Instagram : @peejburhan

kehilangan

rasa tu dah datang.
rasa kehilangan yang takkan kembali.
been very emotional lately.
tak tau why but tiap malam i will cry myself to sleep.
rindu yang tak terungkap.

all this while aku rasa aku ok.
aku rasa aku boleh terima.
ye aku redha.
tapi tah kenapa sekarang impact tu terasa sangat.
tak boleh teringat or sebut.
time-time tu jugak boleh sebak n nangis.
tak tau kenapa rasa sedih sangat.
tapi sedih la.
Ya Allah rindu sangat.

ingat lagi masa mak mertua aku meninggal tak sampai setahun lepas bapak mertua aku pergi.
laki aku cakap, "i rasa hidup ni dah tak bermakna..takda apa dalam hidup ni dah untuk i."
aku rasa sangat offended. abis aku ni apa?
sembang ngan tina, tina cakap laki dia pun cakap benda sama.
dia lagi la bengang. abis dia lagi la ngan anak2 lagi. takkan tak bermakna apa2?

time tu memang bengang je rasa.
rasa macam, e elehhh gelabah laaaa.
but now aku macam faham.
sebab kadang rasa yang sama tu datang.
macam takda makna je semua.
life is too short..n currently life aku macam sangat pathetic.
sebab aku ni agak rapat ngan family. sama macam suami aku.
memang kalau korang baca blog aku.
nampak kan. life kita orang memang weekend akan gilir2 balik rumah parents masing2.
pusing2 macam tu je.

so bila suami aku kehilangan both parents less than a year. memang terasa kot.
then tak lama aku lak kehilangan papa.
memang terasa sangat la. tak tau nak cakap macam mana.

aku sepanjang few months ni ok.
masa memula papa takda aku sedih.
then aku ok.
sebab hati aku rasa macam alaaa, papa dalam hospital ni.
sebab sebelum papa pergi..papa banyak n lama kat hospital kan.
so aku rasa macam ok.
yang teruk mama n noy.
so bila dorang emo, aku macam cakap dahhh la tuuu.
n tak paham rasa..kenapa sedih sangat dorang ni?
ke aku yang takda perasaan.

tapi sekarang bila aku tengok noy dah ok.
aku lak tak ok.
asal aku teringat or tersebut pasal papa terus rasa tekak perit, mata bergenang n takleh tahan perasaan tu.
aku dah rasa sangat papa takda. rinduuuu.
rinduuu semuaaaaa.
paling aku rindu papa n mak bila hujung or awal bulan.
comel sangat.

macam adik ipar aku selalu cerita.
nanti hujung bulan tetiba mak akan panggil mintak dorang bawak jumpa aku.
sebab memang aku selalu akan bagi mak duit.
so nanti mak reka la, "boleh tak bawak mak jumpa pija. rindu..dah lama tak jumpa menantu mak."
hahaha comel. tapi sebenarnya dia tau..if jumpa aku akan masyuk. heheh.

sama macam papa.
nanti awal bulan jumpa mama n papa.
sampai rumah tengok papa baring kat katil dia. rapat je mata.
oh tidur kot.
so sampai aku terus pergi mama n bagi mama duit.
mama cakap la terima kasih la apa.
sekali aku pusing tengok papa..tengok dia elok dah duduk, senyum simpul n lambai aku.
hahahaha. tolonggggg. dia dah tau giliran dia dapat duit.

me : e ehhhh. dah bangun? tadi bukan tidur ke?

papa : *gelak kecik macam haji bakhil tu*

comel sangat.
pastu bagi duit. terus dia cium duit tu cakap terima kasih.
aaaa rindu.

rindu macam-macam.
rindu muka happy papa bila aku datang petang2 bawak makanan.
rindu bila aku beli makanan untuk mama..tetiba dia sibuk nak kecek.
pastu mama bising kata apesal sibuk.
tapi dia sibuk gak sempit nak makan jugak.

sedih sebab lately tu aku dah kurang ke sana bawak makanan.
sampai sebelum jatuh sakit sempat dia tanya mama, lama aku tak datang bawak makan2.
mama kata aku sibuk sebab nak bukak office tu.
so sad lah.

