Instagram : @peejburhan

makan je la kerja kau.

ni kat rumah mama ni.
alang ada laptop ni kita update la sekali.
cerita ringkas aje.

takda apa sangat.
kakak ipar aku dah start meniaga balik.
so tau la, if dah start tu..memang laki aku ajak pergi situ je la balik kerja nak makan.


lama jugak kak shida cuti.
last sebelum puasa hari tu.
then raya dia sibuk orang order catering la apa.
then nak start meniaga dah musim jerebu pulak.
then nak meniaga dah pulak khemah semua rosak. agaknya berpanas hujan kan..reput canvas tu.
so ni dah buat elok, proper berbumbung..baru la meniaga balik.
pelancaran je laki aku dah ajak ke sana.

ingat taknak makan.
tapi tertewas jugak aku. huhu.


hiihih.
mak aku dah seram.
sebab aku start layan kedai kak shida tiap malam la, badan aku makin di pam-pam.
semoga aku sedar dan dapat menahan nafsu setiap kali ke sana.
nasib hari tu bukak takda lagi talapia goreng tu. so aku makan nasi lemak aje.

semalam balik kerja terus ke rumah mama.
sebab nak hantar brownies ni.
hari tu masa tahlil papa, lil red datang bawak brownies ni.
mama teringat2..dia mintak aku order kan.
sekali order..lilred kata takyah la bayar.
dia bagi je kat mama.

wooow telan2 air liur aku.
sebab kata untuk mama.
kena la serahkan baru leh makan. hihi.


walnut brownies.
kalau korang nak order pergi ig..tengok #lilredbakes
aku tak sure dia cover area mana. pepandai la tanya.
tak pun aku dapat tau dia selalu hantar stock cakes ke apa kat kedai @misslilyshop
ada kat dataran wangsa melawati..n bangi jugak.
pun pepandai la tengok kat instagram tu.
btw..good luck bukak hashtag #lilredbakes tu. sebab confirm kau akan merana lepas tu.
aku stress setiap kali lil red ni update. kemain dengan description dia..bukan menjejes air liur je.
siap boleh kolam renang kot tahap meleleh tu. gilaaa keji.

then lepak sana sembang la tengok tv.
adik ipar aku datang bawak auni.


pandai bodek ni.
dia leka tengok 'surprise eggs' kat youtube aku tanya, "auni sampai tadi auni salam tak nenek?"
terus senyum simpul peluk n cium mama..siap hulur pipi dia bagi mama cium. amboii.
pastu amiktab tu terus duduk sebelah mama tunjuk itu ini, "nenek tengok ni nenek..meh tengok ngan auni."

yang mama, "seronok ada cucu ni. tapi tu la...auni ni banyak cakap. nenek ni pekak. sian dia dok bercakap nenek tak paham satu apa cu."
hahhaha ok kelakar.

semalam gerak pun dah almost 12am.
seronok je lepak sembang.

hari ni order banyak, Alhamdulillah.
biasa la musim gaji memang menderu sikit.
lepas balik tadi tanya la MrB, nak pergi mana ni.
dia kata nak makan kedai shida.
seee...aku dah cakappp..memang situ je la dia nak tuju.
layankan aje.



macam gunung terus dia amik.
aku ingat nak makan talapia tadi.
tapi mama pulak tag kat ig dia masak. hoi takleh jadi ni..kena ke sana makan ni.
so menahan dari makan tadi.
dah la setiap kali orang datang makan or bungkus..kak shida bukak je tong nasi lemak tu..gila semerbak bau..fuhhh. sedapp.
terus ajak laki i balik.

sebelum tu, bagi yang tanya mana kak shida meniaga?
dia meniaga depan rumah aje.
siapa nak pergi..aku ada share details sebelum ni. tengok situ. CLICK HERE.

sampai rumah mama...tanpa berlengah masa terus ke dapur.
fuiyooooo...


terus tamak.
selalu amik nasi 2 senduk je.
tadi bantai amik 3-4 senduk...aaaaahhh nikmat.
sedap sangat ni. kunyah sambil pejam mata tergeleng2 kepala.

ok la nak balik dah.
laki aku dari tadi dok "kedomdoii..kedomdeiii."
maksudnya ialah..jom la balik.
kau boleh? daripada jom..jadi domm..jadi kedomdoii..kedomdeii.?
layankannn.

ok peeps.
selamat malam.




5 Comments:

Irfa said... [Reply to Comments]

Sweet lh korang ber2 ni

Erni Hasmiza said... [Reply to Comments]

OMG nampak sedap je.. buat meleleh air liur je tengah-tengah malam ni XD

~I AM SHOPAHOLIC~ said... [Reply to Comments]

wahhhhh!!! kak shida dah meniaga blk ke? dh penah mkn dulu tp dh lama.. aritu kebetulan ada kat batu caves, terus ajak hubby singgah tp tutup :( baru nk mkn talapia goreng tuuuuu... nnt leh la pegi. tp kalau pegi, tutup cemane??? hampanyaaaa :(

schazaza said... [Reply to Comments]

kak peej,

anak sy yg setahun lebih tu pun pandai tgk surprise eggs sendiri kt utube...
siap gelak2 sorang...
hola chico hola chico klu surprise eggs teletubbies tu...

anyway, today bwk bekal nasi lemak.
rentetan cite kak peej psl nasi lemak tu
tp bukan iols masak la
mak mertua yg masakkan.

peej said... [Reply to Comments]

@~I AM SHOPAHOLIC~ bukak selasa-sabtu 5ptg - 11 malam.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...