili api dan petai ::

:: ayam sambal petai ::

Ya Allah...
"Tuhan tolonggggg lembutkan hati dia..." haa sampai menyanyi iolls.
tolonglah sedappppp sangat.
sedap tak terucap.
semua lauk atas tu sedap menepati selera dan segalanya la.
aku tengok ni pun jiwa aku bergelora...haha dasyat penangan nafsu orang gemuk..sampai jiwa bergelora. kah kah kah.

tapi serious sedap tak terungkap.
yang paling suka cencaru tu. sedap meletop.
masak lemak pun sedap.
sambal ayam tu pun sedap.
eh semua sedap la.
pedas. rasa keluar asap kat hidung n telinga.
aku kalau pedas memang akan menjadi favourite la.

price wise aku tak tau. sebab tak bukak pun menu tengok.
rasanya a bit pricey.
tak tau sebab hari tu kak elly belanja auwww *goyang kaki sambil peha bertepuk*
tapi aku rasa, dengan makanan yang kau dapat ni dengan kesedapan tu..berbaloi2 kot.
gituh.


:: thank u sis elly belanja dik jah n dik pilla ::


ni lak dessert.
elly suruh try sebab sedap katanya.
memang sedap.. *pejam mata meningatkan makanan itu*


apesal ngeri sangat kualiti pic front camera iolls ni?
dah tiba masa tukar iphone 6s ni. hahahaha tetibaaaa.




ni la rupa kedai ni.
serious sila pergi nanti n try.

btw, last weekend aku dah tak tau nak makan mana.
sebab dah bosan sangat makan kedai2 area rumah aku ni.
dok la berpikir manaaaaa nak makan.
then teringat kedai ni. ok lets.
sebab aku memang ada plan nak pergi area tu, pergi rumah pedd sebab nak tengok baby dia.
memang dah janji ngan noy.

so terus call noy. ciss perempuan tu laki bini bangun pun belum.
so aku bagi masa 1/2 jam je. kul 2.30pm aku amik.
tapi biasa la. 2.30pm keluar rumah.
tapi laki aku jenis, if keluar bukan terus keluar.
time tu la dia nak sapu sampah la, nak menyiram bunga la..nak mop lantai la.
tertekan aku. keras dalam kereta.
so lewat baru gerak.

amik noy n arif, terus bergegas ke situ.
uwaaaaa..nangis. sebab kedai tutup.
rupanya ahad dia sampai 3pm sahaja.
then baru bukan balik 6pm for dinner. foinneeee.

dah la kemain eksyen aku.

noy : nak makan mana ni?

me : nanti laa..surpriseee...sedappp weyh.

sekali sampai sana tutup.

noy : hahaha padan muka nak surprise konon, diri sendiri tersurprise kedai tutup.

me : shadap u. aaaaa aku terbayang dah kesedapan dia. takpa lain kali pergi lagi.

noy : abis nak makan mana ni? takda ke asam2 pedas ke apa.

haaa terus teringat satu kedai ni.
ada elly bawak kat area mutiara homes..jual nasi campur n asam pedas. ok ke sana.
dengan harapan masih bukak.
nasib tak jauh dokek jo.

sampai area tu. tak pergi kedai tu.
lalu nampak ana patin house.
eh jom pergi sini la.
nampak meriah penuh orang walaupun dah kul 4 petang time tu.
so pergi situ.

tolonggggg. tu satu lagi. sedappppppppp semua lauk dia.
patin tempoyak dia the bomb.
tu lagi satu lepas makan aku terkenang2 sampai hari ni.
aku ni kalau makan sedap takda pikir apa sangat.
pikir tekak sendiri (ni of cozzz la), satu lagi ingat mama..tak sabar nak bawak rasa makanan sedap2 ni semua. hihi. tunggu mama abis edah nanti.

aku tak sempat amik pic sebab memasing menggelupur lapar.
tapi serious sedap patin tempoyak tu. siap hirup2 aku makan.
lauk lain pun sedap sebab pedas.
sebab noy ada amik siput sedut..dia tak abis..tamak kan amik banyak sebab lapar.
so dia bagi aku suruh makan. pun sedappp.

tu pun datang petang, banyak lauk abis.
elly kata pergi awal lagi best.
ok nanti rajin i nak pergi lagi.
untuk makan, kak jah sanggup gagahkan diri drive walau merestasi lautan api.
wowww. orang redah lautan api sebab cinta, aku sebab makanan.
kosser ok sebab cinta nak redah lautan..kau nak redah lantak kau..aku stay..takda carik lain. woooww.
tapi untuk makanan..i sanggup redah atau daki gunung kinabalu sekalipun.
cea dia punya sembang tu kan, padahal baru angkat bakul baju berat dari washing machine ke depan dah mengah..lagi nak panjat kinabalu...hahahahhaa.

try la waze ana patin house.
situ pun boleh try.
harga pun ok tak mahal la.
makan 4 orang campur air, campur makan tapai bagai..baru rm40+ gitu.
ok la kan?

nanti kalau i pergi lagi..i will make sure i amik gambar ye.
ok i is lapar ni.
tengahari nak makan apa ni?
cerita sedap sana sini, sekarang ni apa boleh makan nak lawan makanan2 kat atas ni?



7 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

hahahaha.. tertelan2 ailio sebab tu sume feberet

strawberi said... [Reply to Comments]

mmgla pemes tu ana patin house...owner dia datin kot...lm ig haniszalikha ade byk pic mkn2 kt situ..hihi

Wizana Arbain said... [Reply to Comments]

Tp udang galah dia mahal la peej , aritu i makan rm170 udg galah shj + ikan patin tempoyak tu sekelar setengah rm45, plus2 lauk len total bill rm250++ jugak la..so sesapa nk order udg kat sana make sure le bwk extra cash kang x pasal kena basuh pinggan kat blkg haha :p

peej said... [Reply to Comments]

@Wizana Arbain
ye ke? im not a big fan of udang galah or any type of udang besar2 tu. so ok la kot.
n patin tu jangan la amik patin buah tu. memang rm45. so kena tengok jugak harga. macam i amik patin temerloh tu baru rm12. which is ok sangat dah pun. so kena la pepandai budget kan. air pun order biasa2. so harga takda la meletop atau tak masuk akal ke apa.

Siti Khairiyah said... [Reply to Comments]

sini mmg terbaik da bombbbbb... Hahah

Tapi sbb masa tu bos belanja kan, takde la terasa sgt fulus tu keluaq.

Heheh.

paNavia said... [Reply to Comments]

Mum's Place tu dari zaman Ikea belum wujud dan One Utama masih belum expand dia dah bukak kat situ. Hebat la masih bertahan sampai sekarang. Mmg pricey, kami penah mkn situ bila boss belanja je hehehe. But food memang sedap!

Zurina Hj.Zainal said... [Reply to Comments]

You should try asam pedas nyonya & pucuk labu grg belacan kt mums place. Terbaik! Sekali mkn termimpi2...hehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...