tak tau la aku sempat ke tak gembirakan dia.
aku harap dengan masa yang Allah pinjamkan dia kat aku ni, aku sempat happykan dia takat yang aku mampu.
macam sekarang ni rindu nak sembang.
papa suka tanya pasal business aku, kalau sekarang ni aku cerita macam2 perkembangan ellfie..mesti dia suka.

semalam jumpa mama. seronok dapat spend masa sembang lama.
tah la aku ni lama sikit tak jumpa mula la emosi terganggu.
nanti aku emoo. sebab rindu sangat.
nasib la mama kat KL aje. kalau mama duduk kampung ke apa..memang tiap minggu aku balik kampung kot. hahaha.

tapi hampeh. sebab aku tengah mood emo.
dah cerita pasal papa dedua nangis takleh blah.

mama : takda sehari pun yang mama tak nangis. rindu sangat. akhirnya terjawab persoalan selama ni. mama kan sakit..mama selalu cakap kat papa, mama akan pergi dulu. marah papa. dia kata biar dia pergi dulu. rupanya memang dia pergi dulu. takpa la..memang tu perjanjian dia. dia pergi sekian umur, cuma rasa muda lagi papa pergi nak.

mama tak tau la berapa lama mama akan ikut.
macam arwah mak kau, tak sampai setahun dia ikut abah pergi.
macam arwah maktok lamaaa, 14 tahun baru dia pergi. bahagian mama, mama tak tau la.

aku cerita pasal aku sedih.
sekarang aku paham bila laki aku cakap hidup tak bermakna.
sebab aku memang terasa sangat. macam sekarang kami berdua tinggal mama je ada. lain dah takda.

mama : mama tak tau la. masa arwah abah n mak mama pergi..mama sedih. tapi kehilangan suami ni memang tak sama rasa dia. kita punya cinta hati kan. tapi takpa la..bila mama sedih..mama astagfar je banyak2.

itu yang aku rasa jugak. dia susah nak describe sebab rasa tu lain2.
macam biasa la kau laki bini ada gaduh.
macam aku ada masa benci betul la kat laki sendiri.
n rasa macam, ahhh blah la kau.. macam aku heran.
tapi tu kata kau, n deep down kau tau dia akan tetap ada.
tapi entah macam mana rasa if kau tau dia takda, n takkan kembali.
kau pernah rasa putus cinta. sakit jugak la.
tapi kehilangan ayah ni lain pulak rasa dia. ish macam2 rasa.

ni nak tunggu mama abis edah.
aku n noy dah plan nak bawak dia bercuti somewhere.
pergi la whole family ke apa.
mama pun dah lama tak kemana.
ye la sebelum papa pergi, papa pun sakit dah setahun lebih kan.
tak plan lagi ke mana. tapi akan pikirkan.

dia kata nak duduk rumah aku nanti.
tapi tu la. dulu aku tak kerja ok la.
sekarang dah kerja. nanti boring pulak dia kat rumah.
nak ajak dia jalan kat opis aku, takut dia pulak penat nanti tak selesa ke apa kan.
n bosan gak la. huhu.

sementara i mood emo ni.
terpaksa la orang sekeliling layan.
after all, i'm a human being..mempunyai pelbagai emosi tak terkawal.



18 Comments:

b3nz said... [Reply to Comments]

dah, aku pun nangis juga. mujur office takde orang. rindu kan.. aku selalu mengelak tulis apa2 berkaitan arwah abah. sedihlah

BaTiK_PiNk said... [Reply to Comments]

Sama la Peej, perasaan yang sama.
Especially bila kehilangan arwah Mak. Sebab masih terngiang-ngiang ayat arwah Mak masa kat wad dulu, arwah mak cakap " Bilalah mak nak dapat tengok muka cucu mak" means cucu dari Yani sendiri, sebab Yani seorang je yang belum ada zuriat dari kalangan adik beradik semua.

Lepas arwah dah takde ni, usaha nak dapatkan zuriat tu dah rasa macam takde makna je. Eventhough ada rezeki timang anak nanti, perasaan tu tak akan sama, sebab arwah mak tak akan dapat tenguk muka cucu dia.....sedihnya Ya Allah! Bergenang dah airmata sekarang ni. Benda ni pun Yani pernah luahkan kat suami....rasa macam useless sebab tak dapat beri arwah mak cucu dari rahim sendiri.

Unknown said... [Reply to Comments]

Ah, aku tau perasaan ni, tau sangat.

Kadang-kadang bila aku down aku rasa nak give up gila and bila nak give up aku teringat mak aku. So aku paksa diri jangan give up. Banyak benda gila yang aku nak buat but aku tak buat sebab mak aku.

My point is, kalaulah mak aku dah takde, ayah memang dah takde rasa tak bermakna hidup. Sebab they are my source of happiness. Masa patah hati balik malaysia, mak akula yang tolong kuatkan.

Eh, menaip ni pun bergenang. Benci

Nak lupa tu lama or maybe takkan lupa. aku ni dah masuk 4 tahun still menangis kalau teringat and still in denial kadang-kadang cakap ayah aku pergi kerja nanti few months dia balikla tu.

But fret not, aku tau kau anak yang baik and you did your best. I am sure dia pergi dengan aman and dia bahagia ada korang as family. Kalau sedih, ingat tu, you guys have a special bond that nobody can break and he left with lots of love.

Ah sudahla, aku terover emo. Motif nangis dekat ofis.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam peej,sebak bila baca sbb sy pown rasa apa yg peej n family rasa beza nya sy baru kehilangan husband n ank baru 3 thn..perasaan tu sgt perit yg x boleh diungkapkan..sometimes rasa sunyi sgt,bila teringat especially bila anak tanya mana daddy trus lg sebak..apa2 pown take care sis..kita hanya mampu berdoa utk mereka sebagai tanda ingatan kita kpd org yg kita syg.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam sis...nangis bc post nie..tbe2 t'igt kt arwah ayh sy..actually pe yg sis rs sme cm pe yg sy 1 fmly rs..mle2 die prgi rs dh redha rs lega (sbb die stroke so dh lps sakit die) tp ble mkin lme ms bllu mkin brt hti nie nk trme kenyataan die dh xde..even after 5yrs we still crying coz miss him so much..tiap grk lku kami msti akn t'ckp 'klu ayah ada....' then trus sume mata merah thn air mata..serius kehilgn nie lbh sakit dr putus cinta..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

xdapat nk kata lebih (sebab sedih ni kita mana boleh nak control) melainkan sabarlah peej, semoga later on ko akan dapat kurangkan rasa sedih tu. yg dah tak ada kita kenang, yang ada kita sayang. jadi cherish family members yang masih bersama kita sekarang; ur mom, husband, adik-beradik & family lain. banyakkan berdoa untuk arwah sebab doa anak yang soleh tu adalah amalan kepada arwah yang takkan putus. be strong ok.

susumanis said... [Reply to Comments]

Its part of mourning stages peej..ada org time kejadiian trus down ..ada org lambat nk absorb tp mmg perassan loss tu ttp ada utk seorg insan..diakan papa peej di tpt terbaik di sisi Allah swt..aamiiin ya Rabbalalamin

mOnamie said... [Reply to Comments]

Peej.. hmmm kakmona dh nangih baca nih. mak abah kakmona ada lagi, tak dapat nak pikir kalau nanti depa dah takda.. kakmona rapat ngan mak abah since kami 2 beradik ja. Sedihhh peej sabaq na. Kakmona doa dari jauh, peej tabah. peluk.

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, perasaan tu aku paham sangat. Dulu masa arwah bapak aku sakit cancer dekat setahun, aku yg byk jaga dia and i was very young masa tu.baru kawin and laki aku jenis tak paham,so asyik la bergaduh konon mcm kita ni melebihkan bapak dr dia. Padahal aku jaga bapak aku keluar masuk hospital sebab mak aku at that time dah mcm takde hati kat bapak aku, so langsung dia tak jaga.Lepas berbulan2 dia sakit,finally mak aku jenguk dia and bapak aku meninggal the day after.Macam terlepas sudah yg dia tunggu2 selama dia sakit agaknya harapan dia nak jumpa dgn mak aku kan. Eh aku melalut sebenar nak citer pasal kasih sayang ni kadang2 tak leh nak explain kan. Entah lah. So bila bapak aku dah meninggal,aku tak nangis langsung sebab rasa itu yg terbaik utk dia. Ye la dah la sakit, bini pulak ntah nape tak pedulik langsung.Berbulan2 lepas tu aku tak rasa apa2, macam numb. Sampai la satu hari tengok kat tv ada sorang cancer patient ni kurus kering sebijik mcm bapak aku. Masa tu aku meraung macam tak sedar diri.Reality hits. Masa tu macam baru sedar yg bapak aku dah takde. So apa yg nkau rasa tu normal ok, time will heal but kerinduan yg tak sudah memang forever.

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku pun lately rindu gila kat mak. aritu lalu DUKE, kan nampak rumah mak. Heyyy sebak terus. teringat dia gelak-gelak non-stop. ko tau la mak kan, kalau dtg angin dia nak gelak, kemain lama dia gelak hahaha. bersambung-sambung. Macam style dia bebel jugak la, hehehe.
pastu rindu tgk dia babai depan pintu. dia kan selagi kita tak hilang kat depan lif tu, dia akan babaiiii je.
semoga mak tenang disana. she dserves it. al-fatihah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

bapak aku dah meninggal dekat 10 tahun. tak de sehari pun yg aku tak teringat kat arwah. sedih tu tak payah cakap la. even until now kalau aku teringat dia, meleleh je air mata aku walaupun kat public. org kata it heals with time but for me, to each its own. kau take it slow at your own pace peej.

part rasa hidup tak bermakna tu memang tepat sgt. dulu aku sgt workaholic. bapak aku masuk hospital aku sempat tgk bape kali je pdhal dekat je dgn tempat keje aku. but now my point of view, cita2 aku, my priorities sume turn 180 degrees lepas arwah dah tak de. now aku lebih focus on my family and aku nak hepikan mak aku. tu je yg penting. keje ke cita2 ke apa tolak tepi. family aku lebih penting.

Murni said... [Reply to Comments]

Mak saya sakit dan masuk hospital baru baru ni. High BP sangat. Masa admit tu BP dia 260/160. Mak terbaring je selama 5 hari tak turun katil tak makan sesuap nasi pun. Dia nak air ja. Tak pernah saya tengok mak saya macam tu. Tak bercakap. Tido je keje dia siang malam masa saya jaga mak 5 hari di wad. Saya gilir gilir jaga dengan abg adik. Abang adik jaga siang, saya jaga malam sampai la tengah hari besoknya.

Masa saya balik rumah tengah hari tu, Ya Allah rasa sunyi sangat rumah ni. Kosong nya. Rasa macam tak ada tujuan. Selalu ada la dengar suara suruh sidai baju la, suruh masak nasi, suruh sapu rumah. Ni takde, kosong sangat. Balik rumah je tengah hari lepas jaga mak tu, saya nangis senangisnya sebab time tu dah terfikir, kalau la tuhan tarik nyawa mak aku hari ni, macam mana la kami semua. Ni mak baru tak balik 5 hari ada di wad dah rasa sayu, sedih bagai. Macam mana la kalau dia betul-betul tak ada.

Ya Allah, memang tak kuat rasa.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum

Sedih dan macam memahami perasaan awak. Saya baru jugak kehilangan nenek saya. Semasa saya tinggal kat sini, empat org meninggal. Kedua2 nenek saya, pak Cik saya dan Anak kesayangan saya. Paling affected of cos kehilangan Anak saya. Mula2 mmg sedih tapi mcm kak redha boleh handle. Tapi there are nights mcm u so emo abih nangis2 mcm ape. Haiz Susah sgt kan kehilangan org2 yg tercinta. Semoga Kita tabahkan hati and sabar dgn cubaan. But good news Allah replace something better. Alhamdulillah currently pregnant. In sha Allah kakak pun pregnant ok. Hehe take care and May Allah ease ur affairs. Hugs

Nura

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aih bergenang air mata pulak dgn entry kak peej..ayah sy dah xde hmpir 10 tahun..believe me,rasa rindu sebak tu x prnh kurang pun. Sejak dari ayah x de,mcm exaggerate tp rasa mcm seoaruh jiwa dibawak pergi.takpe kak, klu sedih buat la ape yg pling boleh buat diri tenang.it's ok to cry..sy dulu pretended to be strong, x brape lama boleh thn,it broke me down then sy mngis teruk berjam2 x boleh stop. It hurts me deeply smpi skrg.baru2 ni mak sy pulak x brape sihat,warded dan sy rasa hati mcm digaris2 luka sgt2. Mak ayah kita, x de sape bole pagam bonding yg kita ada tu. Kak peej, moga kuat smgt, juz believe it's ok to be sad,to cry.it takes time..slowly,don't force yourself. After done crying,just promise that u'll be strong..☺

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam..kak peej, may Allah grants u calmness and strength,insya Allah..been there, ayah xde dah dekat 10 tahun dan perasaan kehilangan tu tak penah kurang sikit pun, mcm exaggerate sgt kalau sebenarnya sejak detik pertama ayah x de, rasa separuh jiwa tak ada, hilang, kosong.. pretended to be strong, tp tak lama, burnt out dan akhirnya menangis x berhenti2 berjam2..semua orang ade cara sendiri utk adapt dgn kehilangan, tapi klu rasa dgn menangis boleh buat lega sikit, tak ape..it takes time to heal..baru2 ni mak sy tak sihat, warded, dan Allah je tahu remuk hati sy bile tgk mak x larat, sy tolak mak guna kerusi roda etc, dan masa tu nothing else matters, utk mak sy boleh tinggalkan semua benda lain, sbb perit dlm hati bila teringat arwah ayah sgt beri kesan..hope kak peej kuat smgt dan kita sama2 jaga mak =) take care =)

Shairah Ismail said... [Reply to Comments]

Been there kak peej, dan sakitnya Tuhan je mengetahui. I lost my dad just after 4DAYS he was diagnosed with cancer, dah lah berita he got cancer tu tak boleh nak absorb lagi suddenly dia terus hilang dari kami. The good point is, penderitaan dia ended quickly right. At first saya pun mcm kak peej i still can relax rasa macam okay still boleh laughing i felt like noo ayah kerja luar je sebenarnya. You know in the denial state. And i was like you bengang bila org addressed ayah as arwah i was like kenapa nak gelar arwah he still here kot. Until lah one day i mcm could not take it bila anak sedare tanya mana atok kenapa dia tak balik lagi, i was crying like madddd and tiba2 makcik i masuk bilik and the whole family tahu i was crying so abang kept me down which i gladly he did that. Paling sedih bila your dad's family side seolah2 put the blame on us, kami pun tak boleh nak lawan takdir tapi takpelah yang penting Allah tahu usaha kami our love towards our dad kan. The flashback memories will come here and then, just cry it okay kak peej. And matlamat saya pun sama, i have my mom je sekarang so made her happy and biar dia pergi dengan perasaan yang puas. You can do this kak peej!

Zalina Rahman said... [Reply to Comments]

Nangis je Peej. K.na kalau rindu dengan suami,mmg nangis je... semua orang mintak kita kuat. minta kita tabah. the fact is Allah takkan duga kita kalau kita tak kuat.
tapi rindu tu lain. tak dapat nak cite. tak terungkap. hanya mampu menangis dan berserah pada Allah. letakkan sepenuh pergantungan pada Dia. Tapi perlu k.na share; mengaji mampu menenangkan hati. Mengajilah. Biar satu ayat lepas solat. InsyaAllah, Allah campakkan kekuatan dalam diri... take care of your health too...

anak abah said... [Reply to Comments]

peej.. u know, my abah dah pergi tahun 2004 dan sampai skrg i x pernah panggil abah dgn perkataan 'arwah abah'. i pernah marah adik2 sebab diorg panggil 'arwah abah' sampai my mom nangis & suruh i terima takdir. i bukan x blh terima.. i redha abah dah pergi tinggalkan kami... tp bila family guna perkataan 'arwah', i cuma rasa hati i bagai dihiris...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